MENCEGAH AL- MUNGKAR AL- AKBAR DAN MENEGAK AL -MAKRUF AL- AKBAR
TITIK TOLAK DAKWAH Dakwah Islamiyyah mempunyai matlamat dan jalan yang jelas. Titik tolak dakwah Islamiyyah ialah memerangi mungkar terbesar (al-mungkar al-akbar) sekaligus menegakkan makruf terbesar (al-makruf al akbar). Peranan dakwah Islamiyyah yang utama ialah meruntuhkan sistem jahiliyyah daripada mempimpin alam dan menggantikannya dengan pimpinan Allah s.w.t. CITA-CITA SEORANG MUSLIM Pendakwah perlu membebaskan diri mereka daripada cengkaman jahiliyyah. Pendakwah tidak boleh berkompromi dengan jahiliyyah yang kini menguasai segenap bidang dan tempat. Pendakwah perlulah berusaha untuk meruntuhkannya hingga ke akar umbi. Bagi pendakwah yang meredhai sistem kuffar adalah merupakan satu kekufuran. Pendakwah hendaklah berazam dan beriktiqad merubah diri mengikut Islam. InsyaAllah, seterusnya pendakwah hendaklah berazam merubah masyarakat mengikut acuan Islam. Hassan al Hudhaibi berpesan : “ dirikanlah daulah Islam dalam diri kamu, nescaya ia akan berdiri dalam negaramu. “ USAHA SECARA JAMAAH Pendakwah yang bercita-cita untuk mengembalikan Sistem Wahyu yang selama ini diketepikan. Sistem Islam telah digantung daripada berfungsi dalam individu dan masyarakat. Pendakwah bertugas mengangkat diri dan saudara-saudara lain melepasi batas sistem jahiliyyah kerana pendakwah yakin Islam milik Allah s.w.t, tinggi dan tidak layak bagi sistem lain mengatasinya. Islam adalah amanah Allah s.w.t kepada manusia. Islam adalah amanah yang tidak mampu dipikul oleh makhluk lain. Amanah Kubra (besar) ini tentulah tidak dapat dilaksanakan seorang diri. Rijal Aqidah (pemuda beraqidah) mestilah berada dalam satu barisan tersusun sepertimana dituntut oleh Allah s.w.t dalam firmanNya
1
Terjemahannya:“ Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh “ (Surah Ash Shaff : 4) Tuntutan ayat ini telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w 14 abad yang silam. Berpandukan petunjuk Allah s.w.t, baginda telah menyusun barisan para sahabat dalam rangka memerangi jahiliyyah yang berbentuk cara hidup. RASULULLAH S.A.W MENGHAPUSKAN MUNGKAR TERBESAR Ketika mana Rasulullah s.a.w diutuskan, sistem hidup jahiliyyah memerintah seluruh dunia. Makkah tidak terkecuali daripada mengamalkan Sistem Jahiliyyah, iaitu mungkar terbesar. Sistem tersebut menolak Allah s.w.t sebagai Ilah dan rabb, penuh dengan kerosakan dan sentiasa mengeluarkan buah-buah kemungkaran. Masyarakat Makkah, kecuali beberapa orang pilihan Allah s.w.t, pada ketika itu leka dan puas dengan sistem hidup ciptaan manusia yang hanya memuaskan hawa nafsu. Mereka yang dipilih Allah s.w.t, di bawah pimpinan RasulNya, bangun memikul amanah kubra dan menyelamatkan alam daripada kekuasaan jahiliyyah. Firman Allah s.w.t
Terjemahannya:“ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung “ (Surah Ali ‘Imran: 104)
MUNGKAR TERBESAR HARI INI Pendakwah perlu sedar bahawa pada hari ini mereka juga dikelilingi oleh jahiliyyah sebagai sistem hidup ciptaan manusia. Suatu sistem yang menolak Allah s.w.t sebagai Ilah dan Rabb. Inilah mungkar terbesar. Mereka perlu memahami hakikat ini agar tidak tertipu. KELUAR DARI CENGKAMAN MUNGKAR TERBESAR
2
Kita mestilah membebaskan pemikiran dan hati daripada mungkar terbesar dan berada dalam Sistem Islam. Kita mesti keluar daripada kegelapan dan berada dalam cahaya, hanya dengan itu kita akan nampak dengan jelas akan kebenaran dan kebatilan. Sayyidin Omar r.a. sendiri pernah menangis dan ketawa sewaktu mengenangkan dua peristiwa di zaman jahiliyyah. Beliau menangis apabila terkenang beliau telah menanam anak perempuannya hidup-hidup. Beliau ketawa apabila terkenang beliau telah memakan patung sembahannya yang diperbuat daripada buah tamar ketika lapar. Beliau dapat melihat dua perkara yang berbeza itu setelah beliau keluar daripada kegelapan mungkar terbesar dan berada dalam Nur Ilahi. Firman Allah s.w.t
Terjemahannya:“ Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka ; mereka kekal di dalamnya “ (Surah Al Baqarah : 257) MUNGKAR AL-AKBAR DIPERTAHANKAN OLEH SUARA MAJORITI. Kini, golongan jahiliyyah terlalu ramai. Golongan yang ramai menolak Islam sebagai satu sistem hidup di mana-mana sahaja. Bagi pendakwah, suara majoriti belum tentu berada di atas kebenaran atau menepati syara’, lebih-lebih lagi dalam keadaan ummah pimpinan taghut kini. PERANAN TERPENTING GENERASI PERTAMA Muhammad Ibn Abdullah s.a.w beserta para sahabat baginda pilihan Allah telah memulakan dakwah ini dengan cara memerangi mungkar yang terbesar iaitu memerangi hakikat hidup yang sentiasa menolak Allah s.w.t sebagai Ilah dan Rabb, menolak Islam sebagai ad-Din yang mengatur kehidupan dan mengekalkan sistem hidup ciptaan manusia. Baginda mengajak manusia kepada ‘Takrir Uluhiyyah Allah s.w.t’ (menetapkan pengabdian kepada Allah s.w.t) agar benar-benar difahami dan menjiwai kehidupan manusia. Di atas keteguhan aqidah ini, ditegakkan syariat Islam. Hal ini telah dijelaskan oleh Abdullah Ibn Umar r.a: “ Kami adalah satu kaum yang dit datangkan iman sebelum al—quran …”
3
Para sahabat di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w dengan penuh tabah dan berani, tanpa takut dengan apa jua halangan dan rintangan, serta tanpa terpikat dengan apa jua janji duniawi telah memerangi mungkar terbesar itu. Aqidah Tauhid Uluhiyyah Allah diistisyarkan dan perhambaan hanya sanya untukNya, iaitu Makruf Al Akbar. Mereka bersyahadah bahawa Allah s.w.t sahajalah sebagai Penyusun dan Penggubal sistem hidup mereka. Mereka melaksanakan setiap perintan Allah s.w.t serta menjauhi laranganNya. Mereka menegakkan ummah atau ‘Usbah Muslimah dengan mebersihkan anggotanya daripada jahiliyyah. Maka tertegaklah syariat Allah s.w.t yang lengkap. Runtuhlah Ilah-Ilah yang berselerak di sekeliling mereka. Runtuhlah sistem jahiliyyah dan lenyaplah segala macam aktiviti jahiliyyah. IKHLAS DAN SUCI Rasulullah s.a.w dalam seruannya, tidak menjanjikan sebarang harta atau pangkat kepada pengikut baginda kerana itu semua adalah milik Allah s.w.t. Allah berikan kepada sesiapa yang disukaiNya. Para sahabat r.a. menerima Islam bukan kerana kepentingan duniawi bahkan mereka yakin apa yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w adalah benar. Mereka ingin berada di atas kebenaran itu. Mereka hanya mengharapkan matlamat jauh iaitu keredhaan Allah s.w.t serta menemui Allah s.w.t dalam keadaan redha meredhai. Para sahabat r.a telah meninggalkan jahiliyyah dengan sedar. Mereka faham bahawa keputusan mereka akan mengakibatkan terancamnya keselamatan, kesenangan dan kedudukan mereka dalam masyarakat jahiliyyah yang mengamalkan mungkar terbesar. UJIAN DI TAHAP AWAL Di tahap permulaan dakwah menentang Mungkar al-Akbar dan menegakkan Makruf al-Akbar, para sahabat atau anggota-anggota ummah pertama sanggup melaklui proses penyiksaan walaupun nyawa mereka diambil Allah s.w.t. Sayyidina Bilal Ibnu Rabbah r.a. disiksa di tengah-tengah padang pasir yang panas terik. Yathir dan Isterinya dibunuh. Peristiwa dan ujian demi ujian memantapkan ummah pertama dan membersihkan ummah daripada anggota-anggota yang ragu-ragu. Iman mereka semakin kuat dan nafsu mereka dikawal oleh iman yang mendalam itu. Mereka bersedia untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Mereka sanggup berhijrah dan meninggalkan kepentingan dalam masyarakat jahiliyyah kerana ingin mendaulatkan syariat Allah s.w.t bersama Rasulullah s.a.w. Maka tertegaklah Daulah Islamiyyah di Madinah dengan restu dan izin Allah s.w.t. Daulah itu tercanai mengikut acuan Allah s.w.t . Daulah itu menghayati Islam sebagai ad-Din dan menjadi asas perkembangan Islam ke seluruh manusia sehingga ke akhir zaman. Ummah inilah model untuk para pendakwah dan seluruh orang Islam. Sementara itu, segala kekuatan jahiliyyah terus berpadu tenaga dan bangkit untuk menghapuskan ummah ini. Mereka berazam untuk memadamkan cahaya Allah s.w.t tetapi Allah s.w.t menyempurnakan cahayaNya walaupun tidak disukai dan dibenci oleh orang-orang kafir. Allah s.w.t mengingatkan orang-orang beriman dengan FirmanNya
4
Terjemahannya:“ Hai orang-orang yang beriman , jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk . Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya. Maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. “ (Surah Al Maaidah: 105) DAKWAH DITERUSKAN Setelah tertegak Daulah Islamiyah, didapati para sahabat meneruskan dakwah dengan menyeru kepada kemakrufan dan mencegah daripada kemungkaran yang kecil dan ranting pula. Sebelum tertegaknya Makruf al-Akbar, mereka tidak mencurahkan tenaga mereka yang terhad kepada perkara-perkara kecil dan ranting. Apabila tersingkirnya Mungkar al-Akbar, maka mungkar-mungkar lain yang disifatkan sebagai buah-biah busuk hanya menanti masa untuk gurur. Para sahabat r.a memahami benar-benar akan kaedah dakwah ini yang menuntut agar diselesaikan keduadua perkara asas (menegakkan Makruf al-Akbar dan meruntuhkan Mungkar al-Akbar). Contohnya ibadah haji pertama, di tahun ke tujuh hijrah dikerjakan tanpa menyentuh berhala-berhala yang terdapat di sekitar Kaabah.
IBU SEGALA MAKRUF Makruf al-Akbar adalah ibu kepada segala amal makruf. Makruf al-Akbar melahirkan segala kebaikan dalam praktik hidup individu dan jamaah. Makruf al-Akbar, Taqrir Uluhiyyah Allah s.w.t dengan Wa’islami (kesedaran) Islam) akan sentiasa memandu manusia untuk berada di atas landasan syara’. Nyatalah kepada pendakwah, apabila mencegah sesuatu kemungkaran, mestilah bermula dengan mencegah kemungkaran paling besar iaitu menyingkirkan kekuasaan taghut dalam diri dan jamaah. Taghutlah yang memenjarakan hati manusia dan memperhambakannya kepada sesama manusia atau makhluk lain. Apabila seseorang itu dapat membebaskan diri daripada belenggu taghut, maka tersingkirlah dirinya daripada ibu segala kemungkaran iaitu kemungkaran terbesar. Merdekalah dia dalam erti kata sebenar. Inilah hakikat kebebasan sebenar dalam Islam. MEMPENGARUHI, BUKAN DIPENGARUHI Sahabat Rasulullah s.a.w keluar menyeru dan mengajak manusia lain supaya mengagungkan Allah s.w.t semata-mata. Mereka bergaul dengan anggota masyarakat jahiliyyah dan menyeru kepada makruf terbesar
5
dan mencegah mungkar terbesar. Mereka tidak melakukan sesuatu aktiviti bagi pihak taghut , tetapi mereka berkata, “ Marilah ikut kami!”. Mereka sentiasa mengawasi pelawaan sistem taghut, meskipun pelawaan itu datang daripada kaum keluarga sendiri. Mereka terus berdakwah walaupun tanpa mendapat sebarang sdokongan simpati daripada sistem jahiliyyah yang ingin dihapuskan. TIADA PILIHAN LAIN Pendakwah tiada pilihan lain, kecuali mencontohi generasi awal yang ditarbiyah oleh Rasulullah s.a.w. Dasar dan matlamat mereka suci. Jalan mereka masyru’ (menepati syara’) dan mengikut pimpinan Allah s.w.t. Jalan ;mereka tidak bercampur sedikit pun dengan asas-asas ciptaan manusia. Mereka menda menerima apa yang diperkenankan Allajh s.w.t dan menolak apa yang dilarangNya. Mereka mendahulukan kehendak Allah s.w.t. Mereka berpegang kepada ke kaedah: “ Matlamat Tidak Dapat Membersihkan Jalan” Tindak tanduk mereka mencerminkan pegangan hidup mereka. Mereka telah berjaya di sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t redha dengan mereka dan merekapun meredhai Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:
Terjemahannya:“ Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya “ (Surah An Nisaa’: 65) Inilah jalan hakiki yang diterangkan oleh Allah s.w.t dan diterjemahkan oleh Rasulullah s.a.w bersamasama para sahabat baginda. Menjadi sunnah Allah,jalan ini sememangnya sukar. Jalan yang ramai yang tidak menyukainya. Allah s.w.t berfirman:
6
Terjemahannya:“ Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu. Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta “ (Surah At Taubah : 42) Jalan ini hanya sanggup disertai oleh orang yang yakin dan bersedia untuk menyediakan bekalan yang banyak. MENGIKUTI DENGAN FAHAM DAN BERHATI-HATI Pendakwah perlulah sentiasa meneliti perjalanannya. Seandainya dia tersilap meletakkan titik tolak dakwahnya, pada akhirnya dia akan menemui jalan buntu. Dia akan mendapati masalah demi masalah yang remeh akan timbul dan tidak kunjung hilang. Masa dan tenaganya yang terhad terpaksa dicurahkan demi menyelesaikan masalah itu. Akibatnya kerjanya yang pokok tidak dapat dijalankan (atau setidaktidaknya terbantut kerana tertumpu kepada masalah yang remeh. Tanpa memahami titik tolak dakwah sebenar, pendakwah mungkin memulakan dakwahnya dengan menegakkan makruf yang kecil. Ini akan membuatkan pendakwah ketinggalan kerana makruf terbesar belum ditegakkan sementara mungkar terbesar terus hidup subur dan menguasai suasana. Pokok kemungkaran tidak terjejas. Yang gugur hanyalah buah-buah mungkar sahaja mengikut musim. Sepatutnya jika perkara kecil menghalang terlaksananya perkara utama, maka perkara kecil itu diketepikan buat seketika. Makruf/m09/msword/ver 6
Makruf/m09/msword/v.6
7