FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRESS FAKTOR DALAMAN (a) Perwatakan Jika dilihat seperti contoh yang diberikan di awal tadi, perwatakan manusia ini berbeza-beza. Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika dilihat kadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak meminati mata pelajaran matematik. Ada pula manusia yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu dan sebagainya lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan, pelbagai minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan ada pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita. (b) Kendiri yang terlalu ideal Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya akan menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila manusia bertingkah laku yang langsung tidak mengejar impian tersebut. Tegasnya di sini ialah apabila kendiri ideal terlalu tinggi tetapi dari segi kendiri sebenarnya (tingkah lakunya) tidak memaparkan usaha ke arah pencapaian tersebut. Sebagai contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang yang telah berjaya, tetapi kita sedikitpun tidak berusaha ke arah itu, malah kita masih bertabiat lama seperti meniru kawan, membuang masa dan sebagainya. Oleh itu adalah tidak tepat kiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan citacita. (c) Kognitif Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangan disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif. Manusia kadang-kadang merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi. Ini disebutkan sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia ini mudah dihinggapi stress kerana berfikiran lemah. Justeru itu kita tidak dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress mudah datang pada manusia ini. Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian dari sudut itu. (f) Tidak selaras personaliti Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minat dalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial iaitu menjadi guru dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antara minat dan personaliti yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenal pastinya sungguh-sungguh. (d) Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasa Stress juga terjadi kepada manusia yang mempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa. Kegagalan berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar untuk berinteraksi dengan seseorang yang lain. Dengan itu segala maklumat yang ingin disampaikan tidak diterima oleh pendengar dengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pasti akan berlaku. (e) Keperluan dan kemahuan - Status - Kuasa - Kasih Sayang - Prestasi - Kesihatan - Keselamatan diri FAKTOR LUARAN
(a) Sosial dan tempat kerja Selalunya manusia tidak terlepas dari hubungan dengan manusia lain. Manusia juga bekerja dan di tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain. Justeru hubungan sentiasa berlaku. Dalam hubungan ini selalunya berlakulah komunikasi yang mencetuskan masalah. Lumrah hidup di dunia masalah tidak boleh lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkan manusia. Jika kita lari dari masalah maka kita lari dari proses membina kematangan diri. Manusia yang berani menghadapi masalah ialah manusia yang berani menghadapi kenyataan. Apabila hubungan negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penyumbangkepada stress. Maka hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama. (b) Hubungan dengan keluarga Ramai orang mengalami stress kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu bapa-anakanak yang tidak baik. Kekalutan yang berlaku di dalam hubungan kekeluargaan boleh mencetuskan hasil yang tidak baik. Misalnya ibu tidak lagi memberi penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak tidak lagi menghormati ibu dan ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua hala sudah terkubur dan inilah bibit-bibit yang mencetuskan kehancuran institusi keluarga dan seterusnya menyebabkan stress berlaku. Justeru itu perkara ini perlu diberi perhatian. Maka kita perlu mencorakkan satu hubungan yang penuh empati dan memahami antara satu sama lain. Hubungan ini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan menghargai individu lain. (c) Persekitaran - Cuaca - Bising - Sibuk - Kawalan tempat belajar
Seringkali dalam proses setiap pekerjaan dan pelajaran kita tidak terlepas dari keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Lebih-lebih lagi apabila musim peperiksaan hampir tiba. Banyak perkara yang belum habis ditelaah. Banyak perkara yang belum difahami dan bermacam-macam lagi yang datang menghantui. Apabila berada dalam situasi ini seringkali kita menyatakan bahawa kita tidak dapat berbuat apa-apa. Potensi diri tidak dapat diterjemahkan dengan baik Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Oleh itu tidak hairanlah walaupun banyak buku-buku rujukan, buku-buku panduan, seminar, ceramah yang dihadiri tetapi kita masih tidak mengamalkannya. Sebenarnya ketegangan atau stress ini mengikut definisinya ialah pengalaman yang tidak enak yang dirasai secara dalaman. Pengalaman ini dialam,i secara mental, fizikal, emosi dan spiritual. Ia dimanifestasikan secara psikologi, kognitif dan tingkahlaku. Apayang dapat dilihat stress ialah satu situasi yang tidak selesa yang mana setiap manusia merasainya secara dalaman. Stress ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal seperti badan menggeletar. Dari emosi pula ia boleh menyebabkan perasaan marah, gelisah, gundah, dan segala-galanya yang menyebabkan ketidakstabilan emosi dan mengganggu dari segi semangat atau spiritual yang ada. Stress ialah satu perkara yang normal yang selalu berlaku kepada setiap insan. Oleh sebab itu sebagai manusia kita perlu tahu dan memahami tentang makna stress secara khusus. Di sini dinyatakan keadaan yang berlaku sebagai tamsilan tentang stress. Contohnya, A dan B apabila mendengar pengumuman bahawa keputusan peperiksaan akan diumumkan pada keesokan hari, suasana keduanya berbeza. A telah merasa gementar seluruh tubuh, emosi menjadi tidak menentu dan kadang-kadang wujud perasaan marah kepada adik-adik, kawan-kawan dan orang di sekeliling dan ianya dilihat begitu mendadak. Tingkahlakunya dilihat seolah-olah tidak terkawal, sebentar di ruang tamu, sebentar keluar di halaman rumah, sebentar kemudia berbaring di dalam bilik dan perubahan keadaan itu juga dapat dilihat secara drastik. Bagi individu B pula keadaan yang berbeza berlaku. Setelah selesai mendengar tentang pengumuman tersebut iaitu keputusan peperiksaan akan diumumkan esok, beliau berbuat apa yang dibuatnya sebelum ini. Tiada perubahan tingkahlaku yang mendadak. Di sini dapatlah dikatakan bahawa individu A adalah manusia yang mudah untuk mengalami stress. Dilihat tingkahlaku dan emosi berubah secara mendadak. Berbeza dengan individu B yang lambat menerima ketegangan. Ini memang berlaku di kalangan kita pada hari ini. Di dalam kita memahami tentang stress in, kita juga perlu tahu bahawa bukan semua stress ini membawa keburukan. Kenapa dikatakan demikian ? Kerana manusia juga memerlukan stress. Jika tidak merasai stress, peperiksaan yang akan diambil adalah perkara biasa yang tidak perlu dibimbangkan. Bagi pelajar, tugasan yang diberikan oleh guru adalah perkara biasa yang tidak perlu disiapkan. Ia tidak merasa malu dan tidak merasakan bahawa tugasan itu adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Noraini (1994), menyatakan ketegangan atau tekanan ini tidak semestinya negatif atau tidak sihat. Sebenarnya ia merupakan satu proses semulajadi yang perlu dijangkakan dalam hubungan sesama manusia. Dapat dikatakan bahawa stress boleh juga menjadi pemangkin untuk pelajar itu bergerak dan bermotivasi untuk belajar. Namun stress berpotensi membawa keburukan bilamana seseorang itu merasa begitu tertekan. Apabila seseorang tertekan perasaannya ia boleh menyebabkan orang itu tidak dapat berbuat apa-apa maka ini merupakan stress yang tidak membina. Keadaan mental menjadi bercelaru, emosinya tidak stabil. Keadaannya marah-marah dan menyepi diri dari bergaul. Ini yang dikatakan stress yang tidak baik atau yang membawa keburukan kepada kita. Jikalau ia menjadi serius akan menyebabkan musibah kepada kita. Gejala ini perlu dibendung
PENGURUSAN STRESS
DEFINASI 1. Berasal dari perkataan yang "Eustress" yang membawa maksud : (a) Boleh menyesuaikan diri (b) Stress yang membina 2. Ia juga berasal daripada perkataan "Distress" yang bermaksud: (a) Tidak boleh menyesuaikan diri (b) Boleh merosakkan diri Oleh itu, Stress ialah situasi yang menganggu atau membina kehidupan seharian
MENGURUS STRESS
Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara untuk mengurus stress dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress dinyatakan di sini beberapa perkara yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Stress perlu diurus dengan baik. Jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak baik. Secara umumnya antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah seperti berikut: (a) Riadah Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan menjadi sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila kita beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama rakan-rakan kita selalunya merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat megurangkan stress. (b) Ganjaran Diri Penghargaan diri perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kita berikan dalam bentuk kata-kata intrapersonal. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang memberikan penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan bahawa kita juga mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita berhak cemerlang. Sehubungan itu ia dapat mengurangkan stress dalam diri. (c) Percakapan diri yang membina Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan komunikasi intrapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia disebalik kejayaan tersebut. Dengan kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita, kita dapat melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan stress. Ini mengelakkkan kita daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa tindakan atau daya juang. Percakapan diri boleh membantu diri kita. (d) Kerja kemasyarakatan dan kebajikan Manusia adalah insan sosial. Manusia saling berhubung dengan insan yang lain. Kerja-kerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan untuk mengurus stress. Jika sekarang kita lihat badan-badan bukan kerajaan yang berperanan membina kumpulan masyarakat yang bahagia. Bagi pelajar aktiviti badan beruniform adalah satu kaedah terbaik mengurus stress. Kita juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti amal sama ada di dalam kawasan sekolah atau luar sekolah. Sumbangan kepada sekolah misalnya dapat membawa implikasi yang besar dalam hidup pelajar. (e) Penulisan Bagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki badan-badan beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak, cerpen dan sebagainya. Maka kaedah yang terbaik untuk mengurus stress ialah dengan melaksanakan aktiviti penulisan. Luahkan segala apa yang terbuku dalam perasaan kepada bentuk penulisan. Luahkan perasaan yang terpendam dalam bentuk yang lebih kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini sememangnya membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan potensi kita. Dengan itu kita dapat mengurus stress dalam corak yang lebih baik. (f) Berjenaka Jenaka adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Manusia sering berjenaka. Rasulullah