G6213 Teori Dan Amalan Kurikulum Kumpulan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View G6213 Teori Dan Amalan Kurikulum Kumpulan as PDF for free.

More details

  • Words: 4,440
  • Pages: 26
G6213 TEORI DAN AMALAN KURIKULUM

ANALISIS PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH Oleh 1. Micheal anak Ringgit, G74588 2. Canady@Kennedy ak Nunong, G74573 3.

Mohd. Nur Furqan Abdullah, G74348 4. Muhd. Fariz B Ismail, G74252

MASTER (KURIKULUM & PEDAGOGI) Program Sarjana Eksekutif, Pusat Kembangan Pendidikan UKM SESI 2006/2007

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2007

PENSYARAH : DR. SHARIFAH NOR PUTEH

KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

ABSTRAK

1

1. PENGENALAN

1

2.

DEFINISI 3.1 Definasi Kurikulum Kebangsaan

2 2

3.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

4

3. TUJUAN KURIKULUM

6

4. RASIONAL KBSR

7

5. OBJEKTIF KBSR

7

6. ALIRAN PEMIKIRAN PROGRESSIVISME

8

7. BENTUK KBSR

9

8. MATLAMAT PENDIDIKAN PERSEKOLAHAN

11

8.1 Matlamat KBSR

12

8.2 Objektif KBSR

12

8.3 Prinsip KBSR

13

8.4 Penekanan

13

8.5 Fokus

13

8.6 Struktur

13

8.7 Bidang Pelajaran

15

9. PERUNTUKAN MASA

15

10. TERAS KBSR

16

11. PENEKANAN DALAM KBSR

17

12. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

17

12.1 Aspek emosi sosial

17

12.2 Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan Pembelajaran 12.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

17 18

13. PENILAIAN

18

14. PERSOALAN TENTANG KBSR

19

PENUTUP

22

3

ABSTRAK ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan Kurikulum lama dan baru KBSR. Kajian ini juga merupakan analisis daripada beberapa bahan yang sumbernya didapati daripada internet yang melibatkan kajian tentang pendekatan yang digunakan dalam pembentukan kurikulum bersepadu sekolah rendah. Dapatan kajian membuktikan pembentukan kurikulum sekolah akan berjaya dan berfungsi sepenuhnya jika kementerian dapat menyediakan garis panduan yang lebih berkesan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang dituntut oleh falsafah pendidikan negara (FPN). Justeru itu kurikulum sekolah hendaklah disusun dengan penuh teliti dengan mengambil kira semua aspek yang releven dan proaktif supaya dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk sesuatu kurikulum semestinya mampu menjuruskan pengajaran dan pembelajaran ke arah yang dikehendaki. Perancangan yang teliti dan tepat sangat perlu bagi menjamin perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi dan psikomotor supaya berlaku keseimbangan sewajarnya.

1. PENGENALAN

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) menegaskan pembelajaran kemahiran-kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira (3M). Kurikulum ini mula dilaksanakan pada tahun 1982 di 302 buah sekolah rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai percubaan. Mulai dari tahun 1983, KBSR telah dilaksanakan di tahun satu untuk semua sekolah rendah secara berperingkat-peringkat, pelaksanaan sepenuhnya akan dicapai pada tahun 1988. Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah mudah memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman kehidupan seharian secara langsung. Oleh itu segala rancangan aktiviti pelajaran di sekolah haruslah menarik dan berkesan untuk menambahkan pengalaman mereka dan bersesuaian dengan perkembangannya dalam aspek intelek, rohani dan jasmani. Suasana persekolahan hendaklah mewujudkan peluang serta menggalakkan integrasi sosial, seperti bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dan kerjasama di antara satu dengan yang lain. Keadaan bilik dadah pula hendaklah membolehkan murid-murid berfikir, menyoal dan mengeluarkan buah firikran.

4

Sehubungan dengan ini, bilik darjahlah patut menjadi tempat memberi peluang kepada murid-murid melahirkan perasaan dan idea melalui pertuturan, tulisan, lukisan, muzik, tarian, lakonan dan sebagainya. Semua aktiviti ini dapat memupuk sikap kreatif di kalangan kanak-kanak serta melibatkan mereka secara aktif dalam proses penguasaan kemahiran. Untuk mencapai kehendak ini, segala perkaedahan, aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah, termasuk penjadualan dan bahan rujukan hendaklah berdasarkan prinsip mudah-ubah dan penglibatan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, serta sesuai dengan keadaan murid dan matlamat pelajaran. Proses penilaian perlu disepadukan dengan segala aktiviti pembelajaran di bilik darjah. Tujuan penilaian bukan hanya memberi maklumat taraf pencapaian dan darjah perkembangan pembelajaran murid tetapi juga membantu guru menaksirkan keberkesanan pengajarannya. 2. DEFINISI

2.1 Definasi Kurikulum Kebangsaan “... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan” Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] ‘Kurikulum adalah alat berfungsi untuk pendidikan’ Curriculum is a functioning instrument of education Kurikulum adalah suatu pelan bagi pembelajaran’ Curriculum is a plan for learning - Taba (1962)

- Tyler ( 1949 )

5

‘Kurikulum adalah suatu bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran’Curriculum is a particular form of specification about the practice of teaching - Stenhouse ( 1975 ) Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dirancang dan dibimbing’ The planned and guided learning experiences and intended learning outcomes - Tanner & Tanner ( 1975 ) Kurikulum adalah suatu set keputusan umum tentang perkara yang akan diingat dan bagaimana ianya akan diajar yang menentukan rangka di mana pengajaran dirancang dan pembelajaran berlaku.’ The set of broad decisions about what to be taught and how it is to be taught, that determine the general framework within, which lessons are planned and learning takes place. - Erant( 1975 ) ‘Kurikulum adalah suatu set hasrat tujuan formal pendidikan/latihan yang tersusun.’ A curriculum is an organised set of formal education and/or training intentions. - Pratt ( 1980 ) ‘Kurikulum adalah suatu set pelan dan pengalaman yang salingkait untuk kewajipan seseorang pelajar di bawah bimbingan di sekolah.’ An interrelated set of plans and experiences that a student undertakes under the guidance of the school. - Marsh & Willis ( 1995 ) Nicholls, S.H. clan Nicholls, A. (1981), mentakrifkan kurilum sebagai semua peluang pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru untuk murid-murid di Sekolah. Elizabeth Maccia dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat mentakrifkan kurikulum sebagai suatu rekabentuk kelompok pengalaman-pengalaman pendidikan bagi murid-murid di sekolah. Kerr J.K mentakrifkan kurikulum sebagai semua pembelajaran yang dirancangkan dan dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan secara kelompok atau individu, di dalam atau di luar sekolah.

6

Hirst memberikan definisi kurikulum sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah dirancangkan. David Warwick mentakrifkan kurikulum itu sebagai struktur terancang ideal-ideal sesebuah sekolah yang bersesuaian dengan keperluan-keperluan psikologi murid-murid, kemudahan yang sedia ada serta juga keperluan-keperluan budaya semasa. Beliau juga menerangkan bahawa terdapat tiga dimensi atau aspek kurikulum yang jelas, iaitu kurikulum formal atau ketara, kurikulum ideal dan kurikulum terlindung. Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai hasrat penghasilan (intended outcomes) yang ditentukan” (the planned learning experiences for intended learning outcomes) 2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di Malaysia setiap kurikulum yang hendak digubal mesti mengambil kira Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang harus dijadikan paksi kepada semua kurikulum. FPK Dinyatakan secara rasmi pada 1988 yang berbunyi: “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

2.2.1 Warganegara Malaysia yang baik •

percaya dan patuh kepada Tuhan ;



berilmu pengetahuan ;



berakhlak mulia ;



bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,agama dan Negara ;



berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara ; dan

7

memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu 2.2.2 Unsur Rohani dan Emosi •

Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut:



keyakinan terhadap Tuhan ;



kepercayaan beragama;



kemantapan jiwa;



penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat ;



berbudi pekerti mulia ;



berbakti dan berkorban.

2.2.3 Unsur Intelek •

Unsur intelek ini mengambilkira aspek-aspek berikut:



Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran



Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif



Daya pemikiran yang logic dan analisis ;



Ilmu bermanfaat.

2.2.4 Unsur Jasmani Ciri-ciri Unsur jasmani ialah •

kecergasan fizikal dan kesihatan diri ;



dapat menggunaka anggota dan tenaga fizikal



sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.

8

Rajah 1 Falsafah pendidikan yang berpaksikan Ketuhanan 3.

TUJUAN KURIKULUM

Setiap kurikulum mempunyai tujuan-tujuan tertentu, sama ada dinyatakan secara khusus atau secara implisit dalam pemilihan dan susunan kandungan. Tujuannya adalah berasaskan konsep pendidikan yang ditentukan oleh pakar-pakar yang membentuk kurikulum itu. Tujuan-tujuan yang menekankan keperluan serta minat murid-murid akan mewujudkan organisasi yang memusatkan aktiviti. Semasa mengelolakan tujuan-tujuanuan kurikulum, empat prinsip berikut seharusnya ditekankan. 1.

Tujuan-tujuan perlu selaras dengan tujuan-tujuan pendidikan negara. Tujuan-tujuan am sesuatu kurikulum perlu dinyatakan.

2.

Tujuan-tujuan khusus setiap mata pelajaran dan unit isi atau kandungan perlu jelas.

3.

Tujuan-tujuan seharusnya boleh diubah kepada tujuan-tujuan bagi setiap pelajaran atau aktiviti. Biasanya hanya tujuan-tujuan (2) dan (3) yang dinyatakan.

4. Tujuan-tujuan (1) Biasanya difikirkan oleh perancang pendidikan, manakala tujuan (4) adalah bergantung pada inisiatif guru.

9

4. RASIONAL KBSR Pendidikan kanak-kanak haruslah menyeluruh dan seimbang antara perkembangan intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai estetika dan sosial. Kurikulum sekolah rendah dan aktiviti pelajaran hendaklah

bercorak

pendidikan

asas.

Pendekatan ini bertujuan mendapat pengetahuan asas dan keluasan tetapi kurang menegas pada butiran isi kandungan. Justeru itu KBSR menitikberatkan kemahirankemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira. 5. OBJEKTIF KBSR Perancangan KBSR bertujuan memberi setiap orang murid peluang yang sama untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, nilai dan amalan lazim masyarakat yang diingini. Murid-murid diberi bimbingan dan galakan yang seluas-luasnya untuk

mengukuhkan

penguasaan

kemahiran-kemahiran

asas.

Peluang

yang

secukupnya disediakan juga untuk membolehkan mereka mengembangkan bibit-bibit bakat, minat dan daya kreatif dalam bidang-bidang yang tertentu. Bahkan objektif-objektif KBSR adalah menuju ke arah untuk membolehkan murid-murid: 1.

Menguasai Bahasa Malaysia dengan memuaskan sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;

2.

Menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah-sekolah rendah;

3. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira; 4.

Menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas;

5.

Berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

6.

Membina

sikap

dan

perlakuan

yang

baik

berpandukan

nilai

nilai

kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai oleh masyarakat berlandaskan RUKUNEGARA, serta menjadikannya asas bagi amalan hidup; 7.

Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;

8.

Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain dan mempunyai semangat

10

kerjasama dan toleransi; 9.

Mengembangkan meluaskan

bakat,

pengetahuan

daya serta

kepimpinan

dan

keyakinan

mempertingkatkan

diri

kebolehan

untuk dengan

menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai; 10.

Meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional. 6. ALIRAN PEMIKIRAN PROGRESSIVISME

6.1 Aliran pemikiran progressivisme berhubung pendidikan mula diasaskan oleh Rousseau dalam bukunya berjudul THE EDUCATION OF EMILE yang dihasilkan pada abad ke 18. Mengikut padangan Rousseau: •

Pendidikan bermula apabila kanak-kanak itu lahir.



Didik kanak-kanak itu mengikut fitrahnya sebagai seorang kanak-kanak.



Jangan melatih seseorang kanak-kanak menjadi dewasa terlalu awal



Biar kanak-kanak itu mengalami sendiri tanpa paksaan daripada orang dewasa



Pupuk semangat ingin tahu/curiosity pada diri kanak-kanak



Tanya soalan-soalan yang mencungkil pemikiran/membuka minda

6.2 Idea pendidikan Rousseau mempengaruhi pemikiran tentang pendidikan tokohtokoh dan ahli pendidikan Amerika seperti Dewey, Herbert Spencer, Rugg, Kilpatrick sehingga tercetus aliran progressivism dalam sistem pendidikan di Amerika dan negara-negara barat. Perbandingan Pemikiran Progressivism dan Tradisional tentang pendidikan/kurikulum Aspek Matlamat/tujuan

Ilmu Pengetahuan

Pemikiran Progresif Untuk kehidupan seharian, untuk menjadi peker a, sebagai rakyat/warganegara, memupuk perwatakan/kkarektor individu, memenuhi masa lapang Berhubung kehidupan seharian, pengalaman kehidupan sebenar

Pemikiran Tradisional Menghasilkan para ilmuan cerdik pandai, cendikawan

Disiplin ilmu akademik

11

Bentuk individu

Kebebasan fizikal/mental meneroka, berfikir, kreatif, pentingkan tahap perkembangan individu, setiap individu itu unik, pembelajaran mesti memberi makna , individu ada keupayaan untuk belajar

Individu perlu dipandu arah mengikut proses pendidikan yang ditetapkan, individu Dikembangkan ke arah kematangan.

Masyarakat/negara

Pendidikan utk menyediakan masa depan negara, menyelesaikan masalah negara

Organisasi

Berasaskan minat, aptitude, Pengetahuan yang sistematik, kemahiran social, political, diatur, pendidikan yg standard ekonomi, keupayaan individu. /uniform, mengikut gred.

7.

Pendidikan utk kesinambungan warisan budaya masyarakat, keperluan masyarakat menentukan latihan/pendidikan bukan guru.

BENTUK KBSR

Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dirancangkan untuk membolehkan muridmurid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu komunikasi, manusia dengan alam kelilingnya dan perkembangan diri individu. Komunikasi merupakan keperluan hidup asasi. Perhubungan di antara manusia memerlukan perantaraan bahasa dan melibatkan aktiviti mengira. Oleh yang demikian, bidang ini ditumpukan kepada Komponen Kemahiran Asas yang menitikberatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Kemahiran ini meliputi pertuturan, pendengaran, pembacaan untuk kefahaman, penulisan berasaskan pengetahuan dan pengalaman, serta pengiraan dengan operasi asas dalam matematik, iaitu tambah, kurang, darab dan bahagi. Kanak-kanak memperoleh pengalaman asas hidup dari alam sekeliling atau persekitarannya. Pengalaman mungkin diperolehi melalui perhubungannya dengan manusia lain, unsur-unsur alam dan Tuhan. Maka pembelajaran tentulah menjadi lebih bermakna apabila mengaitkannya dengan pengalaman asas yang sedia ada pada kanakkanak. Oleh itu, di dalam kurikulum baru ini, bidang manusia dan alam keliling mengandungi komponen kemanusiaan dan persekitaran. Bidang ini juga merangkumi satu

12

cabang lain yang dinamakan komponen kerohanian, nilai dan sikap. Komponen ini memberi perhatian khas kepada Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Hal ini bertujuan mencapai pembinaan sikap, watak dan peribadi yang sempurna.

Rajah 2, menunjukkan proses pembentukan kurikulum baru sekolah rendah. Bidang perkembangan diri individu meliputi semua aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, moral, nilai estetika dan sosial. Sebahagian besar daripada aspek-aspek. Kurikulum sekolah akan berjaya dan berfungsi sepenuhnya jika dapat menjadi garis panduan guru melaksanakan pengajaran untuk menghasilkan pembelajaran sebagaimana yang dituntut oleh falsafah pendidikan negara (FPN). Justeru itu kurikulum sekolah hendaklah disusun dengan penuh teliti dengan mengambil kira semua aspek yang releven dan proaktif supaya dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk sesuatu kurikulum semestinya mampu menjuruskan pengajaran dan pembelajaran ke arah yang dikehendaki. Perancangan yang teliti dan tepat sangat perlu bagi menjamin perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi dan psikomotor supaya berlaku keseimbangan sewajarnya.

13

8. MATLAMAT PENDIDIKAN PERSEKOLAHAN Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

14

8.1

Matlamat KBSR Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

8.2 Objektif KBSR Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid: i.

menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;

ii.

menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;

iii.

menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;

iv.

menguasai kemahiran belajar;

v.

menguasai kemahiran berfikir;

vi.

bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

vii.

memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;

viii.

membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;

ix.

mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;

x.

menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

xi.

memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;

xii.

menjaga kesihatan dan kecergasan diri;

xiii.

menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;

xiv.

menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayatayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;

15

xv.

menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;

xvi.

membina semangat patriotisme;

xvii.

mengembangkan bakat dan kreativiti; dan

xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup. 8.3 Prinsip KBSR KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-

8.4

i.

Pendekatan Bersepadu;

ii.

Perkembangan individu secara menyeluruh;

iii.

Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan

iv.

Pendidikan seumur hidup.

Penekanan 8.4.1 Fokus Tahap I i.

Penguasaan kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis)

ii.

Penguasaan nombor dan operasi asas mengira

iii.

Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat AlQuran;

iv.

Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

8.5 Fokus Tahap II i.

Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;

ii.

Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;

iii.

Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain

iv.

Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif; v.

Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran AlQuran;

vi.

Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

16

8.6

Struktur KBSR Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:i.

Komunikasi;

ii.

Manusia dan Alam Kelilingnya; dan

iii.

Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:i.

Kemahiran Asas;

ii.

Manusia dengan Persekitaran;

iii.

Kesenian dan Kesihatan;

iv.

Kerohanian, nilai dan sikap

v.

Kemahiran Hidup; dan

vi.

Kokurikulum

Sumber : Buku Pendidikan Di Malaysia oleh : Prof. Madya Dr. Shahril @ Charil Hj Marzuki Universiti Malaya

17

8.7 Bidang Pelajaran Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:8.7.1

8.7.2

8.7.3

Bidang Komunikasi 1.

Bahasa Melayu;

2.

Bahasa Inggeris;

3.

Bahasa Cina;

4.

Bahasa Tamil; dan

5.

Matematik.

Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya 1.

Pendidikan Islam;

2.

Pendidikan Moral;

3.

Sains; dan

4.

Kajian Tempatan.

Bidang Perkembangan Diri Individu 1.

Kemahiran Hidup;

2.

Pendidikan Muzik;

3.

Pendidikan Seni;

4.

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 9. PERUNTUKAN MASA

Mata Pelajaran Perkara

Sekolah Kebangsaan Tahap 1 1 2 3

Sekolah Jenis Kebangsaan

Tahap 2 4 5 6

Bahasa Melayu

450

450

450

300

300

300

Bahasa Inggeris

240

240

240

210

210

210

Bahasa

Tahap 1 1 2 3 270 450

270 450

Tahap 2 4 5 6

270

150

150

150

60

90

90

90

450

300

300

300

150

150

150

Cina/Tamil Sains

150

150

150

18

Matematik

210

210

210

210

210

210

210

210

210

210

210

210

Pend.

180

180

180

180

180

180

150

150

150

150

150

150

Pendidikan Seni

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

Pendidikan

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

120

120

120

120

120

120

Islam/Moral

Muzik Kemahiran Hidup Kajian Tempatan Pend. Jas. &

90

90

90

60

60

60

90

90

90

60

60

60

Kes. Perhimpunan

30

30

30

30

30

30

30

30

30

30

30

30

Pilihan Guru

30

30

30

30

30

30

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

350

350

350

440

440

440

350

350

350

440

440

440

Besar JUMLAH

10.

i.

Penggabungjalinan;

ii.

Penyerapan;

iii.

Penilaian;

iv.

Pengkayaan; dan

v.

Pemulihan. 11.

TERAS KBSR

PENEKANAN DALAM KBSR

Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:i.

Kemahiran asas;

ii.

Kemahiran berfikir;

iii.

Nilai Merentas Kurikulum;

iv.

Bahasa merentas kurikulum;

v.

Patriotisme merentas kurikulum;

19

vi.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;

vii.

Penilaian berterusan;

viii.

Pemulihan dan pengayaan;

ix.

Prinsip mudah ubah; dan

x.

Sains dan teknologi merentas kurikulum 12. STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya; •

mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran;



Kemudahan fizikal kelas



ruang pembelajaran yang selesa;



sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif;



ruang pameran hasil kerja;



bahan rujukan untuk penggunaan murid;



bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.

12.1 Aspek emosi sosial

12.2



penggunaan bahasa yang mesra;



keupayaan guru memahami muridnya;



penggunaan teknik yang pelbagai.

Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. •

Melibatkan murid secara aktif;



Menjalankan penilaian yang berterusan;



Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka;



Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan;



Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan;

20



Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara rasional;



Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat berani, yakin dan daya juang;

12.3



Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir;



Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif.

Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun

individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampirhampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai. Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut; •

Simulasi



Lakonan



Permainan



Tunjuk ajar



Lawatan



Bercerita



Projek



Sumbangsaran



Main peranan



Pidato 13. PENILAIAN

i.

Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)

ii.

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

iii.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

21

CARTA ALIR PROSES PENGGUBALAN KURIKULUM

INPUT

PERANCANGAN & PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN & PENGEMBANGAN MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM PUSAT

KEPUTUSAN

YA

TIDAK

UJI RINTIS / PELAKSANAAN TERHAD MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM PUSAT

YA

KEPUTUSAN

TIDAK

PENYEBARAN/ PELAKSANAAN

Rajah Perancangan Dasar dan Penilaian Kurikulum 14. PERSOALAN TENTANG KBSR 14.1 Apakah KBSR? KBSR merujuk kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. 14.1 Mengapa Kurikulum Bersepadu? KBSR digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. 14.2 Mengapa wujudnya FPK? 14.3 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pengajaran telah diterbitkan pada tahun 1979. Dalam laporan ini isu-isu yang menyentuh prinsip, nilai dan tuju hala pendidikan telah dibincangkan. Bagi menterjemahkan keperihatinan Jawatan Kuasa Kabinet mengenai pembangunan kemanusiaan maka Kementerian Pendidikan mewujudkan FPK.

22

14.3 Adakah FPK berkesan dalam meningkatkan mutu pendidikan negara? FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semua warga pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar FPK dapat dicapai demi kemakmuran negara kita Malaysia. Andai semua pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing FPK pasti memberi kesan yang diharapkan. Bagi melihat kesan FPK yang ketara, kita mungkin perlu menunggu masa satu atau dua generasi kehidupan. 14.4 Belajar di sekolah-sekolah kerajaan adalah membosankan? Bosan terhadap sesuatu perkara bergantung kepada banyak faktor. Di antara faktor tersebut ialah minat, sikap dan keazaman seorang pelajar dalam menghadapi cabaran belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan berbagai cara dan idea bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam pendidikan. Di antaranya adalah seperti pembelajaran Masteri, Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Self Acces Learning dan lain-lain lagi. Namun begitu segala usaha ini tidak akan berkesan jika individu pelajar tersebut tidak mahu berubah. 14.5 Adakah KBSR dan KBSM masih relevan? Kurikulum persekolahan yang sedang dilaksanakan adalah relevan dan dapat memenuhi hasrat serta aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. Dari masa ke semasa pelbagai idea dan konsep diperkenalkan ke arah meningkatkan mutu pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan kehendak dan “trend” dunia. 14.6 Apakah penekanan KBSR? Dalam pelaksanaan KBSR, penekanan diberi kepada kemahiran asas; kemahiran berfikir; nilai merentas kurikulum; bahasa merentas kurikulum; patriotisme merentas kurikulum; strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid; penilaian berterusan; pemulihan dan pengayaan; prinsip mudah ubah; dan sains dan teknologi merentas kurikulum. Adakah usaha Kementerian Pendidikan memperkembangkan potensi individu pelajar (perkembangan JERI) jasmani, emosi, rohani dan intelek yang menjadi intipati Falsafah

23

14.7 Pendidikan hanyalah indah khabar dari rupa dan setakat melepaskan batuk di tangga sahaja? Adakah Kementerian Pendidikan telah menyediakan satu kurikulum dan kokurikulum yang lengkap hingga ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai satu garis panduan untuk semua kelas pendidikan supaya tiada percanggahan dari segi objektif dan matlamat dalam melahirkan identiti bangsa Melayu yang mempunyai keperibadian Islam yang luhur? Peraturan ini melengkapi sekolah yang dimiliki oleh kerajaan dan juga swasta. 14.8 Apakah usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kurikulum pendidikan yang sedia ada supaya lebih sempurna dari segi keperluan rohani dan jasmani? Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang meliputi semua tahap persekolahan. Pengoperasian FPK ke arah pembentukan rakyat Malaysia yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, produktif dan sedia berbakti, dijelmakan melalui pendekatan bersepadu.Penyataan FPK menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepada Rukunegara. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan agar kurikulum persekolahan disemak semula. Penyemakan semula kurikulum persekolahan tersebut berbentuk penyesuaian ke atas kurikulum yang sedia ada supaya kurikulum relevan dengan keadaan semasa dan seterusnya dengan kehidupan alaf baru.Aspek-aspek pembangunan insan, pengetahuan sains dan teknologi, kemahiran berfikir dan celik IT diberi penekanan.Di dalam penyemakan kurikulum persekolahan, mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral serta Pendidikan Jasmani diberi penekanan kepada aspek-aspek penyuburan rohani dan jasmani. 14.9 Mengapakah PKSR/PKSM dilaksanakan? Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh

mengenal pasti kekuatan dan

kelemahan Melalui PKSR/PKSM guru dapat:. mengetahui keberkesananpengajarannya merancang dan mengubah suai pengajarannya menjalankan tindakan susulan.

14.10 Apakah yang dinilai dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dan Penilaian kendalian Sekolah Menengah (PKSM)?

24



Pengetahuan



kemahiran berfikir



kemahiran berbahasa



kemahiran mengira



kemahiran belajar



kemahiran amali



kemahiran manipulatif



bersosial



daya kreatif



kemahiran proses sains



pelakuan dan amalan nilai murni



sikap



kesihatan dan kecergasan



kemahiran kinestatik



bahan dan minat

PENUTUP Kurikulum adalah ilmu teras dalam bidang pendidikan. Ia penting dalam mencorak masyarakat akan datang. Oleh itu, kebanyakan negara maju berusaha membangunkan kurikulum sejajar dengan keperluan dan matlamat pembangunan negaranya. Penekanan utama adalah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca ,menulis dan mengira. Berjaya atau tidak satu-satu kurikulum adalah bergantung pada peranan seseorang guru dalam melaksanakanya. Guru yang memahami falsafah, matlamat, objektif serta rasional pembentukan satu-satu

25

kurikulum akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menjamin kejayaannya. Oleh itu, Sumbangan guru dengan pelbagai bentuk dalam pembentukan kurikulum amatlah digalakkan. Walaupun KBSR yang menjadi teras dalam analisis ini, namum kurikulum yang lain perlu juga dihuraikan secara ringkas untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas terutama tentang sejarah pembentukan sesuatu kurikulum itu dari dahulu sehingga sekarang. Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, kanak-kanak Melayu ketika itu terutama kanak-kanak lelaki pergi ke sekolah pondok. Kurikulum yang mereka pelajari pada waktu itu memang semata-mata berkaitan dengan agama. Kanak-kanak Melayu datang ke sekolah pondok untuk mengkaji ayat-ayat Quran daripada imam atau tok guru. Semasa penjajah British pada pertengahan kurun ke-19 sekolah-sekolah vernakular Melayu mulai diperkenalkan terutama di Negeri-Negeri Selat. Bahasa Melayu mulai diajar di sekolah itu pada sebelah pagi. Walaupun agama Islam itu bukan agama penjajah mereka tetap mahu agama itu diajar tetapi pada sebelah petang. Penjajah mulai memperkenalkan kurikulum yang sesuai untuk diikuti oleh kanak-kanak perempuan Melayu yang tidak digalakkan pergi ke sekolah pada ketika itu oleh ibubapa mereka. Awal merdeka, fokus negara adalah untuk membentuk sebuah negara bangsa yang aman dan makmur, waktu ini sistem pendidikan negara memang jauh sudah baik. Kurikulum pada waktu itu memberi tumpuan yang utama kepada kepada perpaduan rakyat yang menjadi asas kepada sebuah negara Malaysia. Semua mata pelajaran dikehendaki menyerapkan unsur perpaduan. Pada tahun 1982 KBSR mulai diperkenalkan yang menjadi intipati huraian ini. KBSM yang diperkenalkan pada tahun 1988 adalah kesinambungan dari peringkat sekolah. Pada hari ini Pelan Induk Pendidikan 20062010 adalah dianggap sebagai kemuncak untuk memperkasakan semua kurikulum dalam system pendidikan Negara. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus. Dengan adanya kajian seumpama ini saya berharap rakan pendidik yang lain boleh menggunakan bahan ini sebagai rujukan masing-masing.

26

RUJUKAN http://72.14.235.104/search?q=cache:yiDRpwEmCO8J:www.moe.gov.my/ http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/ Panduan Kurikulum Prasekolah Rohani Abdullah, Nani Menon, Mohd Sharani Ahmad, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd(2003) http://apps2.emoe.gov.my/ http://www.maxis.communities.com.my/sites/sksriaman/ http://www.usm.my/

KURIKULUM DAN PEDAGOGI , Prof. T. Subahan Mohd Meerah, Prof. Madya Datin Dr. Zahara Aziz (UKM) 2007 http://www.e-learning2u.com/index.html Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997, Akta Pendidikan 1996, KPM Buku Pendidikan Di Malaysia, Prof. Madya Dr. Shahril @ Charil Hj Marzuki, 2006 Universiti Malaya

http://www.moe.gov.my/ - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2007, KPM

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, http://www.pmo.gov.my/

http://pustaka.upsi.edu.my/elmu-equip/

Related Documents