Folio Geok 2009 Petempatan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geok 2009 Petempatan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,449
  • Pages: 31
SENARAI KANDUNGAN TAJUK

MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN

1

2. PENDAHULUAN

2

3. OBJEKTIF KAJIAN

3

4. KAWASAN KAJIAN

4-7

5. KAEDAH KAJIAN 6. HASIL KAJIAN

8 9-19

6.1 JENIS-JENIS PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN 6.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN 6.3 FUNGSI PETEMPATAN 6.4 MASALAH PETEMPATAN 6.5 LANGKAH- LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH PETEMPATAN 7.RUMUSAN

20-21

8.LAMPIRAN

22-28

9.RUJUKAN

29

PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA, dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Di sini, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Guru Geografi saya, Encik Norharizal yang memberi tunjuk ajar dan panduan semasa menjalankan kerja kursus ini.

Seterusnya, ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan yang padu kepada saya.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak bertukar maklumat dan pandangan semasa menjayakan KGT ini dengan sempurna

1

PENDAHULUAN

i)

kawasan kajian / lokasi kajian

Kawasan kajian saya ialah Kampung Pantai Puteri. Kawasan ini terletak di daerah Melaka Tengah, Melaka. Kawasan ini boleh dihubungkan melalui rangkaian jaringan pengangkutan darat iaitu jalan raya. Negara perbandingan saya pula ialah Tokyo, Jepun.

ii) sebab pemilihan kawasan Saya memilih Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini berhampiran dengan pantai dan rumah saya. Perkara ini memudahkan saya mengumpul data dan membuat kajian bersesuaian dengan kerja kursus saya. Manakala pemilihan Tokyo, Jepun sebagai negara bandingan kerana negara itu mempunyai kegiatan ekonomi yang mirip dengan kawasan kajian saya.

iii)tempoh masa dijalankan Tempoh masa yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah selama 6-8 minggu bermula Februari hingga Julai.

2

OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut :

1.

Menama dan menghuraikan pola petempatan di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka dan dibandingkan dengan Tokyo, Jepun.

2.

Menyenaraikan dan menghuraikan faktor petempatan di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka dan dibandingkan dengan Tokyo, Jepun.

3.

Menghuraikan fungsi petempatan di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka dan dibandingkan dengan Tokyo, Jepun.

4.

Menyenaraikan dan menghuraikan masalah yang dialami di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka dan dibandingkan dengan Tokyo, Jepun.

5.

Menyenarai dan menghuraikan langkah-langkah penyelasaian masalah di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka dan dibandingkan dengan Tokyo, Jepun.

6. Menerapkan nilai dan unsur patrotisme terhadap Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

3

KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya ialah di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka manakala negara yang dibandingkan ialah Tokyo, Jepun. Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka terletak di pinggir laut. Kawasan ini sebahagian besar diliputi tanah berpasir yang sesuai untuk tanaman kelapa. Kawasan ini terletak di daerah Melaka Tengah. Kawasan ini juga terletak di luar bandar. Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka terkemuka dengan kegiatan pelancongan. Kawasan ini juga terdapat kegiatan perindustrian. Ini kerana terdapat pusat perindustrian utama di situ. Kawasan ini juga sesuai untuk kegiatan perikanan dan pelancongan. Jarak antara Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka dengan bandaraya Melaka adalah lebih kurang 20 kilometer. Arah mata angin dari bandaraya Melaka ke Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka adalah tenggara. Tokyo pula merupakan ibu negara Jepun. Tokyo berpenduduk padat. Tokyo, Jepun adalah daerah metropolitan terbesar di dunia berdasarkan jumlah penduduknya seramai 33 750 000 di bandar dan sekitarnya

4

PETA DAERAH MELAKA TENGAH

5

PETA KAMPUNG PANTAI PUTERI, MELAKA TENGAH, MELAKA

6

PETA TOKYO, JEPUN

7

KAEDAH KAJIAN Semasa menjalankan kajian ini, beberapa kaedah telah digunakan iaitu : 1.Soal selidik Melalui kaedah ini, saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk kampung untuk mengenal pasti dan mengumpul maklumat tentang di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka. Saya memilih kaedah ini kerana mudah dilakukan kerana kawasan kajian berada dekat di rumah saya 2. Rujukan Saya telah merujuk buku teks serta buku rujukan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah petempatan Tokyo, Jepun. Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan peta kawasan kajian yang saya kaji dan maklumat tentang petempatan di negara bandingan. 3. temu bual Melalui kaedah ini, saya telah menemu bual 3 orang dari Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka untuk mendapatkan pandangan mereka tentang kemudahan infrastruktur di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka.

8

1. Nama:Encik Mohammad bin Junus Umur: 39 tahun Jawatan : nelayan

2.

Nama: Puan Norarifah binti Nordin Umur: 42 tahun Jawatan: penyambut tetamu di Hotel Bidara Puteri

3. Nama: Muhammad Siddiq Bin Yusof

Umur: 52 tahun Jawatan: Ketua kampung

9

DAPATAN KAJIAN 6.1 jenis dan pola petempatan •

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka terletak di luar bandar. Kawasan ini mempunyai pola petempatan jenis berselerak.. Perkara ini adalah disebabkan susunan petempatan yang dibina jauh-jauh dan tidak tersusun antara satu sama lain . •

Tokyo, Jepun

Tokyo, Jepun merupakan sebuah bandar yang pesat. Tokyo juga merupakan ibu negara Jepun Negara bandingan ini mempunyai pola petempatan jenis berpusat.Petempatan di Tokyo dibina rapat-rapat. Tokyo, Jepun juga kelihatan padat kerana pola petempatannya jenis berpusat. Saya berbangga kerana pola petempatan saya bersesuaian dengan kegiatan ekonomi yang dilakukan.

10 6.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan

Bentuk muka bumi



Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka mempunyai bentuk muka bumi jenis pinggir laut. Perkara ini telah menyebabkan banyak kegiatan ekonomi berlaku di sini bagi menggalakkan petempatan dibina. Salah satu daripadanya adalah kegiatan pelancongan.Kawasan ini juga diliputi tanah berpasir dan sesuai untuk menanam kelapa.



Tokyo, Jepun

Di Tokyo Jepun juga mempunyai bentuk muka bumi jenis pinggir laut dan ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan di sana adalah kegiatan pelancongan, perindustrian, pelabuhan dan banyak lagi.

11 Kegiatan ekonomi



Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka ada menjalankan beberapa kegiatan ekonomi. Salah satu daripadanya ialah kegiatan pelancongan. Kegiatan ekonomi ini merupakan kegiatan ekonomi utama di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka. Para pelancong berminat melancong di sini kerana perkhidmatan hotel disediakan. Infrastruktur ini disediakan bagi memudahkan para pelancong menikmati masa gembira lebih lama bersama keluarga di samping merehatkan minda.



Tokyo, Jepun

Tokyo juga mempunyai banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan di sana mirip dengan Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka. Contohnya ,kegiatan pelancongan yang dijalankan di kawasan ini amat menarik perhatian pelancong untuk melancong di Tokyo. Di Tokyo juga terdapat sebuah pulau yang dinamakan Pulau Ezu. Saya bersyukur kerana kawasan kajian saya mempunyai bentuk muka bumi yang membolehkan penduduk di kawasan ini menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi.

12 6.3 Fungsi petempatan Walaupun Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka terletak di luar bandar, namun kawasan ini mempunyai banyak fungsi. Antaranya ialah:



Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah,Melaka berfungsi sebagai tempat pelancongan. Ini kerana kawasan ini berada di pingggir laut dan menarik minat pelancong. Perkhidmatan hotel disediakan di sini.. Perkara ini telah menyebabkan adanya peluang pekerjaan yang banyak seterusnya menggalakkan petempatan berlaku



Tokyo, Jepun

Di Tokyo, Jepun juga mempunyai banyak fungsi. Oleh sebab itulah kawasan itu menjadi sebuah bandar yang besar. Salah satu fungsi petempatan yang ada di sana adalah untuk memenuhkan peluang pekerjaan bagi sektor perindustrian.Banyak kilang telah dibina di situ seperti Perusahaan Keihin. Saya berbangga kerana fungsi petempatan di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka membolehkan kawasan ini menjadi tempat yang terkenal satu hari nanti.

13 6.4 masalah petempatan Walaupun Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka menjalankan banyak kegiatan ekonomi, terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti semasa menjalankan kajian ini. Antaranya adalah :



Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Sampah sarap di merata tempat •

Oleh kerana kawasan ini berada di pinggir laut, ia telah berkembang sebagai pusat pelancongan tetapi terdapat satu masalah yang berlaku iaitu sampah sarap telah dibuang di merata tempat oleh pelancong yang melancong di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka. Ini telah mengakibatkan beberapa masalah wujud. Sebagai contoh, kawasan ini mempunyai banyak lalat. Kawasan ini juga terdedah kepada wabak penyakit yang berbahaya seperti demam denggi

Kemalangan •

Selain itu, banyak kemalangan telah berlaku di kawasan kajian saya terutamanya pada musim cuti sekolah. Perkara ini adalah disebabkan oleh ketiadaan lampu isyarat khas untuk pejalan kaki. Para pelancong melintas jalan dalam keadaan yang tidak dijamin keselamatannya.

14

Terdapat juga beberapa masalah yang dikenal pasti di negara bandingan semasa menjalankan kajian ini menggunakan kaedah melayari internet. Antaranya adalah :



Tokyo, Jepun

Kesesakan lalulintas •

Oleh kerana kawasan ini merupakan sebuah bandar yang besar dan pesat, kesesakan lalulintas telah berlaku di Tokyo. Ini kerana kawasan ini menjadi tumpuan penduduk yang ramai. Oleh itu, agak sukar kepada penduduk di sini untuk pergi kerja dan balik daripada kerja. Masalah ini juga menyebabkan beberapa masalah lain yang berlaku seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi.

Kekurangan tempat tinggal •

Oleh sebab kawasan ini menjadi tumpuan penduduk, masalah kekurangan tempat tinggal telah berlaku. Harga tanah semakin tinggi dan jalan semakin sempit. Perkara ini boleh mengakibatkan pulau haba terjadi. Saya berasa sungguh bertuah kerana masalah petempatan yang dihadapi di kawasan kajian saya dapat diatasi kerana masih banyak tempat yang belum diteroka.

Di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka Masalah •

Kekurangan

Punca •

infrastuktur

Kesan Ketiadaan lampu



isyarat

Keselamatan diri tidak terjamin



Kemalangan meningkat



Pencemaran



Para pelancong membuang sampah



Penyakit berjangkit



Kesihatan tidak

sesuka hati terjamin Di Tokyo, Jepun •

Kesesakan lalu



Kenderaan banyak



lintas



Kekurangan tempat tinggal

Pencemaran udara dan bunyi





Kemalangan

Kawasan ini



meningkat Jalan sempit

menjadi tumpuan



Pulau haba

penduduk

15

Jadual 1: Masalah petempatan

16 6.5 langkah-langkah penyelesaian untuk mengurangkan masalah petempatan



Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Menyediakan tong sampah •

Dalam usaha untuk menangani masalah yang serius ini, jawatankuasa Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka telah bekerjasama dengan pihak pengurusan pantai untuk menyediakan tong sampah di merata tempat supaya para pelancong tidak membuang sampah sesuka hati. Alhamdulillah, atas kerjasama semua pihak, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik tanpa apa-apa masalah.

Menyediakan lampu isyarat •

Lampu isyarat telah disediakan khusus untuk pejalan kaki supaya para pelancong mudah untuk melintas jalan seterusnya mengelakkan kemalangan dari terus berlaku terutamanya pada musim cuti sekolah. Usaha ini telah

dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak yang bertanggungjawab dan mengambil serius tentang perkara ini.

17 •

Tokyo, Jepun

Menyediakan perkhidmatan infrastruktur. •

Pihak pentadbir Jepun telah menyediakan perkhidmatan infrasturktur khas untuk pengangkutan seperti perkhidmatan kereta api berpeluru iaitu di Shinkasen. Selain itu, mereka juga telah membina landasan kereta api bawah tanah supaya masalah kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Langkah penyelesaian yang diambil ini berjaya dan masalah kesesakan lalu lintas di Tokyo berkurangan.

Membina apartmen •

Pihak pentabir Jepun juga telah membina apartmen yang tinggi berhampiran dengan bandar Tokyo iaitu di Danci. Dengan langkah penyelesaian seperti ini, masalah kekurangan tempat tinggal dan pulau haba dapat diatasi dengan sebaiknya. Penduduk di Tokyo juga hidup dengan selesa. Saya sebagai pengakaji di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka amat berterima kasih kepada

pihak yang mengambil serius tentang masalah yang dihadapi di kawasan kajian saya.

18

Langkahlangkah penyelesaian

Di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Di Tokyo, Jepun

Menyediakan perkhidmatan infrastuktur

Kereta api berpeluru

Kereta api bawah tanah

Menyediakan tong sampah

Membina apartmen

Menyediakan lampu isyarat

Peta minda 1: langkah- langkah unuk menyelesaikam masalah petempatan

19

RUMUSAN Konklusinya, hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka mempunyai petempatan jenis berselerak. Kawasan ini terletak di luar bandar. Di Tokyo, Jepun pula, petempatannya jenis berpusat kerana Tokyo merupakan sebuah bandar yang pesat..

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka mempunyai bentuk muka bumi jenis pinggir laut. Tokyo, Jepun juga mempunyai bentuk muka bumi jenis pinggir laut sama dengan kawasan kajian saya.. Walaupun Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka terletak di luar bandar, namun kawasan ini mempunyai beberapa fungsi iaitu sebagai pusat pelancongan. Oleh sebab itulah adanya peluang pekerjaan yang banyak seterusnya menggalakkan petempatan dibina di sini. Di Tokyo, Jepun juga mempunyai banyak fungsi. Salah satu daripadanya adalah kegiatan perindusrian yang sedang giat dijalankan serta mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Terdapat beberapa masalah yang dapat dikenalpasti semasa menjalankan kajian di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka. Antaranya adalah, sampah-sarap telah dijumpai di merata tempat dan kemalangan yang tidak diingini sering berlaku. Syukur, Alhamdulillah kerana pihak yang bertanggungjawab telah berusaha untuk menangani masalah ini dari berterusan berlaku. Pihak yang bertanggungjawab telah menyediakan tong sampah di merata tempat dan lampu isyarat khas untuk pejalan kaki disediakan. Di Tokyo, Jepun pula, masalah yang dihadapi oleh penduduk di sana adalah kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat tinggal. Pihak yang bertanggungjawab

20 telah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menyediakan perkhidmatan infrastruktur seperti kereta api peluru dan membina landasan kereta api bawah tanah. Selain itu, mereka juga mengambil langkah penyelesaian dengan membina apartmen bagi mengatasi masalah kekurangan tempat tinggal.

Saya berpendapat bahawa kawasan kajian saya ini berpotensi untuk menjadi salah satu pusat pelancongan terkenal sau hari nanti kerana pelbagai kemudahan telah disediakan di sini yang bertujuan menarik minat para pelancong dating ke mari. Saya bersyukur dan berbangga kerana kawasan kajian saya ini mempunyai bentuk muka bumi yang menarik yang menggalakkan banyak kegiatan ekonomi dijalankan seperti perikanan, perindustrian dan pelancongan.

21

LAMPIRAN

22

RUJUKAN Internet http://www.pdfcoke.com/folio-geografi-2008 http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=pmr&s=geo&b=jul&m=2&t http://www.wikipedia.org./wiki/tokyo http://www.tourism-melaka.com/TanjungKling.html

melawat tempat kajian Kampung Pantai Puteri, 76400 Melaka Tengah, Melaka

Orang sumber Encik Mohammad bin Junus, 39 tahun, c-7685, Pantai Puteri, Batu 10 76400 Melaka Tengah, Melaka.

Puan Norarifah ibnti Nordin, 42 tahun, No. 13 Taman Puteri, Jalan Puteri Tujuh, 76400 Melaka Tengah, Melaka. Muhammad Siddiq bin Yusof, 52 tahun, C-7262, Pantai Puteri, Batu 10, 76400 Melaka Tengah, Melaka.

Buku teks Abd Rahim Md Nor, 2008, Cerdik Publication Sdn. Bhd, buku teks Geografi tingkatan 3

29 6.3 Faktor yang mempengaruhi petempatan

Bentuk muka bumi



Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka mempunyai bentuk muka bumi jenis pinggir laut. Perkara ini telah menyebabkan banyak kegiatan ekonomi berlaku di sini bagi menggalakkan petempatan dibina. Salah satu daripadanya adalah kegiatan pelancongan.Kawasan ini juga diliputi tanah berpasir dan sesuai untuk menanam kelapa.



Tokyo, Jepun

Di Tokyo Jepun juga mempunyai bentuk muka bumi jenis pinggir laut dan ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan di sana adalah kegiatan pelancongan, perindustrian, pelabuhan dan banyak lagi.

11 Kegiatan ekonomi



Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka

Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka ada menjalankan beberapa kegiatan ekonomi. Salah satu daripadanya ialah kegiatan pelancongan. Kegiatan ekonomi ini merupakan kegiatan ekonomi utama di Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka. Para pelancong berminat melancong di sini kerana perkhidmatan hotel disediakan. Infrastruktur ini disediakan bagi memudahkan para pelancong menikmati masa gembira lebih lama bersama keluarga di samping merehatkan minda.



Tokyo, Jepun

Tokyo juga mempunyai banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan di sana mirip dengan Kampung Pantai Puteri, Melaka Tengah, Melaka. Contohnya ,kegiatan pelancongan yang dijalankan di kawasan ini amat menarik perhatian pelancong untuk melancong di Tokyo. Di Tokyo juga terdapat sebuah pulau yang dinamakan Pulau Ezu. Saya bersyukur kerana kawasan kajian saya mempunyai bentuk muka bumi yang membolehkan penduduk di kawasan ini menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi.

12

Related Documents