Folio Geografi 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geografi 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,310
  • Pages: 17
SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN KEAT HWA II 06600 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2009

Mengkaji Petempatan dan Bandaraya Perkembangan Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah berbanding dengan Singapura.

Nama Murid: Tingkatan: Angka Giliran: Nombor Kad Pengenalan: Nama Guru:

T. Tangan Murid Guru TAJUK

T. Tangan

MUKA SURAT

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Peta Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

SENARAI KANDUNGAN

Nama saya XXX. Saya belajar di tingkatan 3 di Sekolah XXX. Sebagai salah satu perkara yang memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja kursus iaitu Kajian Geografi Tempatan. Tajuk yang telah saya pilih untuk menjalankan kajian ini ialah petempatan di kawasan Pekan Simpang Kuala dan perbandingannya dengan Singapura. Saya telah memilih kawasan ini untuk menjalankan kajian saya kerana terdapat banyak maklumat yang dapat saya peroleh daripada kawasan tersebut. Antaranya ialah terdapat pelbagai perbandingan antara petempatan di kawasan Pekan Simpang Kuala dengan Singapura. Kedudukan Pekan Simpang Kuala yang tidak jauh dari rumah saya telah memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini. Ini juga merupakan salah satu faktor saya memilih kawasan ini. Di Pekan Simpang Kuala juga terfapat banyak aktiviti yang dijalankan di sekitarnya. Saya telah berjaya menjalankan kajian ini selama 8 minggu berdasarkan segala maklumat yang diperoleh sepanjang aktiviti ini.

Pertama, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana Nya telah memberikan saya sebuah tubuh yang sihat untuk membuat geografi folio tersebut. Saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada pihak sekolah dan pengetua, Encik Lau Choon Hoe yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menyiapkan folio KERJA KURSUS GEOGRAFI ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada guru mata pelajaran geografi saya, Encik Ooi Chong Oui yang telah banyak memberi tunjuk ajar tentang cara- cara untuk membuat folio ini. Ucapan terima kasih juga saya tunjukkan kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan, sokongan serta bantuan kewangan kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu, saya juga menucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada rakan- rakan saya yang telah banyak memberi maklumat dan sanggup meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada saya. Seterusnya, saya juga terhutang budi kepada jiran saya dan penduduk- penduduk sekitar Pekan Simpang Kuala yang telah memberi kerjasama kepada saya dan banyak memberi maklumat tentang kawasan kajian yang telah saya pilih seterusnya memudahkan lagi proses untuk membuat folio ini. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini.

1. Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan Pekan Simpang Kuala serta jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan Singapura.

2. Mengkaji factor- factor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan di kawasan Pekan Simpang Kuala serta factor- factor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan di kawasan Singapura.

3. Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Pekan Simpang Kuala serta fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Singapura.

4. Mengenalpasti masalah- masalah yang terdapat di kawasan Pekan Simpang Kuala serta masalah- masalah petempatan yang terdapat di kawasan Singapura.

5. Mengenalpasti langkah- langkah yang dilaksanakan untuk mengurangkan masalah petempatan di kawasan Pekan Simpang Kuala serta langkah- langkah yang dilaksanakan untuk mengurangkan masalah petempatan di kawasan Singapura.

6. Menerapkan rasa cinta, nilai- nilai murni serta nilai patriotism terhadap kawasan Pekan Simpang Kuala di daerah Alor Setar negeri Kedah.

Dalam kajian ini , saya telah memilih kawasan petempatan di Pekan Simpang Kuala sebagai kawasan kajian. Kawasan ini terletak kira-kira 8 kilometer berdekatan dengan Bandar Raya Alor Setar yang merupakan ibu negeri Kedah. Kawasan ini lebih rata berbanding dengan Alor Setar. Di sekelilingnya ada banyak flat dan rumah setinggan. Petempatan yang ingin saya kaji ini merangkumi kawasan perumahan saya sendiri. Hal ini memudahkan lagi proses kajian untuk dilakukan dan dijalankan. Pekan Simpang Kuala dapat dikatakan sebagai lokasi Alor Setar yang lama. Ini kerana banyak kedai terdapat di sini. Antaranya ialah kedai membaiki komputer, kedai runcit, kedai buah- buahan dan lain- lain. Selain itu, Pekan Simpang Kuala terletak berhampiran dengan Kuala Kedah. Oleh itu, ikan- ikan yang segar akan dijual di pasar pagi dan pasar malam. Klinik-klinik swasta yang terdapat di kawasan kajian ini merupakan salah satu kemudahan yang menyebabkan ramai orang memilih kawasan ini sebagai kawasan kediaman mereka. Kemudahan ini menjadi faktor penarik yang utama , ramai orang memilih kawasan ini sebagai kawasan kediaman. Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina. Setelah terbinanya kawasan perumahan, orang Melayu dan India juga menghuni di sini.

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Antaranya ialah 1. Kaedah Pemerhatian 2. Kaedah Rujukan 3. Kaedah Soal Selidik 4. Kaedah Temu Bual 5. Kaedah Perbincangan

1. Pemerhatian Saya telah melawat ke tempat kajian untuk membuat pemerhatian dan membuat kajian untuk mendapatkan maklumat- maklumat yang saya perlukan. 2. Temu bual Saya telah mencari beberapa orang penduduk di sekitar kawasan kajian yang saya pilih untuk mendapatkan maklumat- maklumat tentang aktiviti- aktiviti yang dijalankan di sekitar kawasan Pekan Simpang Kuala. 3. Soal selidik Melalui kaedah kajian ini, saya telah membuat soal selidik kepada seramai 20 orang responden yang sanggup bekerjasama dengan saya untuk memberi maklumat. 4. Rujukan Untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat rujukan dengan menelah buku- buku, majalah, jurnal dan artikel yang mengandungi sebarang maklumat

mengenai petempatan di kawasan Pekan Simpang Kuala dan petempatan di kawasan Singapura. Saya juga melayari internet untuk mencari peta kawasan kajian saya. 5. Perbincangan Saya berbincang dengan guru penilai, guru- guru geografi yang lain dan rakan sekelas agar dapat menyiapkan hasil kerja kursus yang baik dan mentap.

Jenis dan pola petempatan Berdasarkan kaedah kajian yang telah dibuat oleh saya dan rakan-rakan serta rujukan yang telah dibuat dengan melayari internet,kawasan,Pekan Simpang Kuala dan kawasan

Singapura terletak di kawasan yang berdekatan dengan bandar.Ini adalah disebabkan oleh dasar kerajaan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi memajukan kawasan Pekan Simpang Kuala dan perkara yang sama juga terjadi di Singapura. Berdasarkan kajian melalui pemerhatian pula,saya dapati kebanyakan rumah di kawasan Bercham dibina dengan tersusun dan rapat antara satu sama lain.Susun atur ini dikenali sebagai pola terancang. Di kawasan Singapura pula,rumah-rumah di sana juga dibina dengan rapat dan tidak tersusun serta terdapat banyak bangunan tinggi untuk menampung penduduk yang banyak. Ini kerana penduduk di Singapura amat padat dan ramai serta terdapat banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan di sekitarnya. Susun atur di kawasan ini pula dikenali sebagai pola berselerak. Saya amat bersyukur dan selesa tinggal di Pekan Simpang Kuala. Kejadian yang berlaku di Singapura tidak berlaku di Pekan Simpang Kuala. Semua ini adalah berikutan negara kita yang mampu menampung jumlah penduduknya yang sekata. Kerajaan selalu memainkan peranan mereka untuk memajukan kawasan ini. Faktor yang mempengaruhi petempatan Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Pekan Simpang Kuala. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan ini ialah : Bentuk muka bumi Pekan Simpang Kuala merupakan kawasan petempatan pinggir bandar raya Alor Setar, Kedah. Pekan Simpang Kuala juga berada tidak jauh dari Kuala Kedah. Kawasan

ini lebih rata berbanding dengan Alor Setar. Selain itu,di kelilingnya terdapat banyak flat dan rumah setinggan.

Kegiatan ekonomi Pekan Simnpang Kuala dapat dikatakan sebagai lokasi Alor Setar yang lama. Ini kerana banyak kedai perniagaan terdapat di sini. Antaranya ialah kedai membaiki komputer, kedai runcit, kedai buah-buahan dan lain-lain. Pekan Simpang Kuala juga mempunyai pasar pagi dan pasar malam. Ekonomi penduduk di sini ialah perniagaan. Hampir 80 % rumah kedai dan perniagaan dikuasai oleh orang Cina. Ini dapat dikenalpasti dari nama-nama Cina dan tulisan Cina.

Bandingannya dengan Singapura Bentuk muka bumi Kawasan Singapura merupakan kawasan petempatan yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan berhampiran dengan pinggir laut. Keadaan bentuk muka buminya juga banyak terdapat kawasan yang terdiri daripada tanah pamah.Oleh itu, kawasan-kawasan yang rata ini telah dibangunkan untuk dijadikan sebagai kawasan petempatan yang berkembang pesat. Kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi utama yang terdapat di Singapura ialah pelabuhan dan perindustrian. Oleh sebab negara Singapura mengalami masalah sumber yang terhad, kegiatan industri dan kehidupan seharian bergantung dengan mengimport bahan mentah dari negara luar dan mengeksport bahan yang telah siap. Bahan mentah yang telah diimport telah digunakan oleh sektor industri bagi menghasilkan barangan siap.

Fungsi petempatan Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan Pekan Simpang Kuala serta penduduk di Pekan Simpang Kuala. Antara salah satu fungsi petempatan yang terdapat di kawasan ini adalah sistem perniagaan. Banyak kedai telah dibina di kawasan tersebut. Contohnya ialah pembukaan kedai seperti kedai membaiki komputer, kedai runcit, mini market dan sebagainya. Kedai- kedai tersebut telah mendatangkan banyak kemudahan kepada kita. Kebanyakan barangan keperluan telah dijual di sini. Oleh itu, apabila kita hendak membeli apa- apa barang keperluan, kita tidak akan berasa susah. Terdapat juga beberapa buah pusat tuisyen di Pekan Simpang Kuala seperti Pelangi,

Ceria dan lain- lain lagi. Oleh itu, Pekan Simpang Kuala juga mempunyai sistem pendidikan yang merupakan salah satu fungsinya. Manakala di Singapura pula,fungsi petempatannya ialah sebagai sebuah kawasan perdagangan yang luas dan bersistematik. Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan banyak jalan raya baru dibina untuk memudahkan barang dagangan dibawa dari satu tempat ke tempat yang lain. Bersesuaian dengan kegiatan yang melibatkan pelabuhan naik mendadak. Pembaharuan telah dilakukan dengan membuka banyak pelabuhan yang baru yang lebih luas di Singapura. Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.

Masalah Petempatan Berdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal selidik, beberapa masalah telah dinyatakan oleh 20 responden, antaranya adalah kesesakan lalu lintas dan juga pencemaran alam sekitar. Pencemaran terjadi kerana sikap tidak bertanggungjawab penduduk- penduduk di sekeliling Pekan Simpang Kuala yang suka membuat pembakaran terbuka. Pencemaran udara turut terjadi disebabkan pelepasan asap dari kenderaan bermotor ke udara dan pencemaran tanih pula berlaku disebabkan oleh sampah- sarap yang dibuang di meratarata. Kesan pembuangan sampah ialah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan

mencacatkan pemandangan sekeliling. Kejadian hujan asid juga berlaku di Pekan Simpang Kuala berikutan pelepasan gas beracun daripada kenderaan- kenderaan bermotor. Singapura juga tidak lari dari mengalami masalah seperti yang berlaku di Pekan Simpang Kuala. Singapura juga mengalami masalah pencemaran udara. Ini berikutan dengan pembangunan pusat- pusat industri baru dan penggunaan kenderaan- kenderaan bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh menghasilkan hujan asid. Oleh sebab petempatan yang padat di kawasan kajian, pertambahan bilangan kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif. Kesesakan lalu lintas sering berlaku di Jalan Alor Mengkulu. Jalan tersebut juga berdekatan dengan kawasan perumahan dan laluan utama menuju ke sekolah. Keadaan ini sama dengan fenomena yang berlaku di Singapura kerana penduduknya amat padat. Singapura juga mengalami masalah kekurangan pelabuhan berikutan barang dagangannya yang sangat padat kerana punca ekonomi utama Singapura ialah kegiatan pelabuhannya. Singapura juga mengalami masalah membina rumah kerana kekurangan tanah pamah. Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kepadatan penduduk di Singapura. Kesimpulannya, kita hendaklah mengatasi masalah- masalah tersebut. Kita juga mestilah mematuhi undang- undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi peraturan. Oleh itu, sebagai penduduk Pekan Simpang Kuala, kita haruslah saaling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga alam

sekitar agar tidak tercemar. Yang paling penting ialah kita hendaklah bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan mengekalkannya.

Langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan. Antara langkah-langkah ynag diambil untuk mengatasi masalah petempatan ynag berlaku di Pekan Simpang Kuala dan Singapura ialah melebarkan jalan raya, menguatkuasakan undang-undang, mengitar semula, menyediakan tapak pelupusan dan membuka kawasan baru. Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas,kerajaan daripada kedua-dua buah kawasan ini telah mengambil inisiatif untuk melebarkan jalan raya. Di Pekan Simpang Kuala, pelebaran jalan raya hendaklah dilakukan di Jalan Alor Mengkulu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tahap ketersampaian akan bertambah baik. Selain itu, untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas,kerajaan juga sepatutlah meggalakkan pengeluaran kenderaan awam dan penduduk juga perlulah memberi kerjasama dengan menaiki kenderaan awam untuk mengatasi masalah ini.

Selain daripada mengurangkan kesesakan, pencemaran udara juga hendak diatasi. Usaha menanam pokok-pokok juga dapat mengurangkan pencemaran. Lebih banyak pokok hendaklah ditanam di sepanjang jalan ini. Selain daripada mengurangkan pencemaran,pokok bunga juga boleh mencantikkan kawasan. Tambahan pula, kerajaan juga haruslah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi untuk mengatasi masalah pembakaran terbuka yang berlaku. Penyediaan tong sampah kitar semula juga telah dipertingkatkan oleh Majlis Pembandaran. Pembukaan tapak pelupusan sampah juga telah dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Di negara bandingan iaitu Singapura, masalah kesesakan lalu lintas seperti sudah menjadi kebiasaan tetapi keadaan ini harus dielakkan bagi memudahkan segala urusan perniagaan dan perdagangan yang dijalankan agar masalah lain tidak timbul dan menjadi masalah utama apabila menguruskan segala urusan. Bagi mengurangkan masalah kerkurangan tempat tinggal pula ialah dengan menjimatkan kawasan tapak tanah, pihak kerajaan seharusnya membina rumah kos rendah seperti rumah teres, pangsapuri dan kondominium. Masalah pencemaran udara pula ialah dengan meminta semua penduduk agar menggunakan pengangkutan awam dengan itu, kita boleh mengurangkan kadar pencemaran. Pembukaan pusat pelabuhan baru yang lebih banyak di Singapura juga haruslah dilaksanakan oleh pihak kerajaan negara Singapura untuk mengatasi masalah kekurangan pelabuhan.

Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa. Namun begitu, para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program

dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling membantu serta melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.

Saya dan kumpulan ahli saya telah berusaha membuat dan menjayakan kerja kursus geografi tempatan PMR 2009. Kami telah mengetahui lebih mendalam tentang tajuk petempatan dan perkembangan di Pekan Simpang Kuala. Kami juga telah mengetahui faktor- faktor yang mempengaruhi petempatan, fungsi petempatan dan masalah petempatan. Setelah kami mengetahui masalahmasalah petempatan kawasan kajian. Kami telah membuat karangan bagaimana mengatasi masalah yang wujud di tempat kajian. Kami juga belajar bagaimana

bertoleransi dan bekerjasama antara ahli- ahli kumpulan semasa menjalankan proses kajian ini. Dalam unsur patrotisme, kami rasa bersyukur dapat tinggal di tempat ini di mana tempat kerajaan, berusaha sedaya- upaya untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di sini. Ini telah menimbulkan rasa bangga dan ahli- ahli kumpulan saya sebagai rakyat Malaysia.



http://www.wikipedia.org.com/



http://www.google.com/

 Cikgu Ooi Chong Oui (Mata Pelajaran Geografi)  Buku teks Geografi Tingkatan 3

Related Documents