Esei Kk (eko) Lengkap Fathia.docx

  • Uploaded by: syimacom
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei Kk (eko) Lengkap Fathia.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,176
  • Pages: 4
1.0 LATAR BELAKANG 1.1 Pengenalan Kos sara hidup dan taraf hidup adalah dua perkataan yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Kos sara hidup adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal tetapi juga keperluan-keperluan lain untuk keselesaan hidup termasuk kos pendidikan, kos sambungan jalur lebar dan kos kenderaan untuk kegunaan harian. Faktor Peningkatan Kos Sara Hidup Harga barangan ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran. Harga barangan akan meningkat sekiranya permintaan melebihi penawaran. Sebaliknya harga barangan akan merosot sekiranya penawaran melebihi permintaan. Peningkatan harga barangan dalam pasaran dunia juga disebabkan oleh faktor tersebut. Antara faktor peningkatan permintaan adalah peningkatan jumlah penduduk di dunia, kemampuan kuasa membeli oleh bilangan besar penduduk India dan China di dunia kerana China (19.18%) dan India (17.32 %) merupakan negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kejatuhan rejim komunis di beberapa negara telah menyebabkan negara-negara tersebut mula mengamalkan sistem ekonomi kapitalis (free market). Selain itu, kekurangan bekalan komoditi pertanian akibat cuaca buruk dan bencana alam seperti cuaca buruk di Eropah, banjir di China dan Asia. Tidak dinafikan juga pergolakan politik yang tidak menentu terutama di negara-negara Timur Tengah dan negara-negara pengeluar minyak turut menjejaskan baranagn keperluan asas. Taraf hidup pula untuk mengukur perbandingan di antara pendapatan boleh belanja yang diterima oleh seseorang atau keluarga dengan kos sara hidup. Sekiranya pendapatan berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup, maka taraf hidup seseorang dikatakan merosot dan begitu juga sebaliknya. Peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup menghimpit masyarakat pada hari ini. Menurut Dr. Mohamad Fazli Sabri, Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), kadar inflasi dijangka sekitar 3.2 peratus bagi 2014 dan peningkatan gaji tahunan rakyat Malaysia hanya dua hingga tiga peratus ini menyebabkan kebanyakan pendapatan boleh guna dibelanjakan ke atas keperluan asas. Majoriti pendapatan digunakan untuk bayaran ansuran seperti perumahan, kenderaan, pendidikan dan pinjaman peribadi. Situasi ini menyebabkan mereka tidak mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan ke atas barangan lain. Secara teorinya, semakin meningkat kos sara hidup semakin kurang kuasa beli pengguna. Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar dan keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu yang akan memberi kesan kepada kuasa beli mereka dan juga kualiti hidup secara keseluruhan. Kenaikan kos sara hidup terjadi setiap tahun walaupun terdapat banyak rungutan dan rintihan daripada rakyat tentang kenaikan harga barangan pengguna. Isu kenaikan kos sara hidup ini menjadi perbualan hangat rakyat di mana-mana. Nilai Pendapatan (gaji) yang Diterima Kos sara hidup di Malaysia dikatakan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Walau bagaimanapun,

kita perlu sedar bahawa nilai gaji yang diterima di Malaysia juga adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain. Secara keseluruhannya, peningkatan harga barang adalah realiti yang harus diharungi oleh penduduk sesebuah negara terutamanya penduduk yang berpendapatan sederhana dan rendah. Kebanyakan penduduk di Malaysia hari ini menjalankan kerja sampingan sematamata untuk menampung kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Peningkatan harga barang adalah tidak sejajar dengan peningkatan dalam kenaikan gaji kerana hampir keseluruhan gaji diperuntukkan untuk membeli keperluan barangan harian, membayar sewa rumah atau pinjaman perumahan dan kenderaan. Gaji minimum sebanyak RM 900 adalah tidak mencukupi sekiranya hanya seorang daripada ahli keluarga yang bekerja. Kemungkinan implikasi negatif akan terus menjadi barah kepada masyarakat kita pada hari ini kerana ibu bapa sibuk mencari nafkah sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik anak di rumah. Walau bagaimanapun, pengguna perlu melihat semula gaya hidup mereka dan bersedia untuk melakukan perubahan besar kepada gaya hidup mereka mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka dalam berbelanja. Sehubungan itu, pihak pengeluar/peniaga dan organisasi juga perlu bersama-sama dalam membantu golongan pengguna dan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang dan perkidmatan ini. Mereka perlu memastikan bukan hanya mementingkan keuntungan sahaja, tetapi perlu mengambil kira kebajikan rakyat secara keseluruhannya. Ini boleh dianggap sebagai satu tanggungjawab sosial yang perlu dipikul bersama. Pihak pengeluar boleh memilih saluran pemasaran yang menguntungkan mereka dan juga pengguna. Penggunaan ejen atau orang tengah hanya akan meningkatkan kos barangan, oleh itu pihak pengeluar boleh memilih untuk memasarkan terus barangan mereka kepada pengguna. Pengguna juga boleh menubuhkan koperasi sebagai entiti perniagaan yang lebih mementingkan kepentingan anggota di samping mengaut keuntungan yang kemudiannya disalurkan semula kepada anggota dalam bentuk dividen, rebat dan boleh melaksanakan tanggungjawab sosial dengan bertindak sebagai agen pemasaran dan pengedaran terus kepada pengguna untuk mengurangkan kos sesuatu produk atau perkhidmatan. Kerajaan semestinya mempunyai tanggungjawab dalam membantu golongan yang berhadapan dengan kesulitan hidup akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara melampau serta berterusan melalui mekanisme pengawalan dan penguatkuasaan garis panduan dan undang-undang yang telah digubal untuk tujuan tersebut. Di samping itu, pemberian subsidi dalam bentuk subsidi harga, Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) dan bantuan-bantuan lain diharap akan diteruskan untuk mengurangkan beban rakyat dalam mengharungi kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

1.2 Lokasi kajian

Daerah Bera pada mulanya merupakan sebahagian daripada daerah Temerloh. Bera diisytiharkan menjadi daerah ke-11 di Negeri Pahang secara rasmi pada 1 Januari 1992. Nama Bera digunakan bersemperna Tasik Bera yang juga merupakan tasik semulajadi terbesar di Malaysia. Pegawai Daerah pertama yang dilantik bagi menerajui daerah ini ialah Encik Che Moin bin Umar. Daerah Bera mencakupi kawasan seluas 221, 444 hektar (2,214 km persegi). Daerah ini bersempadan dengan daerah Temerloh disebelah utara, Maran dan Rompin disebelah timur, Bentong di sebelah barat dan Jempol (Negeri Sembilan) serta Segamat (Johor) disebelah selatan. Daerah Bera dibahagikan kepada dua mukim iaitu mukim Triang dan mukim Bera. Kebanyakan kawasan telah dibangunkan sebagai kawasan pertanian selain diwartakan sebagai hutan simpan. Jumlah penduduk daerah Bera seramai 93 800 orang (berdasarkan bancian pada tahun 2007). Bandar Bera telah dijadikan pusat pentadbiran daerah manakala Bandar Triang berperanan sebagai pusat komersial. Terdapat 20 buah kampung tradisional dalam daerah ini dan 8 buah kampung baru. Selain itu, 14 buah penempatan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan bilangan peneroka seramai 5,384 orang. Dikawasan sekitar Tasik Bera pula terdapat 7 buah perkampungan orang asli dari suku Semelai yang hanya terdapat di dalam daerah ini sahaja. Sumber ekonomi utama Daerah Bera ialah pertanian terutamanya perladangan kelapa sawit.Terdapat hamper 40 buah ladang kelapa sawit di daerah ini termasuk milik Felda Plantations,FELCRA dan estet swasta.Selain itu,Tasik Bera telah diwartakan sebagai tapak Konservasi RAMSAR turut menjadi lokasi tumpuan pelancong dan pusat kajian saintifik.Dari segi politik pula,Daerah Bera mempunyai seorang wakil ke Parlimen yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Kabinet.Bagi ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Bera dibahagikan kepada 3 kawasan iaitu DUN Guai,DUN Triang,dan DUN Kemayan.

2.0 PENYATAAN MASALAH kajian ini dilakukan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi bebanan hidup dalam generasi kedua di Daerah Bera. Ini kerana disebabkan generasi kedua tidak mewarisi pendapatan peneroka sepenuhnya. Selain itu, kajian ini juga mahu mengenalpasti langkah-langkah menangani bebanan kos sara hidup dalam kalangan generasi kedua di Daerah Bera.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN i.

Mengkaji faktor yang mempengaruhi bebanan hidup dalam kalangan generasi kedua di Daerah Bera.

ii.

Mengenalpasti langkah-langkah menangani bebanan kos sara hidup dalam kalangan generasi kedua di Daerah Bera.

4.0 KAEDAH KAJIAN

5.0 ………… 6.0 ……………… 7.0 …………… 8.0 ………… 9.0 …………… 10.0 …………. 11.0 ………

Related Documents

Esei Ptk Lengkap
June 2020 17
Esei
June 2020 35
Eko
April 2020 26
Esei
May 2020 38

More Documents from ""