Komsas

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Komsas as PDF for free.

More details

  • Words: 617
  • Pages: 4
CONTOH SOALAN Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang dikemukakan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sungguhpun demikian kata bapanya. Tiada jua didengar oleh anak kera itu, sedia kala pergi juga ia bermain-main dengan anak saudagar itu . Adapun luka anak kera itu sudahlah sembuh, tetapi luka anak saudagar itu belum juga sembuh lagi, beberapa pun diubati oleh tabib, tiada juga baik. Maka kata tabib kepada saudagar itu, “Adapun luka anak tuan hamba ini, jika beroleh hati anak kera itu, sembuhlah.” Setelah anak saudagar mendengar kata tabib demikian, maka katanya, “Meski hamba mati sekalipun, bahawa sesungguhnya tiadalah hamba mahu membunuh anak kera itu.” Setelah dilihat oleh saudagar itu luka anaknya tiada juga mahu sembuh lagi , maka saudagar itu pun berfikir di dalam hatinya, “Baiklah, apabila datang anak kera itu, kubunuh.” Syahadan, pada suatu hari, datanglah anak kera itu hendak bermain-main dengan anak saudagar itu seperti adat sedia kala juga, maka segera ditangkap oleh saudagar dan dibunuh akan dia, diambilnya hatinya lalu diubatkan anaknya itu. Maka luka anak saudagar itu pun sembuhlah. Demikianlah ceritanya. (Dipetik daripada Cerita Anak Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya, dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)

Apakah maksud rangkai kata beberapa pun diubati oleh tabib berdasarkan petikan di atas? [2 markah]

(ii) Apakah nasihat bapa kera kepada anaknya? Nyatakan akibat yang diterima oleh anak kera kerana tidak mendengar nasihat tersebut. [2 markah] (iii) Nyatakan empat sebab tindakan saudagar itu tidak wajar. [4 markah]

JAWAPAN DAN ULASAN Soalan (i) Jawapan: Maksud beberapa pun diubati oleh tabib ialah sungguhpun cuba disembuhkan oleh orang yang ahli dalam perubatan. (1 markah) Ulasan: Soalan ini berdasarkan petikan prosa tradisional yang diberikan. untuk menjawab soalan ini, anda mestilah memahami makna frasa beberapa pun diubati dan makna perkataan tabib. Soalan (ii) Jawapan: Bapa kera telah melarang anaknya berkawan dengan anak saudagar. Anak kera telah dibunuh oleh saudagar kerana tidak mendengar nasihat tersebut. (1 markah.) Ulasan: Soalan ini juga berdasarkan petikan prosa tradisional yang diberikan. Soalan ini mengandungi dua bahagian yang perlu dijawab. Jawapan bagi soalan “ nasihat bapa kera kepada anaknya” terdapat dalam perenggan satu. Manakala jawapan bagi bahagian “akibat yang diterima oleh anak kera” terdapat dalam perenggan akhir. Bahagian yang mengandung jawapan itu dicetak berwarna. Soalan (iii) Jawapan: Tindakan saudagar itu tidak wajar kerana dia sepatutnya mencari ikhtiar lain untuk mengubat luka anaknya. Selain itu, membunuh ialah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan. Perbuatan saudagar itu juga menyebabkan anaknya akan kehilangan sahabat. Seterusnya, bapa kera berkemungkinan akan bertindak balas setelah anaknya dibunuh. 1 markah Ulasan: Jawapan bagi soalan ini tidak terdapat dalam petikan. Oleh itu, anda perlu membuat tafsiran tentang sebab tindakan saudagar itu tidak wajar.

TIP Panduan Umum Menjawab Soalan A. Soalan memberikan maksud rangkai kata. Contoh soalan: • •

Apakah maksud rangkai kata habis jatuh ke tanah berkaparan? Terangkan maksud Sultan Mahmud amat bercinta seperti yang digunakan dalam petikan di atas.



1.

Baca dan cari kedudukan perkataan, rangkai kata, atau ayat dalam petikan yang diberikan.

2.

Berikan maksudnya berdasarkan konteks ayat dan keseluruhan petikan.

B Soalan yang berkaitan dengan petikan (bertumpu). Contoh soalan: •

Mengapakah Sipahi diberikan upah yang banyak?



Gambarkan kehebatan Tun Beraim Bapa.

1.

Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan tersebut.

2.

Baca petikan prosa yang diberikan dengan teliti untuk mendapatkan jawapan.

C Soalan kemahiran berfikir (bercapah). Contoh soalan: •

Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi

kepada Jibor jika dia didapati bersalah? •

Sekiranya anda Laksamana, apakah nasihat yang akan anda berikan kepada Sultan Mahmud?

1.

Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendaknya.

2.

Kemukakan jawapan dengan memberikan cadangan, pandangan, atau pendapat anda sendiri seperti yang dikehendaki oleh soalan.

3.

Anda boleh memberikan jawapan dengan mengaitkannya dengan perwatakan atau peristiwa yang terdapat dalam petikan.

Related Documents

Komsas
May 2020 14
Komsas
May 2020 15
Komsas
November 2019 20
Kelebihan Komsas
June 2020 9
Novel & Komsas
June 2020 7
Komsas Murid.docx
November 2019 12