Folio Geografi 2009 Pmr (petempatan Dan Perkembangannya)

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geografi 2009 Pmr (petempatan Dan Perkembangannya) as PDF for free.

More details

  • Words: 2,312
  • Pages: 22
1. Tajuk PETEMPATAN DI KAWASAN TAMAN BAHAGIA BARU, BATU PAHAT, JOHOR, MALAYSIA DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PETEMPATAN DI LONDON, ENGLAND

2. Senarai Kandungan Tajuk……………………………………………………... 11 Senarai Kandungan………………………………………. 2 Penghargaan……………………………………………… 3 Pendahuluan……………………………………………… 4 Objektif Kajian…………………………………………… 5 Kawasan Kajian………………………………………….. 6 - 8 Kaedah Kajian……………………………………………. 9 Hasil Kajian………………………………………………. 10 - 17 Rumusan………………………………………………….. 18 Lampiran …………………………………………………. 19 - 27 Rujukan…………………………………………………… 28

3. Penghargaan Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan berjaya.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Puan Siti Mahawa binti Salamon kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menjalankan Kerja Kursus Geografi ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu-bapa saya iaitu En. Kamaludin bin Kastor dan Pn. Norizah bt. Daud yang sentiasa memberi dorongan dan galakan, bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan kajian ini sehinggalah kajian ini selesai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang dikasihi iaitu Nursyamim Fateha bt. Mohd Amin, Nurul Amalin bt. Mahadon dan Nor Aini bt. Ramlan yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Taman Bahagia Baru atas kerjasama yang diberikan.

4. Pendahuluan Nama saya Nur Hidayah binti Kamaludin. Saya ialah pelajar Tingkatan 3 Bumi, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor.

Sebagai calon PMR pada tahun ini, kami diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kerja Kursus Geografi. Saya teleh diberi tugasan oleh guru Geografi saya untuk melakukan kajian di sebuah petempatan dan membandingkannya dengan negara luar. Saya telah memilih Taman Bahagia Baru, Batu Pahat untuk menjadi kawasan kajian. Saya memilih kawasan tersebut kerana kawasan tersebut merupakan tempat tinggal saya dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Negara luar yang telah saya pilih untuk membandingkannya dengan tempat tinggal saya ialah London, England. Tempoh masa yang diberikan oleh guru Geografi saya untuk menjalankan kajian Geografi ini ialah bermula dari 6 Mac 2009 hingga 25 Mei 2009.

5. Objektif Kajian Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk : 1. Mengkaji jenis dan pola petempatan di Taman Bahagia Baru, Batu Pahat, Johor berbanding dengan London, England.

2. Mengkaji faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Bahagia Baru, Batu Pahat, Johor berbanding dengan London, England. 3. Mengkaji fungsi petempatan di Taman Bahagia Baru, Batu Pahat, Johor berbanding dengan London, England. 4. Mengkaji masalah petempatan di Taman Bahagia Baru, Batu Pahat, Johor berbanding dengan London, England. 5. Mengkaji langkah mengurangkan masalah petempatan di Taman Bahagia Baru, Batu Pahat, Johor berbanding dengan London, England. 6. Menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian iaitu Taman Bahagia Baru, Batu Pahat, Johor berbanding dengan London, England.

6. Kawasan Kajian Taman Bahagia Baru terletak dalam bandar Batu Pahat, Johor. Petempatan ini siap dibina sekitar tahun 1994. Mengikut sejarah, kawasan taman ini dahulunya berasal dari sebuah kebun getah.

Kawasan kajian ini merupakan kawasan tanah pamah.Kawasan kajian terletak di Jalan Kluang batu 5. Sekeliling kawasan perumahan ini merupakan kawasan perindustrian. Terdapat kira-kira 4 buah kilang dibina sekitar taman ini. Terdapat beberapa jenis rumah yang dibin a di kawasan perumahan ini. Antaranya ialah rumah teres dua tingkat, rumah kos murah dan rumah kedai. Jarak Taman Bahagia Baru dar sekolah saya kira-kira 9 kilometer, manakal jarak taman ini dari Bandar Batu Pahat pula ialah 8 kilometer. Tambang bas yang dikenakan dari Taman Bahagia Baru ke bandar Batu Pahat ialah sebanyak RM 1.50 sahaja. Melalui kajian yang dijalankan di kawasan ini, secara tidak langsung menimbulkan perasaan cinta akan tanah air saya, Malaysia.



Peta 6.1 : Peta daerah Batu Pahat

U



Peta 6.2 : Peta negara England.

7. Kaedah Kajian Saya telah mencari maklumat dengan menggunakan beberapa kaedah kajian. Antara kaedah kajian yang saya gunakan ialah : a) Kaedah pemerhatian b) Kaedah temu bual c) Kaedah rujukan

Kaedah Pemerhatian – Saya telah memerhatikan keseluruhan Taman Bahagia Baru, Batu Pahat, Johor, tempat kajian dijalankan. Pemerhatian saya tertumpu pada susunan rumah, kemudahan sosial yang disediakan, kegiatan ekonomi yang dijalankan dan masalah-masalah yang berlaku di taman ini. Kaedah Temu Bual - Saya telah menemubual seramai 20 orang responden. Kesemua mereka merupakan penduduk Taman Bahagia Baru yang terdiri daripada pelbagai peringkat unur dan jantina. Antaranya ialah ibu saya sendiri yang merupakan penduduk taman ini sejak kawasan ini dibuka.Mereka telah memberi kerjasama yang baik ketika saya menjalankan kajian ini. Soalan yang saya kemukakan terdapat di Lampiran yang telah disediakan. Kaedah rujukan – Saya dan rakan-rakan kajian juga membuat rujukan di Internet dan buku-buku rujukan untuk mendapatkan maklumat petempatan di Batu Pahat, Johor dan London, England.

8. Dapatan Kajian 8.1 Jenis dan pola petempatan Daripada kajian yang telah saya buat di kawasan kajian , Taman Bahagia Baru dan negara bandingannya London, England, saya mendapati kedua-dua kawasan tersebut adalah terdiri daripada kawasan bandar. Selain itu, saya mendapati bahawa pola petempatan di Taman Bahagia Baru ialah berpusat. Rumah-rumah di sini dibina bertumpu pada kemudahan-kemudahan infrastruktur yang terdapat di sini, seperti surau, tadika dan taman permainan. Begitu juga dengan London yang mempunyai pola petempatan yang sama iaitu berpusat. Tetapi rumah-rumah di London dibina lebih bertumpu pada kemudahan infrastruktur seperti bangunan pejabat yang menjadi pusat pentadbiran, hotel-hotel, universiti, dan pusat pelancongan, memandangkan London merupakan sebuah ibu negara. Dengan ini, saya berasa amat bersyukur dan berbangga dapat tinggal di Taman Bahagia Baru. Hal ini kerana banyak kemudahan yang disediakan di sini untuk keselesaan penduduk setempat.

8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan 8.2.1 Faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Bahagia Baru 

Bentuk muka bumi

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Bahagia Baru. Antaranya ialah dari segi bentuk muka buminya. Bentuk muka di sini ialah terdiri daripada kawasan tanah pamah yang sangat sesuai untuk dibina petempatan, jalan raya dan kemudahan infrastruktur yang lain seperti surau, sekolah dan padang permainan. 

Kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi turut menjadi faktor yang mempengaruhi petempatan di sini. Di taman ini terdapat tiga buah kedai runcit yang menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk selain menjual pelbagai barangan yang menjadi keperluan penduduk di situ. Berhampiran dengan taman ini, terdapat beberapa buah kilang yang didirikan. Kebanyakan penduduk di taman ini bekerja di kilang-kilang yang berdekatan.

8.2.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan di London, England 

Bentuk muka bumi

Kawasan kota London merupakan kawasan petempatan yang terletak di tengah-tengah negara England. Keadaan bentuk muka buminya terdiri daripada kawasan bertanah pamah. Oleh sebab itu, kawasan ini dibangunkan untuk dijadikan kawasan yang banyak sektor perindustrian. 

Kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi utama yang terdapat di kota London ialah perniagaan dan perkhidmatan. London merupakan pusat kegiatan ekonomi antarabangsa. Industri London yang terbesar ialah kewangan. Bandar London merupakan pusat kewangan London, pusat kegiatan perbankan, broker saham, peguaman, dan perakaunan. Satu pusat kewangan yang lebih kecil terletak di Canary Wharf dimana ia merupakan pusat operasi HSBC, Reuters, Barclay dan syarikat perguaman terbesar di dunia, Clifford Chance. Saya amat bersyukur dengan kurniaan bentuk muka bumi di kawasan taman ini yang membolehkan petempatan, jalan raya dan kemudahan infrastruktur lain dibina.

8.3 Fungsi Petempatan

8.3.1 Fungsi petempatan di Taman Bahagia Baru Terdapat banyak fungsi petempatan taman ini. Salah satu daripada fungsi petempatannya adalah sistem pendidikan. Terdapat bayak sekolah didirika sekitar Taman Bahagia Baru. Di taman ini, sebuah tadika telah disediakan untuk kemudahan penduduk. Di sinilah kebanyakan anak penduduk taman ini yang berumur sekitar 4 hingga 5 tahun mendapatkan pendidikan awal. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa buah sekolah menengah terletak berhampiran dengan kawasan kajian. iaitu SMK Tun Aminah dan SMK Munsyi Sulaiman. Jarak sekolah-sekolah ini dari Taman Bahagia Baru hanya 2 kilometer sahaja. Di sinilah kebayakan anak-anak penduduk di sini mendapat sumber pendidikan menengah.

Fungsi petempatan Taman Bahagia Baru dapat dilihat melalui Jadual 8.1 dan 8.2 di bawah. Jadual 8.1 : Borang akuran menunjukkan fungsi Taman Bahagia Baru, Batu Pahat Johor

Fungsi Aktiviti Kedai runcit Gerai makan Tadika Surau Taman permainnan Kilang Sekolah

Ekonomi

Sosial

Politik

Jumlah

/ / /

-

3 4 1 1 1 4 2

/// ////

//// //

Jadual 8.2 : Fungsi petempatan di Taman Bahagia Baru, Batu Pahat, Johor

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.



Fungsi Ekonomi Kedai runcit Gerai makan

Fungsi Sosial Tadika Surau Taman permainan

Kilang Sekolah

Fungsi Politik JUMLAH

Graf 8.1 : Fungsi petempatan di Taman Bahagia Baru

8.3.2 Fungsi petempatan di London, England

Jumlah 3 4 1 1 1 4 2 16

Manakala di London, England pula, fungsi petempatannya ialah sebagai sebuah kawasan perdagangan yang luas dan bersistematik. Di London juga terdapat banyak pusat membelibelah seperti Fulham Broadway Shopping Centre dan Kings Mall Shopping Centre. Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bertuah dan bersyukur dengan penyediaan petempatan yang selesa dan tenteram untuk pembangunan negara kita walaupun tidak secanggih London.

8.4 Masalah petempatan 8.4.1 Masalah petempatan di Taman Bahagia Baru Berdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah soal selidik, beberapa masalah telah dinyatakan oleh 20 orang responden.Antaranya ialah, terdapat beberapa kemudahan seperti buaian, gelongsor, telefon awam, dan lain-lain lagi rosak akibat perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab. Kerosakan yang berlaku boleh mendatangkan

bahaya

kepada orang ramai yang datang ke taman permainan untuk beriadah selain memburukkan pemandangan. Selain itu, kerosakan yang berlaku pada telefon awam akan menyusahkan seseorang untuk membuat panggilan ketika berlaku kecemasan. Masalah lain yang berlaku di petempatan Taman Bahagia Baru ialah masalah pencemaran udara. Pencemaran udara yang berlaku di sini disebabkan oleh pelepasan asap dari kilang-kilang yang beroperasi di sekitar kawasan taman ini dan pelepasan asap kenderaan bermotor. Pencemaran yang berlaku menyebabkan penduduk tidak dapat menghirup udara segar dan mudah sesak nafas.

8.4.2 Masalah petempatan di London, England

Kota London yang masih pesat membangun juga tidak lari dari masalah seperti yang berlaku di Taman Bahagia Baru. Di London turut menghadapi masalah pencemaran udara. Ini berikutan dengan pembagunan pusat-pusat industri dan penggunaan kenderaan bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh menghasilkan hujan asid. Oleh disebabkan petempatan yang padat di London, pertambahan bilangan kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif. Kesesakan lalulintas sering berlaku terutamanya di jalan-jalan utama yang menuju pusat bandar, contohnya Oxford Street.

Namun begitu, saya tetap berasa bersyukur dapat tinggal di sini. Sebagai penduduk taman ini, saya akan lebih menghargai dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan dengan baik.

8.5 Langkah mengurangkan masalah petempatan 8.5.1 Langkah mengurangkan masalah petempatan di Taman Bahagia Baru

-

Menanam pokok - Menanam pokok-pokok juga boleh mengurangkan pencemaran udara. Pokok boleh ditanam di halaman rumah. Selain dapat mengurangkan pencemaran, pokok juga boleh mencantikkan kawasan

Membuka Kawasan Baru Kawasan baru boleh dibuka di kawasan yang jauh dari petempatan untuk menempatkan kilang-kilang.

Langkah mengurangkan masalah petempatan di Taman Bahagia Baru

Memasang Penapis Asap - Alat penapisan asap boleh dipasang di cerobong-cerobong asap supaya asap yang dilepaskan lebih bersih dan tidak mencemarkan

Mengutkuasakan Undang-Undang - Pihak yang berkuasa perlu menguatkuasakan undangundang terhadap mereka yang merosakkan harta benda awam

8.5.1 Langkah mengurangkan masalah petempatan di London, England Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah petempatan yang berlaku di London, England. Untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, kerajaan London telah mengambil inisiatif untuk melebarkan jalan raya. Selain itu, jalan bertingkat juga dibina untuk mengurangkan kesesakan. Dengan ini, pemandu-pemandu tidak akan jalan pada satu

hala saja menggunakan jalan raya yang sama untuk menuju ke beberapa tempat dan ini jelas sekali dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Bagi mengatasi masalah pencemaran pula, langkah menanam pokok di tepi-tepi jalan raya giat dijalankan. Selain dapat mengurangkan pencemaran, pokok juga boleh mengindahkan kawasan tersebut. Bukan itu sahaja, pengusaha-pengusaha kilang menggunakan peralatan yang berteknologi tinggi di kilang mereka. Dengan ini, asap yang dilepaskan ke udara tidak lagi kotor dan mencemarkan.

Saya berasa amat bersyukur kerana pihak kerajaan telah berusaha mengambil langkahlangkah untuk mengatasi masalah yang berlaku di sesebuah petempatan dari semasa ke semasa.

9. Rumusan Melalui kajian yang telah dijalankan, saya dapat mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di Taman Bahagia Baru dan London, England. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan seperti bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Bukan itu sahaja, berdasarkan kajian ini juga saya dapat mengetahui fungsi petempatan di kawasan kajian yang telah saya pilih iaitu tempat tinggal saya sendiri dan juga fungsi petempatan di negara bandingannya iaitu London, England. Hasil daripada kajian ini juga saya dapat mengenalpasti masalah-masalah yang berlaku di kawasan kajian dan negara bandingannya serta langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan ini menjadikan saya lebih peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran saya sekarang. Saya mencadangkan agar pihak yang berwajib akan sentiasa dan terus memantau kawasan kajian agar dapat cepat mengenalpasti masalah-masalah yang berlaku di sekitar situ. Tindakan segera juga perlu diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang dikenalpasti bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat. Saya berpendapat bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu bertanggungjawab atas semua ini, malah para penduduk juaga perlu sama-sama melibatkan diri dalam usaha memelihara dan menjaga kawasan persekitaran ini supaya sentiasa bersih, indah dan selesa diduduki. Hasil daripada keseluruhan kajian ini, kini saya lebih mengenali kawasan tempat tinggal saya dengan lebih mendalam. Saya berbangga dan bersyukur dapat tinggal di sebuah kawasan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan demi keselesaan penduduk.

10. Lampiran

Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor Borang Soal Selidik KGT Nama murid : Kawasan kajian : Tingkatan :

Tarikh :

Nama responden : Jantina : Lelaki

Keturunan/ Bangsa : Perempuan

Umur :

Melayu

Cina

India

Lain-lain

15 – 25

26 – 35

Lama tinggal di sini :

36 – 45

46 – 55

10 – 20

21 – 30

Lebih 56

31 – 40

41 – 50

Agama :

Lebih 50

Islam

Buddha

Kristian

Hindu

U



Peta 1.3 : Peta London.

11. Rujukan •

Buku Ilmiah -

Latifah Binti Mahfod, Shamsiah Binti Ahmad, 2003. Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Malaysia: Edaran Kemajuan (M) Sdn. Bhd.



Internet -

http://www.pdfcoke.com/doc/14421378/Kerja-Kursus-Geografi-2009Petempatan-di-Bercham-dan-perbandingannya-dengan-bandar-Nagoya-dinegara-Jepun



-

http://en.wikipedia.org/wiki/London

-

http://ms.wikipedia.org/wiki/London

-

http://www.moe.gov.my/lpm/files/spua/PP23_2PC.pdf

Orang Sumber -

Encik Kamaludin Bin Kastor, 56 tahun, No. 7, Jalan Sawi 2, Taman Bahagia Baru, 83000 Batu Pahat, Johor.

-

Puan Janet Tan Sui Ling, 42 tahun, No. 5, Jalan Sawi 4, Taman Bahagia Baru, 83000 Batu Pahat, Johor.

-

Encik Sarjit Kuhan A/L Selvarajah, 50 tahu, No. 12, Jalan Sawi 6, Taman Bahagia baru, 83000 Batu Pahat, Johor.

Related Documents