Bentuk Muka Bumi Dan Potensinya Pmr 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bentuk Muka Bumi Dan Potensinya Pmr 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 915
  • Pages: 8
Bentuk muka bumi dan cirinya Kampung yang saya kaji iaitu Kampung Gelong Bilal mempunyai bentuk muka bumi yang bertanah pamah yang rata dan luas. Ketinggian bentuk muka bumi dari paras laut adalah antara 1m-3m. Antara potensi bentuk muka bertanah pamah yang luas di kampung ini termasuklah untuk petempatan, pertanian, perniagaan dan pengangkutan. Potensinya ini memberikan banyak kelebihan kepada penduduk kampung ini menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi. Negara yang saya bandingkan iaitu negara Thailand juga mempunyai bentuk muka bumi yang sama dengan kawasan kajian saya iaitu bertanah pamah. Potensinya juga adalah untuk petempatan, pertanian, perniagaan dan pengangkutan. Contohnya di Selatan Thailand di mana bentuk muka buminya banyak mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan ini. Kelebihan ini digunakan oleh penduduk-penduduk di Thailand dengan baik.

Unsur Patriotisme: Kegiatan ekonomi yang dijalankan akan menjadikan penduduk di sini berusaha dengan lebih gigih. Selain itu, mereka dapat belajar untuk berdikari dalam mencapai kejayaan. Kami bersyukur kerana dapat menjalankan kegiatan ekonomi di sini.

5

Pekerjaan Petani

Sektor swasta

Sektor kerajaan

Peniaga

Lain-lain

Penduduk Saleem

/

Zakaria

/

Rahman

/

Abdul

/

Mamat Embong

/ /

Chin Peng

/

Chong Wei

/

Ravi

/

Mohamad

/

Ahmad

/

Kamal

/

Wan

/

Nagano

/

Fatimah

/

Intan

/

Mutiara

/

Asumi

/

Mei Choo Zakiah

/ / Jadual 1. Penduduk dan pekerjaannya di Kampung Gelong Bilal Jadual 2. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk kampung 5

Kegiatan

Jumlah

Petani

6

Peniaga

3

Sektor swasta

4

Sektor kerajaan

5

Lain-lain

2 20

Carta 1. Keputusan daripada responden yang disoal selidik

5

POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA KEGIATAN MANUSIA DAN PEMBANGUNAN KAWASAN KAJIAN Bentuk muka bumi yang bertanah pamah yang rata di kampung ini mempunyai pelbagai potensi. Antaranya ialah petempatan, perniagaan, pertanian dan pengangkutan. Potensi yang dimiliki kampung ini dimanfaatkan oleh penduduk kampung ini dengan sebaiknya dengan menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi yang sesuai dengan bentuk muka bumi. Di Thailand, bentuk muka buminya yang bertanah pamah memiliki banyak potensi iaitu petempatan, perniagaan, pertanian dan pengangkutan. PETEMPATAN: Pola petempatan di Kampung Gelong Bilal adalah berjajar. Jenis petempatannya pula adalah jenis luar bandar. Faktor yang mempengaruhi petempatan di kampung ini disebabkan oleh jaringan pengangkutan yang dibina di kampung ini. Taburan penduduk di kampung ini amat padat, iaitu 400 orang penduduk bagi satu kilometer persegi. Taburan penduduk kampung ini dipengaruhi oleh kedudukannya yang tidak jauh dari pusat bandar. Di Bangkok, Thailand, pola petempatannya ialah berpusat. Jenis petempatannya pula ialah bandar primat yang disebabkan oleh jumlah penduduk di bandar tersebut terlalu padat berbanding dengan jumlah penduduk di bandar kedua terbesar di negara Thailand iaitu bandar Chiangmai. Faktor petempatan di Bangkok dipengaruhi oleh faktor sejarah. Taburan penduduk di Bangkok adalah amat padat, iaitu 1200 orang satu kilometer persegi. 5

PERTANIAN: Pertanian yang dijalankan di Kampung Gelong Bilal berdasarkan tanaman agrikultur. Antara tanamannya ialah padi sawah. Tanaman ini ditanam dengan meluasnya di kampung ini. Tanah aluvium yamg subur di kawasan ini menggalakkan penanaman padi sawah yang senang tumbuh di tanah aluvium. Terdapat juga sesetengah petani yang menjalankan kebun-kebun kecil di rumah masing-masing. Di Thailand, penanaman padi sawah dijalankan secara besar-besaran di Dataran Bangkok dan Lembah Menam Chao Phraya. Pertanian menjadi kegiatan ekonomi utama di negara Thailand.

PERNIAGAAN: Perniagaan yang diusahakan di Kampung Gelong Bilal dijalankan oleh penduduk-penduduk yang tinggal di sini dengan kedai runcit dan kedai makan. Peniaga-peniaga mengambil kesempatan dengan menjalankan perniagaan di kawasan perumahan di sini. Di Thailand pula, perniagaan dijalankan di kawasan tumpuan penduduk

Unsur Patriotisme: Bentuk muka bumi di sini dapat menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi. Saya bangga kerana dapat tinggal di kawasan yang dapat menjana sumber pendapatan negara. 5

HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA Bentuk muka bumi bertanah pamah di Kampung Gelong Bilal mempunyai pelbagai kelebihan. Tapi kampung ini juga mempunyai halangan bentuk muka bumi. Halangan bentuk muka bumi di kampung ini ialah mudah banjir. Banjir mudah berlaku di kawasan bertanah pamah yang rendah dan biasa berlaku ketika Angin Monsun Timur Laut. Banjir yang berlaku menyebabkan banyak kerosakan kepada kampung ini. Di Thailand pula, halangan yang terdapat di kawasan bertanah pamahnya ialah bentuk muka bumi yang bertanah pamahnya adalah sempit. Kawasan bertanah pamah di Thailand tidak mampu untuk menampung penduduknya yang begitu ramai. hal ini akan menyebabkan rumahrumah setinggan dibina oleh penduduk di Thailand terutamanya Bangkok.

Unsur Patriotisme: Halangan di kampung ini menjadikan penduduk-penduduk di kanpung ini lebih gigih berusaha untuk membaikpulih kerosakan tanaman yang berlaku. Saya berbangga kerana dapat tinggal di kampung yang mempunyai penduduk yang rajin berusaha.

5

kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar Kegiatan ekonomi yang giat dijalankan di Kampung Gelong Bilal meningggalkan pelbagai kesan positif dan negatif. Kesan yang positif dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh penduduk kampung. Kesan yang negatif terhadap alam sekitar dapat dilihat dengan jelas di kampung ini. Pembinaan jalan raya yang semakin pesat dibangunkan di kampung ini menjadikan semakin banyak pengguna jalan raya melalui jalan ini untuk ke pusat bandar. Pelepasan gas-gas berbahaya dari kenderaan yang melalui kawasan ini menyebabkan pencemaran udara berlaku. Pembinaan rumah dan jalan raya di kampung ini juga menyebabkan kejadian banjir mudah berlaku disebabkan oeh air hujan yang tidak dapat diserap ke dalam tanah. Di Thailand pula, kegiatan pertanian yang dijalankan menyebabkan pencemaran sungai dan pencemaran tanah akibat penggunaan racun serangga dan baja kimia yang berlebihan oleh penduduk di negara Thailand. Pembinaan petempatan di Bangkok pula menyebabkan kepupusan flora dan fauna di kawasan tersebut. Unsur Patriotisme: Kesan-kesan yang disebabkan oleh kegiatan ekonomi yang pesat di kampung saya menjadikan penduduk kampung sentiasa berfikir untuk mencari inisiatif lain untuk mengelakkan kesan-kesan negatif daripada berlaku. Saya amat bangga kerana dapat tinggal di kawasan yang mempunyai penduduk yang inovatif.

5

5

Related Documents