Folio 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,934
  • Pages: 24
PETEMPATAN DI KAWASAN TAUN GUSI,KOTA BELUD, SABAH MALAYSIA. DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PETEMPATAN DI TOKYO, JEPUN

SENARAI KANDUNGAN BIL. 01 02 03 04 05 06

ISI KANDUNGAN Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian 8.1 Jenis dan Pola Petempatan 8. 2 Faktor yang mempengaruhi petempatan 8. 3 Fungsi petempatan 8. 4 masalah petempatan 8..5 Langkah mengurangkan masalah petempatan

07 08 09

Rumusan Lampiran Rujukan

HALAMAN

PENGHARGAAN Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna dengan kejasama beberapa pihak. Yang pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru geografi saya, Cikgu Amalinah Jemali kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan Kerja Kursus Geografi. Selain itu,saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua rakan-rakan saya yang telah memberikan tunjuk ajar,cadangan dan bantuan kepada saya yang telah dikongsikan bersama.Selain itu, saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak responden yang telah sedikit sebanyak memberi maklumat di kawasan kajian saya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.

PENDAHULUAN Nama saya Wan irliani Binti Wan Mohd Nasir . Saya belajar di tingkatan 3Melati di Sekolah Menengah Kebangsaan Arshad,Kota Belud Sabah . Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja kursus iaitu Kajian Goegrafi Tempatan. Saya telah memilih tajuk petempatan di kawasan Kampung Taun Gusi, Kota Belud, Sabah kerana ia merupakan tempat tinggal saya. Saya dan keluarga telah menetap disini selama 7 tahun. Manakala perbandingannya pula ialah Tokyo,Jepun. Saya menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Pada hari ataupun masa lapang saya gunakan untuk menemubual reponden untuk tujuan mengemaskin soal selidik kajian saya ini. Perkara ini saya lakukan kerana sebahagian penduduk di kampung ini kampung ini telah menetap di kampung ini lebih daripada 20 tahun. Selain itu, saya melayari internet untuk mendapatkan sedikit sebanyak mengenai Tokyo, Jepun. Saya menulis laporan kajian ini bersama rakan-rakan berdasarkan maklumat yang saya kumpul dengan cara bersemuka dengan penduduk kampung ini dan melalui rujukan di Perpustakaan Kota Belud dan Internet. Loparan kajian ini berjaya saya siapkan dalam tempoh yang masa iaitu 25 Februari hingga 21 Jun.

OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan Kampung Taun

Gusi Sabah serta jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di negara Jepun.

2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan yang

terdapat di kawasan Kampung Taun Gusi Sabah serta faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di Negara Jepun.

3. Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Kampung Taun Gusi

Sabah serta fungsi petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di negara Jepun.

4. Mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan Kampung

Taun Gusi Sabah serta masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di negara Jepun.

5. Mengenalpasti langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di kawasan Kampung Taun Gusi Sabah serta langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo, Jepun. 6. Bersyukur kerana petempatan di kampung Taun Gusi merupakan kawasan selamat dan seharusnya dihargai dan perlu dijaga dengan baik.

Kawasan Kajian Kawasan kajian saya adalah Kampung Taun Gusi . Kampung Taun Gusi merupakan kawasan yang terletak pada barat laut kota belud Kampung Taun Gusi berasal dari kawasan hutan yang tebal dan di sekelilingnya penuh dengan hutan yang belum diterokai. Kampung Taun Gusi terletak di kawasan tanah pamah. Kawasan ini lebih rata berbanding dengan Kota Belud. Ia merupakan kawasan yang jarang dilanda banjir kerana jauh dari sungai. Keluasan kawasan Kampung Taun Gusi adalah lebih kurang 6 km persegi. Kampung Taun gusi terletak lebih kurang 10km dari pekan Kota Belud. Antara kawasan lain yang berhampiran dengan Kg Taun Gusi adalah Kg Jawi-Jawi, dan Kg Kesapang.

Perletakan bandar Tokyo di Jepun

Kaedah Kajian Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam mencari dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Antara kaedah yang telah saya gunakan adalah kaedah pemerhatian, kaedah rujukan, kaedah soal selidik serta kaedah temu bual. •

Kaedah Pemerhatian Kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan adalah dengan melawat tempat kawasan kajian saya iaitu Kg Taun Gusi. Saya telah mengumpul beberapa data dari pemerhatian saya. Saya juga telah memerhati dengan teliti dan melukis peta lakaran kawasan kajian dengan betul dan tepat di dalam kajian ini.



Kaedah Rujukan Bagi mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian saya, saya telah menggunakan kaedah rujukan iaitu dengan merujuk ke laman web di internet dan rujukan ke perpustakaan. Saya memperoleh maklumat yang dikehendaki seperti maklumat tentang kawasan kajian saya serta perbandingannya iaitu bandar di negara luar yang saya pilih serta maklumat tambahan.



Kaedah Soal Selidik Untuk mendapatkan maklumat tentang jenis-jenis petempatan dan masalahnya, saya telah menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menyediakan satu set soalan dan memberikannya kepada 25 orang responden di sekitar kawasan kajian saya untuk mendapatkan maklumat.



Kaedah Temu Bual Saya telah pergi ke tempat kawasan kajian saya dan menemu bual 10 orang penduduk di situ. Dengan ini telah memudahkan lagi kajian saya.

DAPATAN KAJIAN 8.1 : Jenis dan Pola Petempatan •

Jenis dan Pola Petempatan Terdapat beberapa pola petempatan yang terdapat di Kg Taun Gusi diantaranya ialah berjajar, ia dibina di kawasan jalan raya. Susunan rumah adalah berderetan dan selari. Pola petempatan berpusat pula tertumpu di sekeliling bangunan penting seperti masjid, kedai dan persimpangan jalan ia disusun secara rapat-rapat dan padat. Petempatan berselerak pula terdiri daripada susun atur rumah yang tidak sekata. Jarak sesebuah rumah diantara rumah lain adalah jauh dan terpencil. Lazimnya ia terdapat di kawasan pertanian kecil dan tanaman padi. Carta pai di bawah mewakili pola petempatan yang terdapat di Kampung Taun Gusi.

POLA PETEMPATAN DI KAMPUNG TAUN GUSI

Berselerak

15% 39% 24%

Berjajar Berpusat

Bandaraya Tokyo tidak seperti Kampung Taun Gusi . Tokyo dikatakan lebih padat berbanding Kg Taun Gusi kerana Tokyo merupakan ibu negara bagi Jepun dan merupakan daerah metropolitan terbesar di dunia berdasarkan jumlah penduduknya sebanyak 33,750,000 di bandaraya tersebut dan sekitarnya.Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana mempunyai petempatan pelbagai jenis dan rakyat yang berbilang kaum. Ini akan menjadikan kita lebih cinta akan tanah air yang aman dan makmur.

8.2 : Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Bentuk Muka Bumi 80% daripada kawasan Kampung Taun Gusi adalah tanah pamah. Manakala 20% lagi merupakan kawasan tanah tinggi. Kampung Taun Gusi merupakan kawasan yang rata dan dikelilingi oleh hutan tebal. Di Tokyo pula, hanya terdapat sebahagian kecil sahaja yang merupakan tanah pamah. Manakala, sebahagian besarnya pula adalah tanah tinggi. Sosial/Budaya Di Kampung Taun Gusi , penduduknya terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum. Oleh itu, wujudnya tempat beribadat yang banyak. Masjid didirikan bagi penduduk muslim manakala gereja didirikan penduduknya yang beragama kristian. Terdapat banyak tokong sebagai tempat beribadat orang Cina yang beragama budha. Kampung Taun Gusi merupakan petempatan orang bajau. Di Tokyo, terdapat banyak muzium yang didirikan. Muzium ini memaparkan kepelbagaian lukisan traditional Jepun. Ia juga memaparkan budaya yang dahulunya wujud di Jepun. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai bentuk muka bumi yang cantik dan kegiatan ekonominya yang tidak kurang seperti negara lain. Selain itu, kita juga mempunyai jalan raya yang baik dan berturap.

8.3 : Fungsi Petempatan Antara salah satu fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Taun Gusi adalah Kawasan Pertanian .Kawasan tanah pamah dijadikan sebagai tempat penanaman padi. Selain itu Kampung Taun Gusi cenderung kepada pernigaan runcit. Fungsi petempatan di negara perbandingannya iaitu Tokyo,Jepun pula adalah sebagai kawasan perindustrian. Ini kerana di Tokyo terdapat begitu banyak kilang sehingga ia menjadi sumbangan kepada ekonomi negara. Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.

8.4 : Masalah Petempatan Berdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal selidik,beberapa masalah telah dinyatakan oleh 25 responden,antaranya ialah kekurangan peluang perkerjaan.Kenyataan ini tidak dapat dinafiakn kerana banyak anak muda lepasan sekolah yang mengangur terpaksa mencari kerja di bandar Koata Kinabalu atau ke Semenanjung Malaysia. Selain itu kekurangan infrastruktur, sebagai contoh pondok telefon,perhentian bas dan lain – lain. Bandar Tokyo di negara Jepun juga tidak lari dari mengalami masalah seperti yang berlaku di Kg Taun Gusi.Bandar Tokyo kerap mengalami masalah pencemaran udara.Ini berikutan dengan pembangunan pusat-pusat industri baru dan penggunaan

kenderaan-kenderaan bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh menghasilkan hujan asid.

Keesakan lalulintas yang sama berlaku ni bandar Tokyo kerana penduduknya amat padat.Bandar Tokyo juga mengalami masalah kekurangan pelabuhan berikutan barang dagangannya yang amat padat kerana punca ekonominya juga bergantung kepada kegiatan pelabuhannya. Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita..Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan di atas,sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah saling bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga alam sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya.Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan mengekalkannya.

8.5 : Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah petempatan yang berlaku di Kg Taun Gusi ialah membuka kawasan baru untuk dibuat kawasan perkilangan untuk penduduk bekerja sebagai contoh kilang padi, kilang makanan dan lain – lain. Menambah kemudahan infrastuktur di Kampung Taun Gusi boleh mengurangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung dan juga memudahkan penduduk jika menunggu bas dan sebagainya. Manakala bagi Bandar Tokyo di negara Jepun ialah melebarkan jalan raya untuk kesenangan rakyat ,menguatkuasakan undang-undang tentang pentingnya kesedaran terhadap alam sekitar,mengitar semula bahan buangan ,menyediakan tapak pelupusan dan membuka kawasan baru.Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, pihak pentadbiran Tokyo telah mengambil inisiatif untuk melebarkan jalan raya.Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa.Namun begitu,para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-membantu serta melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.

RUMUSAN Kajian yang telah saya jalankan di kawasan Kg Taun Gusi , Kota Belud , Sabah ini telah memberi banyak pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan seperti bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Berdasarkan kepada kajian yang saya jalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang fungsi petempatan di kawasan kajian yang telah saya pilih dan juga negara bandingan iaitu Jepun di bandar Tokyo seperti menigkatkan tahap ketersampaian, memendekkan masa perjalanan dan mobiliti penduduk. Saya juga dapat mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan kajian dan kawasan bandingan iaitu

Tokyo serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus memantau dan mengenalpasti masalahmasalah yang terdapat di kawasan Kg Taun Gusi serta mencari jalan untuk menyelesaikannya bagi memberi keselesaan kepada para penduduk. Pada pendapat saya bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu melakukan perkara ini, malah para penduduk juga perlu mengambil inisiatif untuk terus menjaga kawasan persekitaran dengan baik. Kita sepatutnya bersyukur kepada Tuhan kerana menganugerahkan nagara yang aman dan merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem yang baik. Akhir kata, marilah sama-sama kita sebagai penduduk Malaysia supaya bekerjasama menjaga kemudahan dan petempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita akibat perbuatan kita sendiri.

RUJUKAN



Buku teks Khaw Ah Seng, Habibah binti Haji Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku teks Geografi Tingkatan 3, Pahang Darul Makmur, PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.



Internet Ipoh, Perak : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ipoh Tokyo, Jepun : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyo



Orang sumber Rosliza bt Boni, 42 tahun, No 5, Jalan Dinding, Taman Lim, 30100 Ipoh, Perak.

Related Documents

Folio 2009
May 2020 4
Folio
June 2020 24
Folio
November 2019 47
Folio
May 2020 37
Folio
May 2020 35
Folio
April 2020 40