G6213 Teori Dan Amalan Kurikulum Individu

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View G6213 Teori Dan Amalan Kurikulum Individu as PDF for free.

More details

  • Words: 3,574
  • Pages: 20
.;;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;;; ;;O;; ;; ;;O;; ;; ;;O;; ;;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;;.;;.;;.;;.;;.;; .;;.;;.;;.;;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;;;•;;•;;•;;•;;•;;•;;•;;•;;•;;;.;; .;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;;;.;; .;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;;.;;.;;..;;. ..;; ....; ;.....; ;......; ;.......; ;........; ;; G6213 TEORI DAN AMALAN KURIKULUM

analisis teori, falsafah dan model pembentukan kurikulum prasekolah oleh micheal anak ringgit g74588 sarjana (kurikulum & pedagogi) program sarjana eksekutif, pusat kembangan pendidikan ukm sesi 2006/2007

universiti kebangsaan malaysia

2007

pensyarah : dr. sharifah nor puteh

3 KANDUNGAN

kandungan

muka surat

abstrak

1

pendahuluan

1

definisi

2

2.1 definasi kurikulum kebangsaan

2

3. proses penggubalan kurikulum prasekolah

4

4. akta pendidikan 5. perancangan penggubalan kurikulum prasekolah

4 5

6. rukun negara 7. falsafah pendidikan kebangsaan

6 7

8. matlamat

7

9. objektif

7

11. tujuan kurikulum

8

10. pemilihan isi atau kandungan

8

12. penerangan modul konseptual

9

13. peranan guru dalam penggubalan, pelaksanaan dan kejayaan kurikulum

15

14. penutup

16

rujukan

17

analisis teori, falsafah dan model pembentukan kurikulum prasekolah

4

abstrak kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai sejauh mana keberkesanan kurikulum lama dan baru prasekolah. kajian ini juga merupakan analisis daripada beberapa bahan yang sumbernya didapati daripada internet yang melibatkan kajian tentang pendekatan yang digunakan dalam pembentukan

kurikulum

prasekolah.

dapatan

kajian

membuktikan

pembentukan kurikulum sekolah akan berjaya dan berfungsi sepenuhnya jika kementerian dapat menyediakan garis panduan yang lebih berkesan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang dituntut oleh falsafah pendidikan negara (fpn). justeru itu kurikulum sekolah hendaklah disusun dengan penuh teliti dengan mengambil kira semua aspek yang releven dan proaktif supaya dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. reka bentuk sesuatu kurikulum semestinya mampu menjuruskan pengajaran dan pembelajaran ke arah yang dikehendaki. perancangan yang teliti dan tepat sangat perlu bagi menjamin perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi dan psikomotor supaya berlaku keseimbangan sewajarnya. pendahuluan kebelakangan ini, sistem pendidikan negara kita telah mengalami pelbagai perubahan. ini adalah hasil daripada semakan semula kurikulum baru sekolah rendah (kbsr) dan kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm). tahukah anda pengertian kurikulum? ada penulis yang menyamakan kurikulum dan sukatan pelajaran, kursus-kursus pengajian, mata pelajar mata pelajaran dan jadual waktu. perancangan yang teliti dan tepat sangat perlu bagi menjamin perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi dan psikomotor supaya berlaku keseimbangan sewajarnya. justeru itu kurikulum sekolah hendaklah disusun dengan penuh teliti dengan mengambil kira semua aspek yang releven dan proaktif supaya dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. kurikulum sekolah akan berjaya dan berfungsi sepenuhnya jika dapat menjadi garis panduan guru melaksanakan pengajaran untuk menghasilkan pembelajaran sebagaimana yang dituntut oleh falsafah pendidikan negara (fpn) definisi

5

definasi kurikulum kebangsaan “... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan” akta pendidikan 1996 [peraturan-peraturan (kurikulum kebangsaan) pendidikan 1997]

‘kurikulum adalah alat berfungsi untuk pendidikan’ curriculum is a functioning instrument of education

- tyler ( 1949 )

kurikulum adalah suatu pelan bagi pembelajaran’ curriculum is a plan for learning - taba (1962) ‘kurikulum adalah suatu bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran’curriculum is a particular form of specification about the practice of teaching - stenhouse ( 1975 ) kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dirancang dan dibimbing’ the planned and guided learning experiences and intended learning outcomes - tanner & tanner ( 1975 ) kurikulum adalah suatu set keputusan umum tentang perkara yang akan diingat dan bagaimana ianya akan diajar yang menentukan rangka di mana pengajaran dirancang dan pembelajaran berlaku.’ the set of broad decisions about what to be taught and how it is to be taught, that determine the general framework within, which lessons are planned and learning takes place. - erant ( 1975 ) ‘kurikulum adalah suatu set hasrat tujuan formal pendidikan/latihan yang tersusun.’ a curriculum is an organised set of formal education and/or training intentions. - pratt ( 1980 )

6

‘kurikulum adalah suatu set pelan dan pengalaman yang salingkait untuk kewajipan seseorang pelajar di bawah bimbingan di sekolah.’ an interrelated set of plans and experiences that a student undertakes under the guidance of the school. - marsh & willis ( 1995 )

nicholls, s.h. clan nicholls, a. (1981), mentakrifkan kurilum sebagai semua peluang pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru untuk murid-murid di sekolah. elizabeth maccia dari universiti ohio, amerika syarikat mentakrifkan kurikulum sebagai suatu rekabentuk kelompok pengalaman-pengalaman pendidikan bagi murid-murid di sekolah. kerr j.k mentakrifkan kurikulum sebagai semua pembelajaran yang dirancangkan dan dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan secara kelompok atau individu, di dalam atau di luar sekolah. hirst memberikan definisi kurikulum sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah dirancangkan. david warwick mentakrifkan kurikulum itu sebagai struktur terancang ideal-ideal sesebuah sekolah yang bersesuaian dengan keperluan-keperluan psikologi murid-murid, kemudahan yang sedia ada serta juga keperluan-keperluan budaya semasa. beliau juga menerangkan bahawa terdapat tiga dimensi atau aspek kurikulum yang jelas, iaitu kurikulum formal atau ketara, kurikulum ideal dan kurikulum terlindung. jadi, dapat kita rumuskan bahawa kurikulum adalah merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai hasrat penghasilan (intended outcomes) yang ditentukan” (the planned learning experiences for intended learning outcomes) proses penggubalan kurikulum prasekolah kurikulum prasekolah kebangsaan yang digubal berlandaskan rukun negara, falsafah pendidikan kebangsaan dan prinsip pendidikan awal kanak-kanak. kurikulum prasekolah kebangsaan menjadi dokumen rujukan standard yang perlu dipatuhi dan digunapakai oleh

7 semua tadika di seluruh negara. dokumen rujukan standard ini menetapkan parameter dan kandungan pengajaran dan pembelajaran minimum yang perlu dilaksanakan oleh semua tadika. peringkat umur antara 4 hingga 6 tahun adalah peringkat formatif dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. oleh itu, kurikulum ini digubal dengan tujuan untuk memupuk potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dari segi pembangunan minda dan kreativiti, pemupukan dan amalan nilai yang berteraskan agama dan moral, pengukuhan dan kestabilan emosi dan penyuburan fizikal sebagai persediaan untuk hidup bermasyarakat dan menghadapi pendidikan formal sekolah rendah. hasrat ini dapat dicapai dengan memberi penekanan kepada pendekatan bermain sambil belajar yang fleksibel, tidak formal, selamat, selesa dan menggembirakan. guru dan pengusaha tadika perlu merancang dan melaksanakan aktiviti prasekolah yang menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan

tingkah laku

berdisiplin. murid dibimbing untuk mempunyai kesedaran terhadap diri sendiri, keluarga, alam sekitar dan negara supaya mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara. kurikulum prasekolah kebangsaan ini adalah hasil daripada pengemblengan tenaga dan kepakaran pelbagai pihak di kementerian pembangunan luar bandar, kementerian perpaduan negara dan pembangunan masyarakat, kementerian pendidikan, institusi pengajian tinggi dan pengusaha tadika swasta. akta pendidikan akta pendidikan 1996 yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang signifikan bagi pendidikan prasekolah . pendidikan

prasekolah telah dimasukkan ke dalam sistem

pendidikan kebangsaan. peruntukan akta ini memberi penekanan kepada pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4-6 tahun.

perubahan dasar ini

menunjukkan kementerian pendidikan malaysia sentiasa menumpukan usaha untuk mengekal dan mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. kurikulum prasekolah kebangsaan digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah . ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan akta pendidikan 1996 (pendidikan prasekolah) pendidikan awal kanak-kanak yang berkesan memerlukan kurikulum yang universal, terancang dan dapat memenuhi keperluan murid semasa. kurikulum prasekolah kebangsaan merangkumi aspek-aspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang universal iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian dan moral, sosioemosi, fizikal dan kreativiti dan estetika. kurikulum prasekolah kebangsaan memberi

8 penekanan kepada komponen bahasa dan komunikasi sebagai usaha untuk meningkatkan literasi

murid dalam bahasa, kemahiran berinteraksi dan komunikasi serta

membina

keyakinan murid menghadapi pelbagai cabaran dalam era globalisasi dunia. keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini bergantung kepada pelaksana yang benar-benar faham dan menghayati serta mampu

melaksanakan kurikulum seperti yang dihasratkan. oleh itu,

kementerian pendidikan telah menyediakan huraian kurikulum prasekolah sebagai bahan sokongan untuk membantu guru dan pengusaha tadika melaksanakan kurikulum itu dengan berkesan. perancangan penggubalan kurikulum prasekolah kebangsaan pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. pengalaman prersekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanakkanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka. program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu. pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. semua asas yang dibina dalam diri murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. perancangan dan penggubalan kurikulum prasekolah kebangsaan berlandaskan prinsip rukun negara dan falsafah pendidikan kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan

9 negara. perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak, psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran. dokumen kurikulum prasekolah kebangsaan ini mengandungi model konseptual kurikulum matlamat, objektif, organisasi kandungan kurikuluk, komponenkomponen kurikulum pendekatan pengajaran dan pembelajaran, cadangan bahan kurikulum pengurusan ruang dan penilaian serta rekod perkembangan murid. bagi menjelaskan perkara di atas, terutama dari segi pelaksanaan kurikulum prasekolah kebangsaan, huraian kurikulum prasekolah disediakan. kedua-dua dokumen perlu dirujuk bersama untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah. kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum bergantung kepada kefahaman dan penghayatan pelaksana di bilik

darjah. walau

bagaimanapun, pelaksana boleh menyesuaikan kandungan kurikulum dengan keadaan dan situasi. pelaksana juga

perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak,

prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan, minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan dan perkembangan pendidikan terkini.

justeru, guru dapat

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (abp). rukun negara bahawasanya negara kita malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

maka kami, rakyat malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut : kepercayaan kepada tuhan kesetiaan kepada raja dan negara

10 keluhuran perlembagaan kedaulatan undang-undang kesopanan dan kesusilaan falsafah pendidikan kebangsaan pendidikan di malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonisdari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. matlamat pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. objektif pendidikan prasekolah membolehkan murid: mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik; menggunakan bahasa melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi; menggunakan bahasa cina dan bahasa tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa cina dan bahasa tamil; menggunakan bahasa inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama islam. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian; mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah; mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial; mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan

11 keselamatan yang baik; dan mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya tujuan kurikulum setiap kurikulum mempunyai tujuan-tujuan tertentu, sama ada dinyatakan secara khusus atau secara implisit dalam pemilihan dan susunan kandungan. tujuannya adalah berasaskan konsep pendidikan yang ditentukan oleh pakar-pakar yang membentuk kurikulum itu. tujuan-tujuan yang menekankan keperluan serta minat murid-murid akan mewujudkan organisasi yang memusatkan aktiviti. semasa mengelolakan tujuan-tujuan kurikulum, empat prinsip berikut seharusnya ditekankan. tujuan-tujuan perlu selaras dengan tujuan-tujuan pendidikan kebangsaan. tujuan-tujuan am sesuatu kurikulum perlu dinyatakan. tujuan-tujuan khusus setiap mata pelajaran dan unit isi atau kandungan perlu jelas. tujuan-tujuan seharusnya boleh diubah kepada tujuan-tujuan bagi setiap pelajaran atau aktiviti. biasanya hanya tujuan-tujuan am sesuatu kurikulum

dan tujuan khusus setiap mata

pelajaran dan unit isi atau kandungan yang dinyatakan. tujuan-tujuan keselarasan dengan tujuan pendidikan kebangsaan biasanya difikirkan oleh perancang pendidikan, manakala tujuan lain adalah bergantung pada inisiatif guru.

p em i l i h a n i s i a t a u k a n d u n g a n menurut smiths, stanley clan shores, pemilihan isi kurikulum perlu mematuhi empat prinsip, iaitu kepentingan isi bagi satusatu bidang pengetahuan, nilai tinggalan, minat belajar, dan sumbangan kepada pembentukan semula nilai sosial.

tyler pula mencadangkan lima prinsip lain. beliau berpendapat, sesuatu isi atau kandungan itu sepatutnya mengandungi pengalaman-pengalaman yang menyediakan peluang-peluang bagi murid-murid mengamalkan tingkah-tingkah laku yang diharapkan oleh tujuan-tujuan, mencapai kepuasan hati, mempelajari pada aras kesukaran yang sesuai, mencapai berbagaibagai hasil bagi setiap pengalaman, clan mencleclahkan kepada pengalaman-pengalaman yang sama jenis.

12

senarai prinsip itu menunjukkan isi kurikulum sepatutnya mengandungi pengalamanpengalaman pembelajaran yang di susun mengikut dua keperluan asasi. pertama, mengikut keperluan-keperluan masyarakat yang menghendaki kanak-kanak mempelajari kemahiran 3m, iaitu membaca, menulis dan mengira, konsep-konsep asasi tentang aspek sosial, politik dan ekonomi masyarakat dan teknik-teknik asas bagi penyertaan dalam kehidupan bermasyarakat seperti perbincangan dan pemikiran kritikal dalam sistem demokrasi. kedua, mengikut keperluan-keperluan perkembangan dan pembelajaran murid-murid yang memerlukan isi atau kandungan itu disusun mengikut data psikologi dan pelajaran, supaya selaras dengan peringkat kebolehan mereka. penerangan modul kebangsaan konseptual kurikulum prasekolah kurikulum prasekolah kebangsaan ini digubal berasaskan empat prinsip utama iaitu: perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu memberi fokus kepada penyuburan potensi individu yang menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. potensi murid hendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. individu yang seimbang dan harmonis memiliki: kepercayaan kepada tuhan ilmu pengetahuan kemahiran asas akhlak mulia emosi yang stabil kesihatan dan kecergasan

13

model konseptual kurikulum (abp = amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak) pembelajaran yang menggembirakan memberi penekanan kepada minat dan bersemangat untuk belajar. semangat ini akan dapat dipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang menarik, selesa, mencabar dan menggembirakan. suasana yang kondusif untuk belajar dengan sendirinya memupuk semangat cintakan ilmu pengetahuan

14 yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas dan terbuka. pengalaman pembelajaran yang bermakna memberi penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalam

aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran

dengan pengalaman kehidupan seharian. usaha ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. pendidikan sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran. pengalaman pendidikan prasekolah yang menggembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke akhir hayat. perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu. komponen tersebut adalah seperti berikut : i.

bahasa dan komunikasi;

ii. perkembangan kognitif; iii. kerohanian dan moral; iv. perkembangan sosioemosi; v. perkembangan fizikal; dan vi. kreativiti dan estetika. penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan bahasa penting dalam proses pembelajaran. penguasaan kemahiran bahasa diperolehi melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

kecekapan berbahasa akan

membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan. pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (abp). amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid adalah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid. pendekatan kurikulum berfokus kepada hasil pembelajaran (outcome-based learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus

diperolehi dan dicapai oleh murid itu. melalui proses pengajaran dan

pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid dapat menguasai dan memperolehi ciri-ciri berikut: i. kecekapan berbahasa dan berkomunikasi; ii. kemahiran berfikir;

15 iii. iv.

berakhlak

mulia

berkeyakinan

dan

beretika;

dan

berdisiplin;

pendekatan pengajaran dan pembelajaran

16

CARTA ALIR PROSES PERKEMBANGAN KURIKULUM

BAHAGIANBAHAGIAN LAIN KPM

JAWATANKUASA PERANCANGAN PENDIDIKAN

 Bahagian Pendidikan Guru  Bahagian Teknologi Pendidikan

JAWATANKUASA KURIKULUM PUSAT

Input dari Bahagian KPM & Institusi Pendidikan

 Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan  Bahagian Sekolah  Bahagian Buku Teks

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

 Jemaah Nazir Sekolah  Lembaga Peperiksaan

 Analisis keperluan

Pendapat orang ramai

 Institut Aminuddin Baki

 Perancangan

 Bahagian Kewangan

 Pembangunan& Pengembangan Trend Dunia dan Dapatan Kajian

 Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan

 Uji Rintis/ Pelaksanaan terhad

 Jabatan Pendidikan Teknikal

 Penyebaran & Pelaksanaan Dasar / Arahan / Mandat

 Jabatan Pendidikan Islam & Moral

 Penilaian & Penyeliaan

 Jabatan Pendidikan Negeri

PENILAIAN DAN MAKLUMBALAS

CARTA ALIR PROSES PENGGUBALAN KURIKULUM

INPUT

PERANCANGAN & PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN & PENGEMBANGAN MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM PUSAT

YA

KEPUTUSAN

TIDAK

UJI RINTIS / PELAKSANAAN TERHAD MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM PUSAT

YA

KEPUTUSAN

PENYEBARAN/ PELAKSANAAN

TIDAK

17

FOKUS PROSES PENDIDIKAN PERSEKOLAHAN

Menengah Atas ( Tingkatan 4 – 5 )

perkembangan bakat & minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan , kerjaya dan pendidikan tinggi

Menengah Rendah

(1 1

TA HU N

)

( Tingkatan 1 – 3 )

pendidikan umum, peningkatan kemahiran yang diperolehi semasa di sekolah rendah, pra vokasional, perkembangan bakat & minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai

Kelas Peralihan

Tahap ll Rendah ( Tahun 4 – 6) pengukuhan dan aplikasi kemahiran 3M, kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, pra vokasional, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai

pengukuhan dan penguasaan Bahasa Melayu

Tahap l Rendah ( Tahun 1 – 3 ) penguasaan 3M, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai

Prasekolah proses sosialisasi, perkembangan sahsiah, persediaan ke sekolah rendah

PRINSIP-PRINSIP KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH -KBSR -

Pendidikan Yang Sama Untuk Semua Murid

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

PRINSIP KBSR Pendidikan Seumur Hidup

Pendekatan Bersepadu

18 peranan guru dalam penggubalan, perlaksanaan dan kejayaan kurikulum berjaya atau tidak satu-satu kurikulum adalah bergantung pada peranan seseorang guru dalam melaksanakannya. guru yang memahami falsafah, matlamat, objektif serta rasional pembentukan satu-satu kurikulum akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menjamin kejayaannya. oleh itu, sumbangan guru dengan pelbagai bentuk dalam pembentukan kurikulum amatlah digalakkan.

peranan guru dalam penggubalan, perlaksanaan dan kejayaan satu-satu kurikulum boleh dilakukan di pusat perkembangan kurikulum, kuala lumpur atau di daerah-daerah di setiap negeri. usaha kementerian pendidikan untuk memusatkan aktiviti penggubalan di kuala lumpur disebut sentralisasi. kadangkala, setengah-setengah pejabat pendidikan daerah telah diberi kuasa oleh pentadbiran pusat untuk menjalankan setengah-setengah aktiviti. pemberian kuasa seperti ini disebut desentralisasi. guru memainkan peranan dalam penggubalan, perlaksanaan dan kejayaan kurikulum di peringkat pusat dan di peringkat daerah.

dalam penggubalan satu-satu kurikulum baru, guru-guru terutamanya guru mata pelajaran kanan dipelawa untuk memberi pandangan dalam satu panitia di peringkat sekolah atau di peringkat pejabat pendidikan daerah. sumbangan atau peranan guru tersebut tergolong dalam kategori desentralisasi. kemudiannya, guru yang sama mungkin dijemput memberi pandangan atau pendapat di peringkat pusat dalam usaha penggubalan kurikulum. usaha seperti ini adalah dalam kategori sentralisasi. selain daripada penggubalan, guru juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan satu-satu kurikulum di sekolah. dalam usaha ini, guru perlu menentukan bahan-bahan, pengetahuan serta kemahiran-kemahiran yang diperlukan. di samping itu, guru juga perlu membuat perancangan tentang strategi perlaksanaan yang hendak digunakan bagi menjamin kejayaan sesuatu kurikulum. selain daripada strategi, guru perlu memikirkan bahan-bahan pengajaran-pembelajaran, teknik dan aktiviti-aktiviti sokongan yang seharusnya digunakan agar kejayaan kurikulum itu terjamin. segala usaha pelaksanaan kurikulum di sekolah sekali lagi merupakan satu usaha dalam kategori desentralisasi.

19 penutup kurikulum adalah ilmu teras dalam bidang pendidikan. ia penting dalam mencorak masyarakat akan datang. oleh itu, kebanyakan negara maju berusaha membangunkan kurikulum sejajar dengan keperluan dan matlamat pembangunan negaranya. penekanan utama adalah kemahiran asas 3m iaitu membaca ,menulis dan mengira. berjaya atau tidak satu-satu kurikulum adalah bergantung pada peranan seseorang guru dalam melaksanakanya. guru yang memahami falsafah, matlamat, objektif serta rasional pembentukan satu-satu kurikulum akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menjamin kejayaannya. oleh itu, sumbangan guru dengan pelbagai bentuk dalam pembentukan kurikulum amatlah digalakkan. walaupun kurikulum prasekolah yang menjadi teras dalam analisis ini, namum kurikulum yang lain perlu juga dihuraikan secara ringkas untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas terutama tentang sejarah pembentukan sesuatu kurikulum itu dari dahulu sehingga sekarang. pada tahun 1982 kbsr mulai diperkenalkan. kbsm pula diperkenalkan pada tahun 1988. pada hari ini pelan induk pendidikan 2006-2010 adalah dianggap sebagai kemuncak untuk memperkasakan semua kurikulum dalam system pendidikan negara. aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3m ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran.

20 rujukan

kurikulum dan pedagogi , prof. t. subahan mohd meerah, prof. madya datin dr. zahara aziz (ukm) 2007

panduan kurikulum prasekolah rohani abdullah, nani menon, mohd sharani ahmad, pts publications & distributors sdn bhd(2003)

pn hjh salimah bt mohammad ali (upsi) perspektif kajian-kajian rentas terhadap proses dan kesan pelaksanaan kurikulum prasekolah.(2003)

http://72.14.235.104/search?q=cache:yidrpwemco8j:www.moe.gov.my/pusat_jab_pdf/2007/s p_prasekolah.pdf+kurikulum+prasekolah&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=my http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra_sek.htm

www.kemas.gov.my/aktiviti/tabika.htm http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=lihat_prosedur&bhs=en&id=31&info=edu praskolah http://www.maxis.communities.com.my/sites/sksriaman/index.cfm?h=page&a=pra http://www.usm.my/beru/tadikapage.htm http://www.e-learning2u.com/index.html www.jpnns.gov.my/ukbsr/taklimat%20kbsr.ppt

Related Documents