641002-11-5005 RINGKASAN EKSEKUTIF Penulisan ini dimulakan dengan tajuk pengenalan yang membicarakan tentang sedutan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 20062010 yang berkaitan dengan matlamat pembangunan modal insan yang cemerlang dan berguna kepada negara di masa hadapan. Seterusnya dijelaskan, langkah-langkah persediaan ke arah menjadi guru cemerlang berdasarkan kriteria berikut; Guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya seperti menggubal Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Harian dengan teliti dan rapi. Menyediakan modul mata pelajaran untuk memudahkan proses pengajaran. Membuat senarai semak penilaian bab-bab dan tajuk-tajuk mata pelajaran dalam setahun bagi memudahkan lagi menguasai kandungan mata pelajaran. Kriteria seterusnya, langkah-langkah menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran seperti mengadakan persediaan mengajar dengan berkesan, menjadi pemudah cara (fasilitator) dalam kursus, Mengadakan kem dan klinik mata pelajaran Pendidikan Islam. Mengadakan ujian diagnostik dan sesi kemahiran belajar serta motivasi. Menggubal dan menguruskan bank soalan. Kriteria seterusnya,
bijak mengurus masa, bahan sumber, alat
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah pengurusan masa yang bijak seperti mengesan masa produktif (prime time), Mengesan musuh masa. Buat senarai semak penggunaan masa. Bijak mengurus bahan sumber dan alat bantu mengajar seperti melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber, menggunakan bilik tayangan untuk mengikuti siaran TV Pendidikan serta bijak mencari dan meminjam alat bantu mengajar. 1
641002-11-5005 Kriteria seterusnya ialah mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan.Langkah pertama menjalankan kaedah soal selidik untuk mengumpul data-data. Seterusnya pembelajaran
diadakan pula satu senarai semak keperluan dan masalah untuk
rujukan
dan
kemudahan
guru
merancang
objektif
pengajaran pembelajaran. Antara tindakan susulan ialah menjalankan kajian tindakan (action research), mewujudkan suasana kelas yang kondusif, menjalankan
satu
program
Pemurnian
Sahsiah,
menjalankan
Program
Kesejahteraan Diri Langkah-langkah berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi seperti menghadiri kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), membudayakan penggunaan komputer, menggunakan
bahan-bahan
multimedia
sebagai
rujukan
utama
dalam
pengajaran, Melaksanakan pengajaran berasaskan internet dan Meminta tunjuk ajar dan bantuan khidmat nasihat daripada guru-guru yang berpengalaman dalam komputer. Penulisan ini di akhiri dengan harapan yang tinggi untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dengan menyatakan analisa ’swot’ yang ringkas tentang kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri serta peluang dan ancaman yang berada di persekitaran sekolah.
2
641002-11-5005 PENGENALAN Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, menjelaskan bahawa; ”Pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu pelajarpelajar ini akan dilengkapi dengan kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan mengunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan
kritis
serta
mampu
bertindak
secara
rasional;
mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat; mempunyai nilai yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.”
Kenyataan
ini
membawa
maksud
bahawa
tanggungjawab
membangunkan modal insan atau pelajar di sekolah adalah dipikul oleh guru sepenuhnya. Ini adalah kerana gurulah insan yang pertama berdepan dengan pelajar bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru bukan
hanya
menyampaikan
ilmu
pengetahuan
semata-mata
bahkan
membentuk pelajar supaya mempunyai kepakaran yang tinggi dan berkebolehan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang baik serta berupaya menjadi pemimpin yang berkesan di masa depan. Bagi menyahut cabaran ini, guru mestilah terlebih dahulu bersikap cemerlang dan sanggup melakukan perubahan dalam pelbagai aspek. Guru perlu membentuk ciri-ciri
seorang guru cemerlang samada dari aspek
pengajaran dan pembelajaran, menguasai bidang kepakaran masing-masing dan menjadi pakar rujuk kepada pelajar dan guru-guru yang lain. Begitu juga dengan keperluan dan masalah pembelajaran pelajar, guru harus menangani segala kerenah pelajar termasuk kurang minat untuk belajar, 3
641002-11-5005 masalah pergaulan sosial, kurang daya saing serta tingkah laku yang songsang dengan budaya dan agama. Permasalahan ini menuntut sahsiah dan jati diri guru supaya melakukan perubahan ke arah kecemerlangan dalam pendidikan. Bertepatan dengan era ledakan maklumat (Information explosion) dan kecanggihan komunikasi global, guru mesti memula dan mengatur langkah ke depan, bersaing merebut kepakaran dalam kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi masa kini. Berkemahiran menguruskan sumber bercetak dan elektronik serta maklumat ’atas talian’ akan membantu guru menjadi guru yang cemerlang.
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN MENJADI GURU CEMERLANG
1)
Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakaran (Pendidikan Islam). Mata pelajaran Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu Mata
Pelajaran Teras di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sukatan pembelajarannya mencakupi bidang-bidang seperti Tilawah AlQuran, Hadis, Aqidah, Ibadah, Akhlak dan Sirah Nabawiyyah. Bagi menguasai kandungannya memerlukan penguasaan dan penghayatan yang sempurna serta perancangan dan persediaan yang rapi.
a. Menggubal Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Harian dengan teliti dan rapi Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian merupakan suatu program yang disediakan oleh guru berdasarkan Sukatan Pelajaran bagi sesuatu mata 4
641002-11-5005 pelajaran. Rancangan ini bertujuan sebagai panduan asas dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan secara sistematik. Dalam menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan, penggubalannya adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam keseluruhan tahun. Perkara-perkara yang ditekankan ialah seperti nombor rujukan sukatan pelajaran, objektif-objektif dan tajuk pelajaran. Pemilihan objektif-objektif pengajaran yang sesuai adalah amat penting supaya benar-benar dapat menguasai tajuk-tajuk serta isi-isi pelajaran semasa mengajar. Begitu juga dalam menyediakan rancangan Pelajaran Harian, perkaraperkara yang dititik beratkan ialah seperti hari, tarikh, tingkatan, masa, isi pelajaran, objektif pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna rancangan pelajaran harian dirancang, disaring dan ditulis setiap hari dengan berdasarkan pemeringkatan dalam Rancangan Tahunan. Tegasnya, proses penghasilan Rancangan Tahunan dan Harian ini akan membawa kepada kefahaman isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam dengan mendalam. Langkah-langkah ini akan dapat memberi penguasaan dan penghayatan isi kandungan mata pelajaran tersebut di sepanjang masa.
b. Menyediakan modul mata pelajaran untuk memudahkan proses pengajaran Modul merupakan unit pelajaran yang dirancang berdasarkan sukatan pelajaran serta mengikut keperluan guru. Pengajaran dan pembelajaran berdasarkan modul ialah suatu keadah mengajar oleh guru di mana pelajar akan mengikut panduan dan arahan guru serta mempelajari bahan-bahan pelajaran melalui panduan bercetak yang dihasilkan oleh guru. 5
641002-11-5005 Dalam menghasilkan modul yang terbaik, saya akan merujuk kepada Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Huraian Sukatan, buku teks dan buku-buku rujukan yang lain. Langkah seterusnya ialah memilih dan menulis tajuk-tajuk, objektif dan isi kandungan yang sesuai mengikut kebolehan dan kemahiran pelajar serta disediakan dalam bentuk bahan bercetak kepada pelajar. Dengan cara ini, saya akan dapat menguasai dan menghayati dengan sepenuhnya isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajar serta dapat menyampaikan kepada pelajar dengan mudah.
c. Membuat senarai semak penilaian bab-bab dan tajuk-tajuk mata
pelajaran
dalam
setahun
bagi
memudahkan
lagi
menguasai kandungan mata pelajaran. Senarai semak penilaian bab dan tajuk merupakan satu cara ’Penilaian Kendiri’ tajuk-tajuk yang telah diajar dengan mendapatkan maklum balas daripada pelajar. Senarai semak ini akan dilekatkan di dalam Buku Rekod Pengajaran bagi memudahkan pelaksanaan penyemakan. Senarai semak ini mengandungi semua bab dan tajuk kecil dengan memberi penandaan skala baik, kurang memuaskan dan tindakan susulan. Sekiranya penandaan skala ’kurang memuaskan’ maka tajuk berkenaan tidak difahami dengan baik oleh pelajar dan sebagai tindakan susulan akan diulang pengajarannya dalam kelas tambahan pada masa yang lain. Penilaian cara begini akan memberikan suatu isyarat bahawa tajuk-tajuk yang sukar difahami oleh pelajar memerlukan penguasaan yang mendalam guru terhadap isi kandungan tajuk-tajuk berkenaan. Sehubungan dengan itu, saya dapat mengetahui tajuk-tajuk yang sukar dan akan membuat rujukan dan kajian 6
641002-11-5005 yang lebih mendalam lagi dan seterusnya dapat menghayati tajuk berkenaan dan menyampaikan kepada pelajar sehingga mereka benar-benar faham. Tegasnya, langkah-langkah persediaan bagi menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran ini mestilah lebih awal dan berterusan sepanjang masa. Ini bermakna bahan- bahan seperti Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Rancangan Tahunan, Modul Pelajaran, Senarai Semak Tajuk, buku teks dan buku rujukan mestilah senang dicapai pada masa yang diperlukan.
2) Menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran Guru yang cemerlang ialah guru yang menjadi tempat rujukan, pertanyaan dan penyelesaian masalah kepada pelajar dan guru-guru yang lain khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau di luar kelas. Pengetahuan yang tinggi dalam ilmu pendidikan seperti ilmu pedagogi dan psikologi akan dapat membantu menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran. Antara langkah-langkah persediaan ke arah menjadi guru pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran ialah;
a. Mengadakan Persediaan Mengajar yang Berkesan Sukatan Pelajaran terlebih dahulu dikaji secara mendalam. Segala konsep dan kemahiran yang patut disampaikan kepada pelajar perlu dikuasai sepenuhnya. Seterusnya menganalisis bahan pelajaran dan kemudian memilih, memeringkatkan serta menyusun aktiviti dan contoh yang sesuai untuk mencapai objektif pelajaran. Alat-alat bantu mengajar digunakan dengan berkesan untuk memudahkan pencapaian objektif pelajaran. Peruntukan masa 7
641002-11-5005 untuk pelajaran tersebut perlu dibahagikan secara berpatutan supaya tiap-tiap langkah penyampaian boleh menjamin penglibatan pelajar secara aktif dan seterusnya menjalankan penilaian dan maklum balas. langkah-langkah ini akan membawa kepada persediaan yang mendalam semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta akan menjadi pakar rujuk kepada pelajar dan guru-guru lain.
b. Menjadi pemudah cara (fasilitator) dalam kursus, kem dan klinik mata pelajaran Pendidikan Islam. Kem atau kursus mata pelajaran dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memberi pendedahan dan sebagai persediaan awal kepada para pelajar bagi menghadapi sesuatu peperiksaan. Dalam kursus ini, saya akan bertindak sebagai pemudah cara dan penyelesai masalah kepada pelajar sekiranya terdapat kekaburan dalam memahami sesuatu topik. Saya akan sentiasa bersedia mendalami topik-topik yang sering menjadi pertanyaan pelajar. Semasa menjalankan projek ’Klinik Mata Pelajaran’ juga, saya akan mendekati para pelajar dan cuba menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh mereka, memberi motivasi dan galakan supaya mereka lebih sedar dan bertindak dengan segera
lebih-lebih lagi pada waktu peperiksaan semakin
hampir. Saya mesti bertindak dengan cara yang cekap dan membuat keputusan yang tepat bagi memberi kepuasan kepada para pelajar.
c. Mengadakan ujian diagnostik dan sesi kemahiran belajar serta motivasi Ujian diagnostik dilakukan untuk mengesan punca kelemahan pelajar. Ujian ini boleh dilakukan sebanyak 2 kali setahun. Saya akan mengumpul data 8
641002-11-5005 mengenai punca kelemahan pelajar dan mengurus serta merekod maklumat tersebut. Pelajar-pelajar yang lemah akan menjalani sesi kemahiran belajar dan diberi motivasi secukupnya. Sesi kemahiran belajar dan motivasi boleh dijalankan samada di dalam atau di luar kelas. Saya akan memanggil pelajar yang lemah dan memberi beberapa tips kemahiran belajar dan motivasi serta kesedaran kepada mereka dengan segera . Dengan itu, saya mempunyai maklumat yang tepat dan menjadi pengurus rekod kemahiran belajar dan akan menjadi tempat rujukan kepada para pelajar dan juga guru-guru yang lain.
d. Menggubal dan menguruskan bank soalan. Bank soalan merupakan suatu tempat untuk menyimpan soalan-soalan ujian, peperiksaan atau penilaian untuk kegunaan pada masa depan atau apabila
diperlukan.
Penghasilan
item-item
ini
memerlukan
pengalaman
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas terutama kaedah soal jawab lisan dan bertulis serta mengenal pasti aras kemahiran pelajar. Untuk menjadi seorang guru pakar rujuk, penggubalan soalan samada soalan objektif atau subjektif mesti dibina mengikut aras kemahiran kognitif seperti kemahiran pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Soalan-soalan yang telah digubal juga mesti diurus dengan berkesan supaya soalan-soalan tersebut senang dan cepat dicapai. Saya akan membina satu pangkalan data dalam komputer bagi mengumpul soalan-soalan tersebut bagi memudahkan pencapaian oleh pelajar dan guru-guru. Komputer-komputer yang berada di dalam bilik guru atau di Pusat Sumber Sekolah akan dirangkaikan (network) supaya semua pelajar dan guru dapat memanfaatkan bank soalan tersebut. Dengan ini, saya sebagai pengurus bank soalan ini akan 9
641002-11-5005 menjadi tempat rujukan kepada pelajar dan guru khususnya mengenai soalansoalan Penilaian Berpusat seperti peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Selain daripada itu, menjadi seorang pemeriksa kertas Pendidikan Islam dalam peperiksaan seperti PMR dan penceramah Bengkel Teknik Menjawab Soalan dapat membantu menjadi pakar rujuk
terutama dalam skema
pemarkahan. Skema ini adalah penting dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dengan menguasai skema ini, pengetahuan dalam membina soalan akan lebih mendalam dan pelajar akan lebih mudah faham pelajaran mereka. Tegasnya, untuk menjadi seorang guru pakar rujuk memerlukan kemahiran komunikasi dengan pelajar dan kemahiran menganalisa data di samping menambahkan lagi ilmu seperti ilmu pedagogi, psikologi dan penilaian. Gabungan antara kesungguhan dan ilmu yang dipelajari serta kemahirankemahiran yang sentiasa diasah dan digilap akan memberi pengalaman yang bermakna dan akhirnya membawa perubahan daripada guru biasa kepada guru cemerlang.
3) Bijak
mengurus
masa,
bahan
sumber,
alat
pengajaran
dan
pembelajaran Masa memainkan peranan yang penting untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Masa dianugerahkan oleh Allah kepada semua manusia tidak terkurang atau terlebih. Seorang guru yang cemerlang akan mengurus masa dengan bijak. Begitu juga dengan bahan-bahan sumber yang berada di Pusat Sumber Sekolah samada sumber yang bercetak atau sumber elektronik yang begitu banyak, mesti diurus dengan bijak. Begitu juga dalam memilih alat dan 10
641002-11-5005 bahan pengajaran dan pembelajaran memerlukan ketelitian dan kemahiran yang khusus. a) Pengurusan masa yang bijak i. Mengesan masa produktif (prime time) Masa produktif adalah masa yang digunakan untuk melakukan tugas yang paling utama. Setelah mengesannya, saya gunakan masa itu untuk tugas yang paling penting dan paling memerlukan tumpuan seperti menyiapkan persediaan mengajar. Waktu pagi adalah merupakan masa produktif, maka saya gunakan waktu pagi untuk menyiapkan persediaan mengajar. Bukannya dihabiskan untuk membaca surat khabar. Sebaliknya, aktiviti-aktiviti kurang penting boleh dibuat pada
‘masa-masa
penat’
kita.
ii. Mengesan musuh masa Musuh kepada masa adalah berpunca daripada diri sendiri atau orang lain. Jangan berbual-bual kosong, melakukan panggilan telefon atau menjawab panggilan telefon tanpa kawalan, melayani ‘tetamu’ yang tidak diundang, tidur atau rehat yang tidak perlu. Saya akan mendisiplinkan diri dan membina kemampuan untuk menolak dan mengatakan tidak. Jika kita belajar menghormati masa kita, orang lain juga akan menghormati kita.
iii. Buat senarai semak penggunaan masa Sesuatu program atau projek yang dirancang mestilah ditetapkan jangka masa yang sesuai. Saya akan membuat satu senarai semak perkaraperkara yang hendaklah dilakukan dan menetapkan tempoh masa yang sesuai
11
641002-11-5005 dengan aktiviti tersebut. Dengan ini, masa yang dirancang akan bertepatan dengan aktiviti yang akan dilaksanakan dan tiada berlaku pembaziran masa.
b) Bijak mengurus bahan sumber dan alat bantu mengajar: Bahan-bahan sumber dan alat pengajaran dan pembelajaran mestilah dirancang dengan baik. Seterusnya bahan-bahan tersebut akan dipilih bersesuaian dengan aras kemahiran dan kebolehan pelajar. Pusat Sumber menempatkan bahan-bahan bercetak dan alat bantu mengajar, Bilik Media menempatkan bahan elektronik serta Pusat Akses mewujudkan bahan-bahan atas talian
(on-line) seperti
internet.
Pemilihan bahan yang
berkesan
memerlukan kemahiran mencari dan mencapai dengan cepat dan tepat. Antara langkah-langkah menjadi guru cemerlang ialah mengurus bahan sumber dan alat pengajaran dan pembelajaran dengan bijak;
i. Melaksanakan
pengajaran
dan
pembelajaran
berasaskan sumber. Bahan-bahan bercetak seperti akhbar, jurnal, kamus dan ensaiklopedia adalah bahan-bahan yang boleh dijadikan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini tidak dapat dibawa keluar daripada perpustakaan. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan di perpustakaan dengan cara menempah penggunaan lebih awal. Sebelum itu, perancangan bahan sumber yang sesuai untuk mengajar mestillah dilakukan dengan tepat dan berkesan. Seterusnya saya akan membuat pemilihan bahan berdasarkan katalog yang disediakan.
12
641002-11-5005 ii.
Menggunakan Bilik Tayangan untuk mengikuti siaran TV Pendidikan
Siaran TV Pendidikan yang telah dirakam dapat membantu para pelajar memahami pelajaran yang sukar dilaksanakan dalam kelas. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik tayangan memerlukan perancangan yang rapi. Saya akan mencari bahan-bahan yang sesuai dengan topik dan memastikan sebelum tayangan, pelajar diberikan penjelasan apa yang perlu dicatatkan dan membuat kesimpulan atau latihan selepas selesai tayangan.
iii.
Bijak mencari dan meminjam alat bantu mengajar.
Pencarian dan peminjaman dapat dillakukan melalui katalog yang disediakan daripada Bilik Media atau Bilik ABM seperti radio,Quran,carta, poster dan cakera keras /CDI /VCD untuk merangsangkan lagi pembelajaran dalam kelas. Kerja-kerja pencarian ini dilakukan pada masa ’free’ atau cuti dan memastikan alat-alat bantu ini diambil sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tegasnya pencarian dan pemilihan bahan sumber dan peralatan pengajaran pembelajaran memerlukan kemahiran yang tersendiri. Begitu juga penggunaan masa yang bijak akan memberi kesan yang baik dalam pemilihan bahan
dan
seterusnya
dapat
melaksanakan
pengajaran
pembelajaran
berasaskan sumber dengan yakin dan memberangsangkan pelajar.
4) Mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan Guru cemerlang adalah guru yang dapat mengenal pasti keperluan pelajar 13
641002-11-5005 seperti keperluan asas (fisiologi) iaitu makanan, minuman, oksigen dan sebagainya. Manakala keperluan sekunder seperti keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, kognitif dan estetik. Walau bagaimanapun keperluan pelajar adalah berbeza-beza dan sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, akan membawa masalah dalam pembelajaran mereka. Guru perlu menyediakan program-program tindakan susulan bagi mengatasi masalah pembelajaran tersebut. Bagi mengenal pasti keperluan pelajar dan masalah pembelajaran mereka, saya akan menjalankan kaedah soal selidik untuk mengumpul data-data dan maklumat penting. Soal selidik ini dimulakan pada awal tahun dan dikemas kinikan pada pertengahan tahun bagi memastikan data dan maklumat sentiasa tepat. Soal selidik ini dijalankan secara lisan atau bertulis dengan menekankan item-item keperluan asas, keperluan sekunder, motivasi, minat dan tingkah laku. Seterusnya, setelah data dan maklumat dikumpulkan dan dikemas kinikan,
diadakan pula satu senarai semak keperluan dan masalah
pembelajaran
untuk
rujukan
dan
kemudahan
guru
merancang
objektif
pengajaran pembelajaran, aktiviti dan motivasi mengikut keperluan dan minat pembelajaran mereka. Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka, bermotivasi tinggi untuk belajar dan seterusnya dapat memenuhi keperluan pembelajaran mereka. Mengenal pasti masalah pembelajaran juga boleh dilakukan dengan cara pemerhatian
fizikal
dan
tingkah
laku
pelajar
semasa
pengajaran
dan
pembelajaran berjalan manakala diakhir pengajaran, saya akan membuat penilaian terhadap sikap dan tingkah laku pelajar dan seterusnya dicatatkan dan direkod dalam borang senarai semak. 14
641002-11-5005 Sebagai tindakan susulan daripada masalah pembelajaran ini, saya akan menjalankan kajian tindakan (action research) khususnya dari aspek tingkah laku, minat, motivasi dan sosial pelajar berdasarkan data dan maklumat daripada soal selidik berkenaan. Daripada kajian ini, saya akan dapat mengatur strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran yang lebih berkesan. Saya akan mewujudkan suasana kelas yang kondusif dari segi fizikal, mental dan sosial seperti kebersihan dan keceriaan kelas, nota-nota ringkas dan kata-kata motivasi ditampal dan dilekatkan di dinding dan papan kenyataan, susunan kedudukan pelajar mengikut pasangan jantina yang sama dan mereka yang suka mengganggu diletakkan di tempat yang mudah dikawal dan diperhatikan oleh guru. Saya akan menjalankan satu program Pemurnian Sahsiah yang menekankan aspek emosi, kerohanian dan akhlak. Setiap pelajar yang terpilih akan melakukan ibadah solat taubat, solat hajat, membaca surah Yasin, bersama-sama berzikir munajat dan berdoa ke hadrat Allah s.w.t. Program ini dijalankan pada minggu pertama setiap sebulan dalam masa pertama dan kedua hari persekolahan iaitu selama 90 minit. Bagi pelajar yang mempunyai tingkah laku yang berisiko tinggi seperti merokok, bergaduh, mencuri dan ponteng sekolah, saya akan menjalankan Program Kesejahteraan Diri yang menekankan aspek-aspek kemahiran asas fardhu ain seperti bacaan-bacaan dalam solat iaitu bacaan fatihah dan bacaan Tahiyyat, kemahiran mengurus diri iaitu berpakaian kemas, menepati masa, bersopan santun dan menghargai harta benda awam dan orang lain. Program ini dijalankan sekali setahun setelah mengadakan mesyuarat bersama dengan badan disiplin sekolah dan badan kaunseling. 15
641002-11-5005 Justeru itu, keperluan dan masalah pembelajaran pelajar akan dapat diatasi dengan jayanya ekoran daripada tindakan susulan yang dijalankan melalui program yang dirancang dengan teliti berdasarkan data dan maklumat yang direkodkan dengan tepat dan sistematik.
5) Berpengetahuan
dan
berkemahiran
dalam
bidang
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
Dunia pada hari ini telah berubah ke arah zaman maklumat (information age). Dunia telah diistilahkan sebagai perkampungan global (global village) yang semakin kecil di mana maklumat di seluruh dunia boleh dicapai melalui hujung jari sahaja. Teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini menjadikan komputer sebagai alat memproses maklumat dan penyebaran maklumat dengan cepat. Dunia pendidikan juga tidak dapat lari daripada kebanjiran dan kecanggihan teknologi maklumat ini. Strategi dan gaya pengajaran pembelajaran juga turut berubah dan memberi impak kepada perancangan objektif pengajaran guru di dalam kelas. Guru mesti melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Guru yang cemerlang akan mengambil peluang untuk mendalami dan melazimi kecanggihan komputer demi kebaikan anak didik masing-masing. Sebagai pendidik, saya akan menghadiri kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Kegiatan Guru, Kursus Dalam Perkhidmatan (Kudap) atau anjuran pihak swasta. Kursus ini dimulakan daripada peringkat 16
641002-11-5005 asas, peringkat pertengahan dan peringkat tinggi. Mempelajari kemahiran seperti pemproses perkataan,
hamparan
elektronik,
perisian
persembahan dan
pangkalan data yang merupakan ilmu asas dalam komputer banyak membantu pengajaran guru menjadi lebih mudah. Kemahiran tentang sistem rangkaian dan internet juga dapat membantu pemyampaian ilmu dengan lebih berkesan lagi. Langkah seterusnya,membudayakan penggunaan komputer yang berada di sekolah dengan melakukan kerja-kerja harian seperti surat menyurat, menaip minit mesyuarat, kertas kerja, laporan dan data-data serta markah pelajar akan dapat memberi kemahiran yang tinggi kepada guru. Saya akan mengubah sistem kerja harian secara manual kepada menggunakan komputer sebagai alat atau medium terpenting dalam pengurusan di sekolah. Lama kelamaan, sikap ini akan berterusan serta bertambah tinggi kemahiran dan akan memberi impak yang baik pula kepada para pelajar. Seterusnya menggunakan bahan-bahan multimedia sebagai rujukan utama dalam pengajaran seperti CDI (Compact Disc Interactive) yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia. Bahan CDI ini akan digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau di makmal komputer. Bahan-bahan ini dihasilkan oleh BTP yang memang diakui kepakaran mereka. Penggunaan bahan-bahan ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar. Melaksanakan pengajaran berasaskan internet juga dapat memberi kemahiran
dalam
penggunaan
Teknologi
Maklumat
dan
Komunikasi.
Kemunculan bahan-bahan pengajaran yang banyak di internet khususnya di halaman EduWebTv
terbitan BTP dapat membantu pelaksanaan pengajaran
berasaskan internet. 17
641002-11-5005 Meminta tunjuk ajar dan bantuan khidmat nasihat daripada guru-guru yang berpengalaman dalam komputer, guru-guru PPSMI yang telah diberi pendedahan awal atau BTP negeri supaya dapat memberi latihan dan pengalaman secara ’hands-on’. Khidmat nasihat ini amat berguna untuk memberi kemahiran dan pengetahuan secara berterusan. Tegasnya, langkah-langkah ke arah menjadi seorang pendidik yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi memerlukan perancangan yang rapi dari sudut membudayakan dalam pengurusan sekolah serta pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tanpa perancangan yang teliti daripada guru, kecemerlangan yang diharapkan dalam pendidikan di sekolah tidak akan menjelma sebaliknya memberi impak yang buruk kepada pihak sekolah. Guru yang cemerlang akan menggunakan peluang ini semaksima mungkin supaya limpahan nikmat dan manfaat dapat dicurahkan kepada anak didik.
18
641002-11-5005
KESIMPULAN
Langkah-langkah persediaan yang dikemukakan ini, ke arah menjadi guru cemerlang, adalah telah dan sedang dilaksanakan. Dengan berbekalkan pengalaman mengajar selama 16 tahun, berkelulusan Diploma Pendidikan, Sarjanamuda Pengajian Islam dan Sarjana Pengurusan Maklumat serta kursuskursus dan bengkel-bengkel yang telah dihadiri, saya percaya dengan penuh yakin bahawa kekuatan (strength) yang ada dalam diri saya dan peluang (opportunity) yang ada di sekeliling saya akan dapat merealisasikan persediaanpersediaan ini kepada anak didik . Walau bagaimanapun, kelemahan (weakness) dan ancaman (threat) yang ada, akan ditangani dengan lebih berkesan sebagaimana yang telah dibincangkan, akhirnya pasti akan menjadi Guru Cemerlang. Insa’ Allah.
19
641002-11-5005
BAHAN RUJUKAN AB. Rahim Selamat (2000), Pengurusan Sekolah Bestari, Badan Cemerlang Sdn. Bhd. Johor Bahru. Anuar Ayub, penterjemah (1997), Pengurusan Masa untuk Guru, Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Azizi Yahya, et.al, (2005), Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan, PTS Professional, Kuala Lumpur. Azman Larut (2005), Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah, PTS Professional Sdn. Bhd., Bentong, Pahang. Mak soon Sang (2006), Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru Bhg. II, edisi 2,kumpulan budiman Sdn. Bhd, Subang Jaya Majalah Pendidik, 6 Kaedah ke arah Pengajaran yang Berkesan, (Januari 2008) : 46-47. Mohammad Shatar Sabran, Jasni Sabri dan Azali Mohamed (2006),Tip Pendidik Cemerlang, Utusan Pub. & Dis. Sdn. Bhd.,Kuala Lumpur. Omardin Ashaari (1998), Peranan, Tugas, dan Tanggungjawab Guru di Sekolah, Utusan Pub. & Dis. Kuala Lumpur. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) Rozinah Jamaludin (2000), Asas-asas Multimedia dalam Pendidikan, Utusan Publications & Dis. Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2006), Psikologi Pendidikan, PTS Professional, Kuala Lumpur. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
20