Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Di Taman Eng Ann Dan Metropolis Bangkok

  • Uploaded by: chu jia ying
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Di Taman Eng Ann Dan Metropolis Bangkok as PDF for free.

More details

  • Words: 392
  • Pages: 2
7.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN DI TAMAN ENG ANN DAN METROPOLIS BANGKOK Faktor yang mempengaruhi petempatan Taman Eng Ann, Klang ialah bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi Taman Eng Ann yang tanah pamah telah memudahkan pembinaan jalan raya dan bangunan-bangunan. System pengangkutan yang semakin maju dan banyak bangunan yang dibina telah mewujudkan pola petempatan berpusat. Pola berpusat tersebut telah banyak member peluang pekerjaan dan menarik banyak orang menetap di sini. Selain itu, kegiatan ekonomi juga mempengaruhi petempatan Taman Eng Ann, Klang. Kegiatan ekonomi yang banyak dijalankan di Taman Eng Ann ialah perniagaan dan perdagangan. Banyak kedai telah dibina di sini, contohnya kedai runcit, kedai buku, kedai menjual perabot. Kegiatan ekonomi perkhidamatan turut banyak dijalankan di Taman Eng Ann. Bank, klinik, sek, pusat tuisyen dan sebagainya telah dibina di Taman Eng Ann. Ini telah banyak memberi peluang bekerja dan keselesaan kepada kehidupan penduduk Taman Eng Ann. Ini telah menggalakkan banyak orang menetap di sini. Petempatan di Bangkok juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti yang terdapat di Taman Eng Ann. Bentuk muka bumi yang terdapat di Bangkok adalah terdiri daripada tanah pamah yang rata dan luas. Tanah pamah yang rata ini terdapat di delta Menam Chao Praya dimana menyebabkan kawasan ini berpenduduk paling padat. Selain itu, muka bumi yang rata ini juga mempunyai tanah aluvium yang subur membolehkan padi sawah ditanam dengan meluas di delta Menam Chao Praya. Tambahan pula, tanah pamah yang rata memudahkan penduduk untuk membina kawasan petempatan, perindustrian dan juga jaringan pengangkutan darat menjadikan kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk dan berkembang maju. Kegiatan ekonomi bagi kawasan Bangkok, Thailand merupakan pusat pelabuhan serta pusat pelancongan yang merupakan salah satu sumber pendapatan yang penting di Thailand. Di sekitar metropolis Bangkok terdapat pelbagai kegiatan ekonomi seperti kegiatan perindustrian, perniagaan dan perdagangan, perkhidmatan kewangan dan insuran. Faktor ekonomi ini telah menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk menyebabkan mereka bertumpu ke metropolis Bangkok, Thailand.

Tahap ketersampaian bagi metropolis Bangkok, Thailand amat tinggi. Hal ini demikian kerana banyak alternatif untuk ke kawasan tersebut disediakan seperti pengangkutan awan, bas, kereta, teksi dan sebagainya. Selain itu, pembinaan jalan-jalan raya juga memudahkan perjalanan ke metropolis tersebut. Saya berasa sangat gembira kerana dapat belajar di SMJK Kwang Hua yang terletak di Taman Eng Ann yang berkembang maju ini. Saya pun berasa nasib baik kerana dapat menjalankan kajian ini dan mengetahui faktor yang mempengaruhi petempatan Taman Eng Ann dan metropolis Bangkok.

Related Documents


More Documents from ""