PENGENALAN KEPADA PENGASAS
○
Fazli Zakaria – dilahirkan pada tahun 1982 di Batu Pahat, Johor.
○
Anak kedua daripada lima orang adik-beradik.
○
Pendiam dan jarang bercakap semasa kecil tetapi hanya di dalam keluarga, dengan kawan-kawan sebaliknya.
○
Sering membuat perkara-perkara yang akan akan membuat orang lain marah tanpa berfikir panjang.
○
Suka bersaing semasa di sekolah rendah dan sering mendapat keputusan yang baik, walaubagaimanapun semasa ke sekolah menengah menjadi malas dan terikut-ikut perangai kawan-kawan. Kemudian bertukar ke sekolah lain di tingkatan 4 dan lima menjadi rajin dan mula bersaing semula dalam pelajaran dan mendapat keputusan yang agak baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional.
○
Mendapat diploma dari universiti dan mengambil masa yang sangat panjang untuk menamatkannya kerana menjadi tersangat malas dan
hanya
memikirkan kesenangan dan kebebasan bersama kawan-kawan. Tidak fokus kepada pelajaran. Pemikiran yang berubah-rubah. ○
Sering berubah dalam bertingkahlaku dan cuba mencari jalan menyelesaikan masalah. Perlukan pendedahan tentang sesuatu serta kebergantugan yang tinggi. Kepercayaan yang tinggi dan kadangkala tertipu kerana terlalu tinggi kepercayaan .
1|Page
PENGENALAN KEPADA TEORI
Manusia mempunyai ciri-ciri yang unik yang diciptakan dan sering menimbulkan pelbagai persoalan dalam melakukan sesuatu perkara.
Semua manusia mempunyai pendapat dan pemikiran, dapat mengawal hala tuju hidup, bebas mengejar minat tanpa mengganggu hak orang lain.
Manusia sering berubah-rubah dalam bertingkahlaku dan menyesuaikan diri dengan situasi, persekitaran, budaya dan pengalaman lepas.
Perlu
kerjasama individu lain.
PANDANGAN TENTANG TABII MANUSIA ○
Motivasi tercetus atas desakan hidup.
○
Tingkah laku akan sering berubah mengikut peredaran masa, kepentingan, gaya hidup dan tidak terlalu kepada warisan kerana manusia mempunyai akal fikiran danboleh berfikir sendiri tentang sesuatu.
○
Tingkahlaku di lihat dari sudut persepsi – cara individu bertingkahlaku dan menyesuaikan diri dengan situasi biasanya konsisten dengan cara individu mempersepsi dirinya dan situasi di persekitarannya. Kendiri yang terhasil daripada pengalaman merupakan asas kepada persepsi. Persepsi dan interaksi seseorang dengan persekitaran akan berubah jika konsep kendiri berubah.
○
Kecenderungan ke arah kesempurnaan kendiri – individu memiliki motivasi kea rah perkembangan, penyesuaian, sosialisasi, kesedaran kendiri dan hak peribadi. Cara manusia mencari dan memenuhi keperluan khusus dan motif meningkatkan penghargaan kendiri.
○
Perhatian diberikan kepada kepercayaan, pandangan dan persepsi individu serta melihat dunia dari dalaman manusia itu sendiri.
2|Page
○
Manusia adalah baik dan boleh dipercayai – manusia mempunyai cirri-ciri boleh dipercayai, boleh diharap, membina dan baik. Ciri-ciri negative lahir kerana sikap mempertahankan diri yang memesongkan individu dari sikap atau sifat semulajadinya yang positif yang berpunca dari ketidakselarasan di antara kendiri ideal dan kendiri sebenar.
ANDAIAN ASAS DAN PRINSIP TEORI (a) Kerohanian (b) Arahan-kendiri (c) Kerja, rekreasi dan masa lapang (d) Persahabatan (e) Kasih sayang (f) Perkembangan hidup Keenam-enam kehidupan ini berinteraksi secara dinamik dengan beberapa
daya hidup seperti keluarga (family force) , masyarakat, agama, pendidikan, kerajaan, media dan perniagaan / perindustrian Tugas kehidupan dan daya hidup berinteraksi antara satu sama lain. Ia dipengaruhi oleh peristiwa global dan kejadian semula jadi atau manusia secara positif atau negatif. Semua tugas kehidupan saling berkait dan berinteraksi antara satu sama lain.
3|Page
MATLAMAT TERAPUTIK ○ Mendidik
klien,
membantu
mereka
memperolehi
nilai
berdasarkan
kepentingan sosial. ○ Memberi maklumat, mengajar, membimbing dan memberi galakan ○ Mewujudkan dan mengekalkan hubungan kaunseling yang egalitarian ○ Menganalisis dinamik – gaya hidup, matlamat dan faktor yang mempengaruhi ○ Membuat interpretasi bagi menghasilkan wawasan ○ Mengorientasi dan mendidik semula klien dengan perubahan tingkahlaku yang sihat
PERANAN KAUNSELOR ○ Menjadi tempat bagi klien untuk membincangkan masalah dan tempat klien melepaskan perasaan dalamannya yang menjadikan kaunselor sebagai pendengar yang baik ○
Membuat penilaian berdasarkan kisah hidup dan pengalaman serta sesuatu peristiwa dari awal permulaan
○
Mengingatkan tentang agama di mana merupakan asas yang sangat penting dalam merubah dalaman seseorang walaupun klien sendiri mengetahuinya
○ Berkongsi interpretasi, pandangan, pendapat dan perasaan dengan klien ○ Meningkatkan hubungan teraputik ○
Memberi tugasan kepada klien yang bertujuan merubah klien ke arah kebaikan
○ Fokus kepada aspek kognitif serta melibatkan modifikasi tahap motivasi ○
Kaunselor bukan sahaja menukar tingkahlaku tetapi juga menghasilkan tahap motivasi baru yang positif dalam diri klien
4|Page
TEKNIK-TEKNIK 1) Membina Hubungan 2) Meneroka latarbelakang klien 3) Menerokai kekuatan potensi klien
4) Mengenalpasti matlamat klien 5) Mengenalpasti alternative yang ada 6) Membuat pilihan 7) Membuat tindakan 8) Penamatan 9) Susulan
1.) MEMBINA HUBUNGAN Proses kaunseling dimulakan dengan membina hubungan yang baik dengan klien. Kaunselor menenangkan emosi, relaks, tenang dan tidak menggelabah. Kaunselor melayan dengan mendengar luahan perasaan klien. Kemesraan adalah syarat kepada kepercayaan dan kerjasama antara kaunselor dank lien. Kemahiran mendengar, memberi respon, hormat, ketulinan dan mempercayai klien boleh berubah Teknik terlibat – melayan dan mendengar, mengenalpasti dan menjelaskan matlamat, membekalkan empati
2.) MENEROKA LATARBELAKANG KLIEN
Kaunselor harus meneroka latar belakang klien. Kaunselor harus sedar bahawa klien terdiri daripada pelbagai latar belakang. Hal ini meliputi hal-hal yang berkaitan pergaulan, pendidikan, latarbelakang keluarga, layanan keluarga, layanan sekeliling dan sebagainya. 5|Page
Pencapaian dan peristiwa-peristiwa lampau juga perlu diambil kira. Mengenali gaya hidup klien – menumpukan kepada perasaan, motives, kepercayaan dan matlamat Cara berinteraksi dengan keluarga dan persekitaran Perasaan dan pemikiran Kenangan yang dapat diingati dengan jelas Klien boleh diminta mengimbas semula dengan memejamkan mata Kaunselor boleh menggunakan soalan soalan yang berkaitan
3.) MENEROKA KEKUATAN DAN KELEMAHAN KLIEN
Kaunselor perlu menerokai kelemahan dan kekuatan klien. Penerokaan itu meliputi aspek minat, personality, nilai pencapaian individu. Di samping itu penerokaan aspek sikap, konsep kendiri, aras motivasi dan lain-lain juga boleh di sentuh.
Kaunselor perlu memerhatikan aset, dan kekuatan klien
4.) MENGENALPASTI MATLAMAT
Kaunselor perlu mengenalpasti beberapa matlamat yang sesuai dengan potensi diri klien secara bersama dengan kaunselor.
Klien perlu ada matlamat untuk berjaya dalam sesi
5.) MENGENALPASTI ALTERNATIF YANG ADA
6|Page
Kaunselor perlu mengenalpasti alternative yang berkaitan dengan matlamat yang dikenalpasti. Kebaikan dan keburukan setiap alternative yang perlu ditentukan dan dikenalpasti. Klien memahami masalah dirinya Memahami perkara-perkara atau tindakan yang menyumbang kepada masalah tersebut
6.) MEMBUAT PILIHAN
Berdasarkan matlamat dan alternative yang telah dikenalpasti kaunselor dan klien perlulah berbincang agar satu keputusan berkaitan pilihan dapat dilakukan dan bagaimanapun keputusan akhir kerjaya perlu dibuat ditentukan oleh klien sendiri.
7.) MEMBUAT TINDAKAN Setelah klien menetukan keputusan pelan tindakan atau perancangan untuk mencapai matlamat yang telah diputuskan boleh dibincangkan bersama. Proses membuat tindakan ini adalah proses perlaksanaan langkah pertama kepada matlamat. Oleh yang demikian klien harus mempunyai keazaman dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat.
8.) MENAMATKAN SESI
Penamatan sesi perlu dilakukan setelah klien berjaya menyelesaikan masalah yang dialaminya. Penamatan dilakukan secara formal. Selaras dengan falsafah kaunseling mengajar individu agar tidak bergantung kepada orang lain. Setelah sesi ditamatkan maka hubungan kaunseling yang wujud antara kaunselor
dank
lien
terputus
sendiri
dank
lien
terpaksa
berdikari
menyelesaikan masalahnya sendiri. 7|Page
9.) SUSULAN Kaunselor hendaklah membuat tindakan susulan untuk menentukan jika ada apa-apa masalah yang dihadapi oleh klien dari semasa ke semasa. Contohnya kaunselor boleh telefon, menghantar sms, emel, memo, pertemuan ringkas dan sebagainya. Membuat keputusan dan mengubahsuai matlamatnya Menggalakkan klien berkelakuan spt diingininya
RUMUSAN
8|Page
Kaunselor perlu mempunyai kemahiran kaunseling individu bagi memudahkan perjalanan sesi kaunseling dan mengenalpasti masalah. Selain membuat kajian, pengalaman dalam mengadakan sesi kaunseling amat perlu supaya kaunselor bijak dalam mengendalikan sesi. Klien akan berubah sekiranya dibantu dan diberi pendedahan kerana setiap manusia mempunyai akal fikiran dan akan sentiasa berubah.
9|Page