DOA SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI JPWP Segala pujian hanya layak untuk Mu, kami panjatkan kesyukuran atas kurniaan nikmat di bulan syawal yang penuh dengan keberkatan ini dalam aman dan damai, penuh harmonis dan tenang, disambut dengan kemeriahan dan keceriaan. Kami warga sekolah ini amat bersyukur kepada Mu dengan penganjuran majlis sambutan sambutan makan buah buahan tempatan peringkat negeri sempena hari kebesaran Aidil Fitri pada hari ini. Wahai Tuhan yang Maha melimpah rahmat dan keberkatanNya, kami pohonkan agar majlis kami ini sentiasa diiringi lembayung rahmat dan berkat dari Mu, agar di sepanjang majlis ini berjalan kami senantiasa mengingati Mu dan mencari redha Mu. Wahai Tuhan, kami harapkan jua dengan pertemuan ini agar dapat diperkukuhkan hubungan keakraban dan persaudaraan kami, dimantapkan semangat perpaduan dan mahibbah di kalangan kami. Untuk itu, satukanlah hati-hati kami dengan tautan kasih lagi mesra, saling percaya lagi memahami, agar terhindar dari sifat sifat mazmumah yang memusnah kemesraan kami. Permudahkanlah bagi kami laluan ke arah mengekalkan keamanan dan kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan. Jadikanlah pertemuan kami pada kali ini pertemuan yang penuh bermakna buat kami dan pertemuan yang disulami kesyukuran diatas nikmatMu yang tidak terhingga ini