Ekonomi

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ekonomi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,749
  • Pages: 5
SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI DALAM PERKERJAAN SEKTOR SWASTA OBJEKTIF KHUSUS : Mengenalpasti status penawaran tenaga kerja dan gunatenaga negeri. Mengenalpasti permintaan gunatenaga negeri. Mengenalpasti bilangan sebenar pekerja asing yang diperlukan. Tahun 2009, kemelesetan ekonomi global dijangka akan melanda. Ia telah mula melanda sejak pertengahan tahun lalu. Negara maju seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, Britain dan banyak lagi negara telah merasainya. Beberapa langkah telah diambil untuk mengatasinya, namun masih belum menampakkan kejayaan. Akibat kemelesetan ekonomi yang berlaku, ada di kalangan negara terbabit terpaksa mengambil langkah mengurangkan pekerja sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Malaysia tidak ketinggalan menerima tempias yang berlaku akibat kemelesetan ekonomi global. Terdapat beberapa buah syarikat swasta tidak lagi mampu bertahan menanggung kelembapan ekonomi yang melanda. Akhirnya, syarikat yang terbabit turut mengambil langkah pengurangan pekerja, penurunan gaji pekerja, tiada kenaikan gaji tahunan dan lebih malang lagi ada yang menghentikan operasi syarikat. Sehubungan itu, gerakan koperasi seharusnya mengambil langkah berhati-hati menguruskan dan mem-belanjakan kewangan masingmasing agar koperasi dapat berjalan dengan baik. Ini bermakna anggota koperasi mestilah bekerjasama memainkan peranan dan menggembleng tenaga untuk memantapkan koperasi masing-masing. Sekiranya gabungan itu rapuh maka akan membawa akibat yang buruk kepada gerakan koperasi di negara ini. Perkara yang sama telah dibangkitkan oleh kepimpinan Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad ketika ditemu bual oleh wakil PELANCAR baru-baru ini. Pengerusinya, Haji Che Ani Haji Ahmad berkata, beberapa tahun yang lalu koperasi telah membayar dividen yang tinggi kepada anggotanya yang telah diputuskan melalui mesyuarat agung tahunannya. Jadi, apa yang merisaukan kami ialah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, dikhuatiri anggota koperasi akan terus menuntut pembayaran dividen yang tinggi. Katanya, jika perkara ini berlaku pasti membawa keburukan kepada koperasi ini. Oleh itu, diharap anggota koperasi dapat memahami

prinsip, falsafah dan matlamat koperasi memahami keadaan yang melanda.

sebenar

serta

dapat

Menyentuh mengenai kegiatan koperasi, Haji Che Ani Haji Ahmad memberitahu, koperasi bergiat dalam bidang perladangan iaitu getah dan kelapa sawit, jualan barangan pertanian, peralatan kebun dan jualan tanah. Namun begitu, pendapatan koperasi turut diperoleh daripada penyewaan bangunan milik koperasi. Melalui kegiatan tersebut telah memberikan pulangan yang baik kepada pendapatan koperasi. Pada tahun lalu, koperasi telah menambahkan pendapatannya berbanding pada tahun sebelumnya. Namun begitu, Haji Ani mengharapkan anggota koperasi tidak terus menuntut pembayaran dividen tinggi kerana kelembapan ekonomi mungkin menjejaskan operasi koperasi. Menurutnya, sehingga kini koperasi telah berjaya menguruskan tanaman kelapa sawit melalui sewaan tanah. Seluas 120 ekar keseluruhan tanah telah disewa bagi tujuan tersebut di beberapa tempat. Antaranya ialah di Kampung Tok Bedu, Pokok Tampang, Lahar Looi dan Pokok Sena, Seberang Perai Utara. “Sewaan tanah dibuat melalui perjanjian bersama di antara tuan punya tanah dengan pihak koperasi. Dalam perjanjian tersebut, keuntungan dibahagikan mengikut 60 peratus keuntungan diberikan kepada tuan punya tanah (anggota) dan 40 peratus kepada koperasi,” ujarnya. Setiausaha, Haji Zubair Mohd. Ghouse memberitahu, koperasi turut menjalankan kegiatan kerja-kerja kontrak am. Antara kegiatan yang dijalankan ialah membersihkan kawasan, membina jalan-jalan kampung, membina dan mengubahsuai bangunan, membersih dan membina perparitan dan longkang, katering dan sebagainya. Kerjakerja tersebut diperoleh melalui tender terbuka daripada agensi kerajaan dan swasta. “Pada tahun lalu, koperasi memperoleh pendapatan sebanyak RM83,000.00 daripada projek-projek yang telah dijalankan. Ini telah banyak membantu koperasi menambah pendapatannya,” jelas beliau. Sementara itu, Bendahari koperasi, Haji Umar Haji Hamid memberitahu, hasil daripada kegiatan yang diusahakan selama ini telah membolehkan koperasi membeli beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Tasek Gelugor. Antaranya ialah bangunan rumah kedai satu tingkat di Jalan Hashim Awang, Tasek Gelugor dan sebuah lagi di Taman Saga, Tasek Gelugor. Bangunan rumah kedai di Jalan Hashim disewakan dengan kadar RM1,540.00 dan bangunan di Taman Saga pula dijadikan pejabat

koperasi dan di bahagian RM660.00 sebulan.

bawahnya

disewakan

dengan

kadar

Menurut Haji Umar Haji Hamid, hasil daripada sewaan tersebut membolehkan koperasi menampung pembayaran bulanan pembelian bangunan tersebut. Sebuah lagi bangunan rumah kedai dua tingkat di Taman Gelugor Indah telah dibeli oleh koperasi. Bangunan tersebut dibeli dengan harga RM266,000.00. “Apa yang lebih membanggakan kami ialah bangunan tersebut dibeli secara tunai. Bangunan ini telah siap sepenuhnya dan telah boleh diduduki. Pihak koperasi bercadang untuk memindahkan pejabat koperasi di Taman Saga ke bangunan ini,” jelas beliau. Tambahnya, pihak koperasi berpendapat sekiranya pejabat koperasi dipindahkan ke bangunan baru ini akan dapat memudahkan setiap urusan koperasi dan mampu memberi keselesaan kepada anggota koperasi yang ingin berurusan dengan pihak koperasi. Banyak kemudahan yang terdapat di bangunan baru ini berbanding dengan bangunan pejabat koperasi yang lama. Antaranya ialah kemudahan tempat letak kereta yang lebih banyak dan selesa, berhadapan dengan jalan besar, ruang pejabat yang lebih luas dan kemas, mudah dikunjungi dan sebagainya. Pengerusinya, Haji Che Ani Haji Ahmad menjelaskan, aset yang dimiliki oleh koperasi boleh dibanggakan dan diperoleh dengan langkah berjimat cermat yang dilaksanakan oleh Lembaga koperasi. Pencapaian koperasi ini tidak akan berjaya sekiranya tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak terutamanya di kalangan seluruh anggotanya. “Walaupun koperasi berjaya meningkatkan pendapatannya saban tahun, langkah berjimat cermat dan menggunakan kewangan koperasi dengan lebih berhati-hati serta berhemah perlu diteruskan. “Pada masa yang sama, anggota koperasi perlu meningkatkan kerjasama dan sokongan padu kepada pihak koperasi. Pendapat, cadangan, tenaga dan modal daripada setiap anggota sangat dialualukan. Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sentiasa menghargai sumbangan dalam apa jua bentuk di kalangan anggota demi manfaat bersama,” ujarnya. Tambah beliau, dalam mengharungi kemelesetan ekonomi, semua pihak seharusnya tidak terlalu mengharapkan pulangan atau dividen yang tinggi. Sepatutnya, semua anggota bergabung tenaga, modal dan idea bagi menghadapi keadaan yang melanda agar kegiatan koperasi dapat dilaksanakan dengan jayanya.

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI DALAM PERKERJAAN SEKTOR AWAM Kerajaan mahu atasi masalah kakitangan awam, swasta soal Socso, KWSPMELAKA: Kerajaan akan mengeluarkan Peraturan Kerja Separa Masa dalam tempoh terdekat bagi membolehkan pekerja dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta di negara ini melakukan kerja separuh masa tanpa menghadapi sebarang masalah. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kementeriannya kini sedang merangka peraturan baru itu yang akan menjawab pelbagai masalah seperti Socso, kerja lebih masa, kemalangan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selain memberi peluang kepada pekerja dua sektor itu untuk bekerja separuh masa tanpa membabitkan sebarang isu. Katanya, dalam usaha membantu pekerja negara ini termasuk sektor awam khususnya yang berpendapatan rendah, serta menambah pendapatan mereka, kementeriannya kini pada peringkat akhir menggubal Peraturan Kerja Separa Masa mengikut Akta Kerja 1955 khusus untuk pekerja terbabit. "Akta ini sudah dipinda pada 1998 dengan memasukkan seksyen baru iaitu Seksyen 2(4A) iaitu Menteri Sumber Manusia diberi kuasa membuat peraturan bagi pekerja separuh masa termasuk menetapkan terma dan syarat pekerjaan mereka. "Mungkin dalam tempoh beberapa bulan ini selepas mendapat kelulusan pejabat peguam negara, kita akan menggunakannya untuk membantu pihak yang sedang atau membuat kerja separuh masa dan saya harap ia dapat dilaksanakan sebelum Jun ini," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja 2009 anjuran Cuepacs di Dewan Taming Sari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), dekat sini, semalam. Pada majlis itu, Presiden dan Timbalan Setiausaha Agung Cuepacs, Omar Osman dan Loke Yim Pheng masing-masing menerima Anugerah Tokoh Terbilang dan Anugerah Gemilang Wanita Cuepacs, manakala Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat yang diwakili Setiausaha Agungnya, Mohd Sayuthi Haron menerima Anugerah Kesatuan Cemerlang Cuepacs. Subramaniam berkata, tujuan Peraturan Kerja Separa Masa itu digubal untuk membolehkan pekerja sektor awam dan swasta bekerja selepas waktu kerja atau separuh masa. "Ia dilakukan untuk memastikan penetapan peraturan berkaitan penggajian pekerja separuh masa, menentukan faedah minimum kepada pekerja separuh masa, mengurangkan kebergantungan majikan kepada pekerja asing dan menggalakkan penyertaan tenaga kerja terbiar," katanya. Lebih 20 peratus kakitangan awam dalam kumpulan sokongan akan menerima manfaat daripada keputusan kerajaan untuk menaikkan pangkat selepas 15 tahun perkhidmatan, kata setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zin, Khamis.Dalam mengalu-ngalukan keputusan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh untuk kakitangan sokongan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, katanya ini ialah sudah lama dalam perkhidmatan awam kerana beratus-ratus merasa kecewa dengan tahap kenaikan gaji maksimum sehingga mereka bersara.Najib semasa berucap kepada kakitangan awam pada perhimpunan khas mengumumkan bahawa kenaikan pangkat untuk pegawai kategori ini akan dipertimbangkan pada 1 Julai.Ahmad Shah berkata sistem baru itu akan membantu memberikan motivasi kepada kakitangan dan menjadikannya lebih produktif.Kini ada di antara mereka yang telah berkhidmat lebih 30 tahun tidak dinaikkan pangkat kerana jawatan untuk kenaikan pangkat

adalah terhad di jabatan tertentu.Ahmad Shah berharap syarat kenaikan pangkat tidak akan diperketatkan, pada hakikatnya beliau berkata ia adalah terbaik jika kenaikan pangkat dilakukan secara automatik untuk mereka yang telah berkhidmat lebih 15 tahun dalam gred tertentu.Katanya kerani, penyelia dan pegawai penguatkuasa yang akan menerima manfaat daripada keputusan ini dan Cuepacs kini menunggu syarat-syarat itu dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Bernama difahamkan bahawa JPA telah mengeluarkan pekeliling perkhidmatan berkaitan kenaikan pangkat ini. Mereka dijangka menerima dalam masa sehari atau dua hari, menurut jurucakap JPA.Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam, Ibrahim Ahmad yang sangat gembira dengan pengumuman bahawa kakitangan awam dalam kumpulan sokongan dengan lebih 15 tahun pengalaman, layak untuk dinaikkan pangkat.Ini kerana kesatuan itu telah memperjuangkan untuk peluang tersebut sejak 30 tahun lepas atau hasrat mereka telah dipenuhi.Beliau berkata langkah terkini oleh kesatuan itu ialah mengemukakan satu memorandum kepada kerajaan pada Ogos lepas yang mewajarkan pegawai dalam kategori ini hendaklah dinaikkan pangkat dan mencadangkan bahawa mereka diberikan peluang tersebut sekurang-kurangnya selepas 20 tahun perkhidmatan."Apa yang kita terima sekarang melebihi apa yang kita minta," kata Ibrahim kepada Bernama.Pada masa sekarang, pegawai kastam dalam gred W17 ke W40 tidak dapat peluang kenaikan pangkat ini sungguhpun sesetengahnya telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam gred yang sama.Belia berkata daripada 4,000 pegawai kastam dalam gred itu, lebih 800 telah berkhidmat lebih 25 tahun dan akan bersara dan masih berada dalam gred yang sama.Gred W17 bermula dengan gaji RM821 dan maksimum dalam masa 24 tahun kepada RM2,152.Di bawah cadangan skim itu yang diumumkan Najib, pegawai berkenaan kini mempunyai peluang untuk terus ke gred W22 selepas berkhidmat 15 tahun dengan permulaan gaji RM1,916 dan maksimum RM2,839.Ibrahim berkata selain itu, kesatuan tersebut juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk memasukkan semula sistem anugerah kepada pegawai yang merampas barang-barang di mana cukai tidak dibayar.Beliau menjelaskan bahawa pegawai berkenaan menikmati anugerah ini antara 10 peratus dan 30 peratus nilai barang-barang yang dirampas sehingga April 2004, apabila dengan tiba-tiba ia ditarikbalik.Kesatuan itu juga meminta elaun kerja giliran untuk pegawainya yang terpaksa bertugas mengikut giliran di lokasi dengan keadaan penghidupan yang tidak memuaskan.Sementara itu Presiden Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP) P. Ramanathan, 67, menyifatkan Najib sebagai sangat bertolak ansur dan ikhlas yang benar-benar menjaga kebajikan pekerja.Ramanathan seorang guru dan aktivis kesatuan yang disanjung tinggi, yang mengetuai beberapa perbincangan dengan Najib apabila beliau menjadi Menteri Pendidikan pada 1996, berkata: "saya dapati beliau sangat peka dan prihatin mengenai nasib guru dan beliau membantu menyelesaikan banyak masalah."Beliau berkata Najib akan diingati oleh guru kerana memperkenalkan kenaikan pangkat mengikut tempoh, yang akan perluaskan kepada kakitangan awam lain berkuatkuasa 1 Julai 2009.

Related Documents

Ekonomi
June 2020 32
Ekonomi
May 2020 51
Ekonomi
May 2020 44
Ekonomi
May 2020 41
Ekonomi
August 2019 70
Ekonomi
November 2019 70