Sejarah Folio 2009-bangunan Sultan Abdul Samad

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Folio 2009-bangunan Sultan Abdul Samad as PDF for free.

More details

  • Words: 2,727
  • Pages: 28
SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS Nama Calon

: …………………………………………………

Tingkatan

: …………………………………………………

Nombor Kad Pengenalan

: …………………………………………………

Angka Giliran

: …………………………………………………

Nama dan Alamat Sekolah : ………………………………………………… Tajuk Kerja Kursus

: BANGUNAN BERSEJARAH DI NEGARA KITA: BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama Guru

: …………………………………………………

Skor:

Elemen

Markah

Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah Elemen 2 Merekod fakta sejarah Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian

………………. Tarikh

…………………………. Tandatangan Guru Penilai

M A J A L A H

I N T E R N E T

E N S I K L O P E D I

A

S U R A T KHABAR

BUKU I L M I A H

ELEMEN 2 TAJUK :

BANGUNAN BERSEJARAH DI NEGARA KITA: BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Senarai Semak Bil

Perkara

i

Tajuk Kajian

ii

Senarai Kandungan

iii

Penghargaan

iv

Objektif Kajian

v

Kaedah Kajian

vi

Hasil Kajian

vii

Rumusan

viii

Lampiran

ix

Rujukan

Tandakan ( / )

Markah

..………………………. (xxxxxxxxxx)

TAJUK KAJIAN

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita: Bangunan Sultan Abdul Samad

SENARAI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

1

ELEMEN 1

2

TAJUK KAJIAN

3

SENARAI KANDUNGAN

4

PENGHARGAAN

5

OBJEKTIF KAJIAN

6

KAEDAH KAJIAN

7

HASIL KAJIAN 1. Nama Bangunan 2. Latar Belakang 3. Keistimewaan Bangunan

8

RUMUSAN

9

LAMPIRAN

10

RUJUKAN

11

ELEMEN 3

PENGHARGAAN

MUKA SURAT

Pisang emas di atas para, Sudah masak boleh dimakan. Budi baik jangan dilupa, Jutaan Terima Kasih diungkapkan.

Kesempatan in, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Pengetua SMK Taman Klang Utama iaitu Puan Hajah Zaleha Bt Hashim kerana memberi kerjasama dan kebenaran untuk menjalankan kerja kursus sejarah. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada guru Sejarah iaitu Puan Ong Sian Hui di atas tunjuk ajar, nasihat, dorongan dan bantuan beliau kepada saya untuk menyiapkan kajian ini ketika saya menghadapi rintangan yang melanda. Tidak melupakan juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyk membantu dari segi sokongan moral mahupun kewangan. Segala pengorbanan mereka amat saya hargai dan kenangai. Seutus ingatan berpanjangan buat mereka. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan di atas nasihat dan kerjasama di dalam menjayakan kajian ini. Segala kerjasama, dorongan dan nasihat daripada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus sejarah ini amat dihargai. Saya juga ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa menjalankan kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:-

1. Dapat mengetahui lebih mendalam mengenai bangunan bersejarah yang dipilih. 2. Mengambil iktibar dan memupuk semangat patriotisme daripada catatan sejarah bangunan yang dipilih. 3. Melahirkan rasa sayang dan bangga kepada negara Malaysia yang mempunyai pelbagai sejarah disebalik sesebuah bangunan yang dipilih. 4.

Mengkaji keindahan seni bina bangunan bersejarah yang unik.

KAEDAH KAJIAN Semasa saya menjalankan kajian ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat.Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut: •

TEMUBUAL Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya ialah dengan

menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan orang sumber saya yang sememangnya pakar tentang Bangunan Sultan Abdul Samad ini. Beliau banyak memberi maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad.Walaupun kaedah ini ada negatifnya, saya mendapat pelbagai perkara yang saya dapat masukkan ke dalam kerja kursus ini. •

ANALISIS DOKUMEN

Saya membuat rujukan berdasarkan buku-buku ilmiah dan dengan melayari laman web.Dengan maklumat yang diperoleh saya menganalisis dan mengambil maklumat yang berkaitan dengan kajian saya. •

PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN

Saya telah merujuk dan menganalis maklumat dari buku-buku ilmiah,dan majalah yang berkaitan di perpustakaan berhampiran bagi mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang telah saya pilih. •

MELAYARI LAMAN WEB

Akhir kaedah yang saya gunakan ialah dengan melayari laman web untuk menambahkan lagi maklumat tentang bangunan ini. Banyak laman web yang telah saya layari tetapi hanya

beberapa laman web saja yang mempunyai maklumat yang sah. Laman web tersebut saya muatkan dalam rujukan.

HASIL KAJIAN 1.0

PENGELANAN Bagunan bersejarah di Malaysia yang dikaji oleh saya ialah Bagunan Sultan Abdul

Samad. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan salah satu warisan peninggalan sejarah yang penting di negara kita. Bangunan ini mempunyai keistimewaan tersediri dari aspek sejarah dan senibinanya. Hal ini menjadikan Bangunan Sultan Abdul Samad dibawah hak milik Kementirian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kerajaan Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad juga merupakan monument penting yang pernah menjadi tarikan pelancongan di Malaysia.

2.0

NAMA BANGUNAN Bangunan Sultan Abdul Samad juga dikenali sebagai Banguan Baru Kerajaan (“The New

Govermen Offices”). Kebudian, ia dikenali dengan nama Skreteriat Persekutuan (“Federal Secretariat”) diguna bersama dengan kerajaan negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Akhirnya, nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri Selangor iaitu Sultan Abdul Samad (1857-1898) pada masa itu. Hal ini, badi memperingati jasa dan sumbangan Beliau dalam emakmurkan negeri Selangor.

3.0

LATAR BELAKANG Bangunan Sultan Abdul Samad mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri dari

pelbagai aspek dari awal pembinaanya sehingga siap dibina sepenuhnya. Peristiwa penting negara juga berlakunya di bangunan ini. Sejarah penubuhannya bermula pada tahun 1893 apabila kerajaan British di Selangor atas cadangan Sir William Maxwell, Residen Selangor (1889-1892), telah merancang usaha untuk mendirikan sebuah bangunan kerajaan sebagai pusat pentadbirannya. Sebuah kawasan seluas 1035 hektar telah dipilih untuk pembinaanya. Bangunan Sultan Abdul Samad juga merupakan salah satu bangunan yang terawal dibina Di Malaysia. Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang didirikan di Kuala Lumpur pada akhir abad ke 19 malah berupa kejayaan program Bangunan Terseragam (“Massive Building Programme”), dibawah pengendalian Maxwell/Spooner senagai perancang dan akitek Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu. Antara pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terdiri dari Arthui Charles Alfred Noeman selaku Akitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku Jurutera Negeri dan Pengarah PWD, R.A.J. Bidwell dan A.B. Hubback yang menyediakan pelan, dan lukisan untuk membina Bangunan Sultan Abdul Samad. Pada tahun 1894, Bangunan Abdul Samad telah mula dibina dan siap dibina sepenuhnya pada April 1897. Pembinaan bangunan ini, mengamil masa selama dua tahun tujuh bulan selepas

perletakkan batu asas yang dilakukan oleh H.E. Sir Charles B.H Mitchell K.C.M.G (Gabenor Negeri-negeri Selat) pada ^hb Oktober 1894. Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak di antara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang stratergic, iaitu ditengahtengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan dibahagikan belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenai sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategic kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S.) di bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat; menempatkan Sekreatariat Kerajaan (G.S.O.); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber), Pejabat Pos, Lembaga Kebersihan (Sanitary Board), Pejabat Kehakiman (Judical Commissioner), Public Works Department ( PWD), Audit dan Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office). Kos binaan setelah siap April 1897 berjumlah $152,824 (anggaran awal ($152,000). Bangunan ini dirasmikan oleh Sir Frannk Swettenham K.C.M.G. (Residen Jeneral) pada 4hb. April 1897. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan tempat di mana bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka.

4.0 KEISTIMEWAAN BANGUNAN Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan bangunan warisan yang mempunyai senibina yang menarik dan unik. Rekabentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Antara factor menarik disebalik sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan NegeriNegeri Melayu Bersekutu (F.M.S.) ini melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 Ib tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu. Senibina Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini. Pemilihan stail senibina Islam ‘Moorish’atau ‘Mahometan Style’ pengaruh bangunan awam di India menjadi pilihan kepada struktur senibina Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri “the Raj style” mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini.

Tiga buah kubah yang menghiasi Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan salah satu keunikan yang jelas dilihat dan menyerupai kubah Taj Mahal. Diperingkat awalnya, ia diperbuat daripada kayu dan batu-bata yang dicat berwarna hitam. Namun kini, ianya telah digantikan dengan tembaga. Manakala tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid di Cardova dan Mesir. Kubah besar di tengah yang terletak pada menara jam setinggi 143 kaki dibina dengan hujung kiri dan kanan yang menyerupai kubah masjid biasa. Struktur binaan menara jam setinggi 43.5 meter ditengah-tengah binaan berbentuk huruf ‘F’ penampilan identiti tersendiri serta dikenali “Big Ben Malaysia”. Jam ini berdetik sejak tahun 1897 lagi dan merupakan jam yang paling tua serta bersejarah di negara kita. Jam ini menggunakan sistem takal yang berat serta akan berdenting setiap jam. Jam ini banyak digunakan oleh orang ramai sebagai rujukan waktu pada ketika itu. Semasa peristiwa kemerdekaan Malaysia, menara jam ini berbunyi sebanyak 12 kali tepat pada pukul dua belas tengah malam, 30 Ogos 1957. Detingan jam ini menandakan negara telah mencapai kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajahan British. Ia juga merupakan bangunan awam pertama yang berdiri megah di tapak berbentuk segitiga terletak di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Klang serta menghadap (Clarke St), Jalan Mahkamah Tinggi. Bangunan yang menjadi ‘pemula’ dalam waktu pembinaanya 1894 – 1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri – ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan unsur – unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan sturuktur berbentuk minaret yang kebiasaanya terdapat pada senibina Masjid. Kesemua elemen – elemen tersebut menambah nilai

estetika yang hebat dan kemudian menjadi contoh ikutan dan penentu aliran kecenderungan dalam pembinaan bangunan awam (civic building). Kegunaan Bangunan Sultan Abdul Samad sebelum merdeka merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri – Negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen – General dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbenderaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah – Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978 sehingga kini. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan lambang kekukuhan Institusi Kehakiman negara yang sudah menyaksikan pelbagai cerita pahit manis daripada kes jenayah Botak Chin yang berakhir di tali gantung sehingga jatuhnya beberapa Menteri Kabinet, ahli politik, ahli korporat, penjenayah dan orang awam. Sekitar tahun 1978, kerja – kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga - tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984. Walaupun bangunan lama ini, terhimpit dengan bangunan pencakar langit lain di sekelilingnya, ia tetap signifikan kerana memiliki ciri pembinaan tersendiri sekaligus menjadikannya warisan berharga sehingga menjadi nadi dan identiti Kuala Lumpur. Bangunan Sultan Abdul Samad ini jugalah tempat berkumpulnya rakyat Malaysia setiap kali menjelang kemerdekaan dari generasi kecil hinggalah yang dewasa dan pelbagai bangsa bersatu

melaungkan ungkapan “MERDEKA”.

RUMUSAN Saya amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. .Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia.Semasa menjalankan kajian ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada bangunan Sultan Abdul Samad ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara. Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu tanda negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia serta mendapat pujian daripada luar negara. Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai bangunanbangunan bersejarah ini. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan

sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.

LAMPIRAN

(GAMBAR BANGUNAN ABDUL SAMAD)

(pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)

Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad

(Pelan Tingkat

(Pelan Tingkat

Bawah)

Dua)

(Pelan Tingkat

(Pelan Tingkat

Satu)

Mezan)

( Sambutan di Bangunan Sultan Abdul Samad)

RUJUKAN 1. internet – •

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad



http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM



http://www.virtualmalaysia.com/destination



http://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samad

1. buku ilmiah – •

Iman Suffiya,2006,Seni Bina dan Seni Lukis,Kuala Lumpur: Penerbit Era Didik.



Mohd. Zahari Ishak,2006,Di Sebalik Simbol Kenegaraan,Melaka: Associated Educational Distrbuters(M)Sdn.Bhd.

2. ensiklopedia•

Karya Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka,Ensiklopedia Dunia,Malaysia, Dawrna Sdn.Bhd.

3. majalah•

Kamalsyah,1990,Shah Alam Bersih dan Indah,Selangor,Majlis Penbandaran Shah Alam,Selangor

4. surat khabar •

Berita Harian,Ahad,4 Mei 2008,Halaman 7



Berita Harian,Selasa,20 Januari 2009,Halaman 28

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai warisan sejarah yang tak ternilai harganya. Dapat dilihat, bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia mempunyai sejarah dan ciri – ciri senibina yang unik daripada pelbagai pengaruh negara yang berbeza. Hal ini bertepatan dengan Objektif “Convention concerning the Protection of the World Cultural and Natura Haritage” pada tahun 1972, dibawah Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu mengenai Pendidikan, Saintifik dan Budaya (“United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation - UNESCO”) untuk menggalakan pengenalpastian, perlindungan dan pengekalan (pemeliharaan) warisan – warisan budaya dan semulajadi seluruh dunia yang mencukupi nilai keunggulan tinggi kepada manusia. Konvensyen ini juga telah menerima pakai satu strategi menyepadukan usaha negara – negara di seluruh dunia ke arah menyelamatkan dan melindungi warisan – warisan budaya dan lingkungan semulajadi yang terdapat di serata dunia. Oleh itu, menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di Malaysia yang menjadi warisan kebanggaan negara sejak merdeka. Seharusnya kita berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangunan bersejarah yang menarik dan menjadi perhatian penyelidik dan masyarakat luar dan dalam negara. Usaha – usaha pemuliharaan dan penyelidikan yang dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab dapat membuka mata masyarakat betapa perlunya bangunan bersejarah

dipelihara dan mewujudkan sikap berbangga dengan sejarah tanah air. Rakyat Malaysia juga dapat menghormati identiti negara khususnya bangunan bersejarah apabila ceramah, seminar, bengkel, pameran, dan risalah turut diadakan bagi mengajar dan mendidik masyarakat tentang cara dan kepentingan memelihara bangunan warisan negara. Contohnya di muzium Shah Alam terdapat maklumat mengenai bangunan

- bangunan bersejarah negeri Selangor. Hal ini secara

tidak langsung akan memupuk sikap menghargai bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan memainkan peranan penting untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di Malaysia supaya bangunan warisan terus kekal selamanya. Oleh itu, masyarakat Malaysia akan berterusan dapat melihat bangunan bersejarah dan semangat setia negara akan terpupuk di hati masyarakat, penyelidikan dan kajian di dalam beberapa cabang kebudayaan negeri khasnya supaya penerangan mengenainya dapat disebarkan kepada orang ramai sebagai bahan pengetahuan dan mendidik serta menyemai semangat cintakan bangsa dan negara. Apabila kita sebagai rakyat Malaysia bersama – sama memelihara dan memulihara bangunan bersejarah mewujudkan kita adalah seorang yang bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Bahkan membuktikan kita bersedia berkorban untuk bangsa dan negara. Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah adalah tanggungjawab semua warganegara Malaysia. Sehubungan dengan itu, ia akan menjadikan rakyat Malaysia mempunyai semangat kekitaan apabila berkerjasama dan tolong menolong memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di Malaysia. Di samping itu, rakyat Malaysia perlu berusaha dan produktif untuk memulihara dan memelihara bangunan bersejarah ini supaya ia terus terpelihara dengan baik. Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini akan menunjukkan kita berganding bahu untuk

membangunkan negara dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan.

Related Documents