Etika dan peradapan Kerja Yang Mulia Nilai dan budi Pembinaan akhlak luhur adalah teras perlakuan dan ia perlu dilahirkan secara dalaman (Internal) dan tidak memerlukan daya pujuk mahupun faktor kepentingan tertentu. Seseorang yang berpegang pada nilai yang tinggi dikenal seorang yang beradab dan pasti budinya akan dikenang ramai. Amanah Pertanggungjawaban (accountability) membolehkan seseorang menerima kepercayaan untuk
memikul tugasan yang lebih berat. Sebaliknya individu yang menjalankan k erosakan atau penyelewengan (fasad) akan cenderung memecah amanah dan menyebabkan mereka
mengkuburkan kerjayanya. Barang siapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu. Barang siapa mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kejahatan itu" (Surah al-Zil Zaal: 7-8)
Hutang atau jasa Kebaikan yang dicurahkan kepada kerja akan dirasakan oleh pelanggan dan akhirnya membina kemuliaan kerja. Semakin tinggi nilai dan kebaikan yang dicurahkan, maka martabat kerja tersebut menjadi tinggi. Insan yang hanya meminta kebaikan dan tidak sedia berbakti pada organisasi dengan sepenuhnya adalah insan yang berhutang dengan organisasi dan orang ramai. Biar pun orang lain tidak sedar tentang hutangnya, tetapi dirinya akan mengetahui sendiri sejauh manakah tahap usaha dan sumbangannya. "Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri". Surah al-Qiyamah: 14
Produktiviti
Produktiviti bukan diukur berdasarkan kepada jumlah pengeluaran mahupun kualiti produk, tetapi juga pada tahap komitmen ahli pasukan dalam membentuk sifat-sifat yang terpuji. Biar pun wujudnya kecanggihan mesin dan kemahiran untuk mengeluarkan produk yang berkualiti secara besar-besaran, sifat manusia yang berteraskan penyelewengan dan pengkhianatan boleh menimbulkan keadaan kucar-kacir dalam organisasi kerja. Tanpa sifat keperibadian yang mulia, pelaburan mesin dan kemahiran yang canggih tidak akan memberi hasil seperti yang diharapkan. Kesepakatan dan kerjasama pasukan Prinsip ikramul muslimin atau Espirit de corp bermakna semangat setia kawan dan kesetiaan yang wujud di kalangan ahli-ahli akan membentuk keharmonian dan saling menghormati. Kejayaan ahli pasukan lain akan menjadi suatu kebanggaan bersama. Tahap konflik dan kecurigaan diturunkan demi membentuk kepercayaan yang tinggi sesama ahli pasukan. Kepentingan diri dan kepentingan pasukan Kedekut dan dengki akan membentuk jiwa ahli pasukan yang sempit dan bermusuhan. Masing-masing cuba memenuhi kehendak diri dan gagal mengesan serta memahami kehendak dan keperluan orang lain. Sebaliknya , ahli pasukan yang murah hati mengambil berat masalah orang lain dan sudi berganding bahu memikul beban kerja rakan selagi dirinya mampu. Ini sesuai dengan peribasa “berat sama dipikul , ringan sama dijinjing” Bangga dengan kejayaan pasukan
Diri seseorang tidak dapat menang dalam persaingan untuk merebut seseorang kebaikan dan sengaja memusnahkan peluang orang lain untuk mendapat kebaikan tersebut adalah suatu petanda bahawa dirinya cemburu dengan kejayaan orang lain. Ini menyebabkan orang yang berkualiti gagal menonjolkan diri dan kehilangan sumber tenaga manusia untuk memajukan organisasi ke tahap yang lebih tinggi. Akibatnya , individu yang mencetuskan masalah ini akan sama-sama merasa keperitan dari kesilapan tersebut. Jangan hanya harap bantuan Sikap mengharapkan bantuan untuk dirinya menyempurnakan sesuatu kerja dan tidak berinitiatif untuk menyelesaikannya sendiri akan membentuk sikap menyalahkan orang
lain atas kegagalan dan kesilapannya. Individu seperti ini tidak sedia menerima hakikat bahawa dirinya juga mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap kegagalannya. Seseorang yang cepat marah dan hanya menegur tanpa membentuk jalan penyelesaian terhadap setiap masalah dan kekurangan akan akhirnya membentuk organisasi yang saling menuduh. Budaya seperti ini tidak membawa sebarang kebaikan kepada organisasi kerana masing-masing hanya cuba mencari jalan untuk menegakkan dirinya benar. Sebaliknya , etika kerja yang mulia adalah berteraskan pada persefahaman, saling maaf memaafan dan sudi memberi panduan secara damai untuk kemajuan organisasi. Jujur dengan diri sendiri Menutup kelemahan diri dengan menipu atau bermuslihat adalah diibaratkan burung kasuari memasukkan kepala ke dalam pasir. Ini jelas menunjukkan dirinya tidak sudi memikirkan kepentingan pasukan dan hanya cuba mengelakkan diri dari dipersalahkan. Masalah yang belum selesai akan terus menjadi racun dalam organisasi. Sikap yang tidak bertanggungjawab ini menurunkan nilai kewujudan dirinya dalam organisasi. Ini kerana tahap kepentingan seseorang dalam organisasi adalah sejajar dengan jumlah masalah yang dapat diselesaikannya. Tabiat dan etika Seseorang yang telah diberi arahan berulang kali dan masih gagal mengubah dirinya adalah kerana dirinya mempunyai tabiat (habit) yang telah dibentuk dalam minda separa sedar. Perubahan sekadar arahan dan denda tidak akan mengubah tabiat kerana paksaan luaran adalah sementara dan tidak membawa kesan yang abadi dalam jiwa seseorang. Peruabahan etika kerja adalah suatu proses yang berpanjangan dan memerlukan komitmen yang tinggi. Prihatin dengan organisasi Rasa bersimpati dengan kegagalan atasan dan majikan adalah suatu petanda bahawa dirinya akan melakukan dengan lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang.
Sebaliknya , individu yang mengetawakan atasan atau menghina kelemahan organisasi tidak akan membentuk semangat perpasukan yang tinggi. Keceriaan diri Senyuman dan kemesraan dalam pasukan adalah suatu etika yang mulia. Di samping membentuk suasana kerja yang lebih selesa , ia akan membentuk imej organisasi yang menjadi tarikan kepada pelanggannya. Individu yang bermuka masam dan tidak sudi berkomunikasi dengan terbuka akan membentuk jurang perhubungan yang membawa berbagai prasangka negatif sesama ahli pasukan. Hormat-menghormati Menghormati atasan adalah teras pada keunggulan bangsa Jepun. Ini membentuk etika pasukan yang membawa kepada perpaduan kerana mereka merasa bangga dengan pemimpin mereka. Mengumpat dan berfitnah adalah suatu aspek kerjaya yang boleh membawa keruntuhan kepada perpaduan pasukan. Tanggungjawab terhadap organisasi Kejayaan pasukan adalah bergantung kepada kualiti ahli pasukannya. Ahli pasukan yang hanya pentingkan agenda diri tidak akan dapat menyumbang kepada kejayaan pasukan kerana masing-masing mempunyai sebab untuk mengelakkan diri dan tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan. Cari jalan dan bukan alasan Semakin tinggi etika tanggungjawab, semakin kurang alasan dan sebab untuk menolak tugasan biar pun berhadapan dengan persekitaran yang negatif dan mencabar. Mereka mencari jalan untuk mengatasi setiap penghalang dan alasan, ini menyebabkan mereka dapat menjalankan kerja yang orang lain anggap mustahil atau susah. Etika hidup seorang juara Kejayaan seseorang dalam dunia kerja tidak semestinya disebabkan dirinya mempunyai kemahiran atau kepintarannya, tetapi kerana komitmen untuk menawarkan diri bila orang
lain tidak mampu. Mereka terus mencari jalan bila orang lain mengatakan tidak, mereka terus berbakti biar pun orang lain kata cukup. Etika individu yang mencari jalan untuk mengelakkan tugasan jarang dapat memanjat tangga kejayaan dalam dunia kerja. Korban lebih dari ganjaran Bila seseorang senagaja menurunkan tahap kerja kerana gajinya kecil atau tidak diberi penghargaan yang sewajarnya, maka dirinya tidak akan mempunyai peluang untuk mendapat peluang yang lebih besar. Selalunya , peluang kejayaan bukan datang secara terus, ia mungkin datang dari berbagai aspek yang anda tidak jangka. Individu yang sengaja menghadkan potensi dan kredibiliti kerja akan berakhir dengan hamba kerja dan bukan tuan kepada kerja. Ini menyebabkan mereka terus teraniayai dengan sifat kerja yang rendah dan tidak berpeluang menikmati peluang kerja yang lebih besar. Ingat , kita bukan bekerja untuk majikan, kita bekerja untuk diri sendiri. Juara mengumpul pujian Sikap kerja yang tidak betul akan menyebabkan diri seseorang terkecundang dalam tohmahan orang lain. Sebaliknya sifat kerja yang baik akan mendapat kepujian ramai. Etika kerja adalah sejajar dengan tahap sanjungan seseorang. Semakin ramai orang memberi kredit pada kerja anda , maka semakin tinggi nikmat kerja. Jika kita mempunyai kepuasan kerja , maka kita akan mengenal makna kerja yang lebih tinggi. Sebaliknya , jika kita merasa kerja sebagai suatu yang menyakitkan dan menghampakan, maka kita akan kehilangan niat untuk bekerja. Insan yang beretika mempunyai keriangan kerja. Sikap terhadap masalah Tidak semua organisasi adalah sempurna. Ini kerana kita berhadapan dengan berbagai tekanan dan masalah dalam dunia kerja, tetapi kita sebagai ahli pasukan boleh memilih samada kita mahu bersikap positif dan melayan semua masalah tersebut dengan berpegang pada nilai-nilai yang murni, mahupun dengan cara yang bertentangan dengan teras agama dan nilai-nilai sejagat.
Masa akan membuktikan kebenaran dan hanya
individu yang berteraskan kebenaran sahaja yang dapat mendapat jaminan kerjaya yang abadi.
Kenali kedudukan anda Bila kita menyertai sesuatu bidang kerja, kita perlu mengetahui tahap kuasa dan peranan yang perlu dimainkan. Mencampur peranan atasan dalam pembentukan polisi atau merungut tentang kelemahan organisasi tidak memberi kesan yang bermakna dalam erti kemajuan kerana diri kita telah lalai peranan yang sepatutnya kita pikul. Rendah diri dan mengauk bersalah Seseorang yang sudi mengaku ebrsalah dan belajar dari kesilapan adalah insan yang agong. Sifat ego merupakan racun berbisa yang boleh menjadikan seseorang pekerja itu bersifat angkuh dan mementingkan diri sendiri. Akibatnya , seseorang akan terjebak dalam kesilapan dan membiarkan organisasi terus merana akibat kesilapannya.