Hari yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna BismilLahirrahmanirrahim Assalamu `Alaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Ya’acob Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat Yang Dihormati Tn. Syed Mohd Gawi bin Syed Agil Pn. Hjh. Zabidah binti Ibrahim Ketua-ketua Penolong Setiausaha Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad Seterusnya Tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke Majlis Persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Mas Al Hafiz bin Samsir, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ---Q---
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Mas AlHafiz bin Samsir atas bacaan doa itu tadi. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Ya’acob, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat. Dipersilakan. ---Q--Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Ya’acob, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Khidmatmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang dicurahkan oleh Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ku sepanjang perkhidmatan beliau di Bahagian Pengurusan Maklumat Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika yang diraikan tidak berbicara Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan. ---Q--Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad atas ucapan itu tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad ---Q---
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Mudah-mudahan ianya dapat menggamit kenangan-kenangan manis kita selama berkhidmat bersama-sama dengan Kak Ku. ---Q--Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Tn. Syed Mohd Gawi bin Syed Agil, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat, untuk mengiringi Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Ya’acob, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ---Q--Seterusnya, Majlis dengan rendah hati menjemput Puan Ku Pisah Ku Ahmad untuk menerima cenderamata yang tidak seberapa tanda penghargaan daripada seluruh warga BPM. Dipersilakan. --Q--Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Ya’acob menyampaikan cenderamata sebentar tadi. Umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Kuning emas masaknya padi Penuh kepuk hasil tampian Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, para hadirin diminta berbaris untuk acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, seterusnya menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad mengimbas ibu jarinya di mesin perakam waktu sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam perkhidmatan ini. Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Ku kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Kak Ku bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan selepas persaraan. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Persaraan ini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda kelapa bali Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Ditulis semula dan diolah oleh: Siti Norliayana Markuni kredit to : Ibnu Naeem