Etika

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Etika as PDF for free.

More details

  • Words: 386
  • Pages: 1
Etika Profesional 2005 February 4 by Fadhli Pada masa kini, terdapat pelbagai isu-isu yang timbul berikutan salah laku dalam amalan golongan profesional. Hal ini timbul apabila berlaku “kekaburan” dan kepentingan diri dalam menjalankan perkhidmatan. Seringkali kita terdengar mengenai projek-projek yang terbengkalai atau pun projek-projek yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sebagai contoh, projek pembinaan makmal komputer di semua sekolah rendah di Malaysia. Mengikut laporan, pada tahun 2002, kontraktor yang bertanggungjawab gagal menyiapkan 2,200 daripada 2,400 makmal komputer di seluruh negara. Hal ini seterusnya menjadi penghalang kepada hasrat kerajaan dalam melaksanakan projek Sekolah Bistari. Selain itu, pembinaan projek tidak mengikut spesifikasi juga berlaku contohnya pembinaan bangunan yang menggunakan bahan yang tidak berkualiti, pendawaian yang tidak betul dan sebagainya. Ini terjadi kerana pihak yang berkaitan tidak mempedulikan obligasinya kepada masyarakat dan hanya ambil pusing hal yang membawa keuntungan kepada empunya diri. Hal ini seringkali terjadi kepada masyarakat dunia kapitalis yang mementingkan kedudukan kewangan dan status semata-mata. Bahan-bahan yang tidak bermutu telah digunakan sematamata untuk menjimatkan kos pembangunan. Projek yang tidak mengikut spesifikasi diluluskan oleh orang yang tertentu kerana diberi sejumlah ‘hadiah’ untuk menandatangani kelulusan projek tersebut. Mendapat kemewahan dengan cara yang singkat telah membutakan mata golongan ini dan menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab yang dipikul semasa melakukan tugas mereka. Ada juga suara-suara yang berkata bahawa perkara ini adalah norma biasa yang berlaku hari ini dan kita haruslah hanya pandang sebelah mata sahaja. Mengapa ini boleh berlaku? Adakah hanya kerana kita sebagai ahli masyarakat yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan ataupun status dalam hieraki masyarakat tidak dapat berbuat apa-apa? Adakah kerana kerenah birokrasi dalam membuat pengaduan semakin kelam dan semakin sukar? Fenomena ini mencetuskan kebimbangan baik dari pihak kerajaan atau pun masyarakat umum. Seharusnya, terdapat mekanisme yang boleh memantau daripada perkara ini terjadi tetapi realitinya, mekanisme tersebut hanyalah terkandung di atas kertas tanpa penguasaan yang betulbetul efektif. Peranan yang lebih proaktif patut diambil oleh pihak-pihak tertentu yang berkaitan dalam menangani kes seperti ini. Janganlah hanya kerana diugut kita harus tunduk kepada tekanan yang mendatang. Kerjasama daripada semua pihak harus diambil demi untuk memastikan perkara-perkara yang disebut tidak berlaku. Setiap individu seharusnya memastikan bahawa nilai-nilai moral diterapkan dalam diri semasa menjalankan tugas. Ini kerana sebuah dokumen yang menjelaskan mengenai etika hanyalah merupakan garis panduan kepada diri kita sebagai golongan profesional. Terpulang kepada diri kita untuk menentukan kompas moral dan tingkah laku kita.

Related Documents

Etika
October 2019 60
Etika
June 2020 42
Etika
May 2020 37
Etika
June 2020 44
Etika
May 2020 44
Etika
June 2020 28