Forum 1.docx

  • Uploaded by: nasyirah
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Forum 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 523
  • Pages: 2
Bincangkan jenis-jenis makna dan kepentingannya dalam kehidupan.

Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah semantik dan makna. Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik ialah bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik dan sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian fonologi, morfologi dan sintaksis. Menurut Abdullah Hassan (1992 :1), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semanti juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Menurut J.W.M Verhaar (1996 :13) pula, “Semantik adalah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna”. Secara ringkasnya, kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi,makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentukbentuk makna daripada hubungan semantik. Abdul Chaer (1994 : 289-296) membahagikan jenis-jenis makna sebagai makna leksikal, gramatikal, kontekstual, referensial dan non referensial, denotatif, konotatif, konseptual, asiosiatif, kata, istilah, idiom serta makna peribahasa. Makna Leksikal Secara ringkasnya makna leksikal ialah makna yang sebenarnya atau makna yang sesuai dengan hasil pemerhatian kita. Contoh : pemadam – alat untuk memadam tulisan Makna Gramatikal Makna yang mengkaji makna yang hadir akibat adanya proses gramatikal seperti pengimbuhan, penyisipan, penggandaan dan pemajmukan. Contoh : imbuhan “ber” – Adik tidur berbantalkan lengan Makna Kontekstual Makna sebuah leksem atau kata yang berada dalamsatu konteks. Misalan kata gugur dalam berbagai konteks: Contoh : a) Penduduk di kampung Durian Tunggal dikejutkan dengan penemuan seekor anak buaya. b) Syahir digelar sebagai “buaya darat” kerana dia gemar bertukar-tukar teman wanita .

Makna Denotatif

Makna sebenarnya yang dimiliki oleh sesuatu kata. Contoh : gemuk (ciri fizikal seseorang yang lebih besar dari ukuran yang normal) Makna Konotatif makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif yang berhubungan dengan nilai rasa dari orang yang mengunakan makna tersebut. Contoh : gemuk – gedempol , bodoh-dungu Kepentingan makna dalam kehidupan adalah untuk memberi kefaham kepada masyarakat ketika bertutur atau berhubung dengan orang lain. Selain itu, ia meluaskan lagi pengetahuan kita tentang sesuatu perkataan itu. Contohnya , ada segelintir orang yang hanya memanggil adunan yang diperbuat daripada tepung itu sebagai cucur. Namun, ada juga sebahagian yang memanggilnya jemput-jemput. Jadi jelaslah bahawa makna amat penting dalam kehidupan kerana dengan adanya makna, kita tidak terikat kepada satu makna sahaja. Sesuatu perkataan itu boleh berubah maknanya apabila diletakkan dalam struktur ayat yang berbeza. Sumber/rujukan : https://www.academia.edu/8142344/SEMANTIK Abdullah, Y., Alias, M., & Mohd Ra'in, S. (2009). Semantik dan Pragmatik BAHASA MELAYU (1st ed.). Kuala Lumpur: PUSTAKA SALAM SDN BHD.

Assalamualaikum saudari, saya bersetuju dengan pendapat saudari. Saya ingin menambah sedikit. Kepentingan makna dalam kehidupan adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat ketika bertutur atau berhubung dengan orang lain. Selain itu, ia meluaskan lagi pengetahuan kita tentang sesuatu perkataan itu. Contohnya , ada segelintir orang yang hanya memanggil adunan yang diperbuat daripada tepung itu sebagai cucur. Namun, ada juga sebahagian yang memanggilnya jemput-jemput. Jadi jelaslah bahawa makna amat penting dalam kehidupan kerana dengan adanya makna, kita tidak terikat kepada satu makna sahaja. Sesuatu perkataan itu boleh berubah maknanya apabila diletakkan dalam struktur ayat yang berbeza.

Related Documents

Forum
April 2020 24
Forum
November 2019 53
Forum Styles
June 2020 11
December Forum
June 2020 16
Forum 09
May 2020 16
Notification Forum
December 2019 15

More Documents from "Gabriel Parriaux"

Doa-doa.docx
May 2020 5
Forum 1.docx
May 2020 5
Forum 2.docx
May 2020 6
Draf Kepimpinan
October 2019 40