Esei He.docx

  • Uploaded by: Sabrina Zulaikha
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei He.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,828
  • Pages: 7
TUGASAN 3: PENULISAN ILMIAH

PENDAHULUAN Suasana politik tanah air kini telah diwarnai dengan pelbagai senario isu yang berbeza-beza dan bercabang-cabang. Jika diteliti kembali melalui faktor sejarah, dasar terawal yang merungkai aspek persefahaman dan perpaduan pelbagai kaum di negara ini adalah Kontrak Sosial yang dipersetujui bersama oleh kaum-kaum utama Persekutuan Tanah Melayu menjelang kemerdekaan. Persefahaman atau perjanjian antara kaum ini menetapkan kaum bukan bumiputera yang layak akan diberi kewarganegaraan dan mereka bebas mengamalkan agama mereka serta mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Pada masa yang sama, syarat balas yang diterima ialah kaum bumiputera pula berhak mendapat beberapa pertimbangan istimewa dalam bidang pekerjaan, pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, agama persekutuan adalah agama Islam dan institusi kesultanan terus dikekalkan sebagai lambang kedaulatan negara (Anis Yusal Yusoff, Zubayry Abady Sofian, 2008). Salah satu formula mencegah ketegangan hubungan etnik masa kini ialah kembali kepada memahami dan menerima Kontrak Sosial. Pada umumnya, Kontrak Sosial adalah persetujuan bersama antara kaum-kaum yang berbeza di Tanah Melayu untuk saling menerima, memahami, menghormati dan bertolak ansur mengenai status quo masing-masing dalam usaha mewujudkan perpaduan ke arah kemerdekaan. Ianya adalah semangat dalaman yang tidak semata-mata dihujahkan melalui sudut pandang perundangan dan perbincangan ilmiah, tetapi juga nilai dan sentimen sejarah negara. Sejarah adalah pengajaran. Ungkapan seorang ahli falsafah, George Santayana, “Those who forget history are doomed to repeat it” amat relevan dan signifikan dalam perbincangan mengenai sisi hitam sejarah negara dan pengajarannya. Pengetahuan sejarah khususnya punca berkaitan peristiwa 13 Mei 1969 berupaya mencegah masyarakat daripada mengulangi kesilapan tersebut. Melalui sejarah juga masyarakat dapat mengetahui dan memahami latar belakang negara ini dan sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa yang pernah terjadi (Wan Liz Ozman 2000).

1

KONTRAK SOSIAL Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah Ketika itu menyebabkan penjajahan kuasa asing seperti British, Jepun, Portugis dan Belanda ke atas Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 sehingga abad ke-20 untuk mencari bahan mentah dan telah meninggalkan pelbagai coretan sejarah. Akan tetapi selepas perang dunia kedua, British kembali ke Tanah Melayu dan menubuhkan Malayan Union 1946 tetapi ditentang oleh orang Melayu kerana perlembagaan Malayan Union menggugat kedudukan Raja-Raja Melayu yang hanya berkuasa dalam urusan adat dan agama sahaja. Namun begitu, satu Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) telah ditubuhkan yang dianggotai oleh Sir Malcolm MacDonald, Dato’ E.E.C Thuraisinggam, dan wakilwakil daripada Melayu, Cina, India, Ceylon, Serani, dan Eropah yang bertujuan untuk mewujudkan

kerjasama, toleransi dan permuafakatan antara kaum yang mendiami Tanah

Melayu dalam mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang di naungi oleh kerajaan British sekaligus menolak dasar-dasar Perlembagaan Malaya Union. Peruntukan yang terdapat dalam Kontrak Sosial meliputi jaminan terhadap ketuanan Melayu dan mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu Cina dan India melalui proses tawar-menawar yang dipersetujui oleh semua pihak dalam menuju ambang kemerdekaan yang di janjikan oleh kerajaan British. Oleh itu, Kontrak Sosial merupakan asas kepada kewujudan Perlembagaan Persekutuan 1948 (Mahyudin Khalid & Ashrof Zaki, 2011).

KANDUNGAN DALAM KONTRAK SOSIAL Semangat permuafakatan membawa kepada penyatupaduan antara kaum Melayu dan bukan Melayu dalam perjanjian Kontrak Sosial yang telah disepakati. Menurut (Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin, 2014), kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah serta Sarawak, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Institusi Raja merupakan perkara yang terkandung dalam Kontrak Sosial 1948. Ia juga merupakan unsur tradisi yang dipertahankan oleh kaum Melayu dan telah dipersetujui melalui rundingan tiga kaum terbesar yang mendiami Tanah Melayu ketika itu yang di wakili UMNO, MCA dan MIC iaitu kaum bukan Melayu sebulat suara menerima hak keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk asli Tanah Melayu. Sebagai mengimbangi perjanjian tersebut, pemimpin kaum Melayu telah melonggarkan hak kerakyatan terhadap kaum bukan Melayu dengan menggunakan prinsip Jus Soli. Dengan termeterai perjanjian tersebut, seluruh pemimpin pelbagai kaum berganding bahu dan berharap impian

2

mereka untuk mewujudkan sebuah negara yang merdeka dapat direalisasikan menerusi Kontrak Sosial yang dijalinkan antara etnik di Tanah Melayu.

HUBUNGAN ANTARA KONTRAK SOSIAL DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Menurut Worron Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib, & Abdul Kadir Rosline (2008), Kontrak Sosial dengan perlembagaan sangat berkait rapat kerana istilah “Kontrak Sosial” itu sendiri merujuk kepada permuafakatan antara bapa-bapa kemerdekaan mewakili kaum masing-masing iaitu orang Melayu, Cina, dan India sebelum kemerdekaan. Namun demikian, istilah ini tidak digunakan secara rasmi dalam perlembagaan 1957 tetapi secara asasnya ia wujud dalam sejarah negara kerana tanpa termeterai perjanjian Kontrak Sosial, Perlembagaan Persekutuan tidak dapat diwujudkan dengan jayanya seterusnya menentukan identiti negara Malaysia. Proses permuafakatan yang berlangsung antara bapa-bapa kemerdekaan turut mendapat sokongan padu daripada rakyat di Tanah Melayu walaupun hidup dalam pelbagai lapisan masyarakat. Hubungan Kontrak Sosial diterjemahkan apabila satu perlembagaan dapat dibentuk pada 31 Ogos 1957 sekaligus melicinkan proses menuntut kemerdekaan daripada kerajaan British. Bukan itu sahaja, Perlembagaan persekutuan sekali lagi melalui proses pembaharuan pada 16 September 1963 apabila Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bergabung dengan semenanjung secara automatik membentuk sebuah negara yang diberi nama baru iaitu Malaysia. Ini membuktikan bahawa Semangat permuafakatan dan tolak ansur antara masyarakat majmuk yang bernaung di Tanah Melayu ketika itu merupakan kunci kepada penyatupaduan dan kestabilan negara yang dikecapi oleh kita hingga ke hari ini. Lantaran itu sehingga kini, unsurunsur tradisi dan hak kewarganegaraan masih tetap utuh dipelihara dan dikanunkan dalam perlembagaan Malaysia.

ELEMEN KONTRAK SOSIAL i)

Kedudukan Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu amat terkenal dengan sejarah kegemilangan pemerintahan pada era Kesultanan Melaka yang telah diamalkan berabad-abad lamanya. Pada ketika itu, Raja merupakan pemegang kuasa mutlak dalam hal berkaitan pemerintahan yang harus ditaati oleh rakyat. Sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, kuasa barat telah pun menjajah Tanah Melayu dan wujudnya campur tangan British dalam urusan pemerintahan tetapi 3

masih mengekalkan Raja-Raja Melayu sebagai pemerintahan berdaulat di bawah jajahan takluk masing-masing. Di samping itu, Residen dan Penasihat British juga diutus sebagai penasihat

Raja-Raja

Melayu.

Malayan

Union

ditubuhkan

bagi

menguruskan

pemerintahan berpusat yang lebih sistematik tetapi ditentang oleh orang Melayu kerana kuasa Raja-Raja dihadkan dan hanya berkuasa dalam adat istiadat dan hal ehwal Agama Islam sahaja. Pada 1948 Perjanjian Tanah Melayu telah dicapai melalui rundingan daripada pelbagai pihak dan membentuk sebuah perlembagaan yang baharu bagi menggantikan Malayan Union. Setelah negara mencapai kemerdekaan, Institusi Beraja masih dikekalkan bagi memelihara ciri-ciri tradisi keperibadian Melayu, dan berlaku sedikit pengubahsuaian dalam Institusi Beraja yang diselaraskan dengan sistem demokrasi dan Raja berperlembagaan yang mana kuasa Raja-Raja haruslah dilaksanakan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Institusi Beraja memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kestabilan politik dan menjadi lambang penyatuan kaum yang bernaung di bumi Malaysia.

ii) Hak keistimewaan orang Melayu Yang diPertuan Agong merupakan orang yang bertanggungjawab dalam memelihara kedudukan orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan telah diperuntukkan dalam perkara 153. Terdapat beberapa dasar yang dilakukan oleh Yang diPertuan Agong bagi melindungi hak keistimewaan peribumi terutamanya dari segi pendidikan, ekonomi, politik, sosial dan kemudahan lain seperti jawatan dalam kerajaan, lesen perniagaan dan pemberian biasiswa. Dasar ini dilaksanakan dengan penuh berhemah bagi mengelakkan berlakunya ketidakadilan yang boleh mencetuskan huruhara dalam kalangan rakyat. Selain itu, undang-undang tanah rizab Melayu telah diperuntukkan dalam perkara 89 dan 90 bagi melindungi hak Bumiputra daripada diambil alih ataupun dijual kepada kaum bukan Melayu. Perkara 8 (5) (f) dalam perlembagaan pula, memperuntukkan pengecualian terhadap kaum-kaum lain dan hanya kaum Melayu sahaja yang dibenarkan untuk memasuki perkhidmatan Rejimen Askar Melayu. Kedudukan kaum Melayu juga turut diseimbangkan dengan kaum-kaum lain dari aspek seperti hak kewarganegaraan, layanan sama rata, dan hak memiliki harta secara peribadi. Semua peruntukan terhadap unsur tradisi yang terkandung dalam perlembagaan telah mewujudkan sikap tolak ansur antara kaum tanpa mengira latar belakang dan dapat hidup aman damai walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya, (Nazri Muslim, Jamsari Alias, Wan Zulkifli, Wam Hassan, Azizi Umar, & Nasruddin Yunos, 2013). 4

iii) Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Agama Islam dengan Bangsa Melayu memang tidak dapat dipisahkan lagi kerana mengikut catatan sejarah, agama Islam telah bertapak di Tanah Melayu sejak 500 yang tahun lalu dan merupakan agama anutan bangsa Melayu yang dipelihara sehingga sekarang. Ketika Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa besar dunia tetapi keadaan itu sedikit pun tidak melemahkan pegangan masyarakat Melayu terhadap Agama Islam. Dalam Perkara 1-4 menyebut bahawa Agama Islam merupakan agama rasmi persekutuan manakala agama lain bebas diamalkan di setiap bahagian. Setiap agama juga diberi kebebasan untuk menguruskan hal ehwal agama masing-masing tanpa ada sebarang sekatan selagi ia tidak bertentangan dengan undangundang yang terkandung dalam perlembagaan. Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa dalam mengurus, menyelenggara ataupun menubuhkan Institusi Islam seperti Pejabat Agama, Baitulmal dan Yayasan Islam bagi melicinkan lagi gerak kerja berkaitan dengan pengurusan Agama Islam dan Undang-Undang Syariah. Kerajaan British tidak campur tangan malah memberi pengiktirafan dan menyerahkan urusan hal ehwal agama kepada Raja-Raja dan mengangkat Agama Islam sebagai agama rasmi kerana banyak mempengaruhi gaya hidup orang Melayu dan telah diamalkan oleh seluruh masyarakat Melayu.

iv) Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara 152 bahasa Malaysia dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan. Namun begitu, akta tersebut juga turut melindungi bahasa selain daripada Bahasa Melayu dan tiada sekatan untuk menggunakan bahasa kaum masing-masing. Setelah itu berlaku pula proses pemindaan dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan nama bahasa Melayu ditukar menjadi bahasa Malaysia yang diguna sehingga sekarang. Penerimaan rakyat terhadap Bahasa Melayu dapat dilihat apabila mereka mula memahami dan bertutur menggunakan Bahasa Melayu dengan baik sebagai alat berkomunikasi antara satu sama lain dalam kehidupan seharian. Bahasa Melayu juga digunakan secara meluas termasuklah dalam sektor kerajaan yang mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar terutama dalam urusan surat menyurat, minit mesyuarat dan teks ucapan majlis-majlis rasmi. Oleh itu, melalui penggunaan satu bahasa yang sama semangat bersatu padu dapat dipupuk dalam kalangan rakyat seterusnya membentuk identiti bahasa dan negara Malaysia. 5

PENUTUP Setiap rakyat Malaysia haruslah memelihara semangat permuafakatan, toleransi, persefahaman yang telah dipupuk semenjak usaha menuntut kemerdekaan lagi. Kita juga haruslah menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang sanggup berkorban apa sahaja demi membebaskan tanah air tercinta daripada penjajah dan mengambil iktibar terhadap setiap peristiwa yang berlaku. Justeru itu, penerimaan kontrak sosial oleh kaum majoriti dan minoriti merupakan satu formula baru dalam mentadbir negara yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat majmuk. Penghayatan terhadap sejarah perlembagaan pula adalah amat penting bagi setiap kaum bagi memastikan perpaduan yang dijalinkan dapat dipanjangkan lagi seterusnya menjadi contoh kepada generasi yang akan datang dalam memastikan kemakmuran dan keamanan negara Malaysia di samping itu terhindar daripada sebarang konflik.

6

RUJUKAN Anis Yusal Yusoff & Zubayry Abady Sofian. (2008). Politik Isu-Isu Integriti. Kuala Lumpur: USM. Mahyudin Khalid & Ashrof Zaki. (2011). Perlembagaan malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Hubungan Etnik, Universiti Teknologi Mara. Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin. (2014). Prinsip Hubungan Sosial Bagi Menangani Konflik Dalam Masyarakat Malaysia Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Nazri Muslim, Jamsari Alias, Wan Zulkifli, Wam Hassan, Azizi Umar, & Nasruddin Yunos. (2013). Analisis Peruntukan Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik. Jurnal Melayu Jilid 11. Wan Liz Ozman. (2000). Hubungan nilai masyarakat dan pembangunan: satu analisa. Jurnal Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, bil. 8, pp. 77-94. Worron Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib, & Abdul Kadir Rosline . (2008). Prosiding Seminar Politik Malaysia. Politik Melayu: Antara Muzakarah, Mugabalah, atau Makinparah.

7

Related Documents

Esei
June 2020 35
Esei
May 2020 38
Esei
June 2020 32
Ict Esei
June 2020 26
Esei Angkasa.docx
November 2019 42
Esei Merdeka
May 2020 9

More Documents from "NuRuN sYaZwAnI bT mD rAdZi"

Task 3 Sir Ros Sla.docx
December 2019 16
Storyboard.pptx
December 2019 18
Esei He.docx
December 2019 34
Task 1 Mdmogy Ass.docx
December 2019 20
Appendices.docx
December 2019 20
Ujian Dms.doc
June 2020 30