Esei Ptk Lengkap

  • Uploaded by: Lauren Moore
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei Ptk Lengkap as PDF for free.

More details

  • Words: 3,782
  • Pages: 22
680825-03-5550 RINGKASAN EKSEKUTIF Kertas Projek ini akan membincangkan tentang proses pencerapan rakan sejawat.. Kualiti yang akan terbina bergantung sepenuhnya kepada proses yang dirancang oleh pergawai perkhidmatan pendidikan iaitu guru. Dalam konteks ini pencerapan memainkan peranan yang cukup besar dalam melahirkan seorang guru yang cemerlang, sebagaimana yang dihasratkan oleh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Oleh itu modal insan merupakan pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan dan kemajuan negara.Kertas projek

ini juga akan

membincangkan definisi konsep, pendahuluan, dan proses pengembangan isi berkaitan dengan pencerapan.Antara kupasan dalam kertas projek ini adalah seperti berikut : a. PANDUAN PENGGUNAAN PETA GRAFIK DALAM PENGAJARAN b. MENGAPLIKASIKAN ILMU PEDAGOGI YANG BERKUALITI DAN POST MORTEM c. MENGGUNAKAN PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN BERKESAN d. TEKNIK PENYAMPAIAN YANG BERKESAN DALAM PENGAJARAN e. PENGURUSAN FIZIKAL KELAS YANG EFEKTIF DAN KONDUSIF

Perincian kertas projek ini ialah untuk mengatasi kelemahan rakan sejawat untuk meningkatkan kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara usaha yang dicadangkan untuk mengatasi kelemahan rakan sejawat ialah membuat perubahan dalam aspek perancangan dan pedagogi guru. Penggunaan sains dan teknologi dalam pendidikan dan memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan. Pengaplikasian tugasan ini di SMK Menkebang, Kuala Krai, Kelantan.

Dalam penulisan ini juga, saya akan menggariskan satu persatu mengatasi kelemahan rakan sejawat dan membantu untuk meningkat keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah 1

680825-03-5550 1.0

PENDAHULUAN

Penyeliaan atau pencerapan pengajaran merupakan satu ketetapan yang telah diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantau proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Namun, usaha ini sering disalahertikan oleh para guru dan menganggap proses penyeliaan sebagai satu ancaman terhadap tugas mereka. Justeru, pencerapan sebagai medan untuk meneroka ilmu pengetahuan yang berkaitan melalui penyelia, dari segi bentuk penyeliaan yang dijalankan, sifat maklum balas yang diterima serta perhubungan faktor demografi guru seperti jantina, umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar dengan persepsi guru terhadap proses penyeliaan pengajaran di bilik darjah. Hal ini menunjukkan amalan penyeliaan tidak dijalankan dengan sepenuhnya sebagaimana arahan Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala, mereka yang bertanggungjawab dalam melaksanakan proses penyeliaan pengajaran terdiri daripada Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Penyelia Petang.Pencerapan memberi kesan lansung kepada guru yang dicerap. Oleh itu, jelaslah bahawa persepsi guru terhadap proses penyeliaan mempunyai perkaitan yang erat dengan sikap penyelia, bentuk penyeliaan dan sifat maklum balas yang diterima. Pencerapan, merupakan cetuusan idea Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Perubahan dan inovatif akan berlaku selepas pencerapan dilakukan. Perubahan dan kreativiti pengajaran guru bergantung kepada komitmen yang guru mampu salurkan kepada pelajarnya.

2

680825-03-5550 2.0

DEFINISI KONSEP

2.1

Pencerapan / Penyeliaan Pengajaran

a. Boardman, et. al. (1953: 3) menyatakan bahawa " to oversee, to superintend, or to guide and to stimulate the activities of others with a view to their improvement" . Harris (1975) menyatakan penyeliaan dalam pengajaran bermaksud segala tindakan yang diambil ke atas kakitangan dengan tujuan melaksanakan atau membaiki proses pengajaran di sesebuah sekolah. Alfonso et. al.(1980) menyatakan konsep penyeliaan sebagai satu tingkahlaku yang dipertanggungjawabkan secara rasmi kepada seseorang yang mendatangkan kesan kepada guru untuk mempertingkatkan lagi pembelajaran murid-murid dan seterusnya mencapai sesuatu matlamat tertentu.

b.

Penyeliaan merupakan satu proses memerhati, membimbing dan memberi

maklumbalas kepada aktiviti profesional oleh penyelia ke atas stafnya (Wan Mohd Zahid Wan Mohd. Noordin, 1987). Ini di antara caranya yang dapat dilaksanakan untuk mempastikan keberkesanan perkhidmatan yang tinggi kualitinya. Jelas sekali penyeliaan bermakna memberi tumpuan utama kepada kesan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan sesebuah organisasi ke atas stafnya merupakan satu perkhidmatan tidak langsung untuk pelanggannya.

c. Ibrahim Mamat(1993) menyatakan pula penyeliaan pendidikan bermakna memberi pimpinan

kepada

para

guru

untuk

berkembang,

meningkat

dan

mencapai

kesempurnaan dalam tugas mereka. Rabiah Sidin(1994) menjelaskan bahawa penyeliaan sebagai membanu guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Al Ramaiah(1999) menyatakan penyeliaan sebagai satu usaha untuk 3

680825-03-5550 mendorong, menyelaras dan membimbing guru dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh Lebar(2000) menyatakan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.2

Rakan sejawat – Rakan Sejawat ialah kaki tangan / pekerja yang menjalankan

tugas di organisasi yang sama atau tempat kerja yang sama. Dengan kata lain rakan sejawat menjalankan tugas yang sama dengan kita di tempat yang sama.

2.3 Mengatasi Kelemahan – Kelemahan dalam konteks masalah yang dihadapi dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan lebih tepat kelemahan guru dalam merencana kurikulum dengan lebih berkesan.

2.4

Mutu Pengajaran – Mutu pengajaran ialah kualiti isi pelajaran yang diterima oleh

pelajar. Mutu pengajaran amat penting untuk mencapai objektif isi pelajaran. Semetelahan untuk mencapai visi dan misi organisasi.

4

680825-03-5550 3.0

PENGEMBANGAN ISI

3.1

PANDUAN PENGGUNAAN PETA GRAFIK DALAM PENGAJARAN

Penggunaaan peta grafik merupakan elemen yang penting untuk mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Penggunaan peta konsep ini adalah bagi pelajar yang lemah Berdasarkan pemerhatian, saya dapati rakan sejawat hanya menggunakan buku sepenuhnya sebagai bahan bantu mengajar. Hasil penilaian dan pemantauan pelajar tiidak dapat menguasai isi pelajaran dalam subjek sejarah. Antara cadangan yang saya syorkan kepada beliau adalah seperti berikut :

a. Edarkan peta grafik mengikut bab kepada pelajar 1 minggu sebelum kelas tentang bab itu bermula. Maklumkan kepada pelajar topik yang yang wajib dilengkapkan dalam peta grafik tersebut.

b. Pelajar akan menggunakan Buku Teks Tingkatan 4 KBSM sepenuhnya sebagai panduan untuk melengkapkan peta grafik tersebut. Pelajar pintar biasanya dapat menyelesaikan pembelajaran 1 bab tersebut dalam masa 1 minggu. (Mastery Learning)

c. Pelajar akan lebih berdikari membaca Buku Teks Sejarah sambil membuat catatan ringkas dalam peta grafik tersebut.

d. Semasa kelas Sejarah, guru perlu memastikan peta grafik telah dilengkapkan sebelum memberi latihan soalan struktur atau esei untuk dibincangkan bersama 5

680825-03-5550 pelajar. Pelajar lemah, yang tidak dapat menyelesaikan tugasan akan diberi lebih perhatian.

e. Semasa sesi pembelajaran di kelas, pengajaran adalah berpusatkan pelajar, guru bertindak sebagai fasilitator

f. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas: Guru boleh tumpukan kepada teknik menjawab soalan struktur atau esei (Sejarah Kertas 2 SPM), berdasarkan topik peta grafik yang telah disiapkan oleh pelajar sebelumnya.

g. Guru akan lebih mudah menjelaskan istilah, konsep dan fakta Sejarah jika pelajar telahpun menyelesaikan tugasan peta grafik.

h.

Guru dapat memberi perhatian kepada pelajar lemah.

i. Guru dapat memastikan pelajar tingkatan 4 telah menguasai teknik menjawab soalan struktur dan esei lebih awal. (Sebelum mereka ke Tingkatan 5)

Sebagai penegasannya , penggunaan peta konsep ini adalah penting pelajar lemah menguasai isi pelajaran dengan cepat. Guru sentiasa membimbing pelajar dan membuat pemantauan secara berrterusan.Penggunaan peta konsep ini, pelajar secara langsung dapat menguasai fakta sejarah dengan cepat dan tempoh mengingati fakta tersebut adalah lama. Teknik memang amat sesuai digunakan bagi pelajar yang ingin menjawab soalan esei SPM. 6

680825-03-5550 3.2

MENGGUNAKAN

ILMU

PEDAGOGI

YANG

BERKUALITI

DAN“POST

MORTEM” Ilmu pedagogi yang tinggi amat penting bagi seseorang guru. Pedagogi ini meliputi aspek memahami sikap dan sifat pelajar/murid dalam bilik darjah. Tanpa ilmu ini proses pengajaran berkesan tidak akan tercapai. Kecapaiannya melalui penerokaan dan menjiwai isi hati pelajar semasa proses pengajaran berlaku. Berdasarkan penilaian pencerapan, didapati rakan sejawat masih lemah dalam beberapa aspek. Antaranya adalah seperti berikut : a. Menggunakan pendekatan biasa, tanpa dapat menarik perhatian pelajar. b. Mengajar secara tersurat, tanpa memikirkkan yang tersurat. Kelemahan kecil ini diatasi dengan beberapa kaedah yang berkesan. Pendekatan dan kaedah yang dicadangkan kepada rakan sejawat adalah seperti berikut : a.

Pendekatan “Intimidation”

Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar

seperti

ancaman,

sindiran,

kata-kata

yang

mempersendakan

dan

memperkecilkan diri pelajar serta paksaan. b. Pendekatan “Autoritarian” Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan. 7

680825-03-5550 c. Pendekatan “Cookbook Management” Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber. d. Pendekatan Sosioemosi Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan. e. Pendekatan Permisif (Kebebasan) Kebebasan

sepenuhnya

diberikan

kepada

pelajar

dengan

tujuan

untuk

memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing. f. Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.

8

680825-03-5550 g. Pendekatan Pengajaran Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai. h. Pendekatan Proses Kumpulan Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah. 3.2.1

Membuat “Post Mortem”

Saya juga turut mencadangkan rakan sejawat untuk membuat headcount dan diikuti dengan post mortem. Data dalam headcount dikaji dan dianalisis untuk dikenalpasti kelemahan supaya tindakan pembetulan lebih tepat di buat berdasarkan data bukan berdasar anggapan.Guru perlu diberi penjelasan dan kefahaman akan rasional dan tujuan post mortem. Konsep dan kaidah membuat post mortem berdasarkan kaidah analisis swot dan teknik 5W+2H. Post mortem dilaksanakan untuk mengesan kelemahan dan punca masalah serta mengambil tindakan penyelesaian masalah. Kenalpasti punca masalah akan memudahkan penyelesaian masalah.Guru perlu sentiasa laksanakan post mortem selepas ujian bulanan, peperiksaan penggal dan peperiksaan percubaan.Hasil post mortem dijadikan asas untuk tindakan bersama secara bersepadu dan bersenergi. 9

680825-03-5550 Kesimpulannya ilmu pedagogi amat penting untuk guru menterjamahkan ideanya dalam bilik darjah. Kemahiran ini memberikan proses pengajarran akan menjadi lebih berkesan.

Pedagogi

juga

guru

boleh

memahamii

kemahuan

murid

secara

mendalam.Beberapa teknik yang diterapkan kepada rakan sejawat untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya.Di samping itu juga “headcount” dan “post mortem “memainkan peranan penting untuk meningkatkan kualiti pengajaran.

10

680825-03-5550 3.3 MENGGUNAKAN PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN BERKESAN Strategi dan pendekattan pengajaran merupakan elemen penting bagi setiap orang guru. Selepas pencerapan yang saya lakukan terhadap rakan sejawat, didapati beliau lemah dalam aspek menggunakan strategi yang berkesan dalam bilik darjah. Beberapa cadangan strategi dan pendekatan untuk mengatasi kelemahan pengajarannya. Antara kelemahan rakan sejawat, dari aspek pendekatan dan strategi adalah seperti berikut : a. Beliau tidak menggunakan pendekatan sesuai dengan isi pelajaran. b. Strategi yang digunakan oleh rakan sejawat tidak menarik minat pelajar. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatanpendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan

kumpulan,

pendekatan

kelas,

pendekatan

kelas

bercantum

dan

sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah 11

680825-03-5550 yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan

kriteria

bagaimana

isi

pelajaran

disampaikan

maka

terdapatlah

pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan

situasi,

pendekatan

nahu.

pendekatan

psiko-linguistik,

Pendekatan-pendekatan

ini

pendekatan timbul

terjemahan

berasaskan

dan

teori-teori

pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran. 3.3.1

Strategi Pengajaran Berkesan Dan Berfokus

Selepas pencerapan dijalankan, didapati rakan sejawat tidak menggunakan strategi berfokus untuk meningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik darjah. Lantaran itu, saya berpendapat

strategi

pengajaran

efektif

perlu

digunakan

oleh

beliau

untuk

12

680825-03-5550 meningkatkan kualiti pengajarannya.Antara pendekatan yang dicadangkan adalah seperti berikut : a. Untuk

mencapai

objektif-objektif

pengajaran,

seseorang

guru

biasanya

menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Dalam hal ini saya turut mencadangkan beliau menggunakan rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. b. Saya telah mencadangkan kepada rakan sejawat untuk menggunakan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. c. Saya mencadangkan beliau memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Sebagai penegasannya, jelas sekali menunjukkan bahawa pendekatan dan strategi berkesan amat penting menarik perhatian pelajar dalam bilik darjah. Beberapa cadangan yang syorkan kepada rakan sejawat untuk membaiki kelemahan dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 13

680825-03-5550 3.4

TEKNIK PENYAMPAIAN YANG BERKESAN DALAM PENGAJARAN

Teknik

penyampaian

berkesan

adalah

amat

penting

bagi

seseorang

guru.

Penyampaian yang jelas dengan nada suara yang tegas akan meningkatkan lagi proses

pengajaran

seseorang

guru.

Antara

dapatan

yang

diperolehi

dalam

pencearapan rakan sejawat adalah seperti berikut : a. Lemah dalam penyampaian- penyampaian yang tersekat-sekat dan tidak jelas. b. Nada suara yang kurang jelas- Sebutannya sukar bagi pelajar untuk menerima isi pelajaran. c. Pelajar tertanya-tanya tentang apa yang telah disampaikan- Mesej tidak jelas tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut. Situasi ini berlaku, saya terus mencadangkan kepada beliau, untuk mencuba beberapa teknik

peyampaian

yang

berkesan

semasa

proses

pengajaran

berlaku.

Kesinambungannya, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan satu proses pengajaran yang menghasilkan satu proses pembelajaran yang berkesan dimana ianya dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar (Professor Madya Dr Salihan Siais, 2001 ). Dengan kata yang lebih mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, kefahaman dan lebih menghayati apa yang disampaikan serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalan. Berikutan dengan itu, pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan berkesan. Kaedah pendidikan pada masa kini seharusnya lebih memberikan penekanan terhadap budaya berfikir dimana para pelajar didedahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang mampu menjana 14

680825-03-5550 mereka ke arah pemikiran secara kritis dan kreatif. Ini bermakna guru harus mahir dalam menggunakan pelbagai teknik dalam merekabentuk kaedah pengajarannya agar maklum balas daripada pelajar melalui proses interaksi mampu menjana pemikiran para pelajar ini (Zaini, I., 2001). Menurut Dr. Zolazlan Hamidin, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, menyatakan pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar. Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar. Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada: a.

Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran- mengaplikasi bahan pengajaran

dengan berkesan. b. Keperluan bahan pengajaran-untuk memudahkan pelajar menerima isi pelajaran dengan sebaik mungkin c. Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran-satu kaedah yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah. d.

Kemahiran berkomunikasi- proses interaksi antara guru dengan pelajar untuk

meningkatkan kualiti pengajaran. Secara kolektifnya, dapat disimpulkan bahawa teknik penyampaian dalam bilik darjah memainkan peranan penting untuk meningkatkan kualiti pengajaran. Berdasarkan situasi tersebut, saya mencadangkan beberapa langkah kepada rakan sejawat untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Justeru perubahan yang lebih inovatif guru adalah amat diharapkan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. 15

680825-03-5550 3.5

PENGURUSAN FIZIKAL KELAS YANG EFEKTIF DAN KONDUSIF

Pengurusan kelas yang efektif amat penting bagi seseorang guru untuk menarik minat pelajar.Ketentuan pencapaian objektif pengajaran adalah bergantung sepenuhnya kepada guru yang bijak mengurus bilik darjah. Dalam penilaian rakan sejawat didapati beliau pengawalan kelasnya masih boleh diperbaiki. Saya juga turut mencadangkan beberapa aspek penting perlu diambil olehnya untuuk mengatasi kelemahan.

Mengikut Kamus Dewan (2005) pengurusan bermakna mengurus sesuatu atau perihal mengurus. Ini membawa pengertian yang lebih luas ke arah mengendalikan sesuatu agar ia lebih teratur. Dalam kontek pendidikan,pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Justeru, keadaan fizikal bilik darjah seharusnya menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran. Ia turut merangkumi susun atur kerusi meja pelajar, jadual waktu mata pelajaran dan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan dan sebagainya.

Dalam

pelaksanaan

sesuatu

kurikulum,

terdapat

jurang

perbezaan

diantara

perancangan kurikulum dengan realiti yang terdapat dalam bilik darjah (kementerian Pendidikan Malaysia : Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 1998:12 ). Jurang ini meliputi kandungan kurikulum, penilaian dan peperiksaan, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, penggunaan bahan-bahan kurikulum dan pengurusan kurikulum. Situasi ini ada hubungkaitnya dengan pengurusan bilik darjah. Menurut Hj. Samsudin Mohd. Nor, pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa 16

680825-03-5550 dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Bagi Hj. Samsudin Mohd.Nor, pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.

Bilik

darjah

sebagai

tempat

berlakunya

proses

pengajaran

dan

pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah.

Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Dalam hal ini kita melihat pengurusan kelas adalah satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal kelas yang merangkumi galakan komunikasi, interaksi antara murid, penyusunan kerusi meja serta penjaminan cukupnya cahaya dan udara untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Ee Ah Meng : 1997). Ini penting sebagai faktor penggalak kepada pembangunan kelas. Dengan kata lain,aspek fizikal kelas perlu menekankan aspek-asoek keselamatan, kebersihan, keselesaan, keindahan, susun atur meja, penyediaan fail murid dan penyediaan bahan bantu mengajar guru untuk kemudahan murid. Justeru, sesebuah kelas yang diurus baik dari segi fizikalnya perlulah ceria, murid rasa seronok menghadiri kelas, gejala ponteng dapat dikurangkan dan kelas menarik dan kondusif. Antara objektif penambahbaikan ini adalah seperti berikut ; a. Meningkatkan motivasi kendiri pelajar-pelajar agar lebih berkeyakinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. b. Mewujudkan suasana kelas yang ceria, kondusif dan selamat bagi pelajar. c. Menjadikan kelas sebagai rumah kedua pelajar dan guru, selaras dengan slogan sekolahku syurgaku. 17

680825-03-5550 Sebagai penegasannya kemahiran seseorang guru dalam pengurusan kelas adalah sangat penting. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih berkeyakinan. Menurut Ee Ah Meng (1994), pakar-pakar pendidikan telah menjalankan berbagai-bagai penyelidikan dan telah merumuskan bahawa suasana fizikal yang baik akan menjamin kelicinan dan keberkesanan pengajaran-pembelajaran

18

680825-03-5550 4.0

KESIMPULAN / PENUTUP

Secara kolektifnya dapat disimpulkan bahawa pencerapan guru memainkan peranan penting untuk membuat perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pencerapan juuga member kesedaran kepada guru yang yang dicerap untuk membaiki sebarang kelemahan yang sedia ada. Proses ini pencerapan berlaku dalam tiga dimensi iaitu sebelum, semasa dan selepas. Proses ini secara langsung member impak positif kepada guru yang dicerap. Kesinambungan antara pencerap dan yang dicerap akan membawa perubahan kepada proses pengajaran dan secara umumnya kepada organisasi Pencerapan menjadikan seorang guru akan usaha untuk meningkatkan prestasi murid tidaklah semata-mata bergantung kepada kemahiran menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang pelbagai sahaja. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga berkait rapat dengan kefahaman guru tentang peranan mereka yang sebenar, personaliti, keperibadian, kewibaan dan kesungguhan yang ditonjolkan, kebijaksanaan menawan hati budi murid, sifat pengorbanan dan keikhlasan, di samping perancangan yang teliti dan menyeluruh.Pemantauan dan penyeliaan yang berterusan serta melakukan refleksi bagi tujuan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan merupakan usaha-usaha dilakukan semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Secara keseluruhannya pencerapan mata pelajaran memberi impak yang besar kepada guru untuk membuat perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru juga sebagai arkitek akademik yang menjadi inspirasi kepada semua pelajar.

19

680825-03-5550 5.0

SUMBER RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

Abd. Shukor Abdulah, (1988). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah – Isu Strategi Dalam Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. XXXII (71).. m.s 10-33. Anderson, Coralyn S. (1987). Instructional Leadership Behaviours In High School Principals, Assistant Principal And Deparmant Chairpersons : The High School Journal. 70 (2) : 115 - 123. Arthur, J. Lewis & Alice, Miel (1972). Supervision For Improved Instruction. California: Wadsworth Publishing Campany,Inc. Barkley, William M.; et. al. (1985) bertajuk " The Impact of Practicum Supervision with vs. without Audio Tapes" , ERIC_NO: ED264478 Benjamin, R. (1981). Making School Work. New York : The Continuum Publishing Company. Broadwell, Martin M. (1975). Supervisior dan Masalahnya. Yogyakarta : Penerbitan Yayasan Kanisius. Charles, A. (1987). The Leadership Style of the Elementary Principal and its Relationship to Curriculum Change in Reading. Ed. D dissertation, The State University of New Jersey (New Brunswick). (ERIC Dokument Reproduction Service No. ED 166686) Duke, D.L. (1987). School Leadership and Instructional Improvement. New York : Random House. Ellet, C.D., & Walberg, H.J. (1979). Principal's Competency, Enviroment, and Outcomes in H.J. Walberg (Ed), Educational Enviroment and Effects. Berkerly, Cal. : McCutchan Publishing Corporation. Fullan, M. (1982). The Meaning of Educational Change. New York : Teacher College, Colombia University. Ginsberg, R. (1988). Worhty Goal... Unlikely Reality : The Principal as Instructional Leader. NASSP Bulletin, Vol. 72 (507).p. 76-82. Goalstein, William (1982). Supervision Made Sample. Indiana : Phi Delta Kappa Educational Foundation. Goldhammer, R. et. al. (1980). Clinical Supervision : Special Methods for the Supervision of Teachers. (2nd. ed.) New York : Random House. Ibrahim Mamat, (1993). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 20

680825-03-5550 Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, (1993). Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur : Malindo Printers Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia, (1994). Principal Work Targets. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Likert, R. (1961). New Patterns Of Management. New York : McGraw Hill Book Company. Mohd Salleh Lebar, (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya : Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd. Nazaruddin Hj. Mohd. Jali et. al (1993). Penyeliaan Pendidikan : Kepimpinan Instruksi Guru Besar & Pengetua. Jurnal Pendidikan. Petikan : http://www.geocities.com/padeat68/pengenalan_penyeliaan_P_P.htm Sergiovanni, T. J. (1983). Supervision : Human Perspectives. New York : McGraw Hill Book Company. Sergiovanni, T. J. (1995). The Principalship : A Reflective Perspective. Boston : Allyn & Bacon. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1999 bertajuk Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. Wan Mohd Zahid b Wan Mohd. Noordin, (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. Wan Mohd Zahid b Wan Mohd. Noordin,(1987). Ke Arah Pengurusan dan Penyeliaan Bilik Darjah.Kertas kerja dibentang dalam Persidangan Pegawai-Pegawai Pendidikan Dearah kali ke 5 di Kota bahru, Kelantan.

21

680825-03-5550

22

Related Documents


More Documents from ""

Esei Ptk Lengkap
June 2020 17
A Little Somethin Somethin
December 2019 47
Thanks A Bunch
December 2019 43
Scalloped Flowers
April 2020 35
May 2020 43
Circle Card
April 2020 22