Peranan guru dalam perkembangan sosiobudaya di bilik darjah.
Pengetahuan tentang implikasi kepelbagaian sosiobudaya ini seharusnya diambil tahu oleh semua agar pengetahuan ini dapat menghakis sikap prejudis khususnya guru dalam menangani kepelbagaian sosio budaya murid. Pertama, guru seharusnya peka dengan perbebaan agama dan kepercayaan murid serta hormat dan menerima seadanya nilai dan kepercayaan itu. Biasanya, kepelbagaian persekitaran akan mempengaruhi pemikiran serta kefahaman murid terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka. Aspek bahasa pengantar turut memberi impak kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertembungan dialek yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang perlu dikawal oleh guru dengan menekankan penggunaan bahasa standard yang difahami semua murid. Kedua, guru mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mengelola bilik darjah harus melihat pengajaran sebagai an art rather than science supaya guru-guru berfikir kreatif dan dapat menyesuaikan diri dengan murid pelbagai budaya. Guru juga perlu merancang pelan tindakan strategik bagi mata pelajaran yang diajar dan memastikan pembelajaran perlulah selaras dengan objektif, iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid. Objektif yang dirancang perlulah tepat, jelas dan mampu dicapai oleh murid pelbagai budaya dan latar belakang. Pada masa yang sama guru berkemampuan memantau kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuah penambahbaikan. Guru haruslah mengenali latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam dan kepercayaan akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada individu pelajar mengikut keperluan individu. Guru tidak seharusnya menggunakan maklumat latar belakang keluarga pelajar untuk mengesahkan generalisasi dan pelabelan yang telah dibuat. Apabila guru memahami situasi pelajar, dapatlah guru merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil terhadap pelajar daripada kelompok ini, oleh hal yang demikian, diskriminasi dapat dielakkan. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid. Oleh itu, guru perlulah bijak dalam menangani murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza serta budaya agar murid akan berasa selesa berada di dalam kelas dan tidak berasa terpinggir.