Gaya Pembelajaran (Learning Style) Gaya pembelajaran merupakan cara bagaimana seseorang itu belajar. Pembelajaran merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat, mengkod dan failkan maklumat tersebut supaya ianya mudah untuk digunakan apabila diperlukan. Gaya pembelajaran tidak berkait dengan kecerdasan atau apakah kemahiran yang telah anda pelajari. Tetapi gaya pembelajaran berkait rapat dengan bagaimana minda kita berkerja
dengan
berkesan
terhadap
pembelajaran
maklumat
baru.
Gaya
pembelajaran seseorang itu telah wujud dalam diri seseorang sejak dilahirkan. Tiada gaya pembelajaran yang buruk atau baik. Kejayaan datang dengan penggunaan gaya pembelajaran yang berlainan. Sebenarnya tiada “pendekatan” gaya pembelajaran yang paling sesuai. Semua orang mempunyai gaya tersendiri dalam pembelajaran
maklumat
baru.
Ini
bermakna
setiap
orang
mempunyai
gaya
pembelajaran yang tersendiri. Menurut Dunn, R. dan Dunn, K. (1978) dalam bukunya berjudul Teaching Students Through Their Individual Learning Styles menyatakan kekaguman mereka apabila mendapati adanya begitu banyak penulisan pada tahun 1970-an yang menyokong pendapat bahawa setiap murid belajar mengikut cara-caranya yang tersendiri, berbeza dengan rakan sebayanya. “We were amazed to find an abundance of literature that had been accumulated over an eighty-year period repeatedly verifying that each student learns in ways that are different from his or her peers.” (Dunn & Dunn, 1978:4) Saya memilih konsep gaya pembelajaran adalah kerana peranan guru kini dalam pendidikan sepatutnya berubah sebagai seorang penyampai ilmu kepada seorang pengurus pembelajaran yang berkesan memandangkan era informasi kini telah menjadikan dunia sebuah perkampungan global yang tidak bersempadan. Senario ini memberi kesan kepada dunia pendidikan. Generasi kini berupaya mendapatkan informasi dan memperoleh ilmu serta kemahiran menerusi pelbagai media seperti internet, perisian multimedia, rangkaian LAN dan WAN. Sebagai seorang pengurus pembelajaran, guru seharusnya memahami pelbagai keperluan pelajar yang berbezabeza. Namun begitu, gaya pengajaran guru harus ada hubung kait yang rapat
dengan gaya pembelajaran murid. Maka sekarang ini berlaku peralihan tumpuan kepada pembelajaran (learning) dan gaya pembelajaran (learning styles) murid-murid. Konsep yang berkaitan dengan “perbezaan individu”, “pengajaran berpusatkan murid”, dan “strategi pengajaran bersepadu” tentulah tidak asing lagi kepada golongan guru. Bidang psikologi pendidikan yang dipelajari di institusi perguruan dari dahulu sehingga sekarang pun masih mengutamakan pengetahuan guru mengenai perbezaan individu. Begitu juga dalam bidang ilmu pedagogi. Guru-guru mempelajari pelbagai strategi dan model pengajaran yang boleh memenuhi minat, keperluan, dan perbezaan murid-murid. Walaupun latihan perguruan sedemikian dijalankan, namun apabila guru berdepan dengan situasi sebenar mendidik 35 hingga 55 murid pada sesuatu waktu dan dalam situasi saiz bilik darjah yang kurang kondusif, sesak dan sempit, para guru berkemungkinan besar kurang dapat memberi pertimbangan terhadap perbezaan individu dan segala strategi yang disarankan semasa di institusi perguruan dahulu. Kesannya, guru akan menampilkan stail pengajarannya yang mungkin berbalik kepada penggunaan kaedah pengajaran terus secara kelas daripada strategi pengajaran berpusatkan murid. Oleh yang demikian, Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Di negara kita sistem pendidikan sebenarnya lebih berpusatkan kepada murid oleh itu gaya pembelajaran sangat penting bagi menentukan cara mana seseorang murid itu sesuai untuk belajar mengikut gaya pembelajaran mereka sendiri. Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokus kepada 18 elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang pelajar. Kesemua 18 elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu Persekitaraan, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal. Model Gaya Pembelajaran menurut Dunn & Dunn berasaskan prinsip-prinsip berikut ialah Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.
Gambarajah berikut mempamerkan elemen-elemen gaya pembelajaran yang dikenal pasti oleh Dunn & Dunn (1974).
Secara tuntasnya, dapat kita fikirkan bahawa gaya pembelajaran (learning style) memberi kesan terhadap kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid, sebagai guru kita seharusnya peka terhadap kebolehan dan keupayaan murid-murid agar kita dapat merealisasikan harapan falsafah pendidikan kita untuk masa depan Negara kita kelak.