Amal Maaruf Nahi Mungkar

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amal Maaruf Nahi Mungkar as PDF for free.

More details

  • Words: 455
  • Pages: 2
Amal Maaruf Nahi Mungkar "Barangsiapa diantara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman." H.R Muslim "Sesungguhnya Allah Taala berfirman kepada seorang hamba pada hari qiamat, iaitu: Apakah yang meng halang engkau dari mengubah yang mungkar apabila engkau melihatnya? Ia menjawab: Hai Tuhanku! Kerana aku takut kepada manusia. Lalu Allah berfirman: Engkau lebih berhak takut kepada Ku."

Budaya Menuding Jari Masyarakat Kita Sikap menyalahkan orang lain, jika disedari adalah budaya di kalangan masyarakat kita hari ini. Tidak kira di peringkat golongan mana sekalipun, daripada golongan atasan hinggalah golongan masyarakat umum. Budaya ini sebenarnya, telah mendedahkan lagi kelemahan diri di mata orang lain, bahkan akan dibenci oleh orang di sekeliling kita. Beberapa isu yang timbul kebelakangan ini, menjelaskan lagi budaya ini dan yang ketara, ia melibatkan orang melayu, dengan tersiar di dada akhbar harian atau tabloid. Budaya ini sebenarnya telah menggalakkan fitnah, hasad dengki, adu domba dan lain-lain sifat yang keji. Perkara-perkara ini adalah punca ke-fasadan (kerosakan) dan perpecahan di kalangan kita. Sedangkan kita ketahui larangan Allah SWT sangat jelas didalam Al Quran : "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik Kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani." (Surah Al Hujuraat : 12) Jelas di dalam ayat ini larangan Allah terutamanya terhadap sangkaan-sangkaan atau tuduhan yang tidak berasas, membahayakan atau menyusahkan orang lain. Lantaran, kita sebagai umat yang sedar, wajar untuk menghapuskan budaya bobrok ini di dalam masyarakat kita, atau kelak masyarakat Islam kita hancur dan musnah hasil perbuatan tangan kita sendiri. Sedarilah hakikat kelemahan kita, jangan berpaling dari kekurangan yang ada. Jalan penyelesaiannya ialah dengan mempertingkatkan amalan dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada, nescaya umat yang berkualiti akan dapat dijelmakan. Turuti langkah para sahabat mempertingkatkan kualiti diri, pasti diredhai dan direstui Allah SWT.

Lengkapkah Islam kita jika... 1. Hanya mengucap 2 kalimah syahadah tapi tidak pernah melaksanakan ibadahnya....

2. Hanya mengaku sebagai hamba Allah tapi tidak pernah melaksanakan perintahNya.... 3. Hanya mengaku menyintai rasullah tapi tidak pernah mengikut sunahnya.... 4. Hanya membeli Al-Quran dan mempamerkannya tapi tidak pernah mengamalkannya.... 5. Hanya mempercayai Qadak dan Qadar tapi tidak pernah redha akan ketentuanNya.... 6. Hanya mengakui kewujudan hari kiamat tapi tidak pernah membuat persediaan untuknya....

Related Documents

Amal Maaruf Nahi Mungkar
November 2019 12
Nahi
May 2020 18
Amal
October 2019 41
Amal
November 2019 37
Amal
October 2019 32
Amal Yaumi
April 2020 24

More Documents from "kastoto"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31