1.0 PENGHARGAAN
Saya, Sarmala A/P C.Murugayah (970628-04-5368) amat berterima kasih kepada Tuhan kerana saya dapat menghabiskan tugasan ini dengan baik. Saya membuat tugasan ini dengan penuh kerajinan dan dengan rasa bertanggungjawab. Saya juga dapat mengenalpasti tentang tajuk Gaya Pembelajaran Regulasi Kendiri. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan saya kerana menolong saya mencari bahan semasa membuat tugasan ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sudi menemani saya sepanjang tugasan ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Pn.Zairinah Binti Shukur. Saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik atas dorongan pensyarah saya.
Sekian terima kasih
2.0 Pengenalan Pembelajaran Regulasi Kendiri
Pembelajaran regulasi kendiri boleh dilihat sebagai usaha pembelajaran yang dilakukan oleh seseorang pelajar tanpa ada bimbangan terus daripada guru dengan menilai keadaan dalaman, naluri dan sumber yang wujud dalam dirinya iaitu kawalan kendiri, kebolehpercayaan , bertanggungjawab, kebolehubahsuaian dan inovatif.
Kita perlu meregulasi pembelajaran kendiri adalah untuk
meningkatkan dan
memperluas pemahaman dan ilmu pengetahuan dalam membaca. Seterusnya, kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, kita boleh memupuk sikap yang terpuji dan keterampilan diri sendiri seseorang. Tambahan pula, mengevaluasi halangan yang mungkin muncul dan melakukan tindakan yang diperlukan dan sekaligus dapat memupuk sikap berdikari dalam batin pelajar agar dapat mencapai hasil pembelajaran secara efektif.
3.0 Gaya Pembelajaran Kendiri
Terdapat empat model Gaya Pembelajaran. Antaranya ialah VARK iaitu Visual, Auditory, Reading- Writting, dan Kinesthetic Learning. Model VARK diasakan oleh Neil Fleming pada tahun 2001 (Allen, Scheve & Nieter, 2011). Model ini menerangkan empat gaya pembelajaran berasakan perbezaan individu iaitu visual. Melalui visual pelajar akan belajar melalui penglihatan iaitu seperti menggunakan carta, poster, grafik dan penggunaan multimedia dalam aktiviti P&P. Seterusnya ialah, audio. Melalui audio pelajar akan belajar melalui pendengaran iaitu seperti kuliah dan penerangan. Selain itu, bacaan. Melalui bacaan pelajar akan menulis semula nota,
membuat nota,
menghafal, nota, menerangkan semula gambar atau model menggunakan perkataan sendiri dalam bentuk Powerpoint. Akhirnya, kinestetik. Melalui kinestik, pelajar akan belajar melalui pengalaman dan penglibatan melakukan aktiviti
pembelajaran iaitu
seperti menggunakan kaedah hands on melalui eksperimen, pembelajaran luar bilik
darjah, menggunakan gambar rajah dan foto untuk menerangkan idea kerja lapangan dan sebagainya.
3.1 3 Aspek Umum Akademik dalam Pembelajaran Regulasi Kendiri Terdapat tiga aspek umum akademik dalam pembelajaran regulasi kendiri. Antaranya ialah, kawalan akhlak kendiri, kawalan motivasi kendiri dan kawalan strategi kendiri.
Kitaran Kemahiran Pembelajaran Regulasi Kendiri (Zimmerman 2002, 1998)
Kawalan akhlak kendiri
Kawalan strategi kendiri
Kawalan motivasi kendiri
3.2 Gaya pembelajaran akses kendiri Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, cara dan tempoh belajar. Melalui gaya pembelajaran akases kendiri, murid dapat belajar secara kendiri melalui bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau perkembangan sendiri.
Pada
masa
yang
sama,
murid
juga
akan
mempunyai
autonomi,
bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka. Mereka tidak akan menunggu sehingga seseorang memujuk mereka untuk belajar.
3.3 Gaya Pembelajaran Regulasi Kendiri di Sekolah
Pembelajaran akses kendiri adalah satu teknik pembelajaran yang membolehkan murid-murid belajar dalam kadar kebolehan dan masa mereka sendiri dengan menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang telah disusun-atur dan disediakan. Murid-murid diberi peluang untuk memilih aktiviti yang mereka minat, membuat pembetulan dan uji kendiri hasil kerja mereka sendiri. Gaya pembelajaran regulasi kendiri yang saya amalkan di sekolah ialah gaya pembelajaran visual. Gaya tersebut merupakan gaya yang menggunakan bahan-bahan visual sepertinya gambar-gambar , carta-carta , peta , gambar rajah , jadual , dan sebagainya untuk belajar. Melalui gaya tersebut, saya mendapat sudut pandangan yang jelas terhadap guru , apabila guru sedang menyampaikan sesuatu perhatikan pergerakan fizikalnya , bahasa badannya dan ekspresi wajahnya. Saya dapat mevisualkan idea dalam bentuk gambaran dan tuliskannya. Saya telah menggunakan multimedia untuk menggambarkan sesuatu idea sepertinya computer , video atau filemfilem. Bacakan buku-buku yang ada ilustrasi atau gambar-gambar untuk lebih senang memahami maksud-maksudnya. Di samping itu , gaya lain saya gunakan di sekolah ialah gaya pembelajaran audiotori. Gaya ini bermaksud jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran
perkataan dan arahan lisan. Melalui gaya ini, saya dapat membaca teks secara kuat agar didengari oleh diri sendiri. Saya menggunakan irama-irama tertentu untuk mengukuhkan ingatan dan teknik mnemonik untuk membantu diri sendiri mengingati sesuatu. Saya juga sentiasa bercakap kepada seseorang sementera saya menuliskan idea-idea yang saya keluarkan. Seterusnya, saya juga mengguakan gaya pembelajaran kinestetik. Gaya ini adalah pembelajaran yang belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal. Saya akan sentiasa bergerak dan beraktiviti ketika membaca . Contohnya, saya boleh membaca buku sementara menunggu bas atau sementara menunggu guru masuk ke dalam kelas. Saya akan menhiasi meja tempat belajar dengan poster-poster dan formula-formula. Kesimpulannya, semua orang memiliki gaya pembelajaran diri sendiri. Namun, perkara yang terpentingnya adalah memastikan sendiri boleh
memperoleh ilmu
pengetahuan melalui gaya pembelajaran diri sendiri. Setiap orang mesti mempunyai gaya pembelajaran sendiri kerana boleh membantu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Akhir sekali, gaya pembelajaran telah memberi saya untuk memperoleh ilmu pengetahuan baharu dalam masa yang singkat serta saya juga menggunakan gaya-gaya tersebut dengan tepat dan betul.
3.4 Gaya Pembelajaran Regulasi Kendiri di Institut Pendidikan Guru
Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa. Terdapat lapan kerja kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka masa 4-6 minggu untuk kusus major dan bukan major di IPG. Bimbingan pensyarah semasa pelaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan
kemahiran-kemahiran
seperti
berfikir
secara
kritis,
kreatif,
berkomunikasi dan berkolaborasi. Semasa saya belajar di IPG, saya lebih berdikari
sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberikan kerana saya lebih sedar bahawa markah kerja kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan. Di IPG, saya mempunyai kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel dan laporan. Saya menggunakan tujuh elemen dalam Proses Pembelajaran Regulasi Kendiri semasa berada di IPG.
Motivasi kendiri Penilaian Kendiri
Pemantauan Kendiri
Perancangan masa
Proses Pembelajaran Regulasi Kendiri
Menetapkan Matlamat
Pengawalan tumpuan
Aplikasi Strategi Pembelajaran
Yang pertamanya ialah motivasi kendiri. Motivasi kendiri adalah untuk belajar dengan cara yang berkesan. Dengan ini, saya akan bermotivasi apabila saya mempunyai kualiti kendiri yang tinggi berhubung dengan kebolehan saya untuk menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya.
Seterusnya, perancangan masa. Perancangan masa akan membantu saya untuk merancang kaedah yang terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi sesuatu tugasan. Pada masa yang sama, saya juga dapat merancang lebih awal tugasan dan menggunakan masa dengan berkesan untuk mencapai matlamat. Saya membuat jadual waktu sendiri untuk merancang masa saya dengan baik. Saya mengamalkan jadual tersebut di rumah dan kampus.
Masa
Isnin
6.oo-7.30
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Menyediakan Menyediakan
Menyediakan
Menyediakan
Menyediakan
diri
diri
diri
diri
diri
7.45-3.30
Kuliah
Kuliah
Kuliah
Kuliah
Kuliah
3.30-5.00
Rehat
Rehat
Rehat
Rehat
Rehat
5.00-6.00
Menyediakan Menyediakan
Menyediakan
Menyediakan
Menyediakan
diri
diri
diri
diri
diri
6.00-8.00
Ulangkaji
Ulangkaji
Ulangkaji
Ulangkaji
Ulangkaji
8.00-9.00
Makan
Makan malam
Makan malam
Makan malam
Makan malam
malam 9.00-10.00
Ulangkaji
Ulangkaji
Ulangkaji
Ulangkaji
Ulangkaji
10.00-12.00
Waktu
Waktu
Waktu
Waktu
Waktu
peribadi
peribadi
peribadi
peribadi
peribadi
Tidur
Tidur
Tidur
Tidur
Tidur
12.00-6.00
Masa
Sabtu
Ahad
9.00-10.00
Menyediakan diri
Menyediakan diri
10.00-12.00
Menonton tv
Menonton tv
12.00-1.00
Makan tengah hari
Makan tengah hari
1.00-3.00
Riadah bersama keluarga
Riadah bersama keluarga
3.00-5.00
Ulangkaji
Ulangkaji
5.00-6.00
Bermain
Bermain
6.00-7.00
Menyediakan diri
Pulang ke kampus
7.00-9.00
Riadah bersama keluarga
9.00-11.00
Waktu peribadi
Selain itu, pengawalan tumpuan. Pengawalan tumpuan dalam sesuatu perkara dapat memaksimumkan tumpuan saya terhadap tugasan pembelajaran. Saya boleh cuba fokuskan tumpuan pada isi-isi pelajaran yang ada dan hindari fikiran dan emosi daripada terganggu dan tidak focus. Kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di IPG. Dengan ini, saya dapat meningkatkan dan mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri melalui penglibatan dala pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta kemahiran. Tambahan pula, aplikasi strategi pembelajaran. Melalui aplikasi tersebut, saya dapat
memilih dan menggunakan cara yang betul untuk memproses bahan yang
diperolehi. Saya juga dapat memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi.
Saya memilih strategi pembelajaran saya
dengan menggunakan pusat sumber dan perpustakaan. Penggunaan tersebut memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana terdapat banyak dan elbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan perpustakaan. Saya akan menganalisis maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan. Maklumat yang banyak memerlukan untuk saya ialah mempunyai kemahiran membaca yang cepat supaya dapat memilih maklumat tepat yang diperlukan. Saya juga telah memulakan penulisan mengikut kefahaman pembacaan yang telah dilakukan.
Elemen seterusnya ialah, menetapkan matlamat. Saya dapat mengenalpasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran. Saya juga perlu tahu perkara yang saya mahu apabila belajar iaitu, saya mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik atau
hanya
untuk
mendapatkan
pemahaman
secukupnya
untuk
persediaan
peperiksaan. Seterusnya, pemantauan kendiri.
Pemantauan dilakukan dari semasa ke
semasa untuk melihat sama ada terdapat sebarang perkembangan dalam mencapai matlamat. Saya akan sentiasa memantau perkembangan semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran untuk menikmati kebaikan pada masa akan datang. Akhirnya, penilaian kendiri. Saya akan menilai sendiri hasil akhir daripada aktiviti pembelajaran. Pada masa yang sama, saya juga akan menentukan sama ada apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang telah ditetapkan.
5.0 Kesimpulan
Pada semester ini, saya telah mendapat peluang untuk mengambil matapelajaran Kemahiran Belajar.
Apabila pensyarah saya memberikan kerja kursus ini, saya
merasakan kerja kursus ini agak susah dan mungkin saya perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran. Saya
tidak berkeyakinan dan berputus asa sebelum melakukan
kerja kursus ini. Tetapi hasil dorongan pensyarah saya telah menyebabkan, saya lebih yakin dan saya akur janji untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna dan juga dengan baik. Melalui kerja kursus ini, saya telah memahami tentang Gaya Pembelajaran Regulasi Kendiri dengan lebih jelas. Melalui gaya pembelajaran tersebut, pelajar seharusnya digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan dibimbing untuk merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai dan guru harus menekankan teknik pembelajaran yang sesuai dengan pelajar mereka. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap persepsi pelajar visual, auditory, bacaan dan kinesthetic terhadap strategi penerapan strategi metakognitif yang dilaksanakan oleh guru, dan seterusnya membandingkan persepsi pelajar visual, 18 auditory, bacaan dan kinesthetic terhadap strategi penerapan strategi metakognitif yang dilaksanakan oleh guru.