Syair Dandan Setia Dan Intan Terpilih Mohd Sharul Ikram Bin Rosli 4 Sains Cemerlang Cikgu Yus
Maksud • Rangkap 1 : Negeri Dendam Berahi mempunyai raja yang bernama Mendam Perasat Raja Perkasa. Di negeri itu rakyatnya ramai dan mereka bergembira sepanjang masa.
• Rangkap 2 : Pada suatu hari, rakyat berasa pelik kerana alat-alat nobat dan nafiri berbunyi sendiri.
• Rangkap 3 : Bunyi-bunyian nobat dan nafiri itu diikuti oleh pelbagai petanda alam yang menambahkan kehairanan rakyat. Air di laut menjadi pasang sehingga ke tebing kota, manakala bunga-bunga di taman pula berkembang.
• Rangkap 4 : Mereka juga terdengar bunyi loceng di Gunung Dendam dan diikuti dengan bunyi meriam yang sangat kuat. Keadaan-keadaan ini sudah cukup membuatkan semua penduduk berasa amat hairan.
• Rangkap 5 : Manakala di dalam istana, permaisuri raja, iaitu Permaisuri Lela Mengerna sedang sakit hendak bersalin. Dalam keadaan yang kecoh itu, permaisuri selamat melahirkan seorang bayi.
• Rangkap 6 : Permaisuri selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang cantik parasnya walaupun kelahirannya tidak sempat disambut oleh bidan.
Ciri-ciri • Terdiri daripada enam rangkap yang membentuk satu cerita.
• Setiap rangkap mempunyai empat baris. Dalam setiap baris pula terdapat antara 4 hingga 5 patah perkataan, manakala jumlah suku katanya antara 9 hingga 13.
• Rima akhir bagi syair ini ialah a-a-a-a.
Gaya Bahasa • Kata Ganda - bersuka-suka, riuh rendah, bunyi-bunyian & gilanggemilang.
• Hiperbola - Rakyatnya banyak berketi laksa Bahananya gunung sangat menderam
• Klasik - berketi laksa = keadaan yang ramai - menderam = terlampau kuat
Nilai & Pengajaran • Kesyukuran - rakyat harus bersyukur kerana memperoleh negara yang aman dan makmur serta raja yang bijaksana. • Keadilan - pemerintah harus adil agar rakyat berasa gembira di bawah pemerintahannya. • Bertanggunggjawab - pemimpin perlu memenuhi tanggunggjawab kepada rakyat agar rakyat hidup dalam keadaan aman dan makmur. • Menghargai - Rakyat perlu menghargai keamanan sesebuah negara dan mengelakkan perpecahan agar perpaduan mereka tidak mudah dirosakkan oleh anasir luar.
Tamat