Etika

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Etika as PDF for free.

More details

  • Words: 2,568
  • Pages: 10
3.2.3 Seks Dan Pergaulan Bebas Seks bermaksud sifat-sifat yang membezakan lelaki dan perempuan atau jantina. Selain itu, ia juga bermaksud keinginan syahwat. Seks bebas pula bermaksud satu perbuatan atau kelakuan seks yang dilakukan oleh pasangan manusia iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan tanpa halangan atau kawalan atau tidak menghiraukan kesan dan akibat selepas melakukan perbuatan tersebut.

Dari sudut teori, seks bebas tidak

mematuhi adat atau melakukan sesuatu yang dianggap salah pada mata dan pandangan masyarakat. Dalam filem “Anak Halal” ini, pengarah menonjolkan adegan seks bebas ini selepas Ezam menyerah diri kepada Tajol kerana dia tidak dapat membayar duit yang dipinjamnya. Selepas Ezam dipukul teruk oleh Tajol dia di bawa ke tempat sarang penagih kerana Tajol menyuruh Ezam menjadi penjual dadah di kwasan itu. Semasa Ezam berada di situ, dia melihat sekumpulan remaja sedang melakukan seks bebas sambil menghisap dadah. Pergaulan bebas pula bermaksud satu percampuran atau persahabatan yang melampaui batas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Memang benar bersahabat dan bargaul dengan rakan-rakan yang berlainan jantina tidak salah tetapi ia mempunyai batas-batas hukum tertentu dan yang telah ditetapkan dalam pergaulan tersebut. Seperti juga seks bebas, dari sudut teori pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim merupakan satu perkara atau perbuatan yang tidak mematuhi adat atau melakukan sesuatu yang dianggap salah pada mata dan pandangan masyarakat. Dalam filen “Anak Halal” ini, pergaulan bebas ditunjukan oleh sekunpulan remaja yang merupakan watak utama dalam filem ini, iaitu seperti Indra Putra, Atika, Juhana, Lia, dan kawan-kawan mereka yang lain. Adegan ketara yang menunjukan pergaulan antara bebas sesama mereka semasa di disko ketika mereka menyambut hari jadi Atika. Ketika ini mereka berpeluk-pelukkan, bercium-ciuman, berpegang-pegangan tangan dan menari seperti tidak sedarkan diri dan di pengaruhi oleh alam tidak sedar. Megikut teori Psikoanalisis Freud mempercayai bahawa dalam diri manusia terdapat tiga

alam kesedaran iaitu alam sedar, alam prasedar dan alam tidak sedar. Alam tidak sedar merupakan bahagian yang terbesar pada fikiran manusia. Ia merupakan pendororng asas kepada tingkah laku manusia dan mengandungi kesemua naluri serta keinginan manusia. Akibatnya manusia akan bertindak dan menunjukan tingkah laku yang sukar diterima oleh orang ramai.

3.2.4 Budaya Lepak Budaya lepak merupakan satu gejala yang menjadi salah satu masalah yang sukar di atasi kerana gejala lepak ini bukan sahaja melibatkan golongan remaja tetapi juga melibatkan golongan dewasa serta turut melibatkan remaja bawah umur. Budaya lepak dengan membuang masa tanpa melakukan aktiviti atau kerja yang berfaedah ini boleh merugikan diri seseorang itu yang terlibat dengan gejala ini malahan ianya juga boleh merugikan sesebuah negara itu sendiri. Budaya lepak secara keseorangan atau berkumpulan boleh menimbulkan keraguan kepada sesebuah masyarakat yang memandang serong kepada mereka yang terlibat dengan gejala ini. Dalam filem ini juga, budaya lepak di terapkan bagi menggambarkan situasi masyarakat kota yang suka menghabiskan masa pada waktu malam dengan gejala lepak. Contohnya Putra, Shah, Daniel, Johana dan Atikah suka menghabiskan masa bersamasama pada waktu malam dengan melepak di gerai burger tempat Ezam dan adiknya Lia berniaga. Mereka melepak tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah dan mereka hanya berbual-bual kosong sambil bermain gitar. Hal ini dapat di buktikan melalui petikan katakata Johana kepada Atikah iaitu ( ’inilah port kami lepak malam-malam. Kami selalu ke sini untuk menghabiskan masa bersama bermain gitar dan berbual kosong’).

3.2.5 Gejala Rempit Rempit merupakan salah satu gejala sosial yang sukar di bendung oleh pihak kerajaan bagi sesebuah Negara. Rempit kebiasaannya melibatkan golongan remaja yang suka memandu motosikal secara merbahaya tanpa mempedulikan orang awam yang lain.

Remaja yang terlibat dengan gejala rempit ini sukar menerima nasihat daripada orang dewasa kerana mereka menganggap tindakan mereka itu tidak salah dari segi etika masyarakat norma bagi sesebuah Negara. Dalam filem anak halal ini mengambarkan masyarakat remaja yang suka melibatkan diri dalam gejala rempit dengan melakukan aksi merbahaya dan kes lumba haram. Contohnya watak Shah yang suka melibatkan diri dalam gejala lumba haram ini telah mengakibatkannya di tangkap oleh pihak polis sebanyak 7 kali. Namun begitu Shah masih lagi tidak serik untuk terus menjadi mat rempit. Bukti yang dapat mengukuhkan lagi yang terlibat dalam gejala rempit ini ialah melalui kata-katanya kepada kawankawanya ketika di dalam penjara iaitu( ’korang ni baru masuk lokap 2,3 kali dah kecoh, aku yang dah 7 kali masuk keluar lokap kerana kes lumba haram pun tak kecoh macam korang’).

3.2.6 Gejala Vandalisme Vandalisme merupakan satu perbuatan yang merosakkan harta awam dengan sengaja. Gejala vandalisme ini telah lama berlaku di negara malaysia. Gejala ini menyebabkan kerajaan negara malaysia terpaksa menanggung kos membaik pulih tinggi bagi menjamin keselesaan orang awam di malaysia. Hal ini menyebabkan pembaziran yang melampau bagi sesetengah pihak untuk membaik pulih sesuatu bahan atau benda yang di rosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Seperti kes yang di petik di bawah ini iaitu ”Sandakan, Sabah pada tahun lepas di mana Jabatan Bekalan Air Sabah mengalami kerugian lebih RM400,000 selepas tujuh sistem sumber air bawah tanah miliknya dirosakkan dan peralatannya dicuri. Selain itu pondok yang menempatkan sistem itu dipecah masuk dan bekalan elektrik turut dipotong manakala suis utama dirosakkan dan penyambung paip yang ada di situ turut

dicuri

oleh

mereka

yang

tidak

bertanggungjawab”

.

(utusan malaysia 2002,oktober 6)

Dalam filem anak halal ini terdapat unsur-unsur vandalisme antaranya dalam babak atau peristiwa sebelum ezam mati di tembak oleh jet. Pada masa itu Daniel, Lia dan Johana berbual kosong dengan Ezam sambil menunggu kedatangan Jet dan Lut

manakala shah pula yang sedang sibuk menconteng dinding tanpa mempedulikan kawankawannya yang sedang bersembang itu. 3.2.7 Budaya Pemakaian Budaya masyarakat timur yang mengambil berat tentang etika berpakaian seseorang itu merupakan salah satu aspek yang penting bagi menggambarkan nilai-nilai keperibadian seseorang. Dalam masyarakat timur yang menggalakkan masyarakatnya berpakaian sopan dan tidak terlalu mengikut etika berpakaian cara masyarakat barat yang terlalu seksi dan memperlihatkan susuk tubuh kepada orang ramai dan ini melanggar etika berpakaian masyarakat timur. Dalam filem anak halal ini juga mengambarkan keruntukan akhlak berpakaian masyarakat

zaman

sekarang

yang

berpakaian

menjolok

mata

menyebabkan

mendatangkan ghairah kepada seseorang untuk menyentuhinya. Hal ini dapat di tonjolkan melalui watak Atikah yang berpakaian seksi menyebabkan Jet cuba untuk merogolnya walaupun tidak berjaya kerana Atikah di selamatkan oleh Putra daripada di rogol oleh Jet ketika Atikah pergi ke tempat Jet untuk mendapatkan bekalan dadah demi menghilangkan ketagihannya. Antara petikan dialog yang dapat di petik di sini ialah (’ abang Ijam mana abang, saya cari dia, dia kata nak hantar barang kat saya, tolonglah bang saya nak barang sangat ni bang saya dah tak tahan sangat dah ni’) kata Atikah kepada Jet dan Jet pula menjawab (’ apa tak tahan? Aku pun dah lama tahan ni’) lalu Jet terus memeluk dan cuba merogol Atikah. Daripada ini dapat di tegaskan bahawa berpakaian yang menjolok mata atau seksi tidaklah patut di pakai oleh masyarakat terutamanya wanita. Dalam agama islam sendiri melarang penganutnya memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Menurut firman Allah s.w.t: ” wahai anak adam, kami telah menurunkan pakaian kepada kamu yang menutupi aurat kamu dan sebagai perhiasan bagi kamu, dan pakaian taqwa itu lebih baik, demikianlah di antara beberapa tanda Allah supaya mereka menerima peringatan.”(Al- Aa’raf:26)

3.2.8 Sambutan Ulang Tahun Kelahiran

Menyambut ulang tahun kelahiran merupakan satu fenomena biasa yang dilakukan oleh seseorang di dunia ini. Seseorang itu menyambut ulang tahun kelahirannya sebagai tanda bersyukur kepada tuhan mereka yang telah memanjangkan umur mereka sehingga mencecah seusia itu. Seseorang itu akan meraikannya dengan cara melakukan upacara bacaan doa selamat, melakukan solat sujud syukur dan solat hajat. Namun terdapat juga fenomena yang meraikan ulang tahun kelahiran dengan melakukan aktiviti yang melanggar etika seperti menyambut ulang tahun kelahiran bersama-sama teman di kelabkelab malam atau disko dan ada juga yang meraikannya dengan menjamu makanan kepada rakan-rakan kemudian mereka bersuka-ria tanpa rasa bersyukur kepada tuhan mereka kerana memanjangkan umur mereka. Dalam filem anak halal arahan Osman Ali ini ada menerapkan unsur-unsur yang melanggar etika ketika meraikan ulang tahun kelahiran. Hal ini dapat di gambarkan ketika Atikah mengajak kawan-kawannya ke disko untuk meraikan ulang tahun kelahirannya. Semasa di disko di gambarkan Atikah memeluk Putra dan mencium Putra ketika putera mengucapkan selamat hari jadi Atikah. Hal ini jelas melanggar etika masyarakat norma kerana pergaulan antara lelaki dan perempuan mempunyai batas-batas yang tertentu yang perlu di turuti.

3.3 Hubungan Sesama Manusia Seperti yang kita sedia maklum, manusia diciptakan saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain tanpa sikap kebergantungan ini, manusia akan mengalami kesukaran. Di dalam filem Anak Halal, ia memaparkan sebuah kisah mengenai perhubungan antara manusia dari segi persahabatan, sifat kerjasama antara manusia serta kisah percintaan yang sebenarnya merupakan realiti kehidupan sebenar masyarakat pada masa kini. Menurut Ho (1997) menyatakan bahawa masyarakat asia lebih mementingkan

ketenangan fikiran, hal-hal kerohanian dan agama berbanding dengan masyarakat barat. Masyarakat malaysia pula mementingkan kemoralan sosial secara kolektif dalam menentukan kebahagian hidup.

3.3.1 Persahabatan Salah satu nilai etika yang diterapkan dalam filem Anak Halal ialah persahabatan. Terdapat pelbagai pendapat yang menerangkan maksud persahabatan antaranya menurut Kamus Dewan edisi ke-3 merupakan satu perihal bersahabat atau mempunyai hubungan yang baik dengan seseorang. Terdapat dua jenis pesahabatan, pertama persahabatan kerana kepentingan kebendaan dan kedua persahabatan atas kepentingan agama. “Dalam memilih sahabat, umat Islam mempunyai etika-etika tertentu yang boleh diguna pakai iaitu kita perlu mencari orang yang berakal, baik akhlaknya, soleh, benar, dan tidak tamak kandunia”. (Imam al-Ghazali) “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia kasih pada dirinya”. (Sabda Rasullullah) Daripada ayat dan hadith di atas ,dapat kita hayati bahawa umat Islam itu adalah bersaudara dan menpunyai hak serta tanggungjawab antara satu sama lain. Ini adalah kerana Islam mahu semua umat Islam beriman kepada Allah S.W.T Tuhan yang berhak disembah.Ini dapat dibuktikan oleh Rasulullah S.A.W yang berusaha menyampaikan cara hidup Islam kepada manusia agar manusia iti tidak berada dalam kekufuran dan kejahilan.Apabila seseorang itu beriman kepada Allah S.W.T sudah pasti dia tidak ingin melihat saudaranya yang lain teraba-raba dalam kesesatan supaya semua umat Islam dapat menikmati keindahan rahmat Allah S.W.T di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat Oleh itu, bersahabatlah dengan orang yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang baik, yang dapat membantu kita memupuk nilai-nilai murni yang dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.

Dalam filem Anak Halal, pengarah filem telah menerapkan nilai persahabatan yang sangat kuat antara enam watak yang terdapat dalam filem tersebut iaitu Indra Putra, Johanna, Shah, Daniel, Lia dan Ezam. Hal ini dapat dapat dibuktikan semasa mereka sama-sama berusaha untuk menyelesaikan masalah Ezam yang berhutang dengan ceti haram.Berikut adalah petikan dialog antara Johana dengan Ezam.(“Kalau ape-ape jadi kat aku tolong jaga adik aku”) kata Ezam pada rakan-rakannya. Johana pula mengatakan kepada Ezam bahawa (“Takkan ade ape yang akan berlaku pada kau Ezam, selagi kami ada). Di sini menggambarkan betapa kuatnya nilai persahabatan atau semangat setia kawan yang cuba diterapkan dalam filem ini. 3.3.2 Kerjasama Selain itu, nilai etika yang diterapkan dalam filem Anak Halal juga adalah semangat bekerjasama. Kerjasama merupakan satu nilai etika yang amat murni, kerana dengan wujudnya kerjasama di dalam sesebuah organisasi masyarakat setiap masalah mudah diatasi, kerja susah akan menjadi senang. Selain itu dengan adanya sifat bekerjasama kemajuan mudah dicapai. Menurut Kamus Dewan edisi ke-3 kerjasama atau bekerjasama bermaksud saling membantu antara satu sama lain (antara dua atau beberapa pihak). “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (Riwayat al-Bukhari danMuslim). Hadith di atas menunjukkan Islam itu menggalakkan amalan berkerjama dan saling membantu antara umatnya ”Sabda Nabi s.a.w: “Bandingan golongan mukminin di dalam kasih-sayang, simpati dan tolong menolong antara satu sama lain seperti satu jasad. Sekiranya satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh anggota akan berjaga malam dan demam panas” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam filem Anak Halal pengarah filem telah menerapkan nilai atau semangat kerjasama yang begitu kuat antara keenam-enam watak yang terdapat di dalam filem tersebut iaitu Indra Putra, Johanna, Shah, Daniel, Lia dan Ezam. Berikut adalah petikan dialog

yang menunjukkan semangat kerjasama antara mereka. Daniel mengatakan

kepada Ezam (” Ezam, aku ada satu ratus untuk bagi kat engkau, ambillah”) Ezam menjawab (” kau simpan sudah, kan kebulur dahlah kering”). Hal ini menunjukkan yang Daniel cuba membantu Ezam bagi melangsaikan hutang dengan ceti haram. Manakala rakan-rakannya yang lain juga turut sama menemani Ezam semasa untuk menyelesaikan hutang.

3.3.3 Percintaan Pada masa yang sama, nilai yang terdapat dalam filem Anak Halal ialah nilai percintaan. Percintaan adalah satu nilai yang sangat murni dan sangat besar ertinya kepada seseorang. Dengan adanya nilai percintaan, seterusnya dapat mewujudkan nilai kasih sayang antara individu. Percintaan mempunyai maksud yang sangat luas dan sangat signifikan. Menurut Kamus Dewan edisi ke-3 percintaan bermaksud perihal bercintacinta atau berkasih sayang antara lelaki dan perempuan. Percintaan menurut Islam boleh dibahagikan kepada dua iaitu cinta kepada Allah dan cinta pada sesama manusia. Keutamaan adalah diberikan kepada cinta atau kasih kepada Allah kerana ianya akan kekal sampai mati sedangkan cinta dan kasih pada sesama manusia ini hanya di atas dunia sahaja. “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21) ”Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya". (Hadith Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi) ”Dalam pengkajiannya tentang kebudayaan Asia, mengatakan orang Asia umumnya dan orang Melayu khasnya memang gemar bercinta. Malah ada kala perkelahian berlaku sesama mereka akibat perebutan cinta seorang wanita dan lelaki” (TomePires 2003) Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana

dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat. Di dalam keadaan lain, ada yang sayang menyayang kerana Allah. Bercinta sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak melukakan hati, tidak meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak perlu risau tentang “frust”, tidak perlu melayan perasaan cemburu. Menurut Rasulullah, menyayangi seseorang kerana Allah dapat mendatangkan kemanisan iman. Namun, tidak ramai yang mengetahui caranya.namun Dalam filem tersebut juga, pengarah filem telah menerapkan nilai percintaan itu dalam watak Johanna. Walaupun Johanna menyukai Indra Putra namun dia memendam perasaannya tanpa memberitahu Indra Putra. Namun Johanna berasa cemburu apabila Indra Putra mula menyukai seorang perempuan yang baru hadir dalam hidup mereka iaitu Atikah. Perasaan cemburu ini dapat dibuktikan semasa babak antara Johanna bersama dengan ibunya digerai mereka. Berikut adalah petikan dialog antara Johanna dengan ibunya.(”Mak tengok Atikah dengan Putra tu macam ngam je kan”) kata Mak Leha kepada Johanna dan Johanna menjawab (”Mana ada, jauh panggang dari api, tak sesuai langsung”). Di sini menggambarkan yang Johanna mempunyai perasaan cinta terhadap Putra kerana dia berasa cemburu apabila emaknya mengatakan yang Putra sangat rapat dengan Johanna.

3.4 Melanggar norma masyarakat Mengikut Kamus Dewan, norma masyarakat ialah peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang di jangka akan di patuhi oleh anggota masyarakat. Golongan atau individu yang melanggar norma masyarakat dikaitkan dengan masyarakat yang tidak menerima sesuatu nilai atau tingkah laku yang dilakukan dimana perbuatan itu dianggap tidak normal apabila dipandang oleh majoriti masyarakat di sesebuah kawasan. Norma masyarakat berlainan mengikut mengikut kawasan. Terdapat perkara yang dilakukan oleh sesetengah golongan dapat diterima masyakat walaupun perkara tersebut

mempunyai kesan yang tidak baik. Misalnya, di Negara barat pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan dianggap normal oleh masyarakat barat namun masyarakat di negara lain tidak menerima gejala seperti itu misalnya

Malaysia. Golongan yang

melanggar norma masyarakat mempunyai sebab tersendiri. Dalam filem Anak Halal, didapati watak-watak seperti Hisham, Tajul, Indra Putra, Johana, Ezan dan rakan-rakannya telah melanggar norma masyarakat. Indra putra dan rakan-rakannya dianggap budak liar dan dipandang serong oleh masyarakat. Ini kerana budaya lepak, dan pergaulan yang diamalkan oleh Putra dan rakan-rakannya bertentangan dengan norma masyarakat di tempat mereka.

Related Documents

Etika
October 2019 60
Etika
June 2020 42
Etika
May 2020 37
Etika
June 2020 44
Etika
May 2020 44
Etika
June 2020 28