TUJUAN PENUBUHAN Kota batu Kuala Kedah atau Kota Pahang telah siap dibina pada tahun 1780 semasa pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah mengambil masa 10 tahun membinanya. Kota batu ini dibina menggantikan kota lama buatan dari nibung khusus untuk mempertahan Negeri Kedah dari serangan musuh terutama Siam disamping mengawal kapal dan pedagang keluar masuk ke aAlor Setar. Kota ini masih kelihatan kukuh,megah dan cantik terutama bahagian pintu gerbangnya yang menghadap Kuala Kedah. Kota ini dibina atas pengaruh kota Eropah telah dibina oleh tukang batu yang dibawa khas dari India oleh Maulana Ibrahim Sahab,anak saudara Mufti Kedah Sheikh Abdul Jalil orang kepercayaan Sultan.Kota ini mempunyai keluasan dua ekar dan dikelilingi oleh parit yang dalam dan lebar dan dilengkapi dengan meriam di baluarti sekeliling kota ini.
LOKASI Kuala Kedah yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Alor Setar bukan sahaja menjadi pelabuhan transit par pelancong ke Pulau Langkawi,malah merupakan tarikan pelancong malah merupakan tarikan pelancomg kerana di situ terbina Kota Kuala Kedah.Kota Kuala Keadah terletak di Sungai Kedah bersetentangan
dengan Pekan Kuala Kedah
LATAR BELAKANG Kota Kuala Kedah dibina bagi menggantikan kota lama. Laksamana Portugis,Furtado “membinasakan bandar dan kota Kedah dengan tembakan dan pedang”.Kota tersebutut dibina semula tetapi dibinasakan buat kali kedua apabila Sultan Iskandar Muda dari Acheh menjarah Kedah pada 1619, memusnahkan lading lada hitam supaya Kedah tidak menyaingi Acheh.Selepas Acheh berundur, sebuah lagi kota dibina dengan tembok bata yang tebal.Dalam perlindungannya, Belanda membuka kilang untuk berdagang dengan Kedah antara tahun 1654 hingga 1657.Pada tahun 1658, apabila orang-orang Kedah membunuh sebilangan kelasi kapal layer Belanda “Hoorn”, dan Kedah gagal mengikut syarat-syarat perjanjian perdagangan mereka, Belanda mengepung pantai Kedah.Pengepungan itu berjalan sekejap-sekejap sehingga tahun 1710.Pada tahun itu,Belanda menduduki kubu tersebut tetapi meninggalkannya sebelum meletusnya perbalahan tentang pewarisan takhta dan Muhammad Jiwa dengan bantuan orang Bugis telah melantik diri baginda menjadi Sultan.Pihak
yang bersaing dalam menuntut takhta itu telah menerima bantuan Raja Kechil dari Siak yang mengukuhkan pertahanan.Pihak Bugis mengepung benteng tersebut selama dua tahun sebelum mereka dapat menawannya.Pada tahun 17701771, satu lagi perperangan meletus dan askar upahan Bugis menyerang kota tersebut.Pahlawan Bugis yang terkenal, Raja Haji, berkunjung ke Kedah secara tiba-tiba dan menuntut bayaran bagi bantuan yang telah diberikan oleh nenek moyangnya pada tahun 1724- hampir setengah abad sebelum itu!Sultan menolak tuntutan berkenaan.Maka Raja Haji menawan kota tersebut , bergerak ke hulu dan menjarah Alor Setar.Setakat ini,kota tersebut yang kini menjadi puing belum lagi dibina.Kapten Light tinggal di kota yang kemudiannya diganti,yang berdiri di tebing kanan muara Sungai Kedah.Dalam sepucuk surat kepada majikannya-firma Jourdain dan de Souza di Madras-bertarikh 25 November 1771,dia menyatakan, “Saya kini tinggal di kota lama dan membina benteng untuk menghindar sebarang serangan mengejut;dan jika diizinkan oleh tuan,saya akan membina benteng yang berbata.Kota ini mengawal jalan masuk ke sungai supaya tiada sampan yang dapat melaluinya tanpa dilihat.Semua orang diwajibkan berhenti dan menghantar barang…” “Apa yang dikatakan sebagai
Kota itu ialah runtuhan tembok nipis yang dibina di atas rawa tanpa sebarang asas;tetapi saya pasti dapat mengukuhkannya jika diberi sedikit wang”.Memandangkan Kota itu nyata terlalu lemah untuk pertahanan, Sultan Kedah memerintahkan salah seorang daripada pembesar baginda iaitu Dato’ Maharaja Kadzi untuk membina kota yang baru.Dia melukis pelan dan menulis surat kapada anak saudaranya,Maula Irahim Shah, yang berada di India, memintanya menghantar tukang batu yang mahir untuk membina kubu tersebut.Kota tersebut mengambil masa sembilan tahun untuk dibina.Kerja bermula pada tahun 1782.Dua lapis tembok bata dibina dalam jarak enem kaki antara satu sama lain dan ruang antaranya diisi dengan tanah yang dikorek untuk membuat terusan.Tiga pintu pagar, satu pintu pagar utama dan dua lagi yang kecil-berfungsi sebagai pintu masuk- dan seluruh binaan itu dikelilingi oleh parit.Meriam besar buatan Eropah dipasang, antaranya ialah meriam Portugis yang terukir dengan lencana House of Braganza.Semasa serangan Siam, meriam ini kelihatan menggerunkan dam mengacu dengan cara yang mengancam daripada benteng tersebut.
NAMA BANGUNAN Kota Kuala Kedah juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang merupakan salah sebuah daripada kota bersejarah yang dibina oleh orang-orang Melayu yang terletak dalam negeri Kedah, Malaysia.