ISI KANDUNGAN PERKARA
HALAMAN
1.0 ABSTRAK……………………………………………………………………... 2.0 PENGENALAN……………………………………………………………….. 3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEHIDUPAN FLORA DAN FAUNA ZAMAN PLEISTOSEN DAN HOLOSEN………… 3.1 Pencairan Ais 3.2 Perubahan Iklim 3.3 Flora 3.4 Fauna 4.0 CIRI-CIRI ZAMAN PLEISTOSEN DAN HOLOSEN……………………… 4.1 Petempatan 4.2 Cara Hidup 4.3 Peralatan 4.4 Teknologi 4.5 Agama dan Kepercayaan 4.6 Kebudayaan 5.0 KESIMPULAN…………………………………………………………………. 6.0 LAMPIRAN ……………………………………………………………………. 7.0 SENARAI RUJUKAN………………………………………………………….
1.0 ABSTRAK
Ini adalah merupakan sebuah esei yang membicarakan mengenai zaman Pleistosen dan Holosen di Nusantara. Esei ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian pendahuluan yang membicarakan mengenai definisi zaman pleistosen dan holosen. Bahagian seterusnya dalam esei ini pula membicarakan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kehidupan flora dan fauna pada zaman Pleistosen dan Holosen di Nusantara. Adalah didapati bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kehidupan flora dan fauna pada zaman pleistosen dan holosen. Antara faktor yang mempengaruhi kehidupan flora dan fauna zaman pleistosen dan holosen adalah seperti faktor pencairan ais yang seterusnya telah membawa kepada pembentukan muka bumi yang baru iaitu terbentuknya pentas sunda dan pentas sahul. Faktor seterusnya yang mempengaruhi kehidupan flora dan fauna adalah seperti perubahan iklim. Faktor-faktor inilah yang akhirnya mempengaruhi kehidupan flora dan fauna pada zaman tersebut lalu mengubah kebudayaan fauna di Nusantara
yang dapat dilihat menerusi aspek atau ciri-ciri seperti
petempatan, cara hidup, teknologi pembuatan, peralatan agama dank kepercayaan dan lain-lain lagi. Bahagian yang terakhir dalam esei ini adalah merupakan kesimpulan bagi keseluruhan tugasan esei ini. Di samping itu juga, sebagai penyedia esei ini kami juga telah meletakan beberapa gambar yang berkaitan dengan kehendak soalan esei ini.
2.0 PENGENALAN
3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEHIDUPAN FLORA DAN FAUNA ZAMAN PLEISTOSEN DAN HOLOSEN
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kehidupan flora dan fauna pada zaman Pleistosen dan Holosen. Antara faktor yang mempengaruhi kehidupan flora dan fauna pada zaman Pleistosen dan Holosen adalah seperti pencairan ais yang telah membawa kepada perubahan bentuk muka bumi dunia. Di samping itu juga, perubahan iklim yang tidak menentu telah mempengaruhi kehidupan flora dan fauna pada zaman Pleistosen dan Holosen di Nusantara.
3.1 PENCAIRAN AIS
Zaman Prasejarah di Nusantara boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu zaman Paleoltik, Mesolitik, Neolitik dan zaman Logam. Umumnya, zaman Paleolitik termasuk dalam era zaman Pleistosen. Pada zaman Paleolitik atau Pleistosen, keadaan bentuk muka
bumi Asia Tenggara adalah berbeza daripada keadaan yang wujud pada hari ini. Berdasarkn kepada kajian geologi, zaman Pleistosen turut dikenali sebagai Zaman Air Batu. Zaman ini bermula pada lebih kurang antara 1.5 juta dan 2 juta tahun yang lampau dan zaman inbi berakhir dengan kedatangan zaman Holosen yang bermula lebih kurang 10000 tahun yang lalu.
Orchiston dan Siesser serta beberapa orang pakar Pleistosen Afrika telah membuat beberapa pembahagian mengenai zaman ini. Zaman Pleistosen terbahagi kepada tiga tahap iaitu zaman Pleistosen Awal yang bermula antara lebih kurang 1.6 juta tahun hingga 700000 tahun yang lalu, antara tahun 700000 tahun hingga 125000 tahun dahulu dikenali sebagai zaman Pleistosen Pertengahan manakala zaman Pleistosen akhir antara 125000 tahun hingga 10000 tahun dahulu. Pembahagian ini adalah bertujuan untuk memudahkan kronologi dan ianya bukanlah suatu penentuan jangkamasa yang mutlak. Pada zaman Pleistosen, suhu dunia adalah lebih rendah dan cuacanya adalah lebih sejuk daripada yang dirasai pada masa kini. Malahan suhu yang dialami di kawasan tropika pada zaman itu juga dinyatakan turut mengalami suhu yang sejuk berbanding dengan suhu kawasan tropika pada masa kini.1 Penyelidik di Eropah menyatakan bahawa sejak zaman Pleistosen dunia telah mengalami kira-kira empat kali glasier yang sejuk yang dikenali sebagai Gunz, Mindel, Riss dan Wurm. Antara kala glasier ini , menurut F. L. Jocano, telah berlaku tiga kali antaraglasier yang panas. Semasa penglesieran ini berlaku, sebahagian besar daripada kawasan hemisfera utara dan selatan adalah didapati telah diselubungi oleh air batu dalam jangka masa yang lama.
Keadaan ini telah menyebabkan beberapa zon khatulistiwa mengalami penurunan suhu. Apabila berlakunya penglasieran, paras laut telah mengalami penurunan suhu. Namun pada kala antaraglasier, pencairan air batu telah berlaku dan keadaan ini telah mengembalikan semula air ke laut dan meningkatkan paras laut. Ketidakstabilan paras laut telah 1
Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992, Malaysia : Warisan Dan Perkembangan, Penerbit Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, halaman 3.
meninggalkan kesan yang paling penting pada zaman Pleistosen. Ekoran daripada ketidakstabilan paras laut ini maka terbentuklah jambatan semulajadi yang menyambungkan Alaskan dengan Siberia, England dengan Eropah dan kebanyakan Kepulauan Indonesia dengan Tanah Besar Asia.
Dengan terbentuknya jambatan semulajadi atau yang lebih dikenali sebagai Pentas Sunda maka kawasan daratan menjadi semakin kecil berbanding sebelum munculnya jamabatan semujadi ini. Diaggarkan bahawa dasar Pentas Sunda adalah seluas 1.8 juta km persegi. Keadaan ini jelas menunjukan suatu siri perubahan geofizikal iaitu lipatan, gelinciran, letusan gunung berapi dan hakisan.
Pemahaman tentang keadaan geologi di Nusantara merupakan antara usaha yang penting untuk memberi suatu gambaran yang jelas tentang proses pembentukan budaya masyarakat Prasejarah di Nusantara. Pada zaman Pleistosen, maklumta turun-naik oaras laut merupakan antara maklumat yang paling penting diketahui olegh setiap penyelidik dalam memahami pembentukan kebudayaan masyarakat di Nusantara.
3.2 PERUBAHAN IKLIM
Pada zaman Pleistosen, perubahan iklim sejuk dan panas sering berlaku. Hal ini adalah disebabkan oleh dunia pada masa itu mengalami kala glasie dan kala antaraglasier. Kala glasie merupakan iklim yang sejuk manakala kala antaraglasier dicirikan oleh iklim panas. Pada kala glasier suhu turun sehingga 15 darjah celcius. Manakala pada kala antaraglasier, suhu menjadi lebih panas sekitar 2 hingga 3 darjah celcius. Keadaan suhu pada masa itu adalah berbeza berbanding dengan suhu pada masa sekarang.
Kawasan Nusantara tidak banyak menerima kesan pngglasieran. Hal ini adalah disebabkan oleh kedudukan kawasn Nusantara di dalam zon Khatulistiwa. Namun demikian, terdapat beberapa wilayah di rantau ini mengalami kesan pengglasieran. Di mana kawasan tersebut mengalami iklim yang lebih sejuk berbanding dengan iklim pada masa sekarang. Kawasan Nusantara memiliki iklim yang bercorak iklim Tropika. Iklim Tropika yang dialami di kawasan Nusantara telah menyebabkan kawasan ini mengalami panas, lembab dan menerima hujan sepanjang tahun. Suhu yang dianggarkan pada masa itu adalah lebih kurang 20 darjah celcius. ( F. L. Jocano , 1975 : 42).
Iklim Kurternari merupakan kesan terbesar yang dialami di kawasan Nusantara. Iklim Kuarternari telah menyebabkan berlakunya penurunan dan peningkatan paras laut. Penurunan paras laut adalah disebabkan oleh poerluasan ais yang dibentuk dari air laut. Adalah dinyatakan bahawa suhu antaraglasier iaitu suhu yang panas telah mencairkan ais. Keadaan ini telah menyebabkan paras laut semakin naik. Malahan penurunan paras laut yeng telah mencapai kedudukan sehingga -130 m, iaitu dibawah paras laut sekarang. Selanjutnya keadaan ini telah mnyebabkan pentas Sunda terdedah dan membenuk sebuah jambatan semulajadi yang membenarkan organisma daratan menyebarkan spesiesnya ke kawasan yang tidak pernah didiaminya. Di samping itu juga, perubahan cuaca akibat perubahan suhu dunia telah membawa kepada perubahan nama zaman geologi. Nama zaman Pleistosen telah bertukar kepada zaman Holosen yang dianggarkan bermula lebih kurang 11000 tahun dahulu.
Dengan ini dapatlah dinyatakan bahawa perubahan suhu pada masa itu telah menyebabkan perubahan bentuk muka bumi di kawasan Nusantara. Borneo dan Kepulauan Indonesia telah terpisah dari Semenanjung Malaysia apabila Pentas Sunda ditenggelami air.2
3.3 FLORA DAN FAUNA
Zaman Pleistosen telah membawa kepada perubahan alam sekitar yang seterusnya membawa kepada migrasi haiwan, modifikasi dan pemupusan. Perubahan yang berlaku pada alam sekitar pada masa iu adalah disebabkan oleh aktiviti gunung berapi, hakisan dan perubahan turun-naik paras laut. Pada zaman itu, sejarah manusia dan haiwan akan dikaitkan dengan penenggelaman dan pendedahan Pentas Sunda yang telah mewujudkan jambatan semulajadi yang terbuka luas untuk petempatan manusia dan haiwan. Migrasi fauna khususnya vertebrata ke kawasan lain 2
Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992, Malaysia : Warisan Dan Perkembangan, Penerbit Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, halaman 3.
adalah disebabkan oleh faktor bekalan makanan dan kesesuaian iklim. Apabila haiwan dapat mencari sumber makanan dan air yang menukupi serta iklim yang sesuai, keadaan ini membolehkan haiwan atau manusia pada masa itu meneruskan kehidupan sehariannya.
Terdapat beberapa bukti penemuan tentang tumbuhan Pleistosen. Bukti tentang tumbuhan Pleistosen ini telah ditemui di Sumatera dan Jawa. Bukti yang diperoleh dari Trinil, Jawa adalah sejenis mikrofosil tumbuhan dari zaman Pleistosen Tengah. Trinil merupakan sebuah kawasan dimana fosil ‘ Java Man ‘ dijumpai. Di samping itu juga, terdapat bukti penemuan dari Lembah Kerinchi, Sumatera yang berbentuk dua debunga yang dianggarkan usianya lebih kurang 11000 tahun yang lalu. Dengan penemuan fosil ini, ianya secara tidak langsung dapat memberi maklumat dan gambaran mengenai persekitana manusia awal.
Selain daripada itu, Hutan Hujan Tropika yang tebal juga merupakan sumber makanan yang penting terutamanya haiwan herbivor. Apabila berlakunya penenggelaman Pentas Sunda, kawasan hutan menjadi semakin kecil. Keadaan ini seterusnya menyebabkan haiwan dan manusia ya ng hidup pada zaman itu bergantung hidup kepada perubahan persekitaran alam manakala haiwan yang gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan persekitaran akan mengalami kepupusan.
4.0 CIRI-CIRI ZAMAN PLEISTOSEN DAN HOLOSEN
Manusia hanya wujud pada zaman Pleistosen. Kebudayaan lahir apabila wujudnya interaksi antara manusia awal denagn alam persekittaran. Maka keadaan ini telah membentuk beberapa ciri kehidupan manusia pada masa itu yang dapat dilihat menerusi aspek petempatan, agama dan kepercayaan, perubahan teknologi, penggunaan peralata, cara hidup dan sebagainya.
4.1 PETEMPATAN
4.2 CARA HIDUP
4.3 TEKNOLOGI PEMBUATAN
4.4 AGAMA DAN KEPERCAYAAN
4.5 KEBUDAYAAN
5.0 KESIMPULAN
6.0 LAMPIRAN
RAJAH 1.1 ; PETA PENTAS SUNDA
RAJAH 1.2 : PETA NUSANTARA SEBELUM MUNCULNYA PENTAS SUNDA
CONTOH-CONTOH JUMPAAN FOSIL
RAJAH 1.3 : TENGKORAK FLORESMAN H. floresiensis skull, Liang Bua Cave, Indonesia
RAJAH 1.4 : Homo floresiensis (Liang Bua Cave, Indonesia) and a modern human skull
RAJAH 1.5 : Comparison of mandibles from Laetoli Australopithecus afarensis LH4 and Homo floresiensis LB6
7.0 SENARAI RUJUKAN
Aziz Deraman. 1975. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia ( Suatu Pengenalan Latar Belakang Dan Sejarah Ringkas). Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan Malaysia. Zainal Abidin bin Abd. Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof Ibrahim, Nik Hassan Suhaimi dan Mohd. Amin Hassan. 1992. Malaysia : Warisan Dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.