Folio Geografi 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geografi 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,536
  • Pages: 17
FOLIO GEOGRAFI Tajuk: Kajian Tentang Petempatan Dan Perkembangannya Di Taman Sentosa,JohorBahru Dan Membandingkannya Dengan England NAMA:MELISSA JANE LIM TINGKATAN:3A6 GURU PENTAKSIR:PUAN SALIAH BINTI SALLEH

SENARAI KANDUNGAN

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Peta Kajian

Kaedah Kajian

Dapatan Kajian I)

II) III) IV) V)

Jenis dan Pola Petempatan Faktor yang Menpengaruhi Petempatan Fugsi Petempatan Masalah Petempatan Langkah Megurangkan Masalah Petempatan

Bahan Grafik

Rumusan

Lampiran

Rujukan

PENGHARGAAN Terlebih dahulu,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan memberi kerjasama kepada saya bagi menyiapkan folio ini.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penhargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Tan Seow Heng , Pengetua Sekolah Menegah Kebangsaan Infant Jesus Convent ,Johor Bahru ,kerana member kebenaran dan songkongan untuk menjalankan kajian ini.Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru Georgrafi saya iaitu,Puan Saliah yang memberi tunjuk ajar dan pertolongan apabila menghadapi masalah dalam proses penyediaan folio ini.Tanpa cikgu, tidak mungkin saya akan menghabiskan folio ini.

Sejutaan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi sonkongan dan galakan,bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan folio ini sehingga kajian ini selesai.Mereka sanggup mengeluarkan wang untuk menyediakan bahan-bahan bagi penyediaan folio ini.

Tidak lupa akan rakan-rakan saya iaitu,Yolander Lopez, Lim Sue Roe,Lim Yi Min dan Shirlene Si atas bantuan dan nasihat mereka semasa menjalankan kajian ini.

Akhirnya,saya juga ingin berterima kasih kepada Encik Haji Abu Bakar, Pengurusi Persatuan Penduduk Taman Sentosa Baldu dan Kasa,penduduk tempatan dan responden yang memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.

PENDAHULUAN Nama saya Melissa Jane. Saya belajar di tingkatan 3A6,Sekolah Menegah Kebangsaan Infant Jesus Convent, Johor Bahru. Sebagai keperluan memenuhi mata pelajaran Geografi,kami diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu kajian Geografi (KGT).Saya telah memilih tajuk Tentang Petempatan dan Perkembangannya Di Taman Sentosa , Johor Bahru.Untuk menjalankan kajian ini guru Geografi kami telah mejadikam kerja ini kerja individu.Kami di beri selama 6 minggu untuk memyiapkan kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN Kami menjalankan kajian ini untuk mengenal pasti: a)Jenis dan pola petempatan di Taman Sentosa dan membandingkannya dengan England b)Faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Sentosa dan membandingkannya dengan England c)Fungsi petempatan di Taman Sentosa dan membandingkannya dengan England d)Masalah petempatan di Taman Sentosa dan membandingkannya dengan England e)Langkah mengurangkan masalah petempatan di Taman Sentosa dengan membandingkannya dengan England f)Penerapan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian di Taman Sentosa dan membandingkannya dengan England

KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian yang telah saya pilih di Taman Sentosa,di daerah Johor Bahru,negeri Johor.Kawasan ini terletak lebih kurang 5 minit hingga 10 minit perjalanan jika menaiki kereta.Tambangan bas yang diperlukan dari bandar Johor Bahru ke kawasan ini ialah sebanyak Rm0.90.Peta yang terdapat di halaman sebelah menunjukkan lokasi Johor Bahru dan kawasan kajian saya-Taman Sentosa.Taman Sentosa terletak di kawasan tanah pamah yang rata serta merupakan kawasan penempatan.Pembangunan di kawasan ini sangat pesat.Kawasan ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Johor Bahru,Johor Darul Takzim.

Kawasan bandingan yang saya pilih ialah England yanng berada di United Kingdom.Kawasan ini terletak di kawasan tanah rata yang boleh dimajukan sebagai tempat tinggal dan bangunan-bangunan lain.Kawasan ini terletak di Bandar, penduduk di sini menggunakan kereta,bas awam,”tram” atau “The Tube”. “The Tube” adalah kereta api di bawah tanah yang canggih.Kebanyakan penduduk menggunakan “The Tube” sebagaipengangkutan awam oleh kerana tambang yang murah. Kawasan ini berada di bawah pentadbiran “UK Government” dan “UK Parliament”.

Peta Kajian



“A” merupakan England



Kawasan Kajian saya , Taman Sentosa

*daripada Google maps

Kaedah Kajian

Kaedah Kajian yang saya menggunakan ialah :

a) Kaedah Permerhatian b) Kaedah Temu Bual

i)

Kaedah Pemerhatian

– Sepanjang kajian saya ,sayatelah memerhatikan jenis pola petempatan di kawasan kajian saya (Taman Sentosa)

ii)

Kaedah Temu Bual

-Semasa menjalankan kajian saya, saya telah menemu bual 20 orang responden yang terdiri daripada pelbagai kaum. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah seperti yang terdapat di lampiran

iii)

Rujukan -Saya telah merujuk bahan media seperti buku,internet dan sebagainya

Dapatan Kajian 8.1 Jenis dan pola petempatan

Berdasarkan kajian saya, Taman Sentosa berada di kawasan bandar dan ia berpolapetempatan berjajar.Pola petempatan yang berjajar biasanya mempunyai bangunan atau rumah yang dibina selari di sepanjang sungai,parit, pinggir pantai,permatang,atau sepanjang jalan raya.Pola petempatan bejajar juga dikenali sebagai petempatan “Linear”.Infrastruktur di Taman Sentosa boleh dikatakan sebagai memuas dan boleh di perbaiki.

Manakala kawasan bandingan saya pula iatu England,UK juga berada dikawasan bandardan jenis pola petempatannya adalah pola petempatan berjajar dan berpusat.Oleh sebab penduduk yang melebihi 50 juta orang (84% daripada UK) kawasan England berpendudukpadat.Jenis pola petempatan berpusat terbentuk apabila rumah dan bagunan yangbanyak dibina secara rapat-rapat.Walau bagaimanapun, infrastruktur England adalah diantara terbaik didunia walaupun berpenduduk ramai dan padat.

8.2 Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Kawasan kajian ialah Taman Sentosa.Taman Sentosa merupakan kawasan tanah pamah .Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Sentosa.Antaranya ialah perkhimatan pendidikan.Di kawasan kajian saya terdapat banyak sekolah seperti sekolah rendah,sekolah menegah dan tadika.Selain itu, perniagaan juga juga adalah salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Sentosa.Barangbarang keperluan serta makanan dijual secara runcit. Ini membolehkan penduduk di sini membeli barang dengan cepat dan mudah.

Kawasan yang dibanding pula iatu England.Kawasan kajian England juga merupakan kawasan tanah pamah.Antara faktor yang mempengaruhi petempatan ialah kegiatan perniagaan seperti gerai makanan dan kompleks membeli-belah yang besar.Faktor yang lain ialah perkhimatan pendidikan, England mempunyai antara pendidikan yang terbaik di dunia oleh kerana kolej dan Universiti seperti “Winchester College”. “Chirst Church,University of Oxford “, dan ”Cambrigde University”. Walaupun kawasan bandingan saya England lebih maju daripada kawasan petempatan saya, saya masih berbangga dengan kawasan petempatan saya.

8.3 Fungsi Petempatan

Kawasan kajian saya Taman Sentosa mempunyai satu fungsi petempatan.Fungsi petempatan Taman Sentosa ialah perkhimatan pendidikan. Perkhimatan pendidikan disediakan untuk meningkatkan peluang pendidikan serta meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan penduduk tempatan.Antara sekolah yang disediakan adalah Sekolah Rendah Taman Sentosa, Sekolah Menengah Sri Tebrau,Sekolah Menengah Taman Pelangi , Sekolah Agama Sri Tebrau dan Tadika Suria.

Kawasan bandingan saya ,England, pula mempunyai satu fungsi petempatan.Fungsi utama England ialah pendidikan.Fungsi ini dapat dilihat dengan pelbagai institusi pendidikan yang bertaraf tinggi seperti “Winchester College”. “Chirst Church,Universityof Oxford , ”Cambrigde University”,dan “The King’s School “.

Meskipun kawasan bandingan saya England , lebih maju , saya masih menyayangi kawasan petempatan dan bersyukur kerana dapat bersekolah dinegara ini.

8.4 Masalah petempatan Kawasa Kajian saya Taman Sentosa menghadapi beberapa masalah.Antaranya ialah kes-kes pecah rumah yang selalu berlaku .Terutamanya jika tuan atau puan rumah tidak berada dalam rumah atau berkerja pada waktu siang.Salah seorang daripada taman ini telah dicederakan oleh 2 orang lelaki. Penjenayah –penjenayah yang masih bebas dan merayau- rayau ditaman atau tempat lain , amat membimbangkan penduduk kawasan ini. Selain itu,pembakaran terbuka juga menjadi salah satu masalah untuk penduduk di sini. Pembakaran terbuka mencemarkan udara dan menyebabkan asap-asap dan debu memasuki ke rumah-rumah orang lain. Kawasan bandingan saya,England, juga menghadapi beberapa masalah.Antara masalah England ialah pencemaran udara.Pencemaran udara berlaku kerana kenderaan yang banyak mengeluarkan asap –asap yang mengandungi beberapa gas yang berbahaya kepada kesihatan.Lantaran itu , Kesesakan lalu lintas juga adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh England.Oleh kerana kenderaan yang banyak dan jalan yang sempit berlakunya kesesaka lalu lintas. Saya sangat bersyukur kerana dapat hidup dalam kawasan yang lebih bersih dan tidak mengalami masalah-masalah yang rumit seperti kawasan bandingan saya.

8.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan

Terdapat pelbagai cara dan langkah-langkah yang boleh mengurangkan masalah kawasan kajian saya.Langkah yang pertama ialah untuk mengupah beberapa orang pengawal sekuriti dan meronda semua lorong- lorong di taman. Selain itu ,pembakaran terbuka tidak patut dibiar sahaja, pembakar itu haruslah dikenakan denda jika membakar sampah-sarap dengan terbuka.

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran udara di England ialah penduduk boleh bersama-sama berkongsi kereta dan lebih mengunakan pengangkutan awam untuk mengurangkan gas-gas yang membahayakan kesihatan manusia.Selain itu, kesesakan lalu lintas boleh diperbaiki dengan meluaskan jalan raya dan membina jambatan untuk melintasi jalan raya yang sibuk.

Walaupun kawasan petempatan saya menghadapi masalah, saya tetap berbangga dan bersyukur kerana dapat hidup dalam kawasan yang harmoni ini.

Bahan Grafik

Jadual 1

Jenis Pekerjaaan

Jantina

Jumlah

Lelaki

Perempuan

5 3 3 0

2 3 3 1

Kerajaan Swasta Sendiri Lain-Lain

7 6 6 1

*Sumber daripada 20 orang responden

Jadual 2 Jenis Pekerjaan

Bilangan

Kerajaan

7

Swasta

6

Sendiri

6

Lain- Lain

1

Peratus

*Sumber daripada 20 orang resonden

Graf

*Sumber daripada 20 orang responden Carta Pie

*Sumber daripada 20 orang responden

Rumusan

Sudut Sektor

Kajian yang telah saya jalankan di Taman Sentosa,Johor ini telah memberi pengalamanyang amat berguna kepada saya.Kajian ini membolehkan saya untuk mengenal pasti jenis pola pertempatan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu pola petempatan berjajar.Selain itu, saya juga berpeluang untuk mengetahui lebih jelas faktorfaktor yang mempengaruhi petempatan dikawasan kajian saya seperti perkhimatan pendidikan dan perniagaan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan ,saya juga dapat mengetahui fungsi petempatan kawasan kajian saya dan kawasan yang di bandingkan seperti England yang berfungsi sebagai perkhimatan pendidikan yang bertaraf tinggi. Saya juga dapat mengenal pasti masalah yang di hadapi oleh kawasan kajian saya dan kawasan bandingannya serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah – masalah yang dihadapi.

Akhir kata saya telah banyak mendapat tahu tentang kawasan kajian saya dan bandingannya.Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan negara yang aman dan damai dan tempat tinggal walaupun tidak sempurna.

Lampiran

Rujukan Buku 1.Abdul Aziz Bin Abdul Rahman,2004,Geografi Tingkatan 2 KBSM, Percetakan Rina Sdn Bhd

2.Atlas KBSM Longman,1994,Longman Sdn Bhd

3.Khaw Ah Seng,2004,Geografi Tingkatan 3 KBSM, PTS Publication Sdn Bhd

4.Chong Mui Sen,2008,Nexus Geografi Pmr Tingkatan 1,2,3 Sasbadi Sdn Bhd

Internet -http://maps.google.co.uk/ -http://en.wikipedia.org/wiki/England

Related Documents