Bab 1.docx

  • Uploaded by: Ridwan Yunus
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 450
  • Pages: 3
BAB 1

PENGENALAN

1.1

LATAR BELAKANG PROJEK

Perkembangan teknologi dan kemajuan komputer telah mencetuskan perubahan drastik secara global dan membawa satu revolusi baru kepada hampir kesemua bidang yang melibatkan aktiviti manusia. Penggunaan sistem pangkalan data yang banyak digunakan dalam pelbagai aktiviti memberikan banyak kemudahan kepada penggunanya. Sistem ini dibangunkan bagi menggantikan sistem manual yang sedia ada dan dapat mengatasi pelbagai masalah terutamanya kehilangan dokumen atau maklumat penting sekiranya menggunakan sistem manual. Sistem yang kami bangunkan ini adalah satu sistem di mana para pelajar asrama Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) dapat merekod kehadirannya mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan menggunakan kad metrik yang tersendiri. Selain itu, ianya juga dapat memudahkan urusan pihak berkuasa asrama dan surau itu sendiri. Ini kerana pihak tertentu hanya perlu membuat semakan melalui server. Sejurusnya dapat mencegah kes kehilangan atau kerosakan kad rekod kedatangan pelajar serta lebih kemas berbanding dengan system manual yang digunakan hari ini. Pengaturcaraan yang digunakan dalam sistem ini adalah PHP dan SQL. Sistem ini akan menggunakan perisian Xampp sebagai pangkalan data, Internet Explorer, Google chrome dan Mozilla Firefox Web Browser sebagai antaramuka antara pengguna dan sistem, Microsoft Office Project 2007 digunakan untuk membina carta gantt, Hypertext Preprocessor (PHP) dan Simple Query Language (SQL) untuk membina sistem.

1.2

PENYATAAN MASALAH Pelajar mempunyai masalah kehilangan dan kerosakkan kad rekod kedatangan dan sebagainya. Pihak asrama dan surau mempunyai masalah dalam proses mengemaskini maklumat pelajar baru. Pihak asrama dan surau mengalami kesukaran untuk mencari maklumat pelajar tertentu. Pelajar mempunyai kesukaran dalam proses merekodkan kehadiran menggunakan sistem manual yang lama.

OBJEKTIF Objektif utama JMTI Surau Attendance System ini adalah seperti berikut :Pelajar  Memudahkan pelajar merekodkan kehadiran mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.  Dapat kepastian lengkap atas kehadiran sendiri.  Memudahkan mereka menyatakan sebab-sebab tarikh dan masa ketidakhadiran.  Menggunakan fungsi kad metrik pelajar bagi mengelakkan masalah seperti kehilangan dan kerosakkan kad rekod kedatangan yang dialami sistem manual yang lama. Pihak berkuasa Asrama dan Surau  Memudahkan proses penyemakkan kehadiran pelajar pada bila-bila masa.  Mudah untuk mengemaskini maklumat pelajar.  Memudahkan proses pencarian maklumat pelajar tertentu.  Mudah membuat laporan kehadiran pelajar pada akhir semester.

1.4

SKOP 1.4.1

PENGGUNA

PIHAK BERKUASA ASRAMA DAN SURAU:  Memasukkan semua maklumat pelajar asrama ke dalam pangkalan data.  Mengemaskini maklumat pelajar bagi mengelakkan kesilapan maklumat.  Selalu mengemaskini server bagi mengelakkan kejatuhan server.

PELAJAR:  Pelajar perlu mendaftarkan diri kepada admin server (Pengurus asrama).  Perlu menyemak maklumat diri bagi mengelakkan kesilapan maklumat.  Menjaga kad metrik sendiri dengan sebaik-baiknya.

1.5

KEGUNAAN SISTEM Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan proses para pelajar merekodkan kehadiran pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Di samping itu juga turut memudahkan pihak berkuasa asrama dan surau untuk membuat semakan serta ianya lebih kemas dan tersusun.

Related Documents

Bab
April 2020 88
Bab
June 2020 76
Bab
July 2020 76
Bab
May 2020 82
Bab I - Bab Iii.docx
December 2019 87

More Documents from "Indrastika Wulandari"

Bab 1.docx
December 2019 19
Kuiz Adab.docx
October 2019 17
Folio Komsas Best.docx
December 2019 11
Bku Log(afiq).docx
December 2019 22
Cover Petro - Kc.docx
May 2020 10