Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Falsafah Pendidikan Kebangsaan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,325
  • Pages: 8
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 186053 kali 31 Mac 2008

Sistem Pendidikan Kebangsaan

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:(a) Pendidikan Prasekolah •

Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

(b) Pendidikan Rendah •

Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh tahun;



Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;

(c) Pendidikan Menengah



Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;



Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :1. sekolah akademik 2. sekolah teknik dan vokasional 3. sekolah kebangsaan agama

(d) Pendidikan Lepas Menengah •

Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah. Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :•

Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.



Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

173820 kali 12 Julai 2007

Kurikulum Kebangsaan

“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan” Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] 138728 kali 15 Ogos 2007

Imbasan Sejarah

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan



Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan



Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama



Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia



Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini



Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira



Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini



Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia



Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional



Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun



Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979



Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira



Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini



Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia



Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional



Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun



Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995



Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara



Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan



Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun



Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan



Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan



Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

132418 kali 12 Julai 2007

Hala Tuju Pendidikan

Perundangan Pendidikan 1957 - The Education Ordinance, 1957 1961 - Education Act, 1961 1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971) 1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 - Akta Politeknik Ungku Omar 1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia Laporan-Laporan Penting 1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak) 1960 - Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib) 1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi 1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran) 1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir) 1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan 1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah 1970 - Bahasa pengantar darjah 1 1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan 1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1 1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera 1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti 1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains 1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan 1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti

Peperiksaan Sekolah Rendah 1957 - MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan 1963 - MSSEE dimansuhkan 1967 - PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan 1973 - UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan 1982 - UDT dimansuhkan 1988 - PDL dimansuhkan 1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan Peperiksaan Sekolah Menengah 1957 - LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan 1957 - OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan 1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan 1957 - QT ( Qualifying Test) dimulakan 1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan 1961 - UK (Ujian Kelayakan) dimulakan 1962 - SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan 1964 - SPPTM dimansuhkan 1964 - FMC dimansuhkan 1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan 1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan 1967 - SRP/LCE soalan objektif mula digunakan 1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia. 1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan 1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan 1976 - MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan 1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan 1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan 1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan 1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan 1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V) 1987 - SPM di seluruh Malaysia dimulakan 1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan 1992 - Tahun terakhir bagi SRP 1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan 1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan Kurikulum 1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan 1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan 1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan 1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development 1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan 1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan 1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah 1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai 1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa

1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain 1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1 1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah 1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah 1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah 1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1 1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah 1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah Peperiksaan Khas 1964 - Penubuhan Unit Pendidikan Khas 1978 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh 1981 - Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan setiausaha) 1984 - Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian. 1984 - Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri 1984 - Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan 1985 - Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia 1985 - Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara 1985 - Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan 1987 - Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam 1987 - Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran 1988 - Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak dengan Perlakuan Autisme Ringan 1989 - Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara 1991 - Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas 1993 - Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan danPelaksanaan Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluanPendidikan Khas. 197186 kali

12 Julai 2007

Related Documents