prosiding
3/26/05
11:22 AM
Page 96
SESI 1 : PETUNJUK-PETUNJUK PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
KERTAS KERJA 1 : ÒFALSAFAH PEMBANGUNAN NEGARA MENGIKUT KACAMATA ISLAMÓ OLEH : TN. HJ. NIK MUSTAPHA BIN HJ NIK HASSAN TIMBALAN KETUA PENGARAH, INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
prosiding
3/26/05
11:22 AM
Page 97
prosiding
3/26/05
11:22 AM
Page 98
ABSTRAK Kertas kerja ini mengupas tentang pandangan Islam terhadap falsafah pembangunan negara. Falsafah Islam hendaklah menjadi asas utama kepada penggubalan kerangka dan dasar pembangunan sesebuah negara. Ia akan membentuk satu pandangan hidup (world view) anggota masyarakat dan membina corak pendekatan sesuatu sistem. Ia juga mempengaruhi penghayatan nilai etika dan seterusnya akan melahirkan budaya masyarakat beretika yang menyokong semangat falsafah tersebut ke arah mencapai matlamat. Umat Islam mesti berpegang kepada nilai kemanusiaan yang tetap walaupun terdapat perubahan kepada corak kehidupan dengan berubahnya masa. Memenuhi tuntutan fitrah dalam apa jua aspek yang diceburi adalah pra syarat yang akan membawa kepada kejayaan. Umat Islam perlu bersikap proaktif dan berusaha menyusun kehidupan bermasyarakat demi mewujudkan sebuah tamadun manusia yang sihat. Pemusatan matlamat dalam hidup manusia akan memberi keseragaman dalam idealisme hidup dan akan membebaskan manusia dari kongkongan pengabdian kepada fahaman ciptaan manusia. Melalui falsafah tauhid, Islam menganjurkan kepada kesatuan dalam ilmu pengetahuan untuk mendidik manusia. Semua bidang dan cabang dalam ilmu pengetahuan sepatutnya berfungsi dalam satu kesatuan dan mempunyai matlamat yang nyata. Pandangan hidup Islam (Islamic World View) yang diasaskan kepada falsafah tauhid akan membawa kepada pandangan hidup yang berciri multi dimensi. Prinsip keadilan adalah asas yang dinamik untuk mengatur dan melaksana kehidupan dalam sesebuah masyarakat. Kecemerlangan sistem bernegara memerlukan kepada penyusunan semula kegiatan masyarakat berteraskan semangat keadilan. Ia memberi ruang kepada semua lapisan masyarakat agar dapat berfungsi secara positif dan optimis. Penekanan kepada semangat bermuafakat adalah amat perlu kerana ia mampu mengurangkan pertelingkahan dalam mengendali kehidupan bermasyarakat. Islam menyarankan Cooperation for Existence sebagai asas pegangan hidup bermasyarakat dan menolak sekeras-kerasnya pendekatan hidup dalam sistem idelogi sekular Kapalisme, seperti falsafah kehidupan Struggle for Existence.
jabatan mufti negeri selangor
92
prosiding
3/26/05
11:22 AM
Page 99
KERTAS KERJA 1.
Muqadimmah
Dalam membincangkan pembangunan negara adalah relevan dimulai dengan asas falsafah dan pandangan hidup sesebuah ideologi yang menjadi anutan kepada negara terbabit. Dalam konteks negara kita, sangat tepat fasafah Islam menjadi asas utama kepada penggubalan kerangka dan dasar pembangunan negara. Perbincangannya akan dihuraikan dalam bahagian kedua. Seterusnya, perbincangan mengenai pengertian, matlamat dan strategi pembangunan negara yang dicorakkan oleh falsafah tersebut akan dijelaskan dalam bahagian ketiga kertas ini. Kertas kerja ini diharap dapat memberi suatu gambaran yang meyakinkan bahawa pendekatan Islam kepada usaha membangun sesebuah negara memiliki unsur yang dinamik dan mampu meningkat kualiti hidup masyarakat secara syumul serta berpanjangan.
2.
Asas Falsafah dan Pandangan Hidup Islam
Sesebuah masyarakat dalam menyusun sistem bernegara dan berusaha membangunnya memerlukan sandaran kepada falsafah sesuatu sistem ideologi. Justeru itu penjelasan falsafah bagi sesebuah sistem bernegara itu sangatlah penting. Falsafah menggaris prinsip kawalan (guiding principle) bagi sesuatu sistem itu. Ia juga akan membentuk pandangan hidup (world view) anggota masyarakat dan membina corak pendekatan sesuatu sistem itu. Ia juga akan mempengaruhi penghayatan nilai etika dan seterusnya melahirkan budaya masyarakat beretika yang menyokong semangat falsafah tersebut ke arah mencapai matlamat. Kalau kita mengambil pokok sebagai analogi, akar kepada pokok tersebut adalah asas falsafah. Dahan pokok adalah nilai mulia. Kesuburan daun yang tumbuh di tiap-tiap ranting pokok pada sepanjang musim adalah budaya. Pada lumrahnya pokok yang begitu subur akan dapat menghasil buah-buah yang bermutu. Islam pula adalah satu cara hidup (deen) yang diwahyukan oleh Allah untuk seluruh umat manusia sepanjang zaman dan untuk semua tempat. Agama Allah ini menepati fitrah kejadian manusia. Al-Quran ada menegaskan hakikat tersebut dengan firmanNya yang bermaksud:
93
jabatan mufti negeri selangor
prosiding
3/26/05
11:22 AM
Page 100
"Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada Agama Allah; tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".68 Dalam ayat ini, Allah S.W.T. menghendaki supaya setiap orang yang menganut Islam supaya menegapkan haluan hidup mereka dengan berpandukan kepada semangat kemanusiaan yang satu yang tidak menerima apaapa perubahan alam dan peredaran zaman. Fitrah manusia adalah sama bagi semua peringkat tamadun yang dicapainya. Sebagai penganut agama fitrah, umat Islam mesti berpegang kepada nilai kemanusiaan yang tetap kekal walaupun terdapat perubahan kepada corak kehidupan dengan berubahnya masa. Memenuhi tuntutan fitrah dalam apa sahaja manusia berkecimpung adalah prasyarat yang akan membawa kepada kejayaan. Islam sebagai satu cara hidup mempunyai asas falsafahnya yang tersendiri untuk menerajui umatnya. Perkataan Islam membawa erti penyerahan dan pengabdian. Sebagai satu cara hidup, Islam mengatur hidup individu semoga menyerah dan mengabdi sepenuhnya kepada arahan Allah S.W.T. Pengabdian ini akan mengarah manusia untuk mendukung nilai luhur seperti kebenaran, keadilan dan berusaha mewujud semangat muafakat melalui sifat kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat. Perkataan Islam juga boleh diertikan sebagai ketenangan. Ketenangan yang sejati kepada manusia mengikut Islam adalah melalui pengabdian manusia dengan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Mengikut Islam penguasaan sifat malakiah (angelic component) terhadap sifat bahimiah (animalistic component) akan membawa kepada ketenangan kehidupan yang sejati. Allah berfirman dengan maksud: "Iaitu orang-orang yang beriman dan yang senang hatinya dengan mengingatkan Allah. Ketahuilah, bahawa dengan mengingat Allah itu, senanglah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, untuk mereka itu kebaikan dan sebaik-baik tempat kembali (syurga)." 69
68 Ar-Rum: 30 69 Ar-raÕdu: 28-29 jabatan mufti negeri selangor
94
prosiding
3/26/05
11:22 AM
Page 101
Di ayat yang lain Allah S.W.T. berfirman dengan maksud: ÒBahawasanya di dalam kejadian langit dan bumi, dalam bergantian dengan siang itu sudah dapat merupakan bukti kekuasaan Allah bagi orang yang suka menggunakan akalnya. Mereka itu ialah orangorang yang suka mengingat-ingat kepada Allah, baik diwaktu berdiri atau duduk ataupun sedang tidur, lagi pula suka memikir-mikirkan perihal kejadian lagit dan bumi. Ia pasti akan dapat menyatakan; Ya Tuhan Kami, Engkau menciptakan semua ini tidaklah dengan sia-sia (tanpa ada kemanfaatannya) Maha suci Engkau, maka lindungilah kami dari siksa api nerakaÓ3 Islam sebagai deen merupakan satu cara hidup yang lengkap serta komprehensif. Ia mencakup segala aspek pengendalian hidup untuk individu, masyarakat dan negara termasuk urusan pembangunan negara. Pendekatan ini mengarah umat Islam supaya bersikap proaktif dan berusaha menyusun kehidupan bermasyarakat demi ke arah mewujudkan sebuah tamadun manusia yang sihat. Islam diasaskan kepada keesa'an hanya kepada Allah S.W.T. Bahkan manusia diciptakan semata-mata untuk menghayati hidup demi mendapat keredaan Allah S.W.T. Justeru itu pemusatan matlamat dalam hidup manusia ini akan memberi keseragaman dalam idealisme hidup dan sekaligus membebas manusia dari kongkongan pengabdian kepada fahaman ciptaan manusia. Allah berfirman dengan maksud: "Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku".4 Ayat Al-Quran ini merujuk kepada keesaan Allah S.W.T. atau tauhid, dan sekaligus menjadi asas falsafah Islam. Keyakinan kepada kepercayaan ini mempunyai implikasi yang besar terhadap kehidupan manusia. Kehidupan dan gelagat manusia sebagai individu dan kehidupan manusia berinteraksi dan bermasyarakat sudah pasti dipengaruhi oleh kepercayaan ini. Bahkan falsafah dan sikap hidup manusia dipengaruhi oleh kepercayaan yang diyakini dan dianutinya. Mengikut Al-Quran, Allah S.W.T. telah menentukan undang-undang untuk kesemua kejadianNya dan kesemua dengan patuhnya mengikuti undangundang itu tanpa pilihan membantah, melainkan manusia. Manusia dikurniakan Allah akal, dan dengan akal manusia mempunyai kebebasan samada untuk mengikuti undang-undang tabii atau mengingkari mereka. Tujuan diturunkan agama melalui Rasul-Rasul mengikut Islam adalah untuk menjelaskan undang-undang tabii dan kesemua manusia dikehendaki menghayati peraturan tersebut. 3 Al-Imran: 190-191 4 Al Dhariyat: 56
95
jabatan mufti negeri selangor
prosiding
3/26/05
11:22 AM
Page 102
Bagi Islam, manusia akan menghayati nilai kemanusiaan jika ia memilih mentaati arahan Allah dan ketaatan tersebut akan membawa kepada kejayaan mutlak. Tanpa menghayati nilai Illahi, manusia akan berkelakuan bercanggah dengan sifatnya. Percanggahan ini yang membawa natijah yang buruk kepada dirinya dan seterusnya keruntuhan kepada tamadun manusia. Dengan mendukung falsafah tauhid, Islam berpandangan bahawa sifat-sifat yang terdapat dalam diri manusia hendaklah berada dalam satu kesatuan. Dengan itu kesempurnaan keperibadian seseorang manusia itu akan tercapai kerana kesemua sifat-sifat dalam diri manusia akan diberi penumpuan dengan sepenuhnya tanpa mengecuali satu pun. Justeru itu, keperluan kebendaan dan kerohanian manusia hendaklah dipenuhi dalam bentuk yang bersepadu. Pendekatan ini meletakkan tempat yang utama kepada usaha membangun manusia secara sepadu untuk memenuhi kesemua keperluan demi memaju mutu kemanusiaan sesebuah masyarakat dan negara. Falsafah tauhid juga menganjurkan kepada kesatuan dalam ilmu pengetahuan untuk mendidik manusia. Oleh kerana kesemua kejadian di dunia ini saling perlu memerlukan di antara satu sama lain dan mempunyai matlamat yang satu, kesemua bidang dalam ilmu pengetahuan (naqli dan aqli) sepatutnya berfungsi dalam satu kesatuan dan mempunyai matlamat yang juga satu. Menurut Islam, manusia akandapat manfa'at dari ilmu pengetahuan yang diterokainya melalui penyatuan matlamat kesemua bidang ilmu dan tidak dengan memisahkan tujuan bidang-bidang ilmu secara berasingan. Justeru itu, ilmu dalam menyusun kehidupan bernegara turut sama berperanan pada akhirnya untuk mendukung kemuliaan Islam. Pandangan hidup Islam (Islamic World View) yang diasaskan kepada semangat tauhid akan menganjur kepada pandangan hidup yang berciri pelbagai-dimensi. Perspektif ini memberi penekanan kepada pentingnya melihat keperluan menyusun dan membangun masyarakat bernegara dari perspektif yang menyeluruh dan komprehensif. Kemajuan yang hendak diterokai manusia samaada di peringkat individu dan negara mesti memberi penumpuan sepadu kepada kesemua dimensi keperluan manusia tanpa mengabaikan mana-mana dimensi. Umpamanya keperluan dimensi kebendaan dan kerohanian perlu kedua-dua di beri perhatian yang utama. Pengabaian kepada mana-mana dimensi keperluan tersebut akan menimbul masalah kepada manusia. Oleh itu, usaha membangunkan masyarakat hendaklah melalui penghayatan nilai akhlak yang murni. Falsafah tauhid juga mengajar manusia supaya memiliki kesatuan matlamat (unity of purpose) dalam segala urusan kegiatan kehidupan termasuk usaha membangun negara. Matlamat hidup yang mengarah kepada sesuatu yang hakiki tersebut akan mengurangkan dilema hidup yang tidak menentu dan
jabatan mufti negeri selangor
96
prosiding
3/26/05
11:22 AM
Page 103
bertujuan. Dengan kata lain, Islam menganjurkan bahawa setiap aktiviti pembangunan negara oleh orang Islam hendaklah sekaligus berusaha ke arah keutuhan nilai kemanusiaan dalam bermasyarakat. Penghayatan nilai ini akan membawa kepada kecemerlangan dan kestabilan masyarakat. Ini akan membulatkan usaha ke arah mengagung tuntutan agama. Falsafah tauhid turut menganjur kepada usaha mewujudkan semangat al'adl wal ihsan dalam menyusun masyarakat, menepati firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan pemusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran"5 Prinsip keadilan adalah asas yang dinamik untuk mengatur dan melaksana urusan kehidupan dalam sesebuah masyarakat. Berurusan sesama manusia termasuk urusan pembangunan hendaklah melalui teras yang kukuh semoga ia menepati nilai kemanusiaan. Kecemerlangan sistem bernegara memerlukan kepada sistem penyusunan kegiatan masyarakat berteraskan semangat keadilan. Semangat ini memberi ruang untuk kesemua ahli masyarakat dapat berfungsi secara positif dan optimis. Islam juga berpandangan bahawa kesemua ahli masyarakat memerlukan kepada kerjasama dan berfungsi secara harmoni di antara satu sama lain untuk menempah kejayaan. Adalah sesuatu yang lumrah bahawa keistimewaan dan kepakaran seseorang ahli masyarakat mempunyai ciri kekuatan yang berbeza. Mereka pada tabiinya perlu memerlukan antara satu sama lain. Pandangan ini begitu berbeza dengan pemahaman ideologi sekular yang memberi perhatian yang penting kepada unsur perbezaan dan minat oleh seseorang individu yang memberi alasan kepada wujudnya suasana konflik dalam menjalani kegiatan kehidupan bermasyarakat. Allah berfirman yang bermaksud, "Mahasuci Allah menjadikan berpasang-pasang semuanya, iaitu apaapa yang ditumbuhkan di bumi dan diri mereka sendiri dan apa-apa yang tidak mereka ketahui".6 Dalam ayat lain Allah berfirman dengan maksud, "Tiap-tiap sesuatu itu Kami jadikan berpasang-pasang, mudahmudahan kamu menerima pengajaran".7 5 An Nahl: 90 6 Yassin: 36 7 Al-Dhariyat: 49
97
jabatan mufti negeri selangor
prosiding
3/26/05
11:22 AM
Page 104
Dengan penekanan semangat muafakat, Islam merasakan ia akan mampu mengurangkan pertelingkahan di antara pasangan-pasangan unit dalam mengendali kehidupan bermasyarakat seperti sektor kerajaan - swasta; majikan -pekerja; penjual - pembeli; pengeluar - pengguna; dan sebagainya dalam sistem negara yang berasaskan tauhid. Ini adalah kerana kumpulan tersebut mempunyai matlamat dan arah yang sama iaitu mengabdikan kepada nilai keadilan dan muafakat yang dituntut oleh agama. Dengan itu, dapat kita rumuskan bahawa Islam menganjurkan perhubungan secara muafakat dan bukan secara pertelagahan dan persaingan. Bahkan semangat muafakat adalah intikepada keutuhan kegiatan kehidupan bermasyarakat. Pendekatan Islam berkaitan dengan nilai muafakat dalam sistem kehidupan ini menolak dengan kerasnya pendekatan hidup dalam sistem ideologi sekular Kapalisme, seperti falsafah kehidupan - Struggle for Existence. Islam menyarankan Cooperation for Existence sebagai asas pegangan hidup bermasyarakat, bersesuaian dengan falsafah tauhid. Pendekatan ini adalah satu pendekatan yang menepati sifat muafakat yang pasti akan menghasilkan natijah yang positif kepada kegiatan masyarakat dalam negara dan juga kepada kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Tauhid juga mendidik manusia supaya sentiasa peka dalam perhubungan mereka dengan kejadian-kejadian Allah yang lain seperti sumber-sumber bumi, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Individu manusia dalam mengusahakan kejadian-kejadian Allah ini mesti sentiasa mengikuti garisgaris panduan yang telah ditentukan oleh Allah, seperti mengguna sumbersumber dengan secekap yang mungkin dan jangan membazir atau memperhitungkan akibat dari penggunaan sumber-sumber tersebut supaya kebajikan masyarakat, umpamanya keruntuhan akhlak dan kekotoran alam (air pollution) tidak ujud. Walaupun kesemua kejadian-kejadian di bumi dicipta untuk keperluan dan kegunaan manusia, ahli masyarakat mesti menggunakan mereka dengan sempurna semoga ia tidak mendatangkan akibat buruk kepada kebajikan manusia sejagat. Dengan itu, setiap penggunaan sumber-sumber oleh ahli masyarakat, dalam kegiatan membangun negara ada ikatan dengan falsafah tauhid. Natijah dari kefahaman konsep dan pelaksanaan tauhid dalam menyusun sesebuah sistem bernegara itu, akan lahirlah satu pendekatan yang mempunyai satu matlamat yang jelas dalam urusan pembangunan negara iaitu menterjemahkan semangat keadilan dan muafakat dalam proses pembangunan negara.
jabatan mufti negeri selangor
98
prosiding
3/26/05
11:22 AM
Page 105
Dari penghayatan falsafah tauhid, Islam memberi satu gagasan (framework) yang berbentuk pelbagai-dimensi, dinamik dan relevan untuk individu menyusun dan menjalani urusan bermasyarakat untuk membangun kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara secara efektif, bermakna dan harmoni. Pendekatan falsafah Islam ini akan dapat mewujudkan budaya hidup dan etika berurusan sesama ahli masyarakat menepati sifat kemanusiaan. Natijah dari pendekatan penyusunan kehidupan masyarakat tersebut, pembangunan sepadu dan berterusan akan dapat dicapai. 3.
Pengertian, Matlamat dan Strategi Pembangunan Mengikut Falsafah Islam
Kepada
Konsep
Dari pemahaman falsafah pembangunan negara mengikut Islam, barulah pengertian dan strategi pembangunan dapat dibincangkan. Pembangunan adalah satu proses usaha untuk menyusun (bersifat proaktif) sesebuah masyarakat atau negara kearah memaju dan meningkatkan kualiti hidup manusia diperingkat individu dan bermasyarakat. Justeru itu, keperluan hakiki manusia perlu di fahami terlebih dahulu sebelum usaha untuk merancang pembangunan sesebuah masyarakat atau negara. Memenuhi keperluan manusia tersebut adalah sesuatu yang kekal dan tidak boleh diubah kerana sifat manusia adalah sesuatu yang abadi. Sifat manusia pada hakikatnya perlu difahami sebelum usaha dapat digembelingkan untuk memajunya dan meningkat kualiti hidupnya. Pada fitrahnya manusia mengandungi roh (soul) dan jasad (physical body). Keperluan kepada kedua-dua sifat tersebut perlu diusahakan dalam bentuk yang sepadu. Kedua-dua sifat yang terkandung pada diri manusia ini tidak boleh diasing dan dipisahkan seperti kehendak tauhid. Kedua-dua komponen tersebut perlu dididik dan dibina dengan usaha yang sepadu demi untuk meningkat mutu personaliti atau sahsiah individu semoga mampu menjadi penyumbang positif kearah pembangunan masyarakat. Di samping itu, sebagai makhluk masyarakat, manusia jika ingin maju dan berjaya, usaha untuk membangun masyarakat terbabit memerlukan pengembelingan tenaga kesemua ahli masyarakat secara muafakat. Pada hakikatnya tanpa memenuhi tuntutan tersebut, penyusunan sesebuah masyarakat terbabit tidak akan dapat disusun dengan teratur dan harmoni. Hasil dari falsafah tauhid, satu gagasan pembangunan dapat dirancang untuk memajukan masyarakat dalam sesebuah negara. Malamat pembangunan tersebut sudah pasti berbentuk komprehensif menepati sifat kemanusiaan. Ahli individu yang akan berusaha untuk membangun negara turut sama diberi penekanan pembinaan personaliti semoga mereka benar-benar ikhlas kearah pencapaian matlamat tersebut demi memaju dirinya dan sekaligus menjamin keadilan sosial ahli masyarakat keseluruhannya. Bahkan Islam
99
jabatan mufti negeri selangor
prosiding
3/26/05
11:22 AM
Page 106
berpandangan strategi ke arah pembangunan sesebuah negara perlu melalui semangat keadilan sosial. Keadilan sosial bernegara mengikut Islam dapat difahami sebagai suasana di mana sesebuah negara pada permulaannya dapat menyedia keperluan hidup asasi individu melalui pencapaian faktor-faktor berikut: i.
Pemeliharaan penghayatan keimanan melalui pengamalan nilai agama dalam ke semua urusan hidup di peringkat individu dan masyarakat.
ii. Menaikkan taraf daya fikir untuk kesemua lapisan masyarakat supaya bebas dari buta huruf dan memiliki kualiti ilmu yang munasabah untuk mereka menjalankan kehidupan secara efektif dengan keadaan perubahan masa. iii. Memberi kebebasan dan jaminan perundangan kepada masyarakat negara berkaitan hak menyuarakan pandangan dalam semangat yang beradat dan bebas semoga negara ditadbir menepati prinsip syura. iv. Memberi jaminan kepada kesemua ahli masyarakat semoga mereka bebas untuk menentu atau berusaha bersama dengan pihak swasta dan kerajaan, untuk berkecimpung dalam kegiatan ekonomi di dalam dan di luar negara. Justeru itu sumber harta negara khususnya harta modal perlu sentiasa mengalir dalam sistem ekonomi untuk mencetus peluang kegiatan ekonomi untuk kesemua lapisan rakyat. Ini memerlukan dasar fiskal dan kewangan yang dinamik. v. Negara melalui usahanya membina sebuah tamadun yang utuh semoga dapat memberi keyakinan dan sikap optimis kepada rakyat bahawa generasi masa hadapan negara akan terus mengecapi suasana yang cemerlang. Bahkan mengikut Islam kecemerlangan adalah sesuatu yang mampu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Rata-rata mempunyai pendirian pada masa sekarang, apabila membicarakan strategi ke arah membangunkan ekonomi sesebuah negara, ramai memperakukan bahawa pembangunan ekonomi adalah penentu kepada kemampuan negara mewujudkan keadilan sosial. Oleh itu apa sahaja bentuk pendekatan yang diambil untuk membangunkan ekonomi tidak dilihat dari perspektif menjayakan matlamat keadilan sosial secara langsung, tetapi hanya dilihat dari sudut pencapaian pertumbuhan ekonomi. Usaha untuk mengadakan program ke arah keadilan sosial akan dijayakan selepas pertumbuhan ekonomi tercapai.
jabatan mufti negeri selangor
100
prosiding
3/26/05
11:22 AM
Page 107
Keadilan sosial yang tidak sekomprehensif seperti pendekatan di atas tetap dianggap penting dalam model pembangunan ekonomi semasa. Contohnya, usaha sampingan untuk memberi pendidikan agama, keperluan individu membasmi buta huruf, membasmi kemiskinan, memberi kebebasan berakhbar turut sama difikir penting sebagai usaha-usaha kearah kestabilan negara. Dari keyakinan strategi pembangunan ekonomi dan disusuli dengan penyediaan beberapa keperluan keadilan sosial, sistem ekonomi negara tersebut tetap mengamalkan sistem yang berpaksikan kepentingan utama kepada negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat. Pendekatan pembangunan ekonomi semasa yang mempunyai world view sedemikian yang diasaskan kepada semangat ideologi liberal demokrasi kapitalis tidak mungkin secara komprehensif berjaya menghasilkan keadilan sosial setelah mencapai pertumbuhan ekonomi. Bahkan pertumbuhan ekonomi turut terjejas pada masa jangka panjang seperti di Eropah dan di Amerika Syarikat. Abad kesembilan belas, ekonomi Eropah begitu menonjol. Abad kedua puluh adalah kepunyaan Amerika Syarikat. Buat masa ini kedua ekonomi tersebut menghadapi masalah pertumbuhan ekonomi dan keperluan keadilan sosial rakyat mereka jelas turut sama terjejas. Lebih dari itu tamadun kemanusiaan turut sama menghadapi krisis yang ketara sehingga masyarakat mereka hilang pedoman hidup. Pengalaman yang dialami di Eropah dan Amerika Syarikat sepatut mengajar kita tentang pendekatan yang perlu kita anjurkan dalam menyusun negara. Wawasan negara dengan jelas dan yakin mengutarakan acuan sendiri atau model pembangunan sepadu bersesuaian dengan nilai tempatan dalam memaju negara ke arah Abad 21. Kita dengan yakin dan tegas merasai model pembangunan Barat tidak sesuai walaupun dari segi pembangunan sektor perindustrian mereka mencatit satu rekod yang cemerlang. Di samping itu rekod yang negatif seperti keruntuhan nilai kemanusiaan dan alam persekitaran turut membebani kehidupan mereka. Akibat dari itu perkembangan sektor perindustrian mereka turut terjejas. Kepekaan kita untuk membangun ekonomi negara mengikut acuan kita pada akhir ini telah membuahkan beberapa prinsip panduan jika disemadikan dalam dasar dan usaha di semua peringkat akan mengalih pendekatan pembangunan ekonomi negara melalui keadilan sosial. Prinsip keuntungan bersama tanggungjawab sosial dan pembangunan ekonomi melalui keadilan masyarakat dalam membangun negara adalah di antara yang memperincikan Wawasan Negara. Jika prinsip tersebut diterjemah secara berkesan dan menyeluruh, prinsip pembangunan ekonomi melalui keadilan sosial akan menjadi teras kepada pendekatan pembangunan negara dalam abad 21.
101
jabatan mufti negeri selangor
prosiding
3/26/05
11:22 AM
Page 108
Keujudan keadilan sosial kepada kesemua lapisan masyarakat sepatutnya menjadi pra-syarat kepada pembangunan ekonomi negara yang seterusnya. Kemantapan prestasi ekonomi dan kemampuannya berterusan mampan, memerlukan kepada satu pendekatan yang memberi keutamaan kepada pembinaan nilai kemanusiaan masyarakat dalam kesemua dimensi. Prestasi ekonomi akan turut sama bergerak maju jika kesemua dimensi yang diperlukan untuk membina sebuah tamadun yang utuh dilihat dalam perspektif yang sepadu. Justeru itu pembangunan ekonomi melalui kewujudan keadilan sosial hendaklah diterjemahkan dalam perancangan ekonomi negara. Pembiayaan belanjawan secara berimbang, pembasmian kemiskinan secara agresif dan terus ke akar umbi, penyediaan mekanisme alternatif kepada mekanisme kadar faedah yang bersifat exploitatif dalam sektor pembiayaan kewangan secara berperingkat-peringkat melalui beberapa langkah pengenalan kepada alternatif baru adalah beberapa tindakan yang memberi satu usaha yang cuba mewujudkan keadilan sosial dalam usaha membangunkan ekonomi negara. Pendekatan, cara atau mekanisme serta matlamat yang hendak dicapai perlulah seraksi. Pendekatan acuan tempatan ini jika berjaya bukan sahaja dapat memantapkan dimensi ekonomi negara tetapi sekaligus dapat membentuk masyarakat yang berakhlak dan bertamadun, yang akan meyakini masyarakat antarabangsa untuk menjadi model kita sebagai contoh. Revolusi kualiti yang diberi penumpuan dalam pengurusan Jepun membuka mata masyarakat antarabangsa akan efektifnya model pengurusan Jepun dijadi ikutan. Begitu juga jika umat Islam berjaya, masyarakat antarabangsa akan ingin mempelajari dari kita. Umat Islam pada hari ini tidak seharusnya hanya berbangga dengan kejayaan silam, tetapi mereka seharusnya menterjemahkan prinsip Islam dalam program penyusunan negara di peringkat individu dan masyarakat. Jika masyarakat antarabangsa mengagungi kejayaan prestasi ekonomi Jepun, mereka juga akan turut serta mengkagumi Islam, jika prinsipnya dapat dijadi garis panduan dalam usaha kita membangunkan ekonomi negara secara berkesan dan cemerlang.
jabatan mufti negeri selangor
102
prosiding
3/26/05
4.
11:22 AM
Page 109
Penutup
Dari perbincangan di atas jelas kepada kita bahawa Islam mempunyai falsafah pembangunan negara yang tersendiri berasaskan falsafah tauhid. Ia berbeza dengan falsafah sekular dan natijah dari pelaksanaan falsafah tersebut, strategi ke arah pembangunan negara turut berbeza dan matlamat pembangunan sesebuah negara ialah untuk meningkat kualiti hidup manusia menepati fitrah kejadian manusia semulajadi. Justeru itu pendekatan pembangunan negara mengikut Islam berunsur dinamik dan relevan dengan kehendak tabii manusia.
103
jabatan mufti negeri selangor