Doa Sempena Penutupan Orientasi

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Doa Sempena Penutupan Orientasi as PDF for free.

More details

  • Words: 405
  • Pages: 1
DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN MINGGU ORIENTASI BAGI TINGKATAN EMPAT

‫بسم ال الرحن الرحيم‬

َ‫صحَابِهِ أَ ْجمَعِيْن‬ ْ ‫ والصّلَةُ وَالسّلَمُ َعلَى سَّيدِنَا مُـ ّمدٍ وَعَلَى آلِهِ وََأ‬, َ‫ب العَاَلمِيْن‬ ّ َ‫ل ر‬ ِ ِ ُ‫لمْد‬ َ‫ا‬ Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Penutupan Minggu Orientasi Tingkatan Empat di bumi SMKTR ini, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan komittmen dan iltizam kami untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan patuh pada segala tunjuk ajar guru kami. Ya Allah, Ya Azim, Ya Alim…. Kami sedar Ya Allah, bahawa Iman kami tidaklah sekukuh iman Nabi Yusuf, kami juga tidak segagah Nabi Daud, kami juga tidak sehebat Nabi Sulaiman, maka kerana itulah Ya Allah kau kurniakanlan kami keimanan yang mantap, kesihatan mental dan fizikal yang sempurna, serta ketajaman akal fikiran. Ya Allah, Sesungguhnya, Kami amat memerlukan inayahmu dalam meneruskan kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi ini, Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan kami pada pagi yang permai ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan Ummah, di alam persada ini. Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari larangan Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

ِ‫ وَلَ تَجْ َعل‬، ‫ َوتَ َف ّرقَنَا مِ نْ بَعْدِ هِ تَ َفرّقًا مَعْ صُومًا‬، ‫الّلهُمّ اجْ َعلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا َمرْ ُحوْمًا‬ . ‫ح ُروْمًا‬ ْ ‫الّلهُمّ ِفيْـنَا وَلَ مَ َعنَا وَلَ َمنْ َيْتبَعُنَا شَ ِقيّا وَلَ َم ْط ُروْدًا وَلَ َم‬ .‫الّلهُمّ ِزدْنَا عِلْمًا نَافِعًا وَارْ ُز ْقنَا َفهْمًا‬ َ‫الّلهُمّ اغْ ِفرْلَنَا ُذنُوبَنَا وَِ ِل ْخوَانِنَا الّ ِذيْ نَ َسبَ ُقوْنَا ِباْ ِليْمَا نِ وَلَ تَجْ َعلَ فِ يْ قُُل ْوبِنَا ِغلّ لِلّ ِذيْ ن‬ َ‫سنَةً َوقِنَا عَذَا ب‬ َ َ‫سنَةً َوفِ يْ الَ ِخرَةِ ح‬ َ َ‫ َربّنَا َاتِنَا فِ يْ ال ّدنْيَا ح‬. ٌ‫ءَامَُنوْا ِإنّ كَ َر ُءوْ فٌ رَ ِحيْم‬ .‫ وَالْحَمْدُِلِ رَبّ الْعَالَ ِميْن‬، ْ‫حبِهِ وَسَلّم‬ ْ َ‫الـنّارِ َوصَلّى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَص‬

Related Documents