Folio Geografi 2009- Bentuk Muka Bumi Dan Potensinya (by Hairul)

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geografi 2009- Bentuk Muka Bumi Dan Potensinya (by Hairul) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,432
  • Pages: 14
Senarai Kandungan Bil. 1.

Perkara Penghargaan

2.

Pendahuluan

3.

Objektif Kajian

4.

Kawasan Kajian

5.

Kaedah Kajian

6.

Hasil Kajian

7.

Rumusan

8.

Lampiran

9.

Rujukan

Halaman

Penghargaan Hasil laporan KGT yang saya hasilkan ini adalah berkat kerjasama bantuan serta sokongan daripada pelbagai pihak.Tanpa bantuan mereka, hasil laporan KGT ini tidak akan berhasil dengan baik. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada:

(a)

ibu dan ayah saya yang banyak memberi sokongan, dorongan dan nasihatyang tidak putus-putus sehingga saya mampu menyelesaikan tugasan ini.

(b)

Puan. Fauzilah guru Geografi saya yang telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar yang berguna kepada saya

(c)

Pihak sekolah yang telah menganjur,menyokong serta memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini.

(d)

Rakan saya iaitu Fajru Hanafi yang telah bersama-sama menjalankan kajian ini. (e)

Penduduk tempatan Kampung Padang Mengkuang yang telah banyak memberi maklumat

Pendahuluan

Saya menjalankan kajian untuk kerja kursus Geografi saya di Kampung Binjai Rendah dan membandingkannya dengan Thailand. Saya memeilih kawasan ini kerana ia merupakan tempat tinggal saya.Kawasan kajian ini juga mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang saya akan tuliskan dalam kerja kursus saya.Saya mengambil masa kira-kira 8 minggu untuk menyiapkan kajian mengumpul maklumat tentang bentuk muka bumi di kawasan kajian saya.

Objektif Kajian

Saya mengkaji Bentuk Muka Bumi Kampung Binjai Rendah di bandingkan dengan Thailand. Antara objektif kajian saya:1. Mengkaji bentuk muka bumi dan cirinya 2. Mengenalpasti potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manuasia 3. Mengenalpasti halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia 4. menerangkan kesan-kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar 5. Menerangkan langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. 6. Bersyukur penduduk dapat menjalankan pelbagai pekerjaan di kawasan kajian saya.

Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya ialah Kampung Binjai Rendah.Kampung ini mempunyai penduduk yang menjalankan aktiviti pertanian seperti penanaman padi, sayursayuran, getah dan menternak kambing, lembu dan kerbau.

Kawasan tanah pamah di bahagian timur sesuai bagi penduduk menjalankan kegiatan pertanian. Kawasan bukit terdapat kilang pecah batu granit.Kawasan kajian ini terletak di timur laut Bandar Kuala Terengganu ke Marang dan Kuala Berang.

Kawasan ini terletak kira-kira 25 km dari pusat Bandar Kuala Terengganu dan 30 km dari Kuala Berang.

Peta lakar kampong binjai rendah

Peta daerah marang

Peta Thailand

Kaedah kajian

Saya mendapat maklumat:-

Pemerhatian Saya membuat pemerhatian tentang kegiatan ekonomi yang terdapat di sekitar tempat tinggal saya.saya juga membanci bilangan penduduk yang terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian.

Temu bual Saya juga telah menemu bual beberapa orang kakitangan MAjlis Daerah Tuaran, pegawai pelancongan, ketua kampong dan pegawai di jabatan Perancang Bandar & Wilayah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian. Saya juga menemu bual beberapa orang pengunjung serta penduduk sekitar untuk mengetahui tentang kegiatan ekonomi setempat serta sumbangannya.

Rujukan Saya mendapat peta Negara Thailand dalam atlas dan merujuk buku teks Geografi tingkatan 3 untuk mendapat lebih banyak maklumat

Hasil kajian

Di kampong Binjai Rendah ini terdapat 3 jenis bentuk muka bumi. Antaranya ialah tanah tinggi, tanah pamah dan kawasan berpaya.

KAWASAN TANAH TINGGI Tanah tinggi atau kawasan berbukit merupakan salah satu bentuk muka bumi yang terdapat di kampong binjai rendah. Kawasan tanah tinggi yang terdapat di kawasan binjai rendah ialah Bukit Batu penunggul, Bukit Belat dan Bukit Lada. Dari segi saiznya bukit batu penunggul adalah bukit yang terbesar, bukit belat pula sedarhana dan bukit lada yang paling kecil.Sambungan bukit-bukit ini membentuk rabung. Ketinggian bukit batu penunggul,bukit belat dan bukit lada dari aras laut ialah diantara 70-330 meter.Luas pula adalah antara 1 hektar.Kawasan tanah tinggi ini terletak di selatan Bukit Batu Penunggul.Di tengah kampong binjai rendah ini pula ialah bukit lada.Kawasan tanah tinngi juga merupakan kawasan tadahan hujan dan jenis tanah yang ada di kawasan ini adalah tanah jenis laterit manakala batuan yang terdapat disini pula ialah batuan jenis Igneus, Granit, Batu kelikir dan lain-lain lagi. Disini juga terdapat cerun bukit yang landar.

KAWASAN TANAH PAMAH Tanah pamah yang rendah dan rata adalah sangat sesuai untuk petempatan, pertanian dan perindustrian.Majoriti tanah pamah disekitar ini adalah subur.Tanah pamah ini juga terdapat beberapa batang anak sunagai.Sungai ini mengalir secara berlikur-likur

dan proses pemendapan sering berlaku di sekitar tebingnya. Air sungai ini mengalir secar a perlahan. Arah sungai yang mengalir adalah dari sebelah timur. Jenis tanah tanhih yang terdapat di kawasan tanah pamah ini ialah tanah jenis laterit, alluvium dan tanah liat.

Di Thailand, tanah tinggi terdapat di utara menjadi punca sungai Menam Chou Praya. Kawasan tanah pamah pula terdapat di sekitar bangkak.

Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan kawasan

KAWASAN TANAH TINGGI Kawasan tanah tinggi di kawasan binjai rendah banyak memberi manfaat kepada penduduk yang gigih mengusahakan tanah tersebut.

Antara sumbangan kawasan tanah tinggi kepada penduduk ialah terbentuk sebuah kilang melebur batu-bata yang terdapat di kawasan tanah tinggi.

Batu yang dilebur dikilang ini seperti batu granit dan batu kapur. Kilang ini terdapat di utara. Tujuan kilang ini dibina dikampung ini adalah untuk melebur batu-batan yang kecil mahupun yang besar saiznya.Batu-batan lebur akan dijual kepada pengguna untuk dijadikan salah satu binaan yang penting

Kilang ini dibuka oleh seorang penduduk kampong yang bernama Mohd bin Yakkob,kilang ini dibuka pada tahun 1978.Bilangan pekerja di kilang ini lebih kurang 30 orang. Penduduk bersyukur dengan adanya kilang ini maka masalah penganguran akan dapat diatasi di kampong ini.

Selain daripada kilang batu-batan, kegiatan pertanian juga dijalankan bagi menampung pendapatan penduduk kampong.Tanaman utama ditanam bagi kawasan ini ialah tanaman pokok durian yang ditanam secara meluas.

KAWASAN TANAH PAMAH Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan kawasan penempatan utama .Bilangan rumah yang dibina di kawasan tanah pamah ialah kira-kira 236 buah rumah.Jenis rumah seperti rumah kos rendah, rumah kedai ,teres dan rumah kampong. Bekalan elektrik disalurkan untuk kemudahan penduduk kampong memandangkan kampong binjai rendah terletak diantara jalan kuala berang dan kuala terengganu.

Kemudahan pengangkutan bas dan teksi memudahkan penduduk berulang alik ketempat kerja dan sekolah. Pola penempatan yang terdapat di kampong binjai rendah ialah pusat,berjajar dan terancang.

Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan kawsan pertanian. Tanam-tanaman yang sesuai ditanam ialah sayuran seperti sawi, ubi, kacang panjang dan lain-lain lagi. Jenis tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian ialah Kampung Gelegoh lama. Kawasan tanah pamah yang terletak ditebusguna adalah dianggarkan keluasan sebanyak 5 hektar. Kawasan tanah pamah juga sesuai dijadikan tempat pembinaan jalan raya dan kemudahan-kemudahan social. Kemudahan social yang disediakan ialah seperti tempat perhentian bas dan satu lagi yang dibina oleh kerajaan ialah dewan serbaguna.

Di Thailand, kawasan tanah pamah ditanam padi sawah. Di dataran Bangkok terdapat penempatan Bandar dan menjadi tumpuan penduduk kerana terdapat

pelbagai jenis pekerjaan seperti kilang terdapat di sini. Saya rasa amat berbangga penduduk hidup dengan aman kerana terdapat pelbagai jenis kerajaan.

Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Masalah-masalah yang sering berlaku di kawasan tanah tinggi adalah seperti berikut:

HAKISAN Hakisan sering berlaku di kawasan tanah tinggi di kampong binjai rendah. Halini disebabkan oleh tadahan hujan yang dibina pada cerun bukit untuk kegiatan pertanian dan pembinaan rumah.Kegiatan ini telah banyak mengakibatkan hakisan-hakisan tanah serta tanih

Fenomena ini sering berlaku di bahagian utara selatan. Kegiatan pembalakan yang berleluasa dan tiada sikap bertanggungjawab juga telah mengakibatkan kepupusan beberapa jenis sepsis tumbuhan dan haiwan di kawasan ini. Masalh ini dapat diatasi dengan membina benteng yang diperbuat daripada batu blok disekitar kawasan tanah tinggi.

PENCEMARAN Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan ini telah menimbulkan pelbagai masalah. Contohnya kegiatan memecah batu dibahagian selatan bukit batu penunggul yang telah menyebabkan pencemaran udara yang berpunca daripada habuk yang dilepaskan oleh kauri dan akibat daripada pengeboman batu. Getaran letupan di kauri itu juga mengancam keselamatan penduduk yang tinggal berdekatan dengan bukit tersebut kerana kemungkinan berlakunya keruntuhan tanih dan batu. Kegiatan kauri juga menjejaskan keindahan semulajadi.

Di Thailand, kegiatan pertanian di kawsan kaki bukit juga meyebabkan berlakunya masalah hakisan tanah.Keadaan rumah penduduk yang tidak tersusun sering berlaku banjir.Sikap bertanggungjawab perlu disemai pada setiap orang supaya kesan pada alam sekitar dapat dikurangkan

Rumusan

Melalui kajian yang telah saya jalankan dapatlah saya merumuskan bahawa kampong binjai rendah adalah sebuah kampong yang mempunyai struktur bentuk muka bumi yang sesuai dengan profesion atau pekerjaan penduduk kampong ini, misalnya kawsan tanah tinggi yang sesuai bagi penduduk menanam pokok durian, salk dan sebagainya. Ditanah pamah atau tanah rendah ada pula penduduk dapat menjalankan aktiviti harian dan kemudahan –kemudahan asas dapat diadakan di kawasan tanah pamah.Oleh itu, kampong ini sekarang sudahpun maju dan sentiasa berkembang menuju kearah pemodenan. Penduduk hidup dengan aman dan harmoni.

Semasa menjalankan kerja ini saya telah melalui pelbagai pengalaman yang sebelum ii saya tidak pernah lalui.Antara pengalaman yang saya lalui adalah semasa melakukan pemerhatian pelbagai jenis tumbuhan saya lihat dimana saya tidak pernah lihat sebelumnya.

Harapan saya semoga pecan Binjai Rendah dapat membangun dengan lebih pesat lagi dimasa akan dating. Semua masalh seperti pencemaran dapat dikurangkan oleh pengurusan kilang kauri.

Related Documents