Eko 4.0.docx

  • Uploaded by: syimacom
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Eko 4.0.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,980
  • Pages: 7
1.0

LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1

Pengenalan

Pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk beberapa tahun kebelakangan ini sangat memberangsangkan jika dibandingkan dengan suasana ekonomi yang muram. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara mampu melepasi sasaran 5% dalam tempoh masa yang panjang. Begitu juga pada tahun 2018, kerajaan yakin negara akan kekal melepasi tahap 5% tersebut. Namun peningkatan pertumbuhan ekonomi tidak mampu mengatasi masalah kos sara hidup yang turut meningkat dengan cepat. Peningkatan pertumbuhan ekonomi ke angka lima masih tidak menjamin kehidupan yang selesa bukan sahaja di kawasan bandar besar namun juga di kawasan luar bandar. Ketua pengarah Jabatan Statistik iaitu Dr Mohd Uzir Mahidin dipetik Sin Chew Daily berkata, urbanisasi di kampung kini mencapai 75% dan kesan kenaikan harga barang di kampung dan bandar adalah sama dengan kadar inflasi mengecil kepada purata 4.2% bagi suku pertama tahun ini. Kenaikan kadar inflasi pada Januari hingga Mac tahun ini mengecil kepada 0.1% berbanding purata perbezaan sebanyak 0.4% hingga 0.5% sepanjang 3 tahun lalu. Malah, katanya, kadar inflasi di bandar dan kampung bagi Mac ialah 5% menyebabkan harga barang di kawasan bandar dan kampung itu tidak banyak perbezaan. Makanan dan minuman tidak beralkohol adalah punca kadar inflasi di bandar meningkat dengan cepat pada suku pertama tahun ini yang terdiri daripada 4.2%, manakala pengangkutan 16% dan perkhidmatan riadah serta budaya 3.2%. Bagi kawasan kampung pula, katanya, kenaikan paling ketara ialah makanan dan minuman tidak beralkohol sebanyak 3.7%, pengangkutan 17% dan perkhidmatan riadah serta budaya 2.7%. Perbelanjaan terbesar penduduk bandar ialah pengangkutan dan tempat tinggal, manakala bagi orang kampung pula ialah barang keperluan. Jelaslah bahawa kos sara hidup di bandar atau kampung adalah sama yang hanya membezakannya ialah faktornya dan kepentingan sesuatu barang tersebut. Berdasarkan pemerhatian yang dinyatakan dalam akhbar Berita Harian pada 5 April 2018, golongan isi rumah tanpa anak memerlukan pendapatan sebanyak RM4700 untuk menampung kos sara hidup mereka. Manakala golongan isi rumah yang mempunyai seorang anak memerlukan pendapatan sebanyak RM6700 sebulan untuk menjamin kehidupan yang selesa di Kuala Lumpur. Namun begitu, terdapat kira-kira 27% isi rumah di Kuala Lumpur hidup dengan hasil pendapaatan kurang daripada RM2700 sebulan. Lebih memeranjatkan 1

lagi lebih kurang 50% warga kerja di Malaysia memperolehi pendapatan kurang daripada upah saraan. Dalam pada itu, keadaan ini akan menjadi lebih parah pada masa akan datang kerana trend perbelanjaan golongan berpendapatan rendah atau B40 meningkat sebanyak 6.2% berbanding dengan trend pendapatan golonggan ini yang hanya meningkat dengan kadar perlahan iaitu 5.8%. Usaha kerajaan memperlihatkan purata pendapatan golongan B40 turut meningkat daripada RM2,537 kepada RM2,828 pada 2016. Bagaimanapun, pada sisi lain, masih wujud lompang kemiskinan yang mendalam di celah-celah kemakmuran yang dikecapi. Golongan B40 ditakrifkan sebagai isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3855. Dalam intipati bajet 2016 ada menyatakan pendapatan golongan B40 akan digandakan menjelang tahun 2020. Kerajaan menyasarkan untuk menggandakan pendapatan 40% terendah menjelang tahun 2020. Pendapatan bulanan purata isi rumah di Malaysia pada 2004 adalah RM3,250, namun ia meningkat kepada RM6,141 pada 2014, iaitu peningkatan 89% dalam tempoh 10 tahun. Berdasarkan indeks harga pengguna (IHP) Jabatan Perangkaan Malaysia, secara umumnya harga meningkat 29% dalam tempoh 10 tahun, antara 2005 dan 2015. Peningkatan harga jauh lebih rendah daripada peningkatan pendapatan isi rumah. Ini bermakna, jika sekiranya sesebuah isi rumah tidak mengubah corak perbelanjaan mereka, kesan daripada peningkatan harga mungkin mampu dibendung. Pada 2016 W.P.Putrajaya merekodkan perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata tertinggi ialah RM6971 diikuti oleh W.P.Kuala Lumpur iaitu RM6214. Selangor pula RM5183, Melaka sebanyak RM4374, RM4190 pula rekod perbelanjaan di Pulau Pinang, W.P.Labuan ialah RM4069 dan Johor ialah RM4148. Negeri-negeri lain merekodkan perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata di bawah paras nasional iaitu RM4033. Semua negeri mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata. Dalam tempoh tersebut, lapan negeri telah merekodkan kadar pertumbuhan melebihi kadar pertumbuhan nasional iaitu 6.0%. W.P.Putrajaya mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi 10.7%, diikuti oleh Terengganu iaitu 10.4%, Perlis iaitu 9.0%, Pulau Pinang pula 8.9% , seterusnya Negeri Sembilan iaitu 8.4%, Perak 7.9%, W.P.Labuan 7.6% dan Melaka iaitu 6.9%. Kos sara hidup merujuk kepada jumlah perbelanjaan untuk barangan dan perkhidmatan yang ditanggung oleh isi rumah, termasuk obligasi kewangan untuk mengekalkan taraf hidup pada 2

tahap tertentu. Perbelanjaan atau kos sara hidup ini ditentukan oleh corak perbelanjaan isi rumah dan harga yang dihadapi oleh isi rumah. Corak perbelanjaan berbeza merentas isi rumah kerana corak perbelanjaan dipengaruhi terutamanya oleh pendapatan isi rumah, demografi, struktur keluarga dan kawasan kediaman. Perubahan harga yang dihadapi oleh isi rumah pula berbeza terutamanya mengikut faktor geografi . 1.2

Latar Belakang Lokasi Kajian

Rajah 1 : Peta Felda Purun, Bera, Triang, Pahang.

(Sumber : Pejabat Felda Purun) Felda Purun, Bera, Triang, Pahang ialah tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang terletak di Daerah Bera, Pahang Darul Makmur. Felda Purun terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai dan berada kira-kira 37 km dari Bandar Baru Bera. Kedudukan Felda Purun terletak berhampiran dengan beberapa buah tanah rancangan yang turut terdapat di sini. Antara tanah rancangan yang terdapat di sekitar Felda Purun ialah Felda Bukit Kepayang dan Felda Mayam. Felda Purun berada di kawasan yang agak jauh dari bandar-bandar terdekat. Malah untuk ke Bandar Kerayong ia mengambil masa selama 20 ke 30 minit. Kesukaran mendapatkan barang dan mobiliti yang rendah menyebabkan harga barang di Felda Purun agak tinggi berbandig di kawasan bandar. 3

Dari segi ekonomi, terdapat pelbagai kegiatan yang dilakukan untuk

mendapatkan

pendapatan. Pertanian merupakan aktiviti utama yang dilakukan iaitu seperti mengusahakan kelapa sawit dan pokok getah. Aktiviti dijalankan kerana terdapat tanah aluvinium yang telah menarik minat pembukaan tanah rancangan dan pengusaha untuk mengusaha tanaman ini di Felda Purun. Selain itu terdapat juga aktiviti lain seperti perikanan, penternakan, perniagaan dan perkhidmatan. Dari segi sosial, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti dewan serbaguna, klinik kesihatan, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kuarters guru dan jururawat serta asrama juga terdapat di kawasan Felda Purun. Keadaan ini memberi manfaat kepada golongan guru, jururawat serta doktor dan pelajar. 2.0

PENYATAAN MASALAH

Dalam kajian ini, isu kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ramai rakyat yang terbeban dengan pelbagai masalah terutamanya golongan berpendapatan rendah dan pelbagai kesan buruk berlaku. Hal ini demikian kerana isu kos sara hidup perlu diatasi untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik. Kos sara hidup berkait rapat dengan perbelanjaan bulanan yang dilakukan oleh individu atau keluarga. Misalnya pembayaran ke atas perkhidmatan serta barang yang digunakan. Oleh itu, pengkaji berminat untuk mengenalpasti purata komposisi perbelanjaan dalam kalangan Generasi Kedua di Felda Purun, Bera, Triang, Pahang. Isu yang diketengahkan oleh rakyat Malaysia menyebabkan isu ini dibincang secara mendalam. Kos sara hidup ini menjejaskan kewangan sesebuah keluarga ataupun individu itu sendiri. Oleh itu, pengkaji berminat untuk mengkaji langkah-langkah untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi dalam kalangan Generasi kedua di Felda Purun, Bera, Triang, Pahang. Kajian berdasarkan kedua-dua objektif ini iaitu purata komposisi perbelanjaaan dan langkahlangkah mengatasi kos sara hidup tinggi dalam kalangan Generasi kedua di Felda Purun, Bera, Pahang dapat menjadi rujukan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan untuk memeriksa harga barang yang ditetapkan oleh peruncit dan pemborong. Kajian ini juga penting kepada pihak kerajaan untuk mengkaji langkah yang perlu dilakukan. Misalnya, memberi subsidi kepada pengeluar agar harga barang yang dikeluarkan menjadi lebih rendah. Kajian ini juga dapat menjadi rujukan kepada Pihak Pengurusan Felda Purun untuk melakukan inisiatif-inisiatif seperti mengadakan kempen, membuat pemantauan harga barang dan perkhidmatan serta membantu golongan berpendapatan rendah. Jabatan Kebajikan Malaysia pula perlulah bertanggungjawab untuk 4

membantu golongan yang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup yang tinggi ini. Kerjasama antara semua pihak pasti membuahkan hasil yang kita impikan iaitu mengatasi masalah kos sara hidup tinggi. 3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji kos sara hidup di Felda Purun, Bera, Triang, Pahang. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk: 1.

Mengenalpasti purata komposisi perbelanjaan dalam kalangan Generasi Kedua di

Felda Purun, Bera, Triang, Pahang. 2.

Mengkaji langkah-langkah untuk mengatasi kos sara hidup tinggi dalam kalangan

Generasi kedua di Felda Purun, Bera, Triang, Pahang. 4.0

KAEDAH KAJIAN

Dalam bahagian ini pengkaji membincangkan tentang cara mengumpulkan data dan cara analisis. Kaedah kajian membantu pengkaji memperoleh maklumat daripada data yang diperoleh. 4.1

Kaedah Pengumpulan Data

Dalam kaedah pengumpulan data terdapat beberapa kaedah yang digunakan iaitu kaedah pemerhatian, kaedah rujukan dan kaedah soal selidik. 4.1.1

Kaedah Pemerhatian

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian untuk melihat dan mencari golongan Generasi kedua untuk dijadikan responden dalam kajian ini. Keadah pemerhatian merupakan gambaran awal berkaitan dengan isu yang dikaji iaitu mengenai kos sara hidup. Pengkaji melakukan pemerhatian ke atas proses jual beli yang dilakukan oleh masyarakat di kawasan Felda Purun. Pengkaji juga melakukan pemerhatian berkenaan bayaran bil yang dilakukan oleh masyarakat Felda Purun. Pemerhatian ini dilakukan untuk memperoleh purata komposisi perbelanjaan yang dibuat oleh golongan Generasi Kedua. Pemerhatian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh golongan ini untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang tinggi. 4.1.2

Kaedah Rujukan

Pengkaji melakukan kajian ini dengan merujuk beberapa sumber iaitu buku teks dan juga internet untuk mendapatkan maklumat tentang kos sara hidup. Antara rujukan yang dilakukan melalui buku adalah buku teks Pra-U STPM Ekonomi Malaysia yang ditulis oleh Ishak Ismail dan Yip Siew Lang untuk mendapatkan maksud kos sara hidup. Rujukan buku 5

teks ini adalah sumber yang mudah untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian. Pengkaji juga telah mendapatkan maklumat dari internet untuk melakukan kajian kos sara hidup ini. Misalnya, pengkaji mendapatkan serba sedikit maklumat terkini tentang peningkatan KDNK tidak mampu menghalang kenaikan kos sara hidup yang juga semakin meningkat di laman web https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/04/407803/isu-ekonomi-bukan-sekadarkos-sara-hidup. Laman web https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/strategimenangani-peningkatan-kos-sara-hidup/ juga dijadikan rujukan untuk mendapatkan maklumat tentang langkah mengatasi kos sara hidup yang tinggi. Melalui kaedah rujukan ini, langkah-langkah untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi diperoleh dan objektif kedua dapat dicapai. 4.1.3

Kaedah Soal Selidik

Pengkaji menggunakan kaedah persampelan bukan probabiliti atau bukan rawak. Kaedah soal selidik dipilih bagi mencapai dapatan kajian iaitu dengan menggunakan borang soal selidik. 10 orang responden dipilih untuk atas kesudian mereka untuk memberi maklumat mengenai kos sara hidup. Responden terdiri daripada golongan Generasi Kedua di Felda Purun sahaja. Borang soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden yang terdiri daripada jantina, umur dan pekerjaan responden. Manakala bahagian B adalah mengenalpasti purata komposisi perbelanjaan dalam kalangan Generasi Kedua di Felda Purun, Bera, Triang, Pahang. Dalam bahagian ini, responden perlu menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh pengkaji dan hasilnya objektif pertama dicapai. Bahagian C adalah soalan berkaitan langkah-langkah untuk mengatasi kos sara hidup tinggi dalam kalangan Generasi kedua di Felda Purun, Bera, Triang, Pahang yang merupakan objektif kedua pengkaji dalam kajian tentang kos sara hidup ini. 4.2

Kaedah Menganalisis Data

Analisis data adalah penting untuk menganalisis data yang telah diperolehi . Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji atau menganalisis data yang diperoleh secara deskriptif iaitu menganalisis data yang telah diperoleh melalui kaedah soal selidik untuk menghasilkan dapatan kajian. Segala data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif, ditukarkan kepada kekerapan, peratusan dan min mengikut setiap item yang dinyatakan. Seterusnya, data yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk jadualdan rajah. Dalam Bahagian A iaitu demografi responden pengkaji menyatakan dalam bentuk peratus, manakala bagi Bahagian B iaitu mengenalpasti purata komposisi perbelanjaan dalam kalangan Generasi Kedua di Felda Purun, Bera, Triang, Pahang dan Bahagian C untuk mengkaji langkah-langkah untuk mengatasi kos sara hidup tinggi dalam kalangan Generasi kedua di Felda Purun, Bera, Triang, Pahang dinyatakan dalam bentuk min. Pada Bahagian C skala likert seperti jadual di bawah digunakan: Jadual 1 : Skor dan poin oleh isi rumah di Felda Purun, Bera, Triang, Pahang SKALA

POIN

Tidak setuju

1

Kurang setuju

2 6

Tidak pasti

3

Setuju

4

Sangat setuju

5 (Sumber : Kajian Lapangan Tahun 2018)

Beberapa rumus digunakan dalam kajian ini. i. Rumus untuk Bahagian A iaitu mengkaji purata komposisi perbelanjaan yang dilakukan oleh Generasi Kedua Felda Purun dalam peratusan untuk mencapai objektif pertama. Peratusan purata komposisi perbelanjaan

= Bilangan perbelanjaan yang dilakukan Generasi Kedua x 100 Jumlah keseluruhan responden

ii. Rumus menghitung min digunakan untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang tinggi di Felda Purun. Skor min = Ʃ(Nilai skor X bilangan responden) Jumlah keseluruhan responden

7

Related Documents

Eko
April 2020 26
Euromix Eko
November 2019 25
Eko Soca.docx
June 2020 21
Eko Hertanto
May 2020 20
Eko Lklk
May 2020 17
Eko Pertumbuhan
June 2020 16

More Documents from ""