Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS Nama Calon: Yap Yee Li Tingkatan: 3 Rancangan Khas Nombor Kad Pengenalan: 931007-14-5321 Angka Giliran: …………………………………………… Nama dan Alamat Sekolah: SMK Bandar Tasik Puteri Tajuk Kerja Kursus: Permainan Tradisional Di Malaysia Nama Guru: Pn. Haliza bt. Mohamed Hussin SKOR:Elemen Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah Elemen 2 Merekod fakta sejarah Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian
Markah
………………………….. (Tandatangan Guru)
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
ELEMEN 1 Tajuk: Mengumpul fakta sejarah (Permainan Gasing) Senarai Semak Bil. i ii iii iv v vi vii viii ix x xi
Sumber Buku Ilmiah Jurnal Akhbar Majalah Orang Sumber Melawat tempat kajian Internet Televisyen Radio VCD/DVD Sumber lain
Markah
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Tandakan ( / )
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
ELEMEN 2 Tajuk: Merekod Fakta Sejarah(Permainan Gasing) Senarai Semak Bil. i ii iii iv v vi vii viii ix
Perkara Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan
Markah
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Tandakan ( / )
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
ELEMEN 2 MEREKOD FAKTA SEJARAH
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
GASING
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
SENARAI KANDUNGAN ASPEK
MUKA SURAT
TAJUK KAJIAN
SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
1
OBJEKTIF KAJIAN
2
KAEDAH KAJIAN
3
HASIL KAJIAN
4-30
RUMUSAN
31
LAMPIRAN
32-34
RUJUKAN
35
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru Sejarah saya, Pn. Haliza bt. Mohamed Hussin kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan kerja kursus Sejarah ini.
Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk saya serta dorongan dan bantuan untuk menghasilkan kerja kursus ini.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kakak saya kerana telah membimbing saya dalam mencari maklumat untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus ini. Dia telah bertungkus lumus dan begitu komited untuk menolong saya mencari maklumat di internet.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan saya, Nor Shazliana yang telah berkongsi maklumat bersama saya. Semoga kami kita berdua akan berjaya dalam PMR yang bakal menjelang dengan cemerlang.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
OBJEKTIF KAJIAN •
Mengenali dan mendalami sejarah permainan tradisional di Malaysia Dengan menghasilkan kerja kursus ini pelajar boleh mengenali dengan lebih lanjut lagi tentang permainan tradisional di Malaysia.
•
Mendidik sikap bekerjasama mencari maklumat dan menyiapkan kerja kursus dalam kalangan pelajar Dengan saling membantu dalam pencarian maklumat dan menyiapkan kerja kursus ini, sikap bekerjasama dapat dipupuk dalm kalangan pelajar.
•
Pelengkap kepada Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3, 2008 Hasil kajian ini adalah sebagai pelengkap untuk Sukatan Pelajaran Sejarah untuk pelajar tingkatan tiga.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
KAEDAH KAJIAN •
MENGUMPUL FAKTA DARI INTERNET Saya telah mendapat mengumpul maklumat melalui internet yang membantu saya memahami dengan lebih jelas tentang permainan tradisional gasing masyarakat kita seperti cara-cara bermain gasing, asal usul permainan gasing dan sebagainya. Melalui internet juga saya dapat mengambil berberapa gambar berkaitan permainan gasing .
•
BERKONGSI MAKLUMAT Maklumat yang diperolehi dikongsi dan dibincangkan bersama rakan-rakan saya terutamanya, Nor Shazliana. Dengan berkongsi maklumat dengan rakan saya, saya dapat memperolehi fakta-fakta yang mencukupi untuk menghasilkan kerja kursus ini.
•
MENGANALISIS DOKUMEN Maklumat yang diperoleh dianalisis, dinilai dan dibandingkan seelum direkodkan sebagai hasil kajian untuk mendapatkan fakta yang padat dan tepat.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
HASIL KAJIAN NAMA PERMAINAN Gasing adalah satu permainan tradisi masyarakat Melayu yang dimainkan oleh masyarakat Melayu sejak berkurun lagi. ‘Gasing’ mendapat nama daripada singkatan perkataan ‘kayu’ iaitu ‘ka’ kerana gasing diperbuat daripada kayu manakala ‘sing’ daripada perkataan ‘pusing’ kerana gasing berpusing. Apabila dicantumkan, maka wujudlah perkataan ‘kasing’ Peredaran masa telah menyebabkan perkataan ‘kasing’ membentuk perkataan ‘gasing’. Bagi penduduk di Pulau Labuan, asal usul perkataan ‘gasing’ dikatakan berasal daripada perkataan ‘ligat berpusing’. Gasing tidak mempunyai nama lain, tetapi gasing mempunyai pelbagai jenis bentuk. Terdapat beberapa jenis gasing yang popular di beberapa buah negeri di Malaysia antaranya ialah gasing leper Kelantan, gasing uri, gasing kuno dan gasing Baba.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
LATAR BELAKANG
ASAL-USUL Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri, masyarakat Melayu telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan adalah bermain gasing. Gasing adalah antara permainan yang popular selain wau dan sepak raga.
Permainan gasing diterima dan diubah suai dari semasa ke semasa dan kekal sehingga hari ini. Kebiasaanya orang lelaki yang memainkan permainan ini. Permainan gasing bukan sahaja dimainkan oleh golongan dewasa, malah juga dimainkan oleh kanakkanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Di samping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka. Terdapat pelbagai cerita yang berbeza tentang asal usul permainan ini mengikut daerah dan kampung. Hal ini menjadikan faktor menyebabkan permainan gasing di dalam negeri berbeza antara satu dengan yang lain.
Gasing berasal dari Mekah yang dimainkan sejak tahun 450 Masihi. Permainan ini dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab yang berlabuh di Melaka. Permainan gasing di Malaysia bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Dari Melaka, gasing diperkenalkan ke negeri-negeri Melayu dan menjadi permainan yang
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
popular . Bagi masyarakat yang menetap di Pulau Labuan, Sabah, permainan gasing dikatakan dibawa oleh kaum Kedayan yang berhijrah ke Pulau Labuan. Penghijrahan kaum Kedayan ini dipercayai terjadi selepas pemberontakan Limbang 1884. Mereka membawa permainan tradisi mereka iaitu gasing bersama mereka. Dalam kehidupan mereka, permainan gasing bukan sahaja untuk mengisi masa senggang malah dimainkan untunk meningkatkan semangat jati diri.
Terdapat cerita mengaitkan asal usul permainan gasing dengan buah berembang. Buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, licin dan agak leper. Buah berembang mudah dipusingkan dengan tangan. Buah yang ligat dan pusingannya lebih lama dikira menang. Lama-kelamaan, timbullah ilham untuk meniru bentuk buah ini dan membuatnya daripada kayu. Pemain akan cuba memusingkan ‘buah’tersebut dengan tangan, seligat yang mungkin. Ketika ligat berpusing, ‘buah’ tersebut disebut ‘gah’ yang bermaksud tegak dan kuat. Daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.
Selain itu, seorang tua dari Kulim, Kedah mengatakan bahawa permainan gasing berasal daripada permainan ‘adu telur’ yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya lagi, kanak-kanak begitu asyik memusingkan dan melagakan telur jadi, timbul ilham untuk mengukir kayu menjadi bentuk telur dan dipasangkan paksi. Sebatang paku digunakan sebagai paksinya. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya supaya berpusing dengan lebih ligat dan pusingannya tahan lebih lama.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Seorang pemain gasing veteran yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang pula berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk bulat dan leper. Apabila dilemparkan, alat ini akan berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Permainan itu akhirnya diminati oleh masyarakat. Alat tersebut kemudian telah direka bentuk semula sehinggalah seperti bentuk gasing yang terdapat pada hari ini. Pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia. Permainan gasing tradisional mempunyai pelbagai jenis dan bentuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat tertentu oleh golongan tertentu sahaja. Peraturan dan cara mengendalikannya juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua permainan. Namun begitu kaedah asas permainan gasing adalah sama iaitu memusing, memangkah dan membela uri. Perkara yang membezakan permainan gasing di satu negeri dengan satu negeri yang lain ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Hal ini telah menimbulkan pelbagai bentuk dan cara permainan gasing. Sebagai contoh, terdapat perbezaan dalam permainan gasing timah dan gasing leper di negeri Kelantan dengan gasing peyek dan gasing tempayan di Selangor.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Di beberapa negeri, gasing dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan, peperangan dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentuk-bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh kerajaan lain. Umpamanya gasing timah dan gasing leper Kelantan tidak terdapat di negeri lain. Selain itu, gasing paku yang dimainkan oleh masyarakat Kuala Selangor, ternyata adalah sama dengan gasing yang dimainkan di Kedah dan Patani. Gasing Riau mempunyai persamaan dengan gasing Melaka dan ramai penduduk Riau berasal dari Melaka Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain. Walaupun gasing ini merupakan permainan masyarakat serumpun Melayu, namun pelbagai masalah telah timbul akibat ketidakseragaman peraturan, bentuk gasing serta corak permainan gasing. Pihak yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan yang bijak iaitu mengadakan Kongres Kebudayaan Melayu pada tahun 1972, di Universiti Malaya serta Seminar Penyatuan Undang-Undang Gasing, di Sekolah Dato' Seri Amar DiRaja, Muar, Johor, pada tahun 1973 untuk menyeragamkan permainan gasing. Selain Malaysia, permainan gasing ini turut terdapat di negara- negara lain di Asia seperti di Jepun, Taiwan, China, dan Vietnam. Benua-benua di Afrika dan Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Eropah juga tidak ketinggalan untuk menyertai permainan tradisional ini. Di negaranegara seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali dan Belgium terdapat juga permainan yang menyerupai permainan gasing. Perkara yang membezakannya ialah permainan ini dimainkan di pesta-pesta tertentu dan oleh pemain yang tertentu sahaja manakala di negara kita, permainan gasing terbuka kepada semua peminat untuk bermain gasing.
NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN INI
Negeri yang paling popular dengan permainan gasing ini adalah negeri Kelantan. Terdapat Gelanggang Seni di Kota Baharu, Kelantan. Di situ terdapat pertunjukan wau, gasing dan lain-lain lagi. Pertunjukan tersebut diadakan secara percuma kepada para pengunjung dan hanya di buka pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Gelanggang Seni ini telah menjadi pusat perkembangan Negeri Kelantan. Gelanggang Seni telah ditubuhkan sejak tahun 1978. Gasing timah dan gasing leper Kelantan hanya terdapat di negeri Kelantan sahaja.
Terdapat pelbagai jenis gasing di setiap negeri. Antaranya ialah gasing talar, gasing piring dan gasing berembang popular di negeri Johor. Manakala gasing bakal, gasing lang laut, gasing penyek dan gasing tempayam terdapat di negeri Selangor. Di Kedah pula, permainan gasing paku amat popular dalam kalangan masyarakat. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, terdapat bentuk-bentuk yang berbeza dan dinamakan dengan gasing lundu, gasing pontianak, gasing Borneo, gasing Kundasan, gasing limbang Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Kadazan, gasing Bajau dan gasing Brunei. Gasing begelan berbentuk agak leper dan diperbuat daripada kayu jenis ringan.Gasing begelan popular dimainkan di Sabah, Johor dan Brunei. Gasing toyol pula dimainkan di Melaka, Selangor, dan Negeri Sembilan. Gasing pangkah pula merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pelbagai jenis gasing pangkah yang terdapat di negeri Melaka antaranya ‘gasing bulat’ atau ‘gasing tunjang’, ‘gasing botol’ atau ‘gasing jantung’ manakala ‘gasing leper’ pula dikenali sebagai ‘gasing pereng’ atau ‘gasing merempang’.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Yang berwarna kuning merupakan negeri-negeri yang mempopularkan permainan gasing.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
KAUM / ETNIK YANG TERLIBAT …
Permainan gasing ialah permainan rakyat yang popular dalam kalangan orang Melayu. Permainan gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Orang dewasa telah memajukan seni permainan ini. Bagi kanak-kanak, mereka lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina kerana saiznya yang kecil dan mudah dipermainkan.
Permainan tradisional seperti gasing kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda disebabkan pengaruh arus pembanggunan yang menghasilkan lebih banyak permainan yang baru seperti permainan komputer. Bagaimanapun, perubahan masa turut mempengaruhi permainan gasing pangkah yang di mana beberapa peraturan telah diperkenalkan bagi menarik minat golongan muda untuk menyertainya di samping menjadikan permainan itu lebih mencabar.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
TUJUAN DIMAINKAN …
Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
ALAT – ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK PERMAINAN GASING
Antara peralatan yang digunakan dalam permainan gasing ialah tali gasing, getah kecupu, penyokong, lopak gasing bong dan gelanggang.
Tali gasing akan dibuat untuk digunakan dalam permainan gasing. Tali harus berukuran antara 300 hingga 450 centimeter mengikut ukur lilit gasing. Bagi gasing kanak-kanak iaitu gasing Cina, panjang talinya hanya sekitar 150 centimeter sahaja. Tali tersebut kebanyakan diperbuat daripada benang atau jut. Salah satu hujung tali akan diikat pada sekeping logam sebagai penahan tangan ketika menghayun gasing manakala hujung yang satu lagi akan dilekatkan dengan gam supaya tali tidak akan terurai.
Getah kecupu dilumurkan pada gasing pada bahagian kayunya. Kemudian getah kecupu itu digosok-gosokkan dengan bilah sehingga keseluruhan permukaan gasing menjadi rata. Hujung tali gasing akan diikat pada tali kayu. Seterusnya, gasing boleh dimainkan.
Gelanggang merupakan satu tempat yang digunakan dalam satusatu pertunjukan atau pertandingan. Lazimnya gelanggang ini bebas dibina dimana-mana sahaja asalkan di kawasan yang lapang. Kebiasaannya gelanggang gasing dibina di halaman rumah. Gelangang gasing dibina daripada tanah yang licin dan keras. Tanah ini
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
perlu bebas daripada batu, pasir atau habuk untuk memastikan gasing dapat berpusing tanpa rintangan yang akan menyukarkan permainan gasing.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
CARA DIMAINKAN …
Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:-
1)Melilit Tali
2)Melilit Gasing
3)Memusing Gasing
4)Memangkah Gasing
5)Mengangkat Gasing
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
1) Melilit Tali
Terdapat dua cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua - dua cara ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi
penyimpul hidup.
Ini akan memudahkan pemain kerana
apabila ditarik ikatan tersebut tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan, mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh
pemain. Seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa centimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengankat atau menegak uri.
2) Melilit Gasing Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing.Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.
3) Memusing Gasing Terdapat berbagai - bagai gaya untuk memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Secara umum, terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.
Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan gasing berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
4) Memangkah Gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
•Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana hentakan ini boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
•Pangkah totok.
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah separas dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
•Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
•Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan pangkahan ini juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
5) Mengangkat Gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, gasing perlu diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring gasing akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
JENIS-JENIS GASING
Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia. Setiap negeri mempunyai keistimewaan gasing yang tersendiri.
Antara contoh gasing yang terdapat di Malaysia adalah: 1) Gasing Tanjung
9) Gasing Piring
2) Gasing Uri
10) Gasing Kepala Duri
3) Gasing Leper Kelantan
11) Gasing Berembang
4) Gasing Jantung
12) Gasing Pangkah
5) Gasing Baba
13) Gasing Gurau Tanah dari Borneo
6) Gasing Kuno
14) Gasing Gurau Cermin dari Sabah.
7) Gasing Telur
15) Gasing Kelawar
8) Gasing Benang
16) Gasing Kapak
Gasing kelawar berbentuk seperti seekor burung kelawar. Gasing berembang berbentuk seperti buah berembang. Terdapat dua jenis gasing yang diminati oleh kanak-kanak iaitu gasing Melayu dan gasing Cina. Kedua-dua gasing tersebut berbentuk telur yang bersaiz kecil. Bahagian bawah gasing ini adalah berbentuk tirus. Gasing ini lebih mudah dimainkan berbanding gasing yang lain.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Selain itu, terdapat sejenis gasing yang sering dimainkan oleh kanak-kanak. Gasing tersebut diperbuat daripada buah pinang atau buku benang. Buah pinang atau buku benang dibentuk menjadi gasing. Sebatang kayu bulat yang panjang dicucuk di bahagian atas gasing. Di bahagian bawah gasing pula mempunyai kayu yang lebih pendek. Di bahagian bawah ditajamkan sedikit untuk membolehkan gasing terus berputar.
Antara ciri-ciri gasing yang lain adalah seperti yang berikut:
1) Gasing Tanjung Bentuk : Buah nerembang dan tinggi Berat
: 0.6 kilogram
Tinggi : 10cm Lilitan : 30cm Huraian: Dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Gasing ini adalah untuk memangkah dan bertindak sebagai gasing pengacau. Diperbuat daripada kayu keranji, cengal, merbau dan kempas.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
2) Gasing Uri Bentuk : Agak leper dan rendah Berat
: 6 kilogram
Tinggi : 8cm Lilitan : 60cm Huraian: Terkenal di Kelantan. Badan asasnya berbentuk kecil dan dililit dengan simpai. Gasing ini bersimpai dengan menggunakan besi, timah dan plumbum. Simpai yang diperbuat daripada timah adalah untuk memusing manakala simpai yang diperbuat daripada besi adalah untuk memangkah. Gasing ini berat walaupun kecil.
3) Gasing Leper Kelantan Bentuk : Leper dan rendah Berat
: 8 kilogram
Tinggi : 6cm Lilitan : 48cm Huraian: Hanya terdapat di Kelantan. Gasing ini mampu berpusing ligat dan lama berikutan gasing ini berat. Simpaian gasing ini merangkumi 60% daripada berat asal gasing ini. Sehingga kini, gasing ini masih dimainkan dan mudah didapati di pasaran walaupun harganya terlalu mahal.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
4) Gasing Jantung Bentuk : Jantung Berat
: 0.25 kilogram
Tinggi : 12cm Lilitan : 20cm Huraian: Terdapat di Kelantan, Pahang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Sarawak. Terdapat juga segelintir pemain yang menamakan gasing ini sebagai gasing lundu. Kayu yang digunakan akan membezakan negeri asal gasing ini. Misalnya, di Kelantan kayu merbau digunakan untuk menghasilkan gasing ini manakala kayu mengaris, melawis dan sepetir digunakan oleh pemain-pemain negeri lain.
5) Gasing Baba Bentuk : Berembang dan sederhana Berat
: 0.6 kilogram
Tinggi : 20cm Lilitan : 8cm Huraian: Beridentitikan wang seringgit. Juga sering digunakan oleh pemain baba. Gasing ini banyak terdapat di Pahang, Perlis, Kelantan, Selangor, Melaka, dan Negeri Sembilan.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
6) Gasing Kuno Bentuk : Berembang dan sederhana Berat
: 0.6 kilogram
Tinggi : 8cm Lilitan : 30cm Huraian: Terdapat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, dan Johor. Pada asalnya, gasing ini adalah daripada reka bentuk berembang yang kemudiannya diperbaiki. Pada kebiasaanya, gasing kuno digunakan untuk memangkah. Gasing ini diperbuat daripada kayu meranti, ru, merbau, dan keranji.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
RUMUSAN Dengan menghasilkan kerja kursus in, saya dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang permainan gasing. Saya amat berbangga kerana negara Malaysia mempunyai salah satu permainan tradisional yang benar-benar menguji kepakaran seseorang dalam permainan tersebut.
Selain itu, rakyat Malaysia perlulah menghargai permainan tradisional ini kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang memperkenalkan permainan gasing di mata dunia. Permainan tradisional patut diamalkan oleh semua rakyat Malaysia agar kesenian ini tidak pupus di telan zaman.
Pihak kerajaan perlulah memartabatkan lagi permainan tradisional dengan mengadakan pameran dan pertandingan permainan tradisional. Kerjasama antara pihak kerajaan dengan rakyat amat penting untuk menrealisasikan visi tersebut.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
LAMPIRAN Gambar
Pemain-pemain Gasing
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Peta
Melaka. Dari Melaka, permainan gasing dibawa ke negeri-negeri lain.
Jepun. Salah satu Negara yang memainkan gasing
Mekah. Gasing berasal dari Mekah sejak tahun 450 Masihi.
Kelantan. Negeri yang mempopularkan gasing.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Lukisan
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
RUJUKAN Buku Ilmiah: Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ahmad Shahar Hj. Nasarah, 2005. Siri Panduan Permainan Tradisional Kanak-kanak: Da Da Ko. Dawama Sdn. Bhd., Halaman 4-7
Surat Khabar: Harian Metro, Rabu 17 Julai 1996, Metrodua, Halaman 1-2
Majalah: Fokus Mei 1997, Bilangan:105, Halaman 50-51
Internet: Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan: Permainan Tradisional: Gasing http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing Wikipedia Indonesia: Permainan Gasing http://id.wikipedia.org/wiki/Gasing Wikipedia Malaysia: Permainan Gasing http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing
Ensiklopedia: Ensiklopedia Bestari Edisi Siapa, Mohd. Syahrul Hanafi, Penerbir Pinang Sdn. Bhd., Halaman 16-18
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
ELEMEN 3 Tajuk: Penerapan Unsur Patriotisme (Permainan Gasing) Senarai Semak
Unsur Patriotisme 1 2 3 4 5
Markah
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Tandakan (/)
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
ESEI BAGAIMANAKAH MODAL INSAN YANG PATRIOTIK DAPAT DIBENTUK MELALUI AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINAN? Marcapada ini, Malaysia melahirkan ramai pemain yang berbakat dalam bidang sukan dan permainan. Hal ini boleh membentuk modal insan yang patriotik. Antara wakil negara dalam bidang sebegini yang terkenal ialah Nicol Ann David, Wong Choong Han dan Alex Yoong.
Salah satu unsur patriotisme yang dapat dilihat ialah mereka berbangga sebagai rakyat Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila pemain-pemain negara menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara yang kini terkenal di mata dunia seperti dalam sukan skuasy dan badminton. Selain itu, bagi masyarakat yang memainkan permainan tradisional seperti gasing dan congkak, mereka menghargai dan mengamalkan tradisi budaya dan mereka juga berbangga dengan sejarah negara Malaysia yang sememangnya terkenal dengan permainan tradisional.
Di samping itu, pemain-pemain negara bersemangat setia negara. Hal ini dapat dilihat apabila pemain-pemain negara cinta akan bangsa dan negara. Mereka juga sanggup mengorbankan masa dan tenaga kerana mereka sedia berkorban untuk bangsa dan negara. Hal ini kerana mereka merasakan bahawa mereka bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©
Tambahan pula, aktiviti sukan dan permainan akan memupuk semangat kekitaan. Hal ini kerana setiap, pemain tidak kira kaum dan agama mesti bersatu padu dan berharmoni. Selain itu, untuk mencapai kejayaan, setiap ahli kumpulan mesti bekerjasama dan bertoleransi. Mereka juga perlu bersefahaman dan bermuafakat.
Akhir sekali, kita perlu berdisiplin. Kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam setiap sukan atau permainan yang dimainkan. Selain itu, kita sebagai pengadil seseuatu permaina, kita hendaklah bersifat adil dan jujur.
Hal ini menunjukkan bahawa aktivit sukan dan permainan dapat membentuk modal insan yang patriotik.
Hak Cipta Milik Yap Yee Li©