بسم ال الرحن الرحيم والصلة والسلم على سيدنا ممد وعلى آله وأصحابه أجعي, المد ل رب العالي. Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis ________________________________ pada hari ini, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan komittmen dan iltizam kami untuk memerangi penyalahgunaan dadah habishabisan. Ya Allah, Ya Azim, Ya Alim…. Kami sedar Ya Allah, bahawa Iman kami tidaklah sekukuh iman Nabi Yusuf, kami juga tidak segagah Nabi Daud, kami juga tidak sehebat Nabi Sulaiman, maka kerana itulah Ya Allah kau kurniakanlan kami keimanan yang mantap, kesihatan mental dan fizikal yang sempurna, serta ketajaman akal fikiran. Ya Allah, Sesungguhnya, Kami amat memerlukan inayahmu dalam meneruskan kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi ini, Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan kami pada pagi yang permai ini. Berkatilah jua usahausaha kami. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan Ummah, di alam persada ini. Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hambahamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari larangan Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.
ِ وََت َفرّقَنَا مِ ْن َبعْ ِده، الّلهُ ّم ا ْجعَلْ جَ ْمعَنَا هَذَا جَ ْمعًا َمرْ ُح ْومًا ْجعَلِ الّلهُمّ ِفيْـنَا وَ َل َمعَنَا وَلَ مَن ْ َ وَلَ ت، َت َفرّقًا مَ ْعصُومًا الّلهُ ّم ِزدْنَا ِعلْمًا نَاِفعًا. ح ُر ْومًا ْ َيَتَْب ُعنَا َشقِيّا وَ َل مَ ْط ُر ْودًا وَلَ م اللهم ا ْغفِرَْلنَا ذُنُوَبنَا وَِلِ ْخوَانِنَا الّذِْينَ سََب ُقوْنَا. وَا ْرزُقْنَا َفهْمًا ٌك َرءُوْف َ جعَلَ فِ ْي قُُلوِْبنَا غِلّ ِللّذِيْ َن ءَامَُنوْا إِّن ْ َبِاْلِيْمَانِ وَ َل ت رَ ِحيْمٌرَبّنَا اَِتنَا ِفيْ الدّنْيَا حَسََن ًة وَفِ ْي الَ ِخ َرةِ حَسََن ًة وَِقنَا
ل عَلَى مُحَمّ ٍد َو َعلَى اَِل ِه َوصَحِْبهِ عَذَابَ الـنّا ِر َوصَلّى ا ُ ل َربّ اْلعَالَمِيْن . وَ َسلّ ْم ،وَالْحَمْدُِ ِ