Folio Sejarah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Sejarah as PDF for free.

More details

  • Words: 858
  • Pages: 9
Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Saya, Mohd Adry Ierfan, mengambil kesempatan untuk mengucap terima kasih kepad ibu bapa saya, Mohd Yazam b. Mohd Said dan Maznah bt. Harun yang teah banyak memberi sokongan dari segi kewangan, masa dan tenaga kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan folio ini. Di sini saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru mata pelajaran sejarah, Puan Rosazliza, kerana telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya semasa proses menyiapkan folio sejarah PMR 2009.Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pengetua SMK Syed Hassan, Encik Abdul Aziz, kerana telah membenarkan saya dan pelajar-pelajar yang lain untuk menyiapkan folio ini di dalam dan di luar waktu persekolahan. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada sesiapa sahaja yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung yang tidak dinyatakan namanya di ruangan ini.

Objektif kajian.

Saya membuat projek ini dengan adanya beberapa tujuan. Saya juga telah banyak mempelajari tentang kepentingan dan tujuan pembinaan Masjid Zahir. Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut: a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenapasti sumber sejarah yang sahih. b) Kajian ini dapat menambahkan pengetahuan saya tentang bangunan bersejarah yang ada di Malaysia ini serta dapat menambah memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. c) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di Masjid Zahir. d) Kajian ini telah menyedarkan saya supaya menghargai pengorbanan askar-askar Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan negara kita.

Kaedah Kajian Terdapat beberapa kaedah yang telah saya gunakan sepanjang kajian ini dijalankan. Antaranya ialah: a) Analisis dokumen : Saya telah menganalisi dokumen-dokumen yang saya peroleh dari majalah, bukubuku ilmiah dan sebagainya. b) Pemerhatian : Saya dan keluarga saya telah berkunjung ke Masjid Zahir di Kedah. c) Melayari Internet Seiring dengan zaman sains dan teknologi, saya menggunakan komputer untuk melayari beberapa laman web yang mempunyai maklumat tentang Masjid Zahir.

PENGENALAN Masjid merupakan bangunan atau tempat yang digunakan oleh orang-orang Islam untuk bersembahyang. Perkembangan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu bermula di Melaka pada awal kurun ke-15. Pada masa itu, Melaka dikenali sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama Islam di gugusan Kepulauan Melayu di samping menjadi pusat perdagangan yang terkenal. Banyak masjid telah dibina di Melaka sejak pengislaman negeri Melaka, termasuk juga negeri-negeri yang berada di bawah taklukkan Melaka.Hampir semua bentuk masjid yang awal mempunyai tiang. Lantai masjid biasanya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air daripada memasuki masjid ketika banjir. Bumbung masjid dibina bertingkat-tingkat, tinggi, dan curam untuk memudahkan penyaliran air apabila hujan lebat, supaya air tidak bertakung dan bahan kayu tidak cepat reput. Masjid Melayu lama biasanya diperbuat daripada kayu dan bumbungnya berbentuk atap tumpang atau 'meru'. Bumbung tumpang adalah dibina bertingkat-tingkat, besar di bahagian bawah, dan meruncing ke bahagian atas. Bilangan 'meru' biasanya ganjil, iaitu tiga atau lima kerana mengikut kepercayaan orang-orang Melayu, angka ganjil (ghasal) dianggap angka yang suci. Di antara tingkat-tingkat bumbung, terdapat ruang berbentuk jendela untuk pengaliran udara dan pencahayaan supaya keadaan di dalam masjid nyaman dan selesa

Latar Belakang Masjid Zahir Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah yang terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin di tengah-tengah bandar raya Alor Setar.Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821) Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam. Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu. .Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara.

Keistimewaan Masjid Zahir Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi.Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah.Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu.

Related Documents

Folio Sejarah
May 2020 23
Folio Sejarah
May 2020 29
Folio Sejarah
April 2020 29
Folio Sejarah
May 2020 30
Folio Sejarah
May 2020 30
Folio Sejarah
October 2019 29