INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN BESUT, 22200 BESUT, TERENGGANU KERJA KURSUS PENDEK(KKP) GEJALA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR
NAMA : MUHAMAD IRFAN FAKHRULLAH BIN MOHAMAD NOOR NO.K/P: 911013-06-5119 KUMPULAN/UNIT:PPISMP(JULAI09)BAHASA MELAYU NAMA MATAPELAJARAN: KB 1311D1 KEMAHIRAN BELAJAR NAMA PENSYARAH: ENCIK RAZALI BIN SYAFIE TARIKH HANTAR:10 SEPTEMBER 2009
1
ISI KANDUNGAN Halaman Pengakuan.......................................................................................................3 SEKAPUR SIREH.........................................................................................................4 Pengenalan.....................................................................................................................5 Definisi Buli...................................................................................................................6 Pernyataan Masalah........................................................................................................7 Dapatan Kajian...............................................................................................................8 Persepsi Pelajar Tentang Perlakuan Buli di Sekolah.....................................................9 Kekerapan DiBuli dan Pengalaman Mangsa Buli........................................................10 Persepsi Guru Tentang Perlakuan Buli di Sekolah......................................................12 Siapakah yang sering membuli dan dibuli...................................................................13 Pembuli..................................................................................................................13 Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.......13 Dibuli.......................................................................................................................13 Kenapakah mereka sering membuli?...........................................................................14 Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli?......................................................17 Antara faktor perdana yang menyebabkan pelajar perempuan terlibat sama dalam gejala buli ialah:.........................................................................................17 Pengaruh rakan sebaya.Misalnya, golongan-golongan kaya biasanya akan mencaci dan mengejek golongan yang miskin.Hal ini kerana mereka merasa hina dan malu bergaul dengan golongan miskin...............................17 Jenis-jenis buli..............................................................................................................18 Buli fizikal..............................................................................................................18 Buli mental........................................................................................................18 Kesan buli.....................................................................................................................19 Pembuli..............................................................................................................19 Kesan luaran:...................................................................................................19 Dibuli...................................................................................................................19 Cara-cara mengatasi masalah buli disekolah...............................................................20 Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?................................................20 Tahap sekolah..................................................................................................20 Cadangan......................................................................................................................27 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang.........................................................................29 Bibliografi....................................................................................................................30 REFLEKSI...................................................................................................................31
2
Halaman Pengakuan
“Saya akui karya saya adalah hasil kerja saya sendiri kecuali beberapa hasil nukilan dan ringkasan yang mana tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandangan
: ………………………………
Nama penulis : ……………………………… Tarikh
: ……………………………….
3
SEKAPUR SIREH Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saya panjatkan kesyukuran kerana dengan limpah kurnia dan hidayatNya dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga saya ucapkan kepada pensyarah Kemahiran Belajar bagi PPISMP unit bahasa Melayu semester 1 iaitu En Razali Bin Shafie kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat dan juga bimbingan yang
terbaik
kepada
saya
dan
juga
kawan-kawan
sekelas
dalam
menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, terima kasih ini juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa dan keluarga yang selama ini telah banyak memberikan semangat dan dorongan kepada saya supaya menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah banyak berkongsi ilmu pengetahuan, sudi menghulurkan sebarang kerjasama, bantuan dan komitmen dengan seikhlas hati mereka dalam menyempurnakan tugasan yang diberi ini dengan jayanya.
4
Pengenalan Masalah buli dalam kalangan para pelajar. Peningkatan jumlah kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah, seperti kes rogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan bunuh telah menimbulkan kebimbangan segenap lapisan masyarakat di seluruh negara. Sayangnya kita sering melihat sebilangan pihak hanya bertindak dengan menuding jari mencari siapa yang bersalah tanpa mengembeling tenaga dan usaha bagi mencari formula dan tindakan untuk menyelesaikan masalah ini. Ada yang menyalahkan ibu bapa kerana dianggap cuai mendidik anak-anak mereka di rumah. Sering kali pula guru-guru dipersalahkan kerana tidak dapat mendisiplinkan pelajar mereka di sekolah. Bagi menangani masalah ini, kita perlu memahami apakah punca yang menyebabkan perlakuan buli ini wujud di kalangan pelajar? Apakah sebenarnya yang dikatakan `buli’? Adakah pihak sekolah menyedari kewujudan masalah-masalah ini dan apakah langkah dan program intervensi yang telah dijalankan oleh pihak sekolah bagi memastikan sekolah sebagai tempat yang selamat untuk memastikan program pendidikan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.Usaha yang bersepadu antara semua pihak amat penting bagi mencari punca dan menyelesaikan kemelut ini daripada merebak dan seterusnya menggagalkan hasrat dan aspirasi negara ini. Kajian ini cuba untuk mencari apakah wujud tingkah laku buli, punca kewujudan perlakuan buli, kategori perlakuan buli,persepsi guru dan pelajar terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar di sekolah menengah?
5
Definisi Buli Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
Pernyataan Masalah Masalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi pelajar dan keselamatan di sekolah. Buli dikenal pasti sebagai situasi serangan suatu pihak di mana penyerang lebih berkuasa dan mangsa pula jarang membalasnya atau merasa untuk membalas semula. Jenis perlakuan buli sama ada secara langsung atau tidak langsung memberi impak negatif kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang menjadi mangsa buli dan juga kepada mereka yang terlibat dalam melakukan tingkah laku ini.Persepsi yang tepat tentang akibat dan kesan perlakuan buli ini dapat membantu sama ada pembuli dan mangsa buli mendapatkan bantuan pemulihan. Adalah jelas sejak beberapa dekad kebelakangan ini, perlakuan buli merupakan masalah yang memerlukan pencegahan dan intervensi (Greenbaum, Turner, dan Stephens,1989; Wilson, 1992). Pihak sekolah terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini di sekolah. Persepsi serta kepirihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan tanda-tanda awal perlakuan buli adalah amat penting untuk merangka strategi pencegahan dan intevensi bagi menangani masalah perlakuan buli di 6
sekolah.Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidak selamat di kalangan pelajar akibat daripada masalah perlakuan buli ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Sehubungan daripada pernyataan-pernyataan di atas maka kajian ini akan mengkaji dan meneroka kekerapan perlakuan buli di kalangan pelajar lelaki dan perempuan di sekolah menengah. Di samping itu juga kajian ini akan mengkaji apakah persepsi guru dan pelajar tentang perlakuan buli di sekolah menengah? Kajian ini juga akan meneliti jenis perlakuan buli serta program-program intervensi menangani perlakuan buli di sekolah menengah. Persepsi pelajar tentang keselamatan di sekolah juga akan dikaji dalam kajian ini. Dapatan Kajian Kekerapan dan Kategori Perlakuan Buli Yang Dilaporkan Oleh PelajarPelajar Sekolah Menengah di Daerah Batu Pahat. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan kekerapan perlakuan buli yang dilaporkan oleh pelajar sekolah menengah di daerah Batu Pahat secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana dengan min skor 2.72 dan sisihan piawai 0.75. Sementara itu perlakuan buli secara verbal (min skor = 3.17, sisihan piawai = 0.88) merupakan perlakuan buli yang paling kerap berlaku berbanding perlakuan buli secara fizikal (min skor = 2.55, sisihan piawai = 0.91). Kajian ini juga menunjukkan bahawa mengejek pelajar lain dengan panggilan nama yang buruk merupakan kategori perlakuan buli secara verbal yang paling kerap dilihat berlaku di sekolah (min skor = 3.98, sisihan piawai = 1.27) diikuti dengan perlakuan menyinggung perasaan, mempersendakan, mencemuh, mengajak untuk bergaduh dan mengancam untuk memukul dan mencederakan pelajar lain. Menolak pelajar lain merupakan jenis perlakuan buli secara fizikal yang paling kerap dilihat berlaku di sekolah-sekolah menengah daerah Batu Pahat dengan min skor 3.27 dan sisihan piawai 1.39. Dapatan kajian ini mendapati bahawa dalam kelas (min skor = 2.83, sisihan piawai = 1.49) merupakan
7
lokasi di mana perlakuan buli dilihat paling kerap berlaku diikuti semasa rehat, dalam perjalanan dari sekolah dan dalam perjalanan ke sekolah.
Persepsi Pelajar Tentang Perlakuan Buli di Sekolah. Dapatan kajian menunjukkan, pernyataan `kerana mereka meyakitkan hati saya’ merupakan alasan buli yang paling utama (min skor = 3.42 , sisihan piawai = 1.17) dilaporkan oleh para pelajar sekolah menengah daerah Batu Pahat. Ini diikuti dengan alasan untuk membalas semula, kerana orang lain melakukannya, untuk suka-suka, untuk mendapatkan sesuatu atau wang, untuk menunjukkan kekuatan dan akhir sekali kerana mereka (mangsa buli) adalah pengecut. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap alasan untuk membuli pelajar lain berada pada tahap sederhana (min skor = 2.66, sisihan piawai = 0.80). Pelajar-pelajar sekolah menengah daerah Batu Pahat mempunyai persepsi yang tinggi terhadap keupayaan mereka untuk menentang dan menghentikan pelajar sebaya mereka daripada membuli mereka (min skor = 2.97, sisihan piawai 1.22). Secara keseluruhannya persepsi pelajar terhadap pencegahan buli berada pada tahap yang tinggi (min skor = 3.95, sisihan piawai = 0.69). Majoriti pelajar percaya bahawa guru dan pelajar perlu disedarkan tentang menghentikan perlakuan buli di sekolah.(89.8 peratus). Mereka juga bersetuju bahawa guru dan pelajar perlu saling bekerjasama bagi menghentikan perlakuan buli ini. Vandalisma atau merosakkan harta benda sekolah merupakan isu keselamatan yang paling serius di sekolah menengah daerah Batu Pahat menurut persepsi pelajar. Ini diikuti dengan isu-isu aktiviti kumpulan samseng, perlakuan buli, keganasan fizikal, ancaman verbal, ancaman untuk 8
dicederakan semasa dalam perjalanan ke sekolah dan ancaman untuk dicederakan dalam perjalanan pulang dari sekolah. Secarakeseluruhannya, persepsi pelajar terhadap isu-isu keselamatan di sekolah berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan wujudnya kesedaran dan sikap pelajar terhadap isu keselamatan persekitaran dan tingkah laku di sekolah. Ini selari dengan dapatan kajian. Terdapatnya peningkatan kesedaran pelajar yang signifikan terhadap keselamatan persekitaran dan sikap terhadap tingkah laku ganas di sekolah.
Kekerapan DiBuli dan Pengalaman Mangsa Buli. Daripada 480 orang responden yang dikaji, hanya 109 orang (22.7 peratus) responden menyatakan bahawa mereka pernah dibuli. Dari jumlah ini hanya 2.5 peratus responden menyatakan mereka telah dibuli setiap hari, 2.7 peratus menyatakan mereka dibuli 1 atau 2 kali seminggu, 5.6 peratus menyatakan mereka kadang-kadang (1 atau 2 kali sebulan) dibuli dan 11.9 peratus lagi menyatakan mereka jarang (1 atau 2 kali setahun) dibuli. Dapatan jelas menunjukkan tahap kekerapan perlakuan buli di sekolah menengah daerah Batu Pahat berada pada tahap yang rendah (min skor = 1.41, sisihan piawai = 0.91). Tahap kekerapan perlakuan buli yang dilaporkan ini jauh lebih rendah daripada dapatan kajian yang dijalankan oleh Smith dan Sharp (1994), di United Kingdom yang mendapati 4 peratus daripada pelajar yang disoal selidik melaporkan bahawa mereka telah dibuli sekurangkurangnya 1 kali seminggu. Berdasarkan laporan mangsa buli, dapatan kajian ini juga mendapati bahawa perlakuan buli secara verbal merupakan perlakuan buli yang paling kerap dialami oleh mangsa buli berbanding perlakuan buli secara fizikal. Berbeza dengan laporan pelajar yang melihat perlakuan buli, mangsa buli melaporkan bahawa perlakuan buli secara verbal yang paling kerap dialami oleh mereka adalah mereka sering disinggung perasaan, diikuti dengan cemuhan, diejek dengan panggilan nama yang buruk, dipersendakan, diajak untuk bergaduh dan akhir sekali diancam untuk 9
dicederakan. Mangsa buli juga melaporkan bahawa ditolak oleh pelajar lain merupakan perlakuan buli yang paling kerap dialami oleh mereka. Ini diikuti dengan dikasari, dipukul, ditendang dan akhir sekali ditampar. Rakan sebaya merupakan orang yang paling kerap dirujuk oleh mangsa buli berkenaan perlakuan buli yang telah dialami. Ini diikuti dengan ibu, bapa, guru, kaunselor dan akhir sekali pengetua sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa mangsa buli kurang yakin terhadap keupayaan pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah perlakuan buli yang dialami oleh mereka. Ini mungkin disebabkan guru kurang atau tidak pernah membincangkan tentang permasalahan perlakuan buli kepada pelajar mereka di dalam bilik darjah. Kekerapan Perlakuan Buli Di kalangan Pelajar Yang Dilaporkan Oleh Guru-Guru Sekolah. Berbeza dengan laporan pelajar, kekerapan perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah daerah Batu Pahat yang dilaporkan oleh guru berada pada tahap yang rendah (min skor = 2.31, sisihan piawai = 0.68). Namun demikian guru dan pelajar sependapat bahawa perlakuan buli secara verbal merupakan perlakuan buli yang paling kerap berlaku di sekolah berbanding perlakuan buli secara fizikal. Bertentangan dengan dapatan kajian Hazler et, al. (2001), yang mendapati bahawa para guru melihat penyalahgunaan fizikal adalah lebih jelas berlaku berbanding penyalahgunaan verbal atau sosio dan emosi. Bagi perlakuan buli secara verbal, perlakuan buli mempersendakan merupakan perlakuan buli yang paling kerap dilihat dilakukan oleh pelajar. Ini diikuti dengan mencemuh, menyinggung perasaan, mengejek dengan panggilan nama yang buruk, mengajak untuk bergaduh dan akhir sekali mengancam untuk memukul dan mencederakan. Berkenaan perlakuan buli secara fizikal, guru-guru melihat perlakuan mengasari pelajar lain sebagai perlakuan buli yang paling kerap berlaku di sekolah,diikuti dengan perlakuan menolak, memukul,menendang dan akhir sekali menampar. Sependapat dengan pelajar, para guru melihat bahawa dalam kelas merupakan lokasi di mana perlakuan buli paling kerap berlaku. Ini diikuti semasa rehat, dalam perjalanan dari sekolah dan akhir sekali dalam perjalanan ke sekolah.
10
Persepsi Guru Tentang Perlakuan Buli di Sekolah. Seiring dengan pelajar, secara keseluruhannya persepsi guru sekolah menengah daerah Batu Pahat terhadap pencegahan buli berada pada tahap yang tinggi(min skor = 4.31, sisihan piawai = 0.53). Majoriti guru ( 95.3 peratus) berpendapat guru dan pelajar perlu saling berkerjasama untuk menghentikan perlakuan buli di sekolah. Mereka juga bersetuju supaya guru dan pelajar perlu disedarkan tentang menghentikan perlakuan buli di sekolah. Ini diikuti dengan pernyataan pelajar seharusnya saling membantu bagi menghentikan perlakuan buli, guru juga seharusnya cuba untuk menghentikan perlakuan buli, mereka secara sendirinya perlu cuba untuk menghentikan perlakuan buli, berminat untuk memperkatakan masalah perlakuan buli dengan guru-guru lain dan akhir sekali pelajar boleh mendapatkan bantuan daripada seseorang untuk mengelakkan mereka daripada dibuli. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para guru mempunyai perspsi dan kesedaran yang positif terhadap pencegahan perlakuan buli di sekolah `Untuk membalas semula atau untuk membalas dendam’ merupakan alasan membuli yang paling utama menurut persepsi guru. Ini diikuti dengan alasan kerana mereka meyakitkan hati rakan, untuk menunjukkan kekuatan, untuk suka-suka, kerana mereka adalah pengecut, kerana orang lain melakukannya dan akhir sekali untukmendapatkan sesuatu atau wang. Ini amat berbeza dengan persepsi pelajar yang menyatakan `kerana seseorang telah menyakitkan hati saya’ merupakan alasan membuli 11
paling utama. Perbezaan pesepsi ini menunjukkan bahawa guru-guru memerlukan latihan dan pengalaman bagi memantapkan lagi pemahaman mereka terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar.
Siapakah yang sering membuli dan dibuli. Pembuli Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak. Dibuli Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.mereke yang bertubuh kecil.Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.Pelajar baru di sekolah.
Kenapakah mereka sering membuli? Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah: Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.Mereka pernah menjadi mangsa buli.Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
12
Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.Akibat perceraian ibu bapa.Terlalu dimanja oleh ibu bapa.Sekadar mahu berseronok.Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.Ingin menunjukkan kekuatan sendiri. Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.
Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli? Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki. Tapi, ia silap. Pelajar perempuan juga turut terlibat dalam perbuatan tersebut.Biarpun peratusannya agak sedikit, namun perkara tersebut mampu mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung. Buli dalam kalangan pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekan dari segi fizikal. Contohnya, sekiranya pelajar perempuan tersebut berbadan gemuk dan kulitnya gelap, mereka akan menjadi sasaran untuk dijadikan bahan ejekan.Namun, perbuatan buli di kalangan pelajar perempuan tidak terlalu ganas seperti pelajar lelaki. Antara faktor perdana yang menyebabkan pelajar perempuan terlibat sama dalam gejala buli ialah: Pengaruh rakan sebaya.Misalnya, golongan-golongan kaya biasanya akan mencaci dan mengejek golongan yang miskin.Hal ini kerana mereka merasa hina dan malu bergaul dengan golongan miskin.
13
Jenis-jenis buli Buli fizikal Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.Paling ganas boleh menyebabkan kematian. Buli mental Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.
Kesan buli Pembuli Kesan luaran:
14
Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri. Dibuli Kesan luaran Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian. Kesan dalaman Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.
Cara-cara mengatasi masalah buli disekolah. Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli? Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-kejadian yang lebih memudaratkan lagi seperti bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu: Tahap sekolah 15
Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan.Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774.Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster.Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah.
Tahap kelas Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya.Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa. 16
Tahap individu Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.
Program-Program Intervensi Yang Dijalankan Oleh Pihak Sekolah Bagi Menangani Masalah Perlakuan Buli Di Sekolah Menengah Di Daerah Batu Pahat. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati bahawa keberkesanan program intervensi menangani masalah perlakuan buli di sekolah menengah daerah Batu Pahat berada pada tahap sederhana. Kajian Smith dan Ananiadou (2003), yang mendapati program intervensi berasaskan sekolah mempunyai pelbagai kesan untuk mengurangkan tahap perlakuan buli di sekolah. Dalam kajian ini majoriti guru-guru berpendapat peraturan sekolah dan lembaga disiplin sekolah merupakan program intervensi yang paling berkesan bagi menangani masalah perlakuan buli di sekolah.
Namum demikian beberapa program intervensi berasaskan sekolah seperti melatih pelajar tentang teknik pengurusan menangani perasaan marah, dan teknik pengurusan resolusi konflik dirasakan kurang berkesan untuk mencegah dan menagani masalah perlakuan buli di sekolah.
17
Hanya 48.8 peratus guru yang disoal menyatakan bahawa program melatih pelajar tentang teknik pengurusan menangani perasaan marah berkesan untuk menangani masalah perlakuan buli manakala 52.5 peratus lagi menyatakan teknik pengurusan resolusi konflik berkesan untuk mencegah dan menagani masalah perlakuan buli di sekolah. Dapatan ini disokong dengan kajian Trump dan Kenneth (1999) yang mendapati pendekatan pencegahan dan intervensi yang dijalankan di sekolah-sekolah seperti kurikulum pencegahan keganasan dan resolusi konflik adalah tidak mencukupi bagi menjamin keselamatan di sekolah. Di samping itu penglibatan dan kerjasama pihak sekolah dengan pihak luar seperti Polis dapat membantu pihak sekolah mencegah dan menangani masalah perlakuan buli di sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan para guru (80.1 peratus) percaya bahawa program `Sekolah Angkat’ yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak Polis dan pihak sekolah berkesan untuk mencegah dan menangani masalah perlakuan buli di sekolah. Sebagai pihak yang paling rapat dengan pihak sekolah penglibatan ibu bapa dalam program intervensi menangani masalah perlakuan buli juga amat penting. Seramai 53 orang guru (66.3 peratus) menyatakan bahawa penglibatan yang menyeluruh daripada pihak ibu bapa terhadap programprogram sekolah juga dapat membantu pihak sekolah mencegah dan menagani masalah perlakuan buli di sekolah. Perbezaan Kekerapan Perlakuan Buli, Jenis Perlakuan Buli, Persepsi Pelajar Tentang Perlakuan Buli dan Hubungan Antara Program Intervensi Dengan Kekerapan Perlakuan Buli di Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p = 0.14, α = 0.025) antara kekerapan perlakuan buli pelajar lelaki dengan pelajar perempuan di sekolah menengah daerah Batu Pahat. Ini disokong dengan kajian terdahulu oleh Boulton M.J., Trueman M. dan Flemington (2002), yang menyatakan tidak wujud perbezaan jantina yang signifikan dalam kekerapan perlakuan buli. Dapatan ini juga selari dengan dapatan kajian Salmivalli (2001), yang mendapati bahawa perbezaan kekerapan perlakuan buli antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan secara statistiknya adalah tidak signifikan.
18
Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan ( p = 0.92, α = 0.025) antara persepsi pelajar lelaki dengan persepsi pelajar perempuan tentang perlakuan buli di sekolah menengah daerah Batu Pahat. Dapatan ini berbeza dengan dapatan Salmivalli (2001), yang mendapati pelajar perempuan lebih bersedia untuk menentang perlakuan buli berbanding pelajar lelaki. Pelajar lelaki didapati kurang yakin terhadap keberkesanan program intervensi dapat mencegah perlakuan buli di sekolah berbanding pelajar perempuan. Dapatan kajian Gumpel dan Meadan (2000), juga 10 mendapati bahawa pelajar perempuan melihat perlakuan buli secara verbal yang aggresif merupakan ancaman yang memudaratkan berbanding pelajar lelaki.
Terdapat perbezaan yang signifikan ( p = 0.00, α = 0.025) antara kekerapan perlakuan buli secara verbal dengan kekerapan perlakuan buli secara fizikal di kalangan pelajar di sekolah menengah daerah Batu Pahat. Kajian terdahulu oleh Crozier dan Skliopidou (2002), yang mendapati bahawa terdapat perkaitan yang kuat antara panggilan nama (perlakuan buli secara verbal) dengan perlakuan buli secara fizikal menyokong dapatan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r = 0.425, p = 0.00, α = 0.025) antara program intervensi dengan kekerapan perlakuan buli di sekolah menengah daerah Batu Pahat. Kajian terdahulu oleh Smith dan Shu (2000), mendapati bahawa terdapat penurunan perlakuan buli di sekolah-sekolah yang menjalankan program membenteras perlakuan buli. Namun demikian dapatan kajian ini tidak selari dengan dapatan kajian Stevens, Bourdeaudhuij dan Oost (2000), yang mendapati bahawa program intervensi perlakuan buli berasaskan sekolah menunjukkan perubahan positif di sekolah rendah tetapi menunjukkan penghasilan sifar di sekolah menengah.
19
Terdapat perbezaan yang signifikan ( p = 0.00, α = 0.025) antara persepsi pelajar lelaki dengan persepsi pelajar perempuan tentang isu-isu keselamatan di sekolah menengah daerah Batu Pahat. Dapatan kajian ini disokong oleh dapatan kajian terdahulu oleh Anda dan Diane (1999), yang mendapati bahawa terdapat peningkatan kesedaran pelajar yang signifikan terhadap keselamatan persekitaran dan sikap terhadap tingkah laku ganas di sekolah. Dapatan ini juga disokong oleh dapatan kajian Henson, K., Massey, O., dan Armstrong, K. (2002), yang mendapati pelajar lelaki secara signifikan lebih melihat perlakuan aggresif dan ganas berbanding pelajar perempuan .
Cadangan Berdasarkan dapatan, perbincangan dan rumusan daripada kajian yang dijalankan, penyelidik ingin memberi beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak Kemeterian Pelajaran, JPN, PPD, pengetua, guru-guru dan ibu bapa khususnya di daerah Batu Pahat. Oleh kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang sederhana antara program intervensi dengan kekerapan buli di sekolah maka dicadangkan supaya pihak Kementerian Pelajaran dapat merangka dan mewujudkan model program anti buli yang khusus bagi mencegah dan menangani masalah perlakuan buli di sekolah-sekolah. Model ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada setiap sekolah di seluruh negara. Ianya dapat dijadikan sebagai asas kepada pembentukan program anti perlakuan buli yang disalurkan melalui kurikulum sekolah. Ianya juga dapat dijadikan sebagai garis panduan umum kepada semua sekolah tentang perlakuan buli serta bagaimana pihak sekolah dapat menangani masalah tersebut di sekolah. 20
Dapatan kajian juga mendapati pelajar merasakan pihak guru kurang meyokong dan memberi perhatian terhadap masalah perlakuan buli yang dialami oleh mereka maka dicadangkan pihak Kementerian Pelajaran merangka serta membentuk program latihan kepada guru-guru tentang bagaimana untuk mengenal pasti dan menangani masalah perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah. Ini dapat membantu pihak guru mengenal pasti tanda-tanda awal masalah perlakuan buli seterusnya dapat bertindak untuk mencegah dan membantu pelajar yang mengalami masalah perlakuan buli ini. Para guru perlu lebih sensitif terhadap tanda-tanda awal perlakuan buli dan laporan pelajar berkenaan perlakuan buli di sekolah. Mereka perlu cepat bertindak secara bijaksana terhadap setiap laporan dan tanda-tanda awal perlakuan buli tersebut. Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelajar dan guru mempunyai persepsi yang tidak bertoleransi terhadap perlakuan buli di sekolah maka dicadangkan supaya pihak pengurusan sekolah mewujudkan dasar yang tidak bertoleransi dengan perlakuan buli secara resmi di sekolah. Ini boleh dilakukan dengan mewujudkan peraturan sekolah yang jelas berkenaan perlakuan buli bagi mencegah pelajar membuli dan dan dibuli. Prosedur keselamatan yang jelas juga perlu diwujudkan bagi menjamin persekitaran sekolah yang selamat. Dapatan kajian ini juga menunjukkan para pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap pencegahan perlakuan buli di sekolah. Oleh yang demikian disarankan juga pihak sekolah menanamkan kesedaran tentang keburukan dan kesan perlakuan buli serta betapa perlunya perlakuan ini dijauhi kepada pelajar. Mereka juga perlu dilatih dengan kemahirankemahiran khusus untuk mengenal pasti dan menangani masalah perlakuan buli.Sebagai orang yang paling rapat sekali dengan pelajar penglibatan ibu bapa dalam setiap program intervensi yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah sangat diperlukan. Di samping dapat memantau perilaku anak-anak di rumah, para ibu bapa juga perlu diberikan maklumat dan kesedaran tentang masalah perlakuan buli ini.
21
Memandangkan perlakuan buli tidak hanya berlaku di dalam kawasan sekolah sahaja maka kerjasama pihak luar seperti komuniti, pihak Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah perlu untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali semasa dalam perjalanan ke sekolah dan pulang dari sekolah.
Cadangan Untuk Kajian Akan Datang Dapatan kajian ini mengesahkan dapatan kajian terdahulu dan beberapa andaian awal terhadap persepsi pelajar dan persepsi guru tentang perlakuan buli di sekolah menengah. Walaubagaimanapun terdapat dapatan yang memerlukan kajian lanjutan untuk mengesahkan dan mencari faktorfaktor lain yang mempengaruhinya. Antara kajian lanjutan yang dirasakan wajar dilakukan adalah seperti berikut; Kajian yang dijalankan ini meneroka persepsi guru dan pelajar tentang perlakuan buli di lapan buah sekolah menengah daerah Batu Pahat. Kajian lanjutan hendaklah dilakukan terhadap semua sekolah di daerah batu Pahat (25 buah sekolah) untuk mendapatkan maklumat seterusnya mengesahkan dapatan kajian.Responden kajian di setiap sekolah pula sebaik-baiknya mewakili 50 peratus daripada populasi responden kajian. Kajian terhadap persepsi pelajar dan guru terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Batu Pahat ini menggunakan kaedah kuantitatif. Adalah lebih bermakna sekiranya kajian lanjutan dapat menggabungkan kaedah kualitatif bagi mendapatkan maklumat yang lebih
22
mendalam tentang persepsi guru dan pelajar terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah yang mana tidak dapat dicakupi dalam kajian terdahulu. Kajian yang dijalankan ini hanya membandingkan persepsi guru dengan pelajar. Adalah menjadi lebih bermakna lagi sekiranya kajian akan datang dapat dilakukan terhadap para ibu bapa. Dapatan kajian tersebut dapat digunakan untuk membanding dan meneroka persepsi ibu bapa tentang perlakuan buli di kalangan pelajar. Ini dapat menyediakan kepada kita pemahaman yang lebih tentang bagaimana pandangan ibu bapa terhadap pengalaman anak-anak mereka menghadapi perlakuan buli di sekolah.
Bibliografi Anda de dan Diane. (1999), The Evaluation of a Skill-Based Violence Prevention Program for High School Adolescents. Social Work in Education, v21 n3 p13749 Brislin, R.W. (1980). Translation and content analysis of oral and written material. In H.C. Triandis & J.W. Berry (Eds.) Handbook of cross-cultural psychology: Methodology. (Vol 2). Boston: Allyn and Bacon. Charach, A., Pepler, D. J., dan Ziegler, S. (1995). "Bullying at School: A Canadian Perspective." Education Canada, 35, 12–18. Crozier W.R.dan Skliopidou E. (2002). Adult Recollections of Name-calling at School. Educational Psychology. January,22,1, 13-124(12) Henson, K., Massey, O., dan Armstrong, K. (2002). Student Perceptions of School 23
Safety: Results of the 2001 Omnibus Survey. Tampa, FL: Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research. Educational and Psychological Measurements, 30, 607-610.
REFLEKSI Konklusinya, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan ini bagi semester satu. Saya berasa berpuas hati dengan hasil kerja saya sendiri walaupun ianya kurang terperinci tetapi sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk mencari maklumat yang terbaik bagi menyiapkan kerja kursus ini. Sedikit sebanyak, kerja kursus ini telah memberikan saya tentang konsep profession keguruan dan kod etika keguruan, tugas dan tanggungjawab untuk meningkatkan profession perguruan ini. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai objektif sebenar tugasan ini. Dengan bantuan pensyarah yang berkaliber yang mana beliau sanggup meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya telah banyak mempelajari dan melalui pelbagai dugaan untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi pelbagai masalah seperti dalam mencari maklumat untuk diletakkan di dalam tugasan ini. Saya juga menghadapi masalah apabila mencetak tugasan saya disebabkan oleh kerosakan yang berlaku kepada printer secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun, semuanya
24
membuatkan saya menjadi lebih matang untuk menjadikan seorang guru yang baik masa hadapan. Bahan yang saya dapati cuma daripada tiga sumber sahaja iaitu daripada bahan ilmiah seperti buku rujukan di pusat sumber dan sebagainya. Sumber kedua pula adalah melalui internet dan yang terakhir ialah rujukan daripada pensyarah saya sendiri. Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada Allah dan disandarkan kepada saya, dan yang baik itu datang daripada Allah S.W.T. Sekian terima kasih…..
25