Folio Komsas Best.docx

  • Uploaded by: Ridwan Yunus
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Komsas Best.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 6,612
  • Pages: 31
SINOPSIS UMUM Novel Jalan ke Puncak karya Juri Durabi mengisahkan seorang pemuda bernama Laiman. Laiman berbangsa Sungai dan berasal dari Kampung Kusilad, Sabah. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia menyambung pengajian matrikulasi selama dua tahun. Seterusnya, Laiman menyambung pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang kejuruteraan. Namun begitu, kesempitan wang yang dialami oleh keluarganya menyebabkan dia terpaksa memohon bantuan biasiswa. Sebelum Laiman menamatkan pengajiannya di UKM, dia telah menjalani latihan industri di sebuah syarikat pengeluar minyak terkenal di Miri, Sarawak dan diletakkan dibawah pengawasan Shukri. Laiman sangat disenangi oleh para pekerja bawahannya kerana sikapnya yang ringan tulang dan sudi mendengar pandangan mereka. Sewaktu Laiman berada di Kuching kerana ingin berjumpa dengan rakan sekuliahnya di sana, sebuah tangki minyak yang bernombor 12 telah mengalami kebakaran. Hal itu menyebabkan Laiman dipanggil oleh pengurusnya. Selepas siasatan dilakukan, Laiman terbukti tidak bersalah. Kejadian itu telah dirancang oleh Muluk yang cemburu melihat hubungan mesra antara Laiman dengan Soniah kerana Muluk sudah lama menaruh hati terhadap Soniah. Muluk akhirnya diberkas oleh pihak polis dan kesnya juga sudah dihadapkan di mahkamah. Setelah tamat pengajian, Laiman pulang ke kampung dan mengusahakan kebun tembikai di atas tanah miliknya yang seluas lima hektar. Pada masa yang sama, Laiman mendapat tawaran kerja di jabatan kerajaan, namun dia menolak tawaran tersebut. Tindakan Laiman itu ditentang oleh ayahnya, Pak Kiassim. Laiman turut mendapat kata cacian hinaan daripada orang orang kampungnya. Namun begitu, Laiman mempunyai alasannya yang tersendiri atas tindakannya itu. Laiman dan sepupunya, Milan mengusahakan projek tanaman tembikai itu secara bekerjasama sehingga mereka berjaya memasarkan hasilnya di Kota Kinabalu. Seterusnya, Laiman ingin mengusahakan projek ternakan ikan air tawar, projek ternakan udang harimau, dan projek ternakan lebah madu di kampungnya. Hasratnya itu mendapat sokongan dan pertolongan daripada ayahnya. Pak Kiassim membantu Laiman untuk memujuk Pak Sahok supaya projek ternakan ikan dan udang dapat dilaksanakan. Kejayaan demi kejayaan berjaya digapai oleh Laiman.

Hasratnya untuk membuka mata orang-orang kampung bahawa bekerja sendiri juga mampu untuk memperoleh hasil yang lumayan tanpa terlalu bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata telah tercapai. Jabatan Pertanian juga sering melawat ke tapak projek yang diusahakan oleh Laiman dan bersedia untuk menghulurkan bantuan serta sokongan kepada Laiman sekiranya dia ingin memperbesar projek ternakannya itu. Pada masa yang sama, Laiman terkenang akan Soniah. Dia mendapat tahu bahawa Soniah bakal berhijrah ke Kota Kinabalu untuk menguruskan syarikat milik bapa saudaranya. Laiman ingin meluahkan rasa cintanya terhadap Soniah apabila Soniah berada di Kota Kinabalu. Laiman dan Milan juga telah mendapat surat daripada jabatan pertanian. Jabatan pertanian akan menjadikan projek ternakan mereka sebagai contoh di daerah itu. Di samping itu, jabatan pertanian juga akan membantu mereka bagi memperbesar projek itu supaya menjadi projek yang terbesar di Sabah. Laiman dan Milan melahirkan rasa syukur dan puas kerana penat lelah mereka selama ini telah terbayar dan berbaloi. SINOPSIS SETIAP BAB BAB 1 - BAGAIKAN MIMPI Laiman berasa seperti tidak percaya bahawa dirinya kini berada di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, sebagai seorang mahasiswa tahun tiga dalam jurusan kejuruteraan. Laiman yang sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat pengeluar minyak terkenal di Miri, Sarawak sangat disenangi oleh pekerja pekerja bawahannya. Laiman melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Sukri mengajak Laiman makan di luar. ketika dalam perjalanan, Sukri bertanyakan Laiman tentang perancangannya setelah tamat latihan selama enam bulan di syarikat itu. Laiman memberitahu Sukri bahawa dia mahu berehat buat sementara waktu. sekiranya pihak syarikat menawarkan pekerjaan tetap kepadanya, Laiman akan mempertimbangkannya terlebih dahulu sebelum menerimanya. Sukri agak terperanjat dengan prinsip yang dipegang oleh Laiman itu. pada zaman ini, bukan mudah untuk memperoleh pekerjaan. Laiman teringat akan rakan seuniversitinya yang bernama Chow Chin dan seorang pekerja bengkel baik pulih

kereta. kedua - duanya insan ini tidak terlalu bergantung kepada kerajaan semata - mata untuk berjaya dalam kerjaya masing - masing. BAB 2 - SESAL Setelah habis waktu pejabat, Laiman bersiar-siar di Pekan Lutong. dia ingin menenangkan diri setelah berjaya menghantar tugasan kepada pengurus syarikatnya. Soniah menegur Laiman apabila mereka terserempak di pekan tersebut. Laiman bertanya tentang pelan yang perlu Soniah siapkan. Soniah memberitahu Laiman bahawa dia sudah menyiapkan pelan tersebut, tetapi Laiman yang tidak datang untuk mengambil pelan itu di pejabat. menurut Laiman, dia agak sibuk di loji penapis minyak. Soniah menyangka bahawa urusan di loji penapis minyak sudah berjaya disiapkan oleh Muluk tiga hari lalu. Namun begitu, Sangkaannya ternyata meleset. Laiman tidak berharap sepenuhnya kepada pekerja kontrak kerana dialah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan di loji tersebut. Laiman mengajak Soniah ke sebuah restoran di pekan itu. Semasa mereka berada di restoran tersebut, Soniah bertanya tentang Muluk kepada Laiman. Menurut Laiman, sudah tiga hari dia tidak melihat kelibat pemuda aneh itu di pejabat. Laiman juga berasa agak terkejut dengan pertanyaan Soniah tentang Muluk. Laiman mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan oleh Soniah daripada pengetahuannya. BAB 3 - MUSIBAH Pak Kassan memberitahu Sukri bahawa suatu kejadian kebakaran di loji telah berlaku. Tangki minyak yang bernombor 12 telah terbakar. Sukri berkejar ke tempat kejadian. Tiba- tiba, Sukri teringat akan tangki yang terbakar itu merupakan tangki yang telah dibaiki oleh Laiman pada dua minggu lepas. Sukri percaya bahawa Laiman tidak mungkin melakukan sesuatu yang buruk kepada pihak syarikatnya. Tambahan pula, ketika kejadian kebakaran itu berlaku Laiman berada di Kuching. Anggota bomba mengambil masa selama tiga jam untuk memadamkan kebakaran itu. Sukri tidak dapat melelapkan mata setelah pulang dari tempat kejadian. Isteri Sukri,Misah berasa pelik akan perubahan kelakuan suaminya pada hari itu. Sukri tidak bercakap dan hanya duduk di ruang tamu. Sukri memikirkan tentang nasib yang bakal dialami oleh Laiman nanti. Sukri

menyimpulkan kejadian yang telah berlaku itu mungkin kerana ada pihak yang berniat jahat kepada Laiman dan ingin menjatuhkannya. BAB 4 - HASRAT Soniah mengatakan bahawa perancangannya untuk menyambung pengajian di universiti telah dihimpit oleh masalah kewangan keluarganya. Laiman menasihati Soniah agar bersabar dan terus berusaha seperti dirinya sewaktu mendapat tawaran pengajian di universiti dahulu. Laiman terkejut apabila mengetahui Soniah bakal menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan, iaitu bidang yang sama dengannya. Laiman menerangkan bahawa bidang yang dipilih oleh Soniah itu sungguh mencabar dan mempunyai risiko yang besar. Selepas makan, mereka beredar dan melewati deretan kedai di Miri yang turut dikenal sebagai bandar minyak di Malaysia. Mereka berbual-bual tentang tangki minyak yang terbakar itu. Sejumlah kerugian terpaksa ditanggung oleh syarikat. Mujurlah tiada kes kehilangan nyawa semasa kejadian tersebut. Laiman menyedari ada sepasang mata sedang memerhatikan dirinya dan Soniah dengan pandangan yang tajam sekali. Soniah juga menyedari dirinya diperhatikan oleh Muluk. BAB 5 - PULANG Laiman berubah setelah tamat pengajiannya di universiti dan pulang ke kampung halaman. BAB 6 - TENTANGAN Laiman bersandar di bawah pokok nangka sambil merenung kebun tembikai miliknya yang seluas lima hektar itu. Sudah dua bulan Laiman mengusahakan kebun tembikainya itu. Ayah Laiman dan orang-orang kampung sering bercakapcakap tentang Laiman yang hanya mengusahakan tanah di kampung walaupun sudah memiliki segulung ijazah. Namun begitu, Laiman tidak mempedulikan katakata orang terhadapnya. Laiman mempunyai prinsipnya sendiri. Dia ingin hidup berdikari tanpa mengharapkan makan gaji semata-mata. Laiman sering mengimbas kembali kenangannya sewaktu dia menjalani latihan industri di Sarawak. Terbukti bahawa Muluklah yang merancang kebakaran di loji milik syarikat minyak itu. Muluk sebenarnya cemburu melihat kemesraan Laiman

dengan Soniah. Akhirnya, Muluk diberkas oleh pihak polis dan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahannya itu. Lamunannya terhenti apabila terdengar panggilan sepupunya, Milan. Milan memberitahu Laiman bahawa pegawai pertanian ingin berjumpa dengannya untuk menawarkan jawatan di jabatan kerajaan. Laiman mengatakan bahawa dia belum bersedia untuk menerima jawatan itu. Laiman menukar topik perbualannya dengan Milan. Dia ingin berbincang dengan sepupunya itu berkenaan rancangannya untuk membuka projek ternakan lebah madu dan ternakan ikan air tawar di atas tanah paya yang terletak bersebelahan dengan tanah sawah milik Pak Sahok. BAB 7 -

RESAH

Pak Kiassim memarahi Laiman kerana anaknya itu telah menolak tawaran kerja daripada jabatan kerajaan. Pak Kiassim mengungkit pengorbanan nenek dan abangnya yang sanggup membiayai kos pengajian Laiman di universiti. Laiman hanya mendiamkan diri apabila mendengar rungutan daripada ayahnya itu. Laiman menuju ke rumah Milan untuk meredakan tekanan yang dialaminya pada malam itu. Dia berasa tertekan apabila ayahnya sering meleterinya. Laiman mempunyai cita-cita yang besar dan dia mahu suatu hari nanti, anak-anak muada di kampungnya itu akan mencontohi sikapnya. Seterusnya, Laiman memberitahu Milan bahawa dia akan ke Kota Kinabalu untuk berjumpa dengan rakannya di sana. Rakannya itu merupakan seorang pemborong dan Laiman berhajat untuk menjual hasil tembikainya itu kepada rakannya itu. BAB 8 - TEKAD Milan memberitahu Laiman rancangan mereka bakal terhalang kerana Pak Sahok tidak bersetuju dengan hasrat Laiman untuk mengusahakan projek ternakan ikan air tawar di sebelah tanah sawah miliknya. Walau bagaimanapun, Laiman tidak berputus asa dan akan terus berbincang dengan Pak Sahok untuk mengusahakan projek yang telah dirancangnya itu. Laiman bersyukur kerana Milan merupakan seorang yang boleh diharapkan kerana Milan mampu menjaga dan membersihkan kebun tembikai yang seluas lima hektar itu sepanjang Laiman berada di Kota Kinabalu. Di samping itu, Laiman dan Milan juga bakal menceburkan diri dalam projek ternakan lebah madu. Sebelum

itu, mereka mendapatkan nasihat daripada pejabat haiwan tentang kesesuaian lokasi yang bakal diusahakan oleh mereka nanti. Laiman juga bercadang untuk mengupah beberapa orang budak yang sudah tidak bersekolah untuk bekerja di bawah pengawasan mereka. BAB 9 - PUJUK Laiman berasa panik apabila Pak Sahok berkeras tidak membenarkan dia mengusahakan projek ternakan ikan air tawar di sebelah tanah sawah milik Pak Sahok. Namun begitu, Laiman tidak berputus asa, malah dia akan terus berusaha untuk memujuk Pak Sahok. Setalah pulang dari surau pada malam itu, Pak Kiassim bertanya tentang perkembangan projek tanaman buah tembikai yang sedang diusahakan oleh Laiman dan Milan. Orang-orang kampung mula membuka mata terhadap projek yang diusahakan oleh Laiman. Mereka saling memuji akan kebolehan dan kecekapan Laiman mengusahakan projek tanamannya itu. Pak Kiassim turut berasa bangga terhadap pujian yang dilemparkan oleh orangorang kampung terhadap anaknya itu. Pak Kiassim telah menawarkan bantuan kepada Laiman untuk pergi berbincang dengan Pak Sahok bagi memastikan projek ternakan ikan air tawar itu berjaya. Laiman terharu oleh sokongan daripada ayahnya sendiri. BAB 10 - HARAPAN Akhirnya, Pak Sahok telah memberikan persetujuan kepada Laiman untuk mengusahakan projek ternakan ikan air tawar dan ternakan udang harimau di tanah paya yang terletak bersebelah dengan tanah sawah miliknya. Laiman mendapat pujian daripada pegawai jabatan pertanian kerana berjaya dalam bidang yang diceburi dan tidak mengharapkan kerja di jabatan kerajaan. Beberapa bulan belakangan ini, Laiman, Milan, dan para pekerjanya sibuk dengan kerja membersihkan kolam yang telah dikorek. Laiman telah bersetuju untuk membahagikan tapak itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk projek ternakan ikan air tawar, manakala satu bahagian lagi untuk projek ternakan udang harimau. Laiman juga telah menghantar dua orang daripada pekerjanya, iaitu Kedek dan Muali untuk menghadiri kursus sebagai persediaan sebelum menjalankan projek ternakan tersebut. Laiman telah menyerahkan projek

tanaman tembikai kepada Pak Kiassim untuk diuruskan. Abang kepada Laiman yang bekerja di KPD Kota Marudu yang ingin mengikut jejak langkah Laiman untuk berbudi kepada tanah. Laiman berasa bangga dengan perkembangan yang baru disampaikan oleh abangnya. BAB 11

- GALAU

Sekembalinya Kedek dan Muali daripada kursus, mereka tidak mahu bekerjasama dengan Laiman dan Milan lagi. Puas Milan memujuk mereka agar terus bersama mengusahakan projek yang telah direncanakan itu, tetapi gagal. Kedek dan Muali ingin mengusahakan projek mereka sendiri. Hal ini berbeza dengan Laiman, dia bersikap terbuka dan tidak menghalang kehendak Kedek dan Muali itu. Pada pendapat Laiman mereka boleh menghantar pekerja yang lain bagi mengikuti kursus tersebut. Laiman menasihati Milan agar tidak berputus asa dan menerima keputusan dua orang pekerjanya itu dengan hati yang terbuka dan tidak menyimpan perasaan dendam. BAB 12 -

TABAH

Tepat jam 12.00 tengah hari, Laiman pulang ke rumah dan dia terkejut melihat Abang Mail sedang tidur dengan nyenyaknya di ruang tamu. Setelah terjaga daripada tidur, Abang Mail bertanya kepada Laiman berkenaan projek yang sedang diusahakan olehnya. Menurut Laiman, semuanya berjalan lancar dan tindakan Kedek dan Muali tidak akan membantutkan segala rancangan yang telah lama dia impikan itu. Laiman turut memberitahu abangnya bahawa subsidi akan selesai dalam tempoh sebulan dua sahaja lagi. Laiman berasa bangga dan bertuah kerana Abang Mail sentiasa mengambil berat tentang projek yang sedang diusahakannya itu. Petang itu, ketika Pak Kiassim pulang ke rumah, dia telah menyuruh Mail dan Laiman pergi ke Bawang untuk upacara berjaga si mati selama tujuh hari. Berjaga merupakan suatu adat dan tradisi suku kaum orang sungai. Selama tujuh malam berturut -turut si mati diberikan penghormatan terakhir. Orang-orang kampung akan melakukan berjaga dengan membaca al-Quran atau setidak-tidaknya membaca surah Yasin. Selama tujuh malam itu juga, orang-orang yang datang tidak dibenarkan untuk tidur.

BAB 13 - LUMAYAN Sejak tiga bulan yang lalu, Laiman dan Milan telah mengusahakan gerai menjual kuih di Gerai Pitas. Pada masa yang sama, projek ternakannya terjalan dengan baik kerana sudah ada dua orang pekerja yang menguruskannya. Bagi Laiman masa itu emas. Laiman tidak mahu masa yang ada terbuang begitu sahaja. Oleh itu, dia dan Milan turut menjaja kuih muih yang dipajaknya daripada orang-orang kampung di gerai milik mereka. Laiman juga turut menambahkan perniagaannya dengan menjual solakan kuih bulan. Dengan adanya solakan, maka bertambahlah pendapatan yang diperoleh oleh Laiman pada setiap hari. Jika tidak ke kolam atau menjual kuih, Laiman akan masuk ke kampung untuk mencari pisang dan kelapa tua untuk dihantar ke Kota Kinabalu. Kawan Laiman di Kota Kinabalu sudah bersetuju untuk membeli semua pisang dan kelapa tua yang dibawa oleh Laiman itu. Gerai kuih yang ada telah diuruskan oleh Milan. Milan berasa gembira dengan hasil pendapatan mereka pada setiap hari. Duit simpanan mereka hasil jualan tembikai, kuih-muih, dan lain-lain sudah mencecah RM10 ribu. Laiman berhajat untuk membeli sebuah lori kecil untuk perancangan masa hadapan mereka. Laiman dan Milan bekerja keras demi mencapai cita-cita mereka. BAB 14 - SINAR Detik -detik kejayaan sudah semakin hampir dalam kehidupan Laiman. Kolam ikannya bakal mengeluarkan hasil tidak lama lagi. Seterusnya, kolam ikan yang dicadangkan pembuatannya juga sudah mendapat kebenaran daripada pihak jabatan pertanian. Ketika di geraiPitas, Pak Sahok memuji Laiman apabila melihat projek yang diusahakn oleh ankmudaitu telah berjaya. Laiman membalas pujian Pak Sahok dengan ucapan terima kasih kerana tanpa kerjasam dan bantuan daripada Pak Sahok, tidak mungkin kejayaan itu mampu dikecapinya. Laiman telah menyedarkan anak-anak muda di Kampung Kusilad supaya tidak terlalu mengharapkan bantuan daripada pihak kerajjansemata-mata. Laiman dan Milan sudah berada di ambang kejayaan. Begitu juga dengan Kedek dan Muali yang sudah mula mengorak langkahke arah masa depan yang cerah. Laiman sudah memiliki lori ysng dibelinya daripada kawannya sendiri. Orang-orang kampung berasa gembira dengan adanya lori Laiman itu. Mereka tidak perlu mengangkut

lagi barang pajakan mereka kerana Laiman sendiri yang akan memasuki kampungkampung dengan memandu lori tersebut bagi memungut pisang dan kepala tua atau muda. BAB 15 - IMPIAN TERLAKSANA Laiman tersenyum puas di kolam ikan milikknya. Pengorbanannya selama ini membuahkan hasil yang cukup membanggakan. Laiman menitiskan air mata kegembiraan. Sebulan lalu, pihak jabatan pertanian sekali lagi telah melawat ke kolam air tawarnya. Kali ini buakn pegawai di daerah sahaja yang telah datang, bahkan pegawai dari ibu pejabat juga turut membuat lawatan dan ingin melihat sendiri kejayaan Laiman ang sering disebut-sebut oleh orang-orang kampung. Kemudian, Laiman terkenang akan Soniah. Rupa-rupanya sudah dua tahun Soniah berjaya menamatkan pengajiannya di universiti. Laiman mengetahui perkembangan Soniah menerusi surat yang telah diterimanya tempoh hari. Dalam surat tersebut, Soniah memberitahu Laiman bahawa dia bakal berhijrah ke Kota Kinabalu bagi menguruskan sebuah syarikat milik bapa saudaranya di pusat bandar itu. Sekiranya dia berjumpa Soniah nanti, Laiman akan mencurahkan segala isi hatinya itu kepada Soniah. Milan berlari-lari anak menuju ke arah Laiman dan menyerahkan sepucuk surat kepada Laiman. Surat tersebut, menyatakan bahawa projek ikan air tawar milik mereka itu akan dijadikan projek contoh di daerah tersebut. Berkemungkinan juga, projek ikan air tawar tersebut akan diperbesar denagn bantuan jabatan pertanian dan seterusnya bakal menjdi projek terbesar di negeri Sabah. TEMA Tema novel Jalan Ke Puncak karya Juri Durabi ialah kegigihan dan kecekalan hati seorang pemuda yang mempunyai kelulusan di peringkat ijazah tetapi memilih untuk bekerja sendiridaripada hidup makan gaji. Laiman ingin menjadi contoh teladan kepada masyarakat kampungnya supaya keluar daripada kemunduran hidup tanpa bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata. Hal ini dapat diperhatikan melalui sikap cekal dan tabah yang dimiliki oleh Laiman sehingga dia berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya di kampungnya. Walaupun Laiman memiliki Ijazah Sarjan Muda Kejuruteraan Dengan Kepujian, namun dia tidak mahu hidupnya terlalu bergantung dengan makan gaji di jabatan kerajaan.

PERSOALAN 1. Tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran hidup Laiman sentiasa tabah dan sabar serta tidak pernah patah semangat dalam menghadapi segala cacian dan cemuhan orang-orang kampung terhadapnya ekoran tindakannya yang memilih untuk bekerja sendiri di kampung walaupun dirinya memiliki ijazah. Contoh : Anak muda yang lahir dari perut ibu yang melekit dan membesar bersama-sama alunan seruling batang padi, hidup dalam imbauan angin desa yang ingin, tidak mudah goyah dan putus asa demi mencari setitik cahaya dalam kekelaman buana yang dicipta oleh manusia itu sendiri. (hal.43) 2. Hubungan erat antara majikan dengan pekerja Laiman membina hubungan yang erat dan mesra dengan pekerja bawahannya di syarikat pengeluar minyak terkenal sewaktu dia menjalani latihan industri di Miri, Sarawak. Contoh : Dia pergi ke tempat itu bukanlah kerana mahu mencari kelemahan dan kesilapan pekerja-pekerja bawahannya. Dia pergi ke situ sekadar untuk melihat sahaja. Kalau perlu dia akan membantu. Itulah sifat semula jadinya. Sebab itulah dia disukai oleh pekerja-pekerja bawahannya. (hal. 2 -3) 3. Sokongan moral dari ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak Pak Kassim pada mulanya menghalang tindakan Laiman untuk bekerja sendiri. Namun begitu, Pak Kassim berubah fikiran dan menyokong tindakan Laiman setelah melihat kejayaan Laiman mengusahakan kebun tembikai itu serta memperoleh pendapatan yang lumayan. Contoh : “Teruskan usaha kamu itu. Ayah akan bincang denagn Pak Sahok nanti. Biar ayah pula yang berhadapan dengannya. Takkanlah berkeras pula. Ayah bukan orang lain dengannya. Biar kita buat satu perjanjian baharu,” katanya. (hal.77)

4. Keperihatinan seorang abang terhadap adiknya. Abang Mail sentiasa mengambil berat tentang projjek yang diusahakan oleh adiknya, Laiman di samping memberikan kata-kata peransang agar projek tersebut beroleh kejayaan. Contoh : Meskipun bekerja di Koperasi Pembangunan Desa, abangnya turut meluangkan masa melihat projek yang diusahakan oleh adiknya itu. Dia tidak banyak bercakap, sekadar memberikan nasihat supaya Laiman akan terus menumpukan perhatiannya dalm bidang itu. (hal.83) 5. Hubungan persahabatan yang berkekalan walau berjauahan Soniah masih mengirimkan surat kepada Laiman walaupun mereka sudah tidak bejerha di syarikat pengeluar minyak di Miri, Sarawak. Contoh: Soniah sudah pun tamat pengajiannya. Sudah dua tahun Soniah meninggalkan Universiti Kebangsaan Malaysiai dengan ijazah yang sama dimiliki oleh Laiman.Hal ini diketahuinya ketika Soniah mengirim surat selepas dia keluar daripada universiti. (hal.117) 6. Taat akan perintah agama Laiman dan Milan tdak lupa untuk mendirikan solat malah mereka sering kali solat berjemaah di surau di kampungnya. Contoh: Setelah minum, Milan meminta diri kerana azan Zuhur sudah semakin dekat. Laiman juga bersiap-siap hendak ke surau. (hal.50). 7. Rajin dan gigih dalam pelajaran Laiman gigih belajar sehingga dia berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan kejuruteraan. Contoh : Berkat ketekunan dan ketabahannya, kini dia sudah bergelar mahasiswa. (hal.3)

8. Keinginan untuk bekerja sendiri/berdikari. Walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan, namun Laiman tidak mahu bekerja makan gaji, malah dia memilih untuk bekerja sendiri. Contoh : Tidak sah kalau seorang siswazah kembali ke kampung dan berbakti kepada tanah. Soal hidup di mana-mana pun boleh. Ini bumi Tuhan. (hal.43) PLOT BINAAN PLOT Plot novel Jalan Ke Puncak dijalin mengikut kronologi. Setiap peristiwa yang berlaku mengikut urutan masa dan mudah difahami oleh pembaca. 1. Permulaan Permulaan novel Jalan Ke Puncak dimulakan dengan kiah Laiman yang menjalani latihan industri di sebuah syarikat pengeluar minyak terkenal di Miri, Sarawak. Laiman diletakkan di bawah pengawasan Sukri.Laiman sorang pekerja yang rajin dan cekap serta disenangi oleh pekerja bawahannya. Namun begitu, Muluk iaitu rakan sepejabat Laiman mendendami Laiman keran cemburu akan hubungan mesra Laiman dengan Soniah. 2. Perkembangan Peringkat perkembangan cerita bermula apabila tangki minyak nombor 12 yang telah dibaiki oleh Laiman terbakar. Sewaktu kebakaran itu berlaku, Laiman berada di Kuching kerana telah menemui rakan sekuliahnya di sana. Pihak syarikat terpaksa menanggung kerugian, mujurlah tiada kes kehilangan nyawa. Laiman telah dipanggil oleh pengurus bagi melaporkan punca sebenar kebakaran tersebut. Setelah siasatan dilakukan, terbukti bahawa Laiman tidak bersalah. Kebakaran yang berlaku berpunca daripad perbuatan khianat Muluk terhadap Laiman. Setelah berjaya menggengam segulung ijazah dalam urusan kejuruteraan, Laiman pulang ke kampungnya. Dia mengusahakan projek tanaman tembikai di atas tanah seluas lima hektar bersama-sama sepupunya, Milan. Ayah Laiman, iaitu Pak Kassim amat marah akan keputusan Laiman yang menolak tawaran kerja di

jabatan kerajaan. Pada pandangannya, pekerjaan yang diusahakan oleh Laiman itu tidak mempunyai masa depan kerana sudah banyak orang muda sepertinya. yang kecundang di pertengahan jalan. Pak Kassim tidak yakin akan kebolehan Laiman. Dalam pada itu, Pak Sahok juga tidak mengizinkan Laiman tidak mnggunakan tanah paya yang bersebelahan dengan tanah sawah miliknya itu untuk mengusahakan projek ternakan ikan air tawar dan ternakan udang harimau. 3. Klimaks Pada bahagian klimaks cerita, Laiman telah berjaya mensasarkan hasil tembikainya kepada rakannya yang juga merupakan seorang pemborong di Kota Kinabalu. Hasil yang diperolah Laiman agak lumayan. Kejayaannya itu telah mula membuka mata Pak Kassim dan orang-orang kampung untuk mencontohi usaha dan kerja keras Laiman. Pak Kassim telah berubah fikiran daripada menentang citacita Laiman kepada memberikan sokongan penuh terhadap projek yang diusahakan oleh Laiman dan Milan. Pak Kiassim juga turut menawarkan bantuan untuk berbincang dengan Pak Sahok berkenaan tanah paya yang ingin dijadikan tapak ternakan seperti yang telah dirancangkan oleh Laiman. Akhirnya, Pak Sahok berlembut hati dan memberikan kebenaran kepada Laiman dan Milan untuk mengerjakan projek ternakan di tanah paya tersebut. Selain itu, dua orang pekerja Laiman, iaitu Kedek dan Muali hendak menarik diri dan tidak mahu bekerjasama dengannya dan Milan lagi. Mereka mahu mengusahakan projek sendiri setelah pulang daripada kursus. 4. Perleraian Laiman menitiskan air mata kegembiraan apabila dia berjaya membuka mata orang -orang kampungnya bahawa bekerja sendiri juga mampu mengubah nasib masyarakatnya untuk hidup dalam kemajuan. Nama Laiman menjadi sebutan orang ramai. Laiman sudah berjaya memiliki beberapa projek seperti projek tanaman tembikai, projek ternakan ikan air tawar, projek ternakan udang harimau, dan projek menjual kuih di Gerai Pitas. Selain itu, Laiman turut berjaya menjadi seorang pemborong pisang, kelapa tua, dan kelapa muda yang dipajak oleh orangorang kampung kepada Laiman. Dia juga membeli sebuah lori bagi memudahkan kerja-kerja untuk memasarkan barangan ke Kota Kinabalu. Kejayaan demi kejayaan yang dikecap oleh Laiman sehingga jabatan pertanian memilih projek ternakannya. itu sebagai projek ternakan contoh di daerahnya. Pihak jabatan

pertanian juga bercadang untuk memperbesar projek ternakan itu dan menjadikan projek tersebut sebagai projek ternakan terbesar di Sabah. Pada masa yang sama, Soniah telah mengutuskan surat kepada Laiman dan menyatakan bahawa dia akan berhijrah ke Kota Kinabalu bagi menguruskan syarikat milik bapa saudaranya. Laiman berhajat untuk meluahkan perasaan cintanya kepada Soniah apabila mereka berpeluang untuk bertemu di Kota Kinabalu nanti. TEKNIK PLOT 1. Teknik Dialog Contoh: “Makanlah,”pelawa Laiman. “Terima kasih,”kata Soniah. Mereka berdua pun makan mi goreng itu dengan berselera sekali. 2. Teknik Imbas Kembali Laiman teringat akan kesusahannyadahulu. Dia berusaha untuk memohon biasiswa bagi menyambung pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Contoh: Dia pernah mengalami masalah itu dahulu. Dia terpaksa bertungkus-lumus untuk mencari penaja. Hampir sebulan Laiman turun naik pejabat. Yayasan Sabah sudah. Kerajaan negeri juga sudah. Tuah telah menyebelahi Laiman kerana kedea-duanya memberikan kesanggupan untuk memberikannya biasiswa. 3. Teknik Imbas Muka Laiman mahu membuktikan kepada orang kampung bahawa bekerja sendiri juga mampu memperoleh kejayaan dan hidup senang-lenang. Contoh: Laiman terasa menyesal. Ayahnya tidak mengerti cita-citanya. Kerja? Bila-bila masa boleh dapat. Akan tetapi, timbul berbagai-bagai fikiran dalam kepalanya. Anak-anak muda harus diberi satu jalan untuk dicontohi. Selepas keluar dari Universiti dia melihat ramai anak muda yang duduk membuang masa dengan berjalan ke sana ke sini tanpa memikirkan sesuatu yang baik untuk diri mereka.

4. Teknik Suspens Pembaca tertanya-tanya tentang rancangan Muluk terhadap Laiman. Contoh: Soniah seolah-seolah ingin menyembunyikan sesuatu, fikir Laiman. Muluk! Kenapa Soniah sebut fasal Muluk? Apakah pula rahsia yang disembunyikan oleh Muluk? Kalau tidak takkanlah anak gadis itu bertanya fasal Muluk di hadapannya. 5. Teknik Kejutan Laiman terkejut oleh berita yang disampaikan oleh Milan bahawa dua orang pekerjanya, iaitu Kedek dan Muali sudah tidak mahu bekerjasama dengannya lagi. Contoh: “Bukan sakit. Bukan ditimpa kemalangan, tapi kita yang sedang sakit sekarang. Kepala kita sakit. Mereka berdua tidak mahu bekerjasama dengan kita lagi. Mereka sudah sepakat untuk membuat projek sendiri,”kata Milan seperti berputus asa. Laiman terkejut besar. 6. Teknik Pemerian Pengarang memerihalkan pekerja Laiman di pejabatnya sewaktu menjalani latihan industri di Miri, Sarawak. Contoh: Setelah itu Laiman mula mengumpulkan fail-fail yang berselerak. Disusunnya rapi-rapi. Kertas-kertas yang tidak berguna dilemparkan ke dalam bakul sampah di tepi dinding. Almari fail dibukanya dan dia memasukkan timbunan fail yang disusun tadi. Selainnya ditinggalkan di atas meja. Barulah lega rasa hatinya sekarang. WATAK DAN PERWATAKAN Laiman (watak utama) 1. Seorang pemuda berbangsa Sungai yang tinggi lampai. 2. Berasal dari Kampung Kusilad, Sabah.

3. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia. 4. Bijak dalam pelajaran. 5. Seorang yang cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran hidup. 6. Taat akan perintah agama. 7.Tidak mahu makan gaji walaupun sudah menggenggam sugulung Ijazah, tetapi memilih untuk bekerja sendiri. 8. Mahu menjadi teladan kepada orang-orang kampungnya supaya lebih berdikari di samping menaikkan taraf hidup mereka di mata masyarakat lain. 9. Menceburi bidang pertanian dan penternakan. 10. Mempunyai semangat yang tinggi dan tidak mudah berputus asa. 11. Seorang usahawan muda yang berjaya. 12. Menaruh perasaan cinta terhadap Soniah. Milan 1. Sepupu kepada Laiman. 2. Sebaya dan seusia dengan Laiman. 3. Pernah bekerja di kem kayu balak sebagai tukang pasang eshok. 4. Pernah bekerja sebagai pengangkat buah di kebun kelapa sawit. 5. Pernah terjatuh ke dalam jurang menyebabkan kecederaan di bahagian pinggangnya. 6. Menjadi tonggak utama kejayaan Laiman di sebalik semua projek yang dirancangkan bersama-sama. 7. Belajar untuk memasak kuih bulan daripada Laiman. Pak Kiassim 1. Ayah kepada Laiman.

2. Seorang ayah yang baik dan mengambil berat tentang masa depan anakanaknya. 3. Berbangga dan kagum atas kejayaan yang dikecap oleh Laiman. 4. Berubah hati daripada menentang hasrat Laiman kepada menyokong sepenuhnya projek yang diusahakan oleh Laiman. 5. Seorang duda kerana dia sudah kematian isterinya. 6. Mudah memaafkan kesalahan Laiman yang tidak menurut kata-katanya pada awal-awal pembabitan Laiman dalam projek di kampung. Pak Sahok 1. Seorang petani. 2. Menjadi ahli jawatankuasa bertindak untuk projek kampung contoh. 3. Dia tidak memberikan kerjasama kepada Laiman dan Milan yang mahu mengusahakan projek ternakan ikan air tawar. 4. Seorang yang degil dan sukar untuk dipujuk. 5. Dia membenarkan Laiman menggunakan tanah paya yang bersebelahan dengan tanah sawah miliknya setelah dipujuk oleh Pak Kiassim. 6. Dia berbangga dengan kejayaan yang dikecap oleh Laiman dan Milan, walaupun pada suatu ketika dia pernah membantah hasrat murni mereka. Soniah 1. Nama singkatannya ialah So. 2. Seorang gadis manis yang bertubuh kecil, tinggi lampai, berkulit putih kuning, dan berambut pendek. 3. Merupakan rakan sepejabat Laiman ketika di syarikat pengeluar minyak terkenal di Miri,Melanau. 4. Seorang gadis berketurunan Melanau. 5. Seorang wanita yang cekal dan suka akan cabaran.

6. Menyambung pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia. 7. Bakal bekerja di syarikat bapa saudaranya di Kota Kinabalu. 8. Sering mengutus surat kepada Laiman. Sukri 1. Rakan sepejabat Laiman di syarikat pengeluar minyak terkenal di Miri, Sarawak. 2. Ditugaskan untuk mengawasi dan membimbing Laiman sepanjang Laiman menjalani latihan industri di syarikat minyak itu. 3. Sering membantu Laiman dalam menyiapkan tugasan di syarikat minyak tersebut. 4. Mempunyai seorang isteri yang bernama Misah dan mempunyai beberapa orang anak. Abang Mail 1. Abang kepada Laiman. 2. Seorang yang pendiam. 3. Seorang yang prihatin. 4. Sudah lima tahun bekerja di Koperasi Pembangunan Desa, Kota Marudu. 5. Sering memberikan nasihat dan kata-kata perangsang kepada Laiman agar projek yang dilaksanakan oleh adiknya itu beroleh kejayaan. Juriah 1. Adik kepada Laiman. 2. Berusia 15 tahun. 3. Masih bersekolah. 4. Seorang yang rajin membuat kerja-kerja di rumah, seperti mengemas rumah dan memasak.

Muluk 1. Seorang pemuda yang sasa dan berbadan besar. 2. Berdendam dengan Laiman kerana cemburu akan hubungan mesra antara Laiman dan Soniah. 3. Dia diberkas oleh pihak polis kerana menjadi punca kebakaran di loji minyak. 4. Menaruh perasaan sayang terhadap Soniah. Kedek dan Muali 1. Merupakan pekerja Laiman dan Milan di tapak projek ternakan. 2. Rajin bekerja, tekun, dan pendiam. 3. Menarik diri daripada bekerjasama dengan Laiman dan Milan setelah pulang dari kursus dan mahu mengusahakan projek mereka sendiri 4. Tidak mengusahakan projek yang sama eperti Laiman dan Milan bagi mengelakkan persaingan. Pak Kasan 1. Bekerja sebagai seorang pemandu di syarikat pengeluar minyak terkenal di Miri, Sarawak. 2. Bakal pencen tidak lama lagi. Misah 1. Isteri kepada Sukri. 2. Seorang isteri yang sangat memahami sikap suaminya apabila suaminya mempunyai masalah.

LATAR Latar Tempat

1. Kampung Kusilad, Sabah Kampung kelahiran Laiman. Secara keseluruhannya, kebanyakkan peristiwa berlaku di Kampung Kusilad, Sabah. 2. Miri, Sarawak Laiman menjalani latihan industri di syarikat pengeluar minyak terkenal di Miri, Sarawak bagi melengkapkan pengajian siswazahnya dalam bidang kejuruteraan. 3. Gerai Pitas Tempat Laiman dan Milan menjual kuih yang dipajak oleh orang-orang kampung kepada mereka. 4. Rumah Pak Sahok Tempat Laiman dan Milan menemui Pak Sahok bagi membincangkan rancangan mereka untuk mengerjakan projek ternakan di tanah paya yang terletak bersebelahan dengan tanah sawah milik Pak Sahok. 5. Rumah Sewa Laiman Sukri ke rumah sewa Laiman pada awal pagi untuk memberitahu Laiman tentang kejadian kebakaran di loji minyak tempat mereka bekerja. 6. Rumah Sukri Sukri duduk termenung di ruang tamu rumahnya setelah pulang dari lokasi kebakaran di tempat kerjanya. 7. Kebun Tembikai Laiman duduk bersandar di bawah teduhan pokok nangka di kebun tembikai miliknya sambil memikirkan cabaran dan tentangan daripada ayahnya sendiri dan juga orang-orang kampung yang perlu dihadapinya. 8. Tapak Projek Ternakan Ikan dan Udang Pegawai jabatan pertanian membuat lawatan ke tapak projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau milik Laiman dan Milan setelah mendapat tahu akan kejayaan mereka.

Latar Masa 1. Waktu Pagi Peristiwa Sukri pergi ke rumah sewa Laiman untuk memberitahu Laiman tentang kejadian kebakaran yang berlaku di loji minyak. 2. Tengah Hari Sukri mengajak Laiman untuk keluar makan di warung pada waktu rehat dengan menaiki kereta Sukri. 3. Waktu Petang Laiman keluar bersiar-siar di pekan Lutong dan berjumpa dengan Soniah bersama-sama adik sepupunya. 4. Waktu Malam Laiman pulang dari surau di kampungnya setelah selesai solat isyak secara berjemaah. Latar Masyarakat 1. Masyarakat Kampung Yang Sukar Untuk Menerima Pembaharuan Dalam Kehidupan Orang-orang kampung memandang hina kepada Laiman kerana dia mempunyai ijazah tetapi hanya bekerja di kampung. 2. Masyarakat Pelajar Yang Berwawasan Soniah mengambil jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia kerana dia suka akan cabaran walaupun dia sedar bahawa bidang yang dipilihnya itu banyak mempunyai risiko. 3. Masyarakat Siswazah Yang Ingin Membuka Mata Semua Masyarakat Di Sekitarnya Laiman sanggup menolak tawaran kerja di jabatan kerajaan dan memilih untuk bekerja sendiri. Laiman bercita-cita untuk menjadi contoh teladan kepada penduduk kampungnya dengan membuktikan bahawa bekerja sendiri juga mampu memberikan pendapatan yang lumayan.

4. Masyarakat Yang Taat Akan Perintah Agama Laiman tidak pernah meninggalkan solat dan sering bersembahyang secara berjemaah di surau kampungnya. 5. Masyarakat Yang Berpegang Kuat Pada Adat Dan Tradisi Pak muluk baru sahaja meninggal dunia. Oleh itu, Pak Kiassim menyuruh Laiman dan Mail pergi ke Bawang bagi mengikuti adat bejaga selama tujuh hari. Bejaga juga sudah menjadi adat dan tradisi suku kaum Orang Sungai. 6. Masyarakat Penyayang Nenek dan abang Laiman sanggup mengorbankan wang simpana mereka bagi membiayai perbelanjaan Laiman untuk menyambung pengajiannya di Universiti. GAYA BAHASA 1. Diksi (a) Penggunaan bahasa Arab Contoh: ~ “Tenangkan fikiran. Baca bismillah sebelun masuk,” kata Sukri sambil ketawa. ~ “Syukur, alhamdulillah,” kata Milan, lalu dia terus ke warungnya kerana tidak ada orang yang menjaganya. (b) Penggunaan dialek Contoh: Petang itu Pak Kiassim pulang lalu menyuruh Mail dan Laiman pergi ke Bawang. Malam itu bermulalah bejaga untuk si mati selama tujuh hari.. Milan di warung menjual kuih, setelah ada solakan kuih bulan, Milan belajar membuat kuih bulan daripada Laiman. (c) Penggunaan bahasa slanga Contoh: “Janganlah takut. Hal itu boleh diuruskan, ditanggung beres,” Milan berjenaka. 2. Binaan ayat

(a) Penggunaan ayat yang pendek Contoh: ~ Laiman tersipu-sipu. ~ Bahagia atau derita. (b) Penggunaan ayat yang panjang Contoh: Tiada makna dia bersusah payah meminta bantuan beribu-ribu ringgit, kalau hanya nama Universiti yang terlekat di bajunya, tetapi pulangan hasil daripada perjalananya cukup menyedihkan. 3. Personifikasi Contoh: (a) Di langit awan-gemawan berarak perlahan. (b) Penyelesaian terus saja meronta-ronta, menghempas pintu hatinya. (c) Di sana dia tidak nampak apa-apa, kecuali pokok-pokok, rumah yang berderetderet, sepohon dua pokok kelapa yang melambai-lambai daunnya ditiup angin petang dan kenderaan yang menderu di jalan raya. (d) Bintang-bintang seolah-olah malas untuk berbakti malam itu. (e) Adakalanya Milan mengelak daun semalu daripada menggigit kakinya yang telanjang bulat itu. 4. Simile (a) Pagi esoknya minyak yang belum diproses tumpah air bagaikan hujan di tepitepi longkang. (b) Pengurus itu mengetap bibir dengan muka yang merah padam seperti udang yang dibakar. (c) Nasib manusia ini bagai menanam benih, fikir Soniah. (d) Soniah sekarang dalam fikiran Laiman seperti bunga yang sedang mengembang

dan harumnya terbau ke mana-mana, membuatkan kumbang-kumbang jalanan sering menyeri dan mahu menghisap madunya. (e) Berita itu seperti petir yang menyambar hatinya. (f) Tentulah panas dan letih bersesak-sesak macam ikan sardin di dalam tin. (g) Baru kali ini hatinya seperti ditusuk-tusuk jarum. 5. Hiperbola (a) Matahari pun tidak lagi galak sinarnya. (b) Anak muda yang lahir dari perut lumpur yang melekit dan membesar bersamasama alunan seruling batang padi, hidup dalam imbauan angin desa yang dingin, tidak mudah goyah dan berputus asa demi mencari setitik cahaya dalam kekelaman buana yang dicipta oleh manusia itu sendiri. (c) Pelita minyak yang terletak di tengah-tengah ruang tamu yang tidak sebesar mana itu, terliuk-liuk ditampar angin yang menerjah dari arah pintu. (d) Rasa rasanya dia tidak lagi berpijak di bumi nyata dan terus sahaja terapungapung di bumi khayalan yang menyeronokkan. 6. Kata Ganda (a) Setelah berpisah dengan Soniah, fikiran Laiman terus bermain-main tentang Muluk. (b) Laiman tersipu-sipu. (c) Memanglah Laiman tidak menafikan kata-kata itu. (d) Kedengaran dari jauh salakan anjing bersahut-sahutan memanjang. (e) Dalam keremangan senja dan hembusan angin yang silir- semilir itu, Milan melangkah agak perlahan, menyusuri jalan kampung yang semakin sempit dan semak. 7. Pengulangan Kata/ repetisi Contoh: Semuanya menjadi debu. Semuanya jadi tidak keruan.

8. Sinkope Contoh: (a) “Dalam jurusan apa agaknya yang kuambil?” tanya Laiman setelah mi goreng yang di dalam mulutnya habis ditelan. (b) “Nak masuk dalam jurusan yang Man ambil.” 9. Penggunaan Imej Alam Contoh: (a) Matanya liar ke arah pasir pantai dan laut yang bergelora itu. (b) Seorang Cina tua dengan raga di tangan, menunduk dan bertanya harga seikat pisang. (c) Malam itu hanya diterangi oleh kelip-kelip yang berterbangan di mana-mana. (d) Angin menerobos masuk melalui pintu yang tidak bertutup dan mengenai tubuh mudanya. (e) Kedengaran dari jauh salakan anjing bersahut-sahutan memanjang. (f) Kepulangan Laiman malam itu diiringi oleh siulan burung-burung malam yang merdu. (g) Tanahnya sendiri ada, tapi tempatnya tidak sesuai untuk projek ikan air tawar. 10. Peribahasa Contoh: (a) Anak yang telah mencontengkan arang ke muka keluarganya, meskipun perbuatan selama ini tidak pun ada tanda-tanda dia telah berlaku serong. (b) Milan tidak datang dengan berpeluk tubuh saja. (c) Dia tidak berlepas tangan begitu sahaja. (d) Zaman sekarang ini tidak semua orang boleh dipercayai kerana telunjuk lurus kelengkeng berkait.

(e) Kata orang, selurus-lurusnya ekor anjing, ada juga bengkoknya. (f) Dia harus berusaha menyakinkan pihak kerajaan negeri, bahawa dia bukan manusiayang suka lempar sembunyi tangan. (g) Masa itu emas dan patut dihargai walaupun seminit. 11. Perlambangan Contoh: (a) mendabik dada - membawa makna kebanggaan dan kemegahan (b) orang rumah - membawa maksud isteri (c) matahari sudah tegak di ubun-ubun - membawa makna sudah masuk waktu tengah hari (d) lampu hijau - membawa makna mendapat kebenaran 12. Metafora Contoh: (a) “Jangan berselindung. Aku tahu daripada roman mukamu, kau sedang menyembunyikan sesuatu. Apakah perkara sebenarnya?” (b) Penyesalan terus saja meronta-ronta,menghempas pintu hatinya. (c) Pak Kiassim melihat dari sudut mata bening anaknya itu, ada sesuatu khazanah yang tertanam di dalamnya.

SUDUT PANDANGAN Dalam novel Jalan ke Puncak karya Dubi Jurabi, pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Pengarang juga menumpukan sebahagian watak yang dipilihnya, iaitu Laiman, Milan, Pak Kiassim, Pak Sahok, dan Soniah manakala watak-watak yang lain seperti Muluk, Kedek, Muali, dan Tini digambarkan secara ringkas sahaja. NILAI

1. Kecekalan Hati Laiman cekal menghadapi cemuhan daripada orang-orang kampungnya yang tidak yakin akan kebolehannya untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan tawaran kerja di jabatab semata-mata. Contoh: Biar ayah, biar nenek, dan biar sesipa sahaja yang menghalangnya, termasuk Milan, dia tidak akan patah semangat, malah keadaan itu telah memberikan satu semangat baharu untuk dia mencapai cita-citanya. 2. Kasih Sayang Nenek Laiman amat sayang akan Laiman. Dia sanggup mengeluarkan semua duit simpanannya untuk membantu Laiman supaya dapat menyambung pengajian di universiti. Contoh: “Kamu tengok, hanya kerana kamu, nenek menghabiskan duitnya yang cuma sedikit dalam simpanannya untuk kamu.Dia tidak ragu-ragu mengeluarkan duit itu demi kasih sayangnya kepada kamu walaupun duit itu untuk hari tuanya nanti. Tapi kamu tidak tahu itu. Kamu telah menghampakan harapan ayah dan nenek kamu.” 3. Keprihatinan Abang Mail sangat prihatin akan adiknya. Dia selalu menasihati Laiman supaya tetap dengan pendiriannya dan tidak patah semangat dengan kata-kata negatif daripada orang lain. Contoh: Rasa bangga juga anak muda ini apabila ditanya begitu. Sekurang-kurangnya ada juga yang mengambil berat tentang masalahnya. Apalagi abang sendiri. 4. Bertanggungjawab Laiman bertanggungjawab dalam memastikan kerja-kerja di loji minyak dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Contoh:

Loji minyak perlu dibersihkan secepat mungkin. Kerja itu memang bukan kerjanya. Sama ada untuk pergi atau tidak terserah kepada pertimbangannya. Tidak ada sesiapa yang akan memarahinya. Akan tetapi, seboleh-bolehnya dia mahu pergi. Setidak-tidaknya untuk melihat dan memerhatikan cara kerja itu dilakukan. 5. Bekerjasama Laiman bekerjasama dengan sepupunya, Milan dalam mengusahakan projek tanaman tembikai dan projek ternakan ikan air tawar di kampung mereka. Contoh: “Jurutera?” Laiman seperti terpukau. “Ya,” Soniah mengangguk. “Kenapa, tak sesuai? Atau, barangkali tak layak?” 7. Menghormati Orang Tua Laiman tidak pernah melawan cakap ayahnya, Pak Kiassim walaupun ayahnya sering meleterinya ekoran penolakan tawaran untuk bekerja di jabatan kerajaan. Contoh: Laiman berasa bingung sekarang. Mahu sahaja dia melenting dan melawan cakap ayahnya. Dia bukanlah seperti yang dikatakan oleh ayahnya itu. 8. Kerajinan Laiman rajin menjual kuih bulan sejak di tingkatan satu hingga tingkatan lima bagi menampung pendapatan keluarganya. Contoh: Laiman yang pernah menjual kuih bulan ketika dalam tingkatan satu sampai tingkatan lima tidak lokek untuk memberikan ilmu yang ada kepadanya. PENGAJARAN 1. Kita janganlah berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup. Laiman tidak pernah patah semangat apabila hasratnya untuk bekerja sendiri mendapat tentangan yang kuat daripada ayahnya sendiri, Pak Kiassim.

2.Kita haruslah berusaha dengan gigih untuk mencapai maklamat hidup. Laiman tidak berputus asa dan berusaha untuk berbincang dengan Pak Sahok bagi mendapatkan kebenaran untuk menggunakan tanah paya yang terletak di sebelah tanah sawah milik Pak Sahok. 3. Kita hendaklah sentiasa menghormati ibu dan bapa. Laiman tidak melawan cakap ayahnya, Pak Kiassim walaupun ayahnya itu sering meleterinya kerana menolak tawaran pekerjaan di jabatan kerajaan. 4. Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran. Laiman berani berhadapan dengan pengurusnya. Dia dipanggil bagi menerangkan punca kebakaran yang berlaku di tangki minyak di bawah tanggungjawabnya. Akhirnya, kebenaran berpihak kepada Laiman. 5. Kita haruslah rajin membaca dan mengulangkaji pelajaran demi mencapai kejayaan.Laiman seorang yang rajin belajar sehingga dia berjaya menggenggam segulung ijazah dalam jurusan kejuruteraan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. 6. Kita hendaklah menjauhi sikap hasad dengki dan iri hati terhadap orang lain. Muluk sanggup menganiaya Laiman dengan membakar tangki minyak yang bernombor 12 kerana cemburu akan hubungan mesra antara Laiman dan Soniah.

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya, saya dapat menyiapkan Folio “Novel Jalan Ke Puncak” dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Azlina Abdul Aziz selaku guru Bahasa Melayu , yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu saya menyiapkan folio ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan pandangan dan maklumat sepanjang saya menyiapkan folio ini.

ISI KANDUNGAN

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

TAJUK SINOPSIS UMUM SARI BAB TEMA PERSOALAN PLOT WATAK DAN PERWATAKAN LATAR GAYA BAHASA SUDUT PANDANGAN NILAI PENGAJARAN

M/S

Related Documents

Folio Komsas Best.docx
December 2019 11
Komsas Folio Ohm
November 2019 10
Komsas
May 2020 14
Komsas
May 2020 15
Komsas
November 2019 20
Kelebihan Komsas
June 2020 9

More Documents from ""

Bab 1.docx
December 2019 19
Kuiz Adab.docx
October 2019 17
Folio Komsas Best.docx
December 2019 11
Bku Log(afiq).docx
December 2019 22
Cover Petro - Kc.docx
May 2020 10