Geografi T3 Petempatan (folio)....full

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Geografi T3 Petempatan (folio)....full as PDF for free.

More details

  • Words: 1,918
  • Pages: 20
PENDAHULUAN

Saya, Amzar Aizad b. Mohd Azman murid kelas 3A2 telah memilih tempat kediaman saya iaitu Taman Sejati Indah sebagai kawasan kajian saya. Saya memilih kawasan ini kerana saya tinggal di kawasan tersebut. Jadi, ini lebih memudahkan kajian dibuat. Saya juga memilih kawasan ini kerana kawasan ini bersesuaian dengan tajuk kajian saya.

Selain itu, saya juga akan membandingkan ciri-ciri petempatan antara tempat kediaman saya dengan negara yang saya pilih iaitu negara Jepun. Tempoh masa kajian saya ialah dari bulan Februari hingga bulan Julai.

OBJEKTIF KAJIAN

Kawasan petempatan Taman Sejati Indah dan perbandingan dengan negara jepun dikaji untuk memenuhi objektif-objektif berikut :-

1. Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di kawasan Taman Sejati Indah dengan negara Jepun. 2. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Taman Sejati Indah dengan negara Jepun. 3. Mengkaji fungsi petempatan di kedua-dua kawasan kajian. 4. Mengenal pasti masalah petempatan Taman Sejati Indah dan negara Jepun. 5. Menyatakan langkah mengurangkan masalah petempatan di kawasan kajian. 6. Menyatakan penerapan nilai dan unsur patriotisma terhadap kawasan Taman Sejati Indah dengan negara Jepun.

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah kajian yang berikut:-



Pemerhatian : Saya membuat pemerhatian terhadap jenis dan pola petempatan di Taman Sejati Indah.



Rujukan

: Saya membuat rujukan di Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kawasan Taman Sejati Indah.



Temu bual

: Saya mengumpul maklumat tentang kawasan Taman Sejati Indah serta mengumpul maklumat secara lisan dengan menemu bual beberapa orang penduduk tempatan.



Soal selidik: Saya menggunakan borang soal selidik seperti dalam lampiran untuk dijawab oleh responden

KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih kawasan Taman Sejati Indah yang terletak di Sungai Petani, Kedah Darul Aman sebagai kawasan kajian. Kawasan perumahan di taman ini telah dimajukan oleh Dato Erick Cheah. Dahulunya kawasan ini adalah sebuah ladang getah. Pada masa

itu kawasan

perumahan belum dimajukan

lagi. Kawasan

yang

menghubungkan kawasan ini dengan pusat Bandar raya Sungai Petani tidak begitu baik seperti yang terdapat pada hari ini. Penduduk asal kawasan perumahan ini mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke pekan dengan menaiki kereta. Pelebaran dan peningkatan taraf jalan raya serta pembinaan lebuh raya telah memendekkan masa perjalanan kepada 10 minit. Terdapat banyak kawasan pandang darat fizikal di tempat ini contoh hotel, medan selera, pondok polis, pejabat pos, surau dan sekolah. Di kawasan taman ini terdapat banyak buah hotel antaranya ialah Hotel Park Avenue, Hotel Emerald Puteri, Hotel Northen Lodge dan Hotel SMS. Hotel Park Avenue merupakan hotel yang bertaraf empat setengah bintang yang juga didirikan oleh Dato Erick Cheah. Di tanam ini juga terdapat sebuah sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Gedong. Taman ini berdekatan dengan lebuh raya. Kawasan perumahan ini ialah ke arah barat dari pekan Sungai Petani. Jarak dari Taman Sejati Indah ke bandar Sungai Petani ialah sejauh kirakira 8 kilometer. Tambang bas yang dikenakan bagi setiap murid yang menaiki bas awam

ialah sebanyak Ringgit Malaysia 1.20. Saya mendapati bahawa permukaan bumi di taman ini rata. Kedudukan kawasan perumahan di Taman Sejati Indah adalah rata . Saya juga telah mengenal pasti bahawa tanah di kawasan ini ialah tanah jenis laterit. Ini disebabkan oleh kawasan ini pernah dijadikan kawasan penanaman getah. Taman ini mempunyai beberapa fungsi. Antaranya sebagai tempat kediaman, ekonomi, dan sosial. Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian saya ialah perniagaan dan perkhidmatan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan contohnya perniagaan makanan, barangan runcit, hiasan, buku, alat sukan, perabot dan lain-lain lagi. Jenis perkhidmatan yang dijalankan adalah seperti saloon rambut, membuat cermin mata, pendidikan dan komputer.

Rumusan

Secara kesimpulannya dengan melaksanakan kajian ini saya dapat mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Taman Sejati Indah dengan negara jepun. Selain itu, saya juga telah mengetahui faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian saya. Di kawasan kajian saya iaitu Taman Sejati Indah dengan negara Jepun terdapat pelbagai fungsi terutamanya dalam bidang perniagaan. Seterusnya, dengan melakukan kerja kursus ini saya juga dapat mengetahui dengan lebih tentang masalah yang dihadapi di kedua-dua tempat. Di samping itu, saya telah dapat mengetahui langkah untuk mengurangkan masalah di Taman Sejati Indah dan negara Jepun. Di kawasan kajian, saya telah mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan di sana. Kawasan di Taman Sejati Indah dan negara Jepun telah menjadi suatu kawasan perumahan dan perniagaan yang maju dan moden pada zaman sekarang.

Borang Soal Selidik

1. Nama:…………………………………………………………….. 2. Alamat:…………………………………………………………… …………………………………………………………… ……………………………………………………………

3. Jenis Rumah:………………………………………………………

4. Tarikh beli rumah:………………………………………………...

5. Jenis milikan:……………………………………………………..

6. Pekerjaan:…………………………………………………………

Bil 1

Nama Ahmad Zul Aiman

NO i/c 801201-07-

Alamat Pekerjaan C236,Jalan Indah 7, Taman Guru

2

Abu bin Ali.

5643 741505-02-

Sejati Indah. C240,Jalan Indah 6, Taman Guru

3

Amin Asif

4459 852012-07-

Sejati Indah. E180,Lorong

4

Fatin Nabila

5577 860505-02-

Sejati Indah. C239,Jalan Indah 6, Taman Guru

5

Cek Som

5856 680504-02-

Sejati Indah. F120,Lorong

4,

Taman Guru

6

Amirul Fahmi

5512 780602-02-

Sejati Indah. F111,Lorong

4,

Taman Guru

7

Afiq Amar

5515 790202-02-

Sejati Indah. E145, Lorong 6, Taman Polis

8

Siti Fatimah

5415 800602-04-

Sejati Indah. E146, Lorong 6, Taman Doktor

9

Aqmal Arif

5848 870402-07-

Sejati Indah. E147, Lorong 6, Taman Doktor

10

Faiz Nur

5639 880204-07-

Sejati Indah. F250,Lorong

11

You Ming Jou

5419 880512-02-

Sejati Indah. C248, Jalan

12

Muhammad Khalid

5615 871212-02-

Taman Sejati Indah. C250, Jalan Indah

13

Asif Mad Nor

5213 870315-02-

Taman Sejati Indah. E155, Lorong 6, Taman Peniaga

14

Nur Mariam

5541 880305-07-

Sejati Indah. E240, Lorong 8, Taman Peniaga

15

Nabila Khairul Anuar

5748 850229-07-

Sejati Indah. K288, Lorong 8, Taman Peniaga

16

Mad Noor

5744 840404-08-

Sejati Indah. G225, Lorong 3, Tanam Peniaga

17

Haslinda Onn

4241 880505-07-

Sejati Indah. D366, Jalan

18

Haris Off

5616 840102-02-

Taman Sejati Indah. J456, Jalan Indah 2, Taman Guru

Ashraf Bakri

4149 840912-07-

Sejati Indah. F128, Lorong 4, Taman Buruh

19

6,

4,

Taman Guru

Taman Doktor

Indah

Indah

6, Doktor 6, Peniaga

8, Guru

RUJUKAN

Buku Teks Azizan bin Haji Abu Samah, 2003, Geo Tingkatan 2, Percetakan Saufi, Kuala Lumpur.

Orang Sunber Encik Abu Bin Ali, E213, Taman Sejati Indah. Pn Sarimah Binti Ahmad, G451, Taman Sejati Indah. Encik Aiman Bin Ali, D126, Taman Sejati Indah.

Internet http/www.Taman Sejati Indah.my http/www.wikipedia.com/Jepun http/www.daerah sungai petani.my

TAJUK

PETEMPATAN DI KAWASAN TAMAN SEJATI INDAH, SUNGAI PETANI, KEDAH DAN PERBANDINGANNYA DENGAN NEGARA JEPUN

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9

PERKARA Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Senarai Kandungan

DAPATAN KAJIAN

8.1 JENIS DAN POLA PERTEMPATAN

HALAMAN

Taman Sejati Indah merupakan petempatan bandar. Taman ini menjadi petempatan bandar kerana kawasan ini berdekatan dengan bandar Sungai Petani. Jarak di antara petempatan ini dengan bandar Sungai Petani ialah kira-kira 8 kilometer. Pola petempatan di kawasan Taman Sejati Indah adalah jenis berpusat. Ini kerana kawasan ini dibina di kawasan simpang jalan dan mempunyai sekolah, kedai dan pasar. Di samping itu, terdapat juga tempat beribadat bagi pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina, dan India di sini untuk beribadat dengan selesa. Begitu juga dengan negara Jepun. Negara mempunyai jenis petempatan bandar dan mempunyai pelbagai kemudahan untuk memudahkan urusan harian penduduk di negara Jepun. Seperti di Taman Sejati Indah, Jepun juga mempunyai pola pertempatan berpusat. Saya bersyukur tinggal di sini kerana penduduk di sini saling hormatmenghormati antara satu sama lain dan hidup aman damai.

8.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Taman Sejati Indah. Faktor yang pertama ialah bentuk muka bumi yang rata di kawasan ini.

Kebanyakan petempatan bandar terletak di kawasan tanah pamah. Faktor ini penting dalam pembinaan petempatan. Selain itu, kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan di sini. Kegiatan ekonomi yang utama di kawasan Taman Sejati Indah ialah perniagaan, perkilangan, dan perkhidmatan. Sama juga dengan negara Jepun. Jepun juga berbentuk muka bumi yang rata. Oleh sebab itu, pelbagai kegiatan ekonomi wujud di negara Jepun. Jepun terkenal dengan kegiatan ekonomi perniagaan, perkilangan, teknologi dan perlombongan. Saya bangga kerana kawasan kajian saya iaitu Taman Sejati Indah mempunyai pelbagai kemudahan dan bentuk muka buminya sesuai untuk petempatan.

8.3 FUNGSI PETEMPATAN

Sesebuah petempatan bandar mempunyai pelbagai fungsi. Fungsi-fungsi ini dapat dikaitkan dengan kegiatan ekonomi. Contohnya, Taman Sejati Indah mempunyai pusat perniagaan. Pelbagai jenis perniagaan dijalankan di Taman Sejati Indah. Contohnya, kedai runcit, kedai pakaian, dan kedai barangan kosmetik. Pusat membeli-belah seperti Parkson, Giant, dan Econsave yang terdapat di kawasan Taman Sejati Indah menjadi tarikan kepada penduduk yang tinggal di luar kawasan Taman Sejati Indah untuk datang membeli-belah di sini. Selain itu, terdapat juga pasar raya dan kedai menjual pelbagai jenis barang seperti pakaian dan peralatan elektronik di sekitar petempatan ini. Terdapat beberapa buah bandar yang terlibat dalam urusan jual beli barangan dan perkhidmatan di Taman Sejati Indah seperti Ipoh, Georgtown, dan Kota Baharu. Begitu juga dengan negara Jepun. Negara Jepun mempunyai pelbagai sumber kegiatan ekonomi tetapi ia lebih tertumpu pada perniagaan yang mencapai taraf antarabangsa. Saya bersyukur dapat tinggal di sini kerana terdapat pelbagai kemudahan perniagaan untuk memudahkan seharian para penduduk di sini.

8.4 MASALAH PETEMPATAN

Setiap petempatan mempunyai pelbagai masalah. Begitu juga dengan Taman Sejati Indah. Masalah petempatan yang paling ketara ialah pencemaran. Ini terjadi kerana kilang asap kilang yang keluar dari serombong kilang yang terdapat di kawasan Taman Sejati Indah. Pengeluaran asap yang mengandungi gas karbon monoxide amat ketara sekali di kawasan perusahaan yang menggunakan arang batu. Selain itu, banjir juga merupakan antara masalah petempatan ini. Ini terjadi kerana pembuangan sampah sewenang-wenangnya ke dalam parit dan badan air. Kesannya, pembuangan sampah-sarap telah menggalakkan pembiakan bakteria dan cacing dan seterusnya menyebabkan pelbagai wabak penyakit yang serious seperti ciritbirit, taun, kolera dan muntah-muntah. Begitu juga dengan Jepun. Negara Jepun juga mempunyai masalah petempatan yang dihadapi oleh penduduknya. Kesesakan lalu lintas adalah masalah petempatan yang paling ketara kerana jepun merupakan sebuah negara yang maju. Peluang pekerjaan juga sukar untuk didapati kerana penduduk yang padat. Saya rasa berbangga dapat tinggal di sini walaupun terdapat pelbagai masalah, ia masih di tahap biasa dan saya dan para penduduk masih dapat tinggal dengan selesa.

8.5 LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN

Setiap masalah dapat diatasi dengan cara yang betul. Di dalam bahagian masalah petempatan, saya telah mengemukakan dua masalah pencemaran sungai dan banjir. Langkah-langkah mengurangkan masalah pencemaran sungai ini ialah menguatkuasakan undang-undang. Akta Kawalan Kualiti Alam Sekitar Malaysia 1974 menghendaki supaya kilang-kilang yang memproses getah dan kelapa sawit mesti membersihkan air pembuangan di loji penapis dahulu sebelum disalurkan ke sengai. Kerjasama penduduk juga amat penting untuk mengelakkan pencemaran berlaku. Penduduk harus bekerjasama seperti menyebar, mencegah, dan mendenda orang yang membuang sampah ke dalam parit. Bagi mengatasi masalah banjir pula, pihak pemaju haruslah mengelakkan daripada membina petempatan di kawasan tanah tinggi. Ini bagi mengelakkan berlakunya tanah runtuh dan seterusnya berlakunya kejadian banjir. Ini akan menyusahkan penduduk yang ada di sekitarnya. Pihak berkuasa juga harus memperdalamkan parit supaya tidak berlakunya banjir. Di negara Jepun pula, untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalu lintas, pihak bertanggungjawab haruslah membina lebih banyak jalan raya yang bertingkat seperti yang tersedia ada di metropolis Tokyo. Selain itu pihak berkuasa haruslah membuka petempatan baru untuk kegiatan ekonomi yang dijalankan di Jepun agar peluang pekerjaan terbuka luas. Saya berbangga dapat tinggal di sini pada masa yang sama, saya berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan dalam mengurangkan masalah di Taman Sejati Indah.

BAHAN GRAFIK

JADUAL

Jadual: Jenis-jenis Pekerjaan Para Penduduk Taman Sejati Indah, Sungai Petani. Jenis Pekerjaan 1. Guru

Bilangan (orang) 8

2. Peniaga

5

3. Doktor

4

4. Buruh

2

5. Polis JUMLAH

1 20

PETA MINDA

Peta Minda: Faktor-faktor yang Mempengaruhi Petempatan

BENTUK MUKA BUMI

K E G I A T A N E K O N O M I

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

DARJAH KETERSAMPAIAN

D A S A R K E R A J A A N

Related Documents