G. Islam Sebagai Penyelesaian

  • Uploaded by: IMM
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View G. Islam Sebagai Penyelesaian as PDF for free.

More details

  • Words: 2,149
  • Pages: 10
ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN Dahlan Mohammad Zain Muqaddimah Apa yang termuat dalam risalah ini, sebahagian besarnya, adalah petikan daripada pendapat ulamak-ulamak muktabar yang jelas fikrah serta iltizam dan intizam dengan kehidupan Islam. Saya hanya sekadar menyambung lidah, menyampaikan buah

fikiran

dan pengalaman mereka di sepanjang hidup dalam berbagai-bagai

waqi'. Sepatutnya

tajuk "Islam Sebagai Penyelesaian" menghuraikan

lingkup yang luas meliputi berbagai

aspek

skop dan

ruang

kehidupan manusia. Tetapi apa yang

saya akan ketengahkan di sini menyentuh perkara asas yang menjadi dasar kepada penyelesaian masalah hidup manusia

dari semasa ke semasa hingga alam ini

diwarisi kembali oleh Allah SWT. Konsep penyelesaian tersendiri Persoalan penting, apakah yang hendak diselesaikan oleh Islam? Apakah masalah sebenar manusia yang tidak mampu diselesaikan oleh mana-mana sistem atau peraturan kecuali Islam? Sebelum

persoalan

ini dijawab, perlulah difahami

dipisahkan daripada realiti hidup

manusia.

bahawa

Islam tidak

boleh

Kerana manusialah Islam ditanzilkan

(diturunkan).

Firman Allah SWT:

1

Terjemahannya: "Dan

tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan

untuk seluruh

manusia, untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui " (Surah Saba': ayat 28) Risalah Muhammad Rasulullah SAW adalah untuk kepentingan manusia. Manusia mempunyai sifat dan tabiat yang unik. Manusia terdiri daripada tiga fakulti iaitu rohi, 'aqli dan jasmani. Ketiga-tiga fakulti ini perlu dipandu dan dikawal oleh satu sistem yang lengkap dan bersepadu untuk melahirkan manusia atau insan yang dapat berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi mengikut nilai Rabbani, sekali gus memperlihatkan kematangan serta kedewasaannya dalam kehidupan di dunia dan layak mengecapi kebahagiaan di akhirat kelak Kita mengetahui bahawa setiap undang-undang atau peraturan mempunyai falsafah dan konsep tersendiri. Undang-undang dan perlaksanaannya, tetap akan

peraturan-peraturan

itu, dalam

menghadapi masalah dan mempunyai cara-cara

penyelesaian tersendiri pula. Adalah tidak logik dan tidak adil seseorang menuntut undang-undang tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang

timbul akibat daripada perlaksanaan

undang-undang yang lain.

Islam

adalah undang-undang dan peraturan hidup yang lengkap. Setiap juzuk

berkaitan

dan

berhubungan

secara

bersepadu

membentuk

mencakup seluruh aspek kehidupan. Sekiranya Islam diberikan tau'iyah

dan

tarbiyyahnya

kesatuan peluang

hakiki agar

ditegakkan berdasarkan prinsip-prinsip da'wah

Islamiyyah sebenar, berqudwahkan Rasulullah SAW dan berpandukan sumber wahyu

2

Allah SWT. sehingga lahir masyarakat yang rela melaksanakan undang-undang dan peraturan Islam, maka

dikala itu logik dan adillah Islam

dipertanggungjawabkan

untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Lihatlah apakah Islam mampu atau tidak? Cara Islam Menyelesaikan Permasalahan Hidup Untuk

mengetahui

cara Islam

menyelesaikan

permasalahan

hidup manusia,

seseorang perlu kembali meneliti dan memahami Fiqh Da'wah Rasulullah SAW. Yakni da'wah yang dibimbing oleh wahyu Allah SWT, al-Quran al-Karim. Di waktu yang sama seseorang perlulah melihat realiti masyarakat sewaktu Rasulullah SAW. diutuskan dari segi politik, ekonomi dan sosial kerana dalam bidang-bidang inilah sering timbul masalah-masalah yang dihadapi oleh

sesuatu masyarakat, bangsa

atau negara. Ketika mana Muhammad Rasulullah SAW diutuskan, negeri Arab seperti Syam dan Yaman yang subur dan kaya dengan hasil mahsul dikuasai oleh Romawi dan Parsi. Tinggallah Hijaz, Tihamah dan Najd yang kering kontang, dilitupi padang pasir dan dimiliki secara bebas oleh orang-orang Arab yang berpuak dan berqabilah. Kalau difikirkan secara biasa, tanpa meyakini bahawa setiap tindakan baginda bersabit dengan konsep Da'wah Islamiyyah sebenar dan baginda adalah bimbingan wahyu Allah

metod penyampaian

SWT, maka sudah tentu seseorang akan

membuat andaian-andaian bahawa: 1. Dalam kesempatan Muhammad Rasulullah SAW yang memiliki

sifat-sifat

kepimpinan, kewibawaan dan pernah diberi kepercayaan oleh pembesar-pembesar Quraisy untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu,

maka sebelum baginda

menjalankan Da'wah Islamiyyah kepada masyarakat, sudah tentu dengan senang baginda dapat menyatupadukan umat Arab yang berpuak dan berqabilah di bawah slogan Qaumiyyah 'Arabiyyah demi membebaskan bumi Arab dari dijajah oleh Romawi serta Parsi dan mengembalikan kuasa politik ke tangan umat Arab. Setelah umat Arab bersatu, buminya dirampas

kembali

dengan semangat Qaumiyyah 'Arabiyyah sebagai pemimpin kukuh maka

dari tangan Rumawi dan Parsi

dan setelah

dapatlah baginda,

kedudukan Muhammad

dengan kuasa dan kedudukan

yang dimiliki, memantapkan 'Aqidah Tauhid untuk dianuti oleh masyarakat dan seterusnya mewartakan

Islam

sebagai cara hidup mereka.

Dengan

cara

ini,

3

tentulah pada andaian seseorang yang hanya menggunakan aqal, Muhammad Rasulullah

SAW tidak

akan

menghadapi

siksaan dan tentangan yang keras usaha

untuk

berbagai-bagai halangan,

rintangan,

daripada Kafir Qura'isy selama 13 tahun dalam

menanamkan 'Aqidah

Tauhid

ke dalam hati masyarakat

dan

menegakkan Islam sebagai ad-Din (sistem hidup). Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar. 2. Kesempatan yang lain, realiti ekonomi dan sumber kekayaan di zaman Rasulullah SAW dikuasai oleh segolongan kecil dari masyarakat jahiliyyah. Mereka menguasai aktiviti perniagaan berasaskan riba'. Majoriti rakyat hidup miskin dan melarat. Berdasarkan kesempatan ini, mungkin seseorang mengandaikan jika Muhammad Rasulullah SAW berusaha mengajak majoriti masyarakat yang miskin dan melarat, lalu

menyatupadukan mereka dalam

satu

saf

cengkaman golongan feudal dan meningkatkan

bagi melepaskan diri daripada taraf

hidup mereka, nescaya

Rasulullah SAW dengan senang dapat mempengaruhi dan menyatukan mereka. Selepas itu bolehlah Rasulullah SAW menegakkan 'Aqidah Tauhid dan seterusnya mentatbiqkan

undang-undang

Islam dalam

kehidupan

masyarakat,

tanpa

bersusah payah menghadapi tentangan masyarakat Quraisy yang agresif hingga ke tahap ingin membunuh baginda. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar. 3. Kesempatan yang lain pula, realiti sosial dari sudut moral dan akhlak orang-orang Arab ketika itu amatlah menyedihkan.

Sesiapa yang

kuat dialah berkuasa.

Permusuhan, kezaliman dan pergeseran sesama sendiri sering berlaku. Anak gadis ditanam

hidup-hidup. Kemabukan

seumpamanya

berleluasa.

arak,

Mungkin

perjudian, seseorang

amalan

pelacuran

mengandaikan

dan

sekiranya

Muhammad Rasulullah SAW mengisytihar dari awal-awal lagi suatu bentuk Da'wah Islamiyyah

yang

bertujuan

membaiki

moral,

membentuk

disiplin

dan

membangunkan akhlak tanpa menekankan permasalahan iman, nescaya Rasulullah SAW akan mendapat sambutan dan sokongan majoriti penduduk tanah Arab. Lebihlebih lagi pada ketika itu

masih terdapat di kalangan orang-orang 'Arab yang

mempunyai sifat-sifat dan `basic morality' yang baik. Tidak perlu Rasulullah SAW bersusah payah selama 13 tahun berda'wah mengajak manusia supaya beriman kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar. Allah SWT Maha Mengetahui

4

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui bahawa semua andaian di atas bukan jalan yang betul untuk menyelesaikan masalah hidup manusia. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa masalah hidup manusia tidak dapat diselesaikan tanpa melalui proses

pembentukan

jiwa berasaskan 'aqidah yang sahih. 'Aqidah yang akan

menentukan sikap dan nilai sebenar. Apabila 'aqidah tauhid mengambil tempat dalam hati dan jiwa Rasulullah SAW, dalam suasana mereka menghadapi tentangan yang keras,

maka

terbentuklah

para sahabat

berbagai halangan

dan

'Aqidah Tauhid Rububiyyah dan

Uluhiyyah Allah SWT. Aqidah tauhid menjadi keyakinan dalam jiwa mereka. Syari'ah dan peraturan Islam menjadi praktik hidup mereka. Pencetus Dan Pengawas Yang Kuat Apabila manusia mengenal Ilah, beribadah kepada-Nya semata-mata, membebaskan diri daripada kesultanan manusia serta hawa nafsu dan apabila

kalimah Lailaha

Illallah menguasai jiwa manusia, pada ketika itu Allah SWT akan menyempurnakan untuk mereka segala sesuatu termasuklah andaian-andaian seperti tersebut di atas tadi. Dalam masa lebih kurang suku abad sahaja, bumi Arab yang terdahulu dijajah oleh Romawi dan Parsi telah dapat dikuasai oleh generasi yang dibentuk oleh Rasulullah SAW melalui proses

keimanan kepada Allah SWT dan prinsip-prinsip

keimanan yang lain. Bersihlah

masyarakat 'Arab daripada sebarang

peraturan

Islam

pilihan Allah SWT

yang

adil

bentuk

kezaliman. Tertegaklah

dan saksama

untuk

manusia.

Bersihlah jiwa dan moral masyarakat daripada saki baki jahiliyyah hingga jarang sekali hukum hudud, qisas dan ta'zir dijalankan pada generasi yang unik ini.

Inilah pencetus dan pengawas yang kuat dan rapi bertapak di dalam hati dan jiwa mereka. Pencetus dan pengawas dalaman bukan

luaran semata-mata. Mereka

melaku atau meninggalkan sesuatu kerana Allah SWT

dan inginkan balasan yang

baik daripada-Nya. Inilah rahsia sebenar yang mungkin tidak terfikir dan difikir oleh orang ramai ketika ini.

5

Realiti Umat Islam Kini Sering

terdengar

percakapan-percakapan

dan

perbincangan-perbincangan di

kalangan pemuda-pemuda dan ahli-ahli fikir Islam dewasa ini mengenai keperluan umat Islam terhadap kekuatan harta benda, ilmu pengetahuan dan pelbagai bidang ikhtisas untuk

menyelesaikan

masalah-masalah yang dihadapi umat Islam dan

membangunkan hidup mereka agar lebih maju dan makmur. Namun, amat sedikit didapati

perbicaraan dan tindakan yang

serius

terhadap keimanan sebenar, perhubungan

tentang keperluan umat Islam

hati dengan Allah SWT, kepatuhan

kepada titah perintah-Nya dan mencari keredhaan-Nya dalam semua amalan. Tegasnya, seseorang perlulah faham dan sedar bahawa setiap amalan yang lakukan dan wasilah yang dimiliki, tanpa bersandarkan kepada dasar keimanan terhadap Allah SWT, akan sia-sialah segala amalan dan wasilah itu di sisi Allah SWT. Begitu banyak harta yang menjadi milik

orang-orang Islam

tetapi tidak

menguntungkan Islam. Begitu juga halnya dalam bidang-bidang lain. Rahsia Kejayaan Generasi Awal Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah SAW dalam mengejar matlamat hidup bukanlah kerana mereka memiliki

pelbagai

wasilah

dan alat

kelengkapan yang cukup. Rahsia kejayaan mereka ialah keimanan sejati, kepatuhan maksimum terhadap titah perintah Allah mendapat keredhaan

serta pahala

SWT dan cita-cita mendalam untuk

daripada-Nya. Inilah rahsia menyebabkan

mereka bersedia penuh

menyahut setiap hajat dan keperluan Islam dari masa ke

semasa.

yang

Juga

melaksanakan

rahsia

setiap

mendorong

tuntutan Islam tanpa

mereka rasa

berkorban berat

dan

bangun

walaupun menghadapi

pelbagai kesukaran. Islam berhajatkan kerja-kerja da'wah. Maka tampillah para du'at yang jujur, berani dan sabar menyampaikan

risalah

Allah

SWT melalui

lisan

dan contoh teladan

meskipun menghadapi berbagai halangan dan tentangan daripada musuh. Mereka tetap meneruskan kerja-kerja da'wah tanpa takut atau mundur ke belakang. Islam

memerlukan pengorbanan harta benda. Maka tampillah

memiliki

harta benda dan kekayaan, lalu

menginfaq

mereka yang

kepada Rasulullah

SAW

6

dengan penuh rela tanpa rasa bakhil

atau

sayang kepada

harta

benda itu.

Hinggalah terdapat di kalangan mereka yang berkata kepada Rasulullah SAW, "Apa yang tuan ambil daripada kami adalah lebih baik daripada apa yang tuan tinggalkan." Islam berkehendakkan pengorbanan jiwa untuk mempertahankan

kesciannya

daripada dicemari musuh. Maka berlumba-lumbalah mujahid-mujahid dan pejuangpejuang

Islam memberi

khidmat

suci

demi menyahut panggilan Allah SWT.

Sungguh banyak pengorbanan, sumbagan dan khidmat bakti mereka untuk kepentingan Islam semata-mata. Islam Bermula Dengan Usul, Tidak Dengan Furu' Islam tidak memulakan da'wah dengan mengenegahkan permasalahan furu' tetapi memulakannya dengan perkara usul (perkara asas atau dasar). Islam di peringkat awal, di zaman Rasulullah SAW, tidak meminta manusia agar bangun berjihad di medan peperangan, berpuasa,berzakat, meninggalkan arak, menjauhkan judi dan sebagainya. Tetapi Islam menuntut

supaya beriman

kepada

di peringkat awal meminta dan

Allah SWT semata-mata.

Tegasnya

Islam

bermula dengan 'aqidah, tidak bermula dengan taklif atau kewajipan. Aqidahlah yang

menjadi

asas

dalam

perlaksanaan

taklif (kewajipan). Islam bermula

dengan batin , hati dan fikiran manusia sebelum sesuatu yang lain. Dari titik tolak aqidah yang bertempat di hati akan berlakulah perubahan dan pembangunan yang hakiki, yakni pembangunan insan di tengah-tengah alam kebendaan. Apabila perkara dasar ini menguasai hati dan fikiran mereka yang dibentuk oleh Rasulullah SAW, lahirlah keperibadian Keperibadian itu

menjadi

ummah

yang berorientasikan

iman.

kenyataan. Mereka iltizam dan intizam kepada titah

perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam berbagai aktiviti hidup pada setiap masa tanpa berhajatkan pengawasan luar. Segala sesuatu yang terdahulu menjadi masalah dalam kehidupan mereka dapat diatasi dan diselesaikan dengan senang. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menyelesaikan permasalahan arak hanya melalui tiga potong ayat al-Quran al-Karim. Firman Allah SWT:

7

Terjemahannya: "Mereka bertanyakan engkau (Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah bahawa kedua-duanya dosa besar dan ada manfaat-manfaat kepada manusia, dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang telah mereka nafkahkan. Katakanlah : Yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir " (Surah al-Baqarah: ayat 219)

Terjemahannya: “ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun “ (Surah an Nisaa’ ayat 43)

8

Terjemahannya: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan tenung nasib adalah kotor dari amalan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya agar kamu mendapat kejayaan." ( Surah al-Maidah: ayat 90) Dengan tiga potong ayat tersebut permasalahan arak dapat

diselesaikan oleh

Rasulullah SAW. Sebaliknya, kerajaan Amerika suatu ketika dahulu pernah

melarang rakyatnya

meminum arak. Dijalankan dia'yah (kempen) kepada masyarakat  umum menentang minuman arak. Media massa kerajaan digunakan untuk tujuan tersebut. Hinggalah

undang-undang pengharaman arak dikuatkuasakan di Amerika. Kerajaan Amerika menanggung

beban perbelanjaan

bagi melaksanakan undang-undang

tersebut

sebanyak 250 juta dollar. Akibat daripada pengharaman undang-undang arak itu, seramai 300 orang dikenakan hukuman mati bersabit kesalahan arak dan 500,000 orang dipenjarakan.

Denda yang dikumpulkan sebanyak 400 juta dollar. Namun

akhirnya, pada tahun 1933,

kerajaan Amerika terpaksa memansuhkan undang-

undang pengharaman arak. Perhatian Setiap Muslim dan Muslimah perlu memahami secara sedar bahawa Islam sebagai peraturan hidup manusia merupakan Qadhiyyah Ilahiyyah (Permasalahan Uluhiyyah) yang bersifat samawi, ciptaan manusia.

tidak

layak disamakan dengan peraturan-peraturan hidup

Umat Islam yang memahami hakikat ini sekali-kali tidak akan

menyamakan Islam dengan mana-mana peruntukan hasil pemikiran makhluk.Setiap Muslim dan Muslimah perlu meyakini bahawa Islam merupakan Din Allah SWT untuk manusia sejagat. Mereka perlu yakin bahawa Islam sahaja mampu menyelesaikan masalah manusia lantaran Islam ditanzilkan oleh Pencipta manusia. Sesiapa yang memilih din

yang lain

maka dia menempa kerugian seperti mana

yang

9

diperingatkan Allah SWT dalam Firman-Nya:

"Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (peraturan hidup) maka sesekali tidak diterima dan ia di akhirat kelak dari golongan mereka yang rugi." (Surah al Imraan ayat 85)

m11kul/msword/ver 6.0 .

10

Related Documents


More Documents from "Murshidah Hashim"