Dinamika Gerakan Pembebasan Muslim MORO di Fillipina Selatan
Tulisan : Asal: Universitas Islam Negeri Raden Fatah Palembang, Indonesia
Ulasan Penganut agama Islam mempunyai bilangan yang sedikit di Selatan Fillipina. Dalam Jurnal ini memperjelaskan bilangan yang sedikit ini telah menjadikan minoriti bilangan yang menganut agama Islam. Oleh itu, berlaku penindasan dan juga mereka harus menentukan nasib mereka. Masyarakat minoriti ini perlu membuat komuniti mereka sendiri untuk melangsungkan kehidupan.
Menurut Azyumardi Azra dalam buku yang ditulisnya iaitu M. Ali Kettani yang berjudul Minoritas Muslim di Dunia Dewasa ini, menyatakan bahawa kelompok minoriti ini mestilah mempunyai ciri yang berbeza iaitu dengan memberi perlakuan sifat berbeza. Ini menjadikan komuniti rakyat filipina kurang menyenangi akan keadaan ini. Berlaku peningasan.
Bagaimanakah berlaku pengislaman di Selatan Fillipina? Menurut jurnal ini pedagang Arab yang berada di Asia tenggara khususnya di Fillipina telah mendarat di kawasan Selatan Filipina. Pada Abad ke 10 Masihi berlaku penghijrahan pedagang dari Tanah Arab ke filipina. Di sinilah bermula berlakunya pengislaman di tanah Fillipina.
Dalam ulasan Caesar Adib Majul dalam bukunya Dinamika Islam Filipina menjelaskan setelah para pedangan mengenal Pulau Borneo, maka pedagang bergegas menuju ke Filipina Selatan dan melanjutkan perjalan ke China. Sementara berada di kepulauan Filipina, berlaku pengaruh pengislaman.
Namun masalah berlaku apabila kemasukan Kolonial Spanyol dari Eropah, peralihan kuasa dan pasca kemerdekaan telah menjadikan pemberontoakan kelompok Abu Sayyaf. Kolonial menindas dan ingin menghapuskan pengaruh Islam di Filipina. Pelbagai cara untuk dilaksanakan agar dapat menghapus pergerakan Islam di Filipina. Akibat daripada itu, komuniti muslim menjadi terdesak,
miskin,
penuh
diskriminasi
dan
tidak
diperhatikan
oleh
pemerintahan Filipina. Dalam Jurnal ini menjelaskan proses Islaminasi berhenti sejak kedatangan Kolonial Spanyol. Hal ini menyebabkan Islam tidak memiliki kesempatan untuk berkembang secara penuh di Wilayah Filipina. Sejak kemasukan spanyol ke Filipina pada 16 Mac 1521 telah menekan penduduk beragama Islam. Ekspidisi Kolonial ini lebih memetingkan tujuan utama mereka iaitu meluaskan agama Kristian. Berlaku penindasan yang sungguh hebat di wilayah Filipina bagi penganut beragama Islam . Namun kolonial sukar untuk menembusi kawasan Mindanao dan Sulu . Menyedari hakikat ini, maka Spanyol menjual Wilayah Filipina kepada Amerika Syharikat dengan nilai 20 juta pada 1898.
Negara Amerika mulai mengambil alih akan pentadbiran di Wilayah Filipina. Amerika tidak mendesak akan soal agama. Amerika kurang berminat dengan urusan agama kerana lebih bercirikan ekonomi. Untuk mendapatkan perhatian Mindanao dan Sulu, Amerika telah dijadikan satu wilayah dan digelar sebagai Wilayah Propinsi MOROLAND.
Pada tahun 1950 -1060, masyarakat muslim MORO merasakan satu penindasan secara halus’ berlaku kerana masyarakat non-muslim bergerak berramai -ramai ke arah Utara dan mendapat hak milik tanah. Ssekali lagi hak MORO tertindas dan merasakan komuniti mereka semakin mengecil.
Dalam pemerintahan Ferdinend Marcos 1965-1986 merupakan azab paling hebat terhadap penganut agama islam. Hak tanah dirampas, agama Kristen menjadi keutamaan, mengusir dari negeri, pembunuhan, kehancuran dan pengusiran. Tahun 1968 tragedi tidak berperikemanusiaan muslim filipina selatan iaitu generasi muda muslim dilatih dan setelah dilatih akan dibunuh dengan diberi gelaran sebagai Tragedi Jabidah. Ini mengerakkan etnik Tausuq dan SAmal untuk menentukan hala tuju hak dalam agama Islam. Ketua dalam gerakan ini, Nur Misuari dari keturunan Tausuq telah mula merancang penentangan secara agaresif. Nur Misuari merupakan profesor di Universiti Filipina menyedari akan kepentingan pergerakan menentang. Maka di tubuhkan organisasi MNLF pada tahun 1971.
Gerakan MNLF di kenali sebagai : Pergerakan orgnaisasi ini lebih mencerminkan akan peradaban kristian dan berlaku kejadian yang mengarah kepada pembentukan Moro National
Liberation Front ( MNLF) antara tujuannya ialah:
1) Mengembalikan rasa percaya diri kaum muslimin. 2) Menyatukan kaum Muslimin berdasarkan pemahaman yang jelas terhadap islam 3) Membebaskan negeri-negeri Islam dari semua kekuasaan asing.
Nur Misuari
merupakan militer ketenteraan gelombang pertama dalam
penentangan
ini.
Nur
Misuari
membangkitkan
Bangsamoro
dengan
beridentitikan agresif dengan bergerak secara berpasukan dan bersenjata. Simbol MNLF mewakili keharmonian bangsamoro iaitu hati, pikiran dan tubuh.
Ideologi yang ditanam dalam MNLF ini bersandarkan Al-Quran dan digambarkan sebagai BAngsa, tanah iar dan agama Islam Gerakan MNLF menpunyai struktur politik terdiri dari biro politik dengan biro propaganda dengan melaungkan konsepsi bersenjata yang mirip dengan orgnaisasi komunis di negara Sosialis.
Respon Muslim Moro dan negara Islam dengan lahirnya Gerakan pembebasan Moro National Lliberation Front ( MORO )
Kewujudan MORO mengancam keamanan wilayah Filipina, itulah yang di anggap oleh presiden Filipina Ferdinand Marcos. Lalu dia mewujudkan Martial law untuk menistiharkan darurat pada tahun 1072. ketika kewujudan perundangan ini, Nur Misuari membentuk penentangan yang lebih hebat. Banyak penentangan dilakukan sehingga melibatkan kehilangan nyawa mencapai 1000 orang orang -orang yang diserang. Namun tidak di uar-uarkan di surat khabar. Kerana untuk memadamkan bukti bahawa kewujudan MNLF adalah tidak hebat. Ramai mahasiwa mulai terlibat dalam pergerakan ini. Nur Misuari sebagai pemimpin yang berkarismatik mulai diterima oleh masyarakat dan bukan sekadar lelaki sahaja yang menmjadi tentera malah wanita turut turun padang dalam pemberontakan ini untuk menuntut keadilan. Jumlah mencapai 15 000. Di Mindanao dan Sulu terdapat 10 000 orang ahli dan ditambah dengan bilangan 30 000 orang ahli lagi yang merupakan masyarakat tempatan di kawasan tersebut. Bilangan menjadi semakin banyak.
Konflik Bersenjata Gerakan Pembebasan Moro National Liberation Front dan Pemerintah MNLF telah menyerang kota madya di Catabato dan menduduki sementara waktu. Kawasan ini merupakan kawasan utama perhimpunan polis wilayah Filipina. Ramai yang mati dibunuh oleh MNLF ketika itu. Semangat mereka amat membara dan tidak seperti penentangan secara traditional yang mudah padam. Pada thaun 1974, berlaku pertempuran dan MNLF mampu menduduki kota besar.Namun pihak kerajaan mengambil tindakan dengan mengebom kota itu dan MNLF terpaksa berundur dengan segera. Marcon menistiharkan darurat. Oleh kerana pemberontakan ini memerlukan banyak dana, pihak luar negara seperti Organisasi Konferensi Islam ( OKI) dari Libya mengarahkan perdamaian. Melalui ini berlaku PEACE AGREEMENT (PA) TRIPOLI TAHUN 1976.
Perjanjian TRIPOLI 1976 Perjanjian Tripoli 1976 bertujuan untuk mendamaikan. Sungguhpun sokongan padu dari negara -negara Islam yang lain seperti dari :ibia, Malaysia, Arab Saudi dan Jordan dalam penentangan MORO terhadap wilayah Filipina namun tetap memberi nasihat agar akur pada perdamaian.proses ini diselia oleh OKI dalam mengendali penjanjian Tripoli.
Intipati Tripoli 1974 1) PEmbentukan pemerintah otonomi di wilayah \Filipian Selatan dalam lingkungan kedaulatan dan tertorial Filipina 2) Wilayah otonomi Muslim di Filipina Selatan meliputi Basilan, Sulu , Tawitawi, Zambounga del Sur. 3) Persetujuan disempurnakan pihak pemerintah Filipna berusaha menghindar dari apa yang telah dipersetujui dan meningkatkan kegiatan sabotaj terhadap Muslim.
Perjanjian Final peace Agreement 1996. Perjanjian ini berjalan langsung dengan pelbagai corak mengelak daripihak pemerintah. Ketika perjanjian ini masih dalam keadaan tidak stabil, pemerintah telah bertukar. Ferdinand Marcos diganti oleh Corazon Aquino.
Aquino mengambil langkah dengan melakukan pertemuan informal dan formal dengan elite MNLF dan beberapa negara Timur Tengah sebagai fasilator. Aquino menghantar iparnya untuk berhubung dengan Nur Misuari dalam soal urusan perdamaian. Pihak Muslim mulai nampak kebaikan dan harapan pada pemerintah baru ini. Akhirnya Nur Misuari dapat dipujuk untuk membuat rundingan perdamaian. Aquino melaksanakan satu bentuk undangundang yang dikenali sebagai Undang-undagn Organic Arc on Autonomy for Muslim Mindanao ( ARMM). dan dimasukkan dalam konstitusi 1987.
Namun, MNLF menolak pensyarataan yang diberikan oleh Aquino yang di anggap jauh perbezaan daripada Tripoli 1972. Nur Misuari menggangap undang-undang itu sebagi satu perangkap dan tidak adil. MNLF menjadi semakin marah. Akhirnya berlaku , The final Agreement yang ditandatangani di Indonesia untuk meminta OKI menjadi perantaran perdamaian.
Hasil daripada itu, maka lahirlah Jeddah Accord pada 3 Januari 1967 dan ARMM berhak mengelola wilayah otonomi secara penuh. Daerah Basilan, Tawi-tawi, maguindanao, Pahlawan mulai ke arah perdasmaian. Pada tahun 1991, berlaku perjanjian perdamaian yang dilangsungkan di Istambul dan Summit meeting Organisasi Konferensi Islam. Pemerintah Filipina dan MNLF untuk meneruskan perdamaian. Final Peace Agreement mulai menunjukkan kemajuan yang memberi harapan secara perdamaian antara Nur Misuari dan Ramos Di Jakarta pada 1993. pada 1996, sekali lagi Peace Agreement sebagai
hasil rundingan damai berlaku antara dua pihak pemerintah dan MNLF. Final Peace Agreement telah membentuk institusi transisi yang digelar sebagai SZOPAD ( special Zone for Peace and Development ) yang meliputi wilayah yang dituntut sebagai MNLF dalam PA TRIPOLI
ARMM telah menjalankan beberapa program untuk mengurangkan kadar kemiskinan dengan tujuan: 1) Meningkatkan kemampuan akses bagi orang miskin 2) Meningkatkan kapasiti ekonomi dan pekerjaan serta pendapatan isi rumah 3) Meingkatkan sosial dan kemahiran bagi tenaga kerja wanita dan mahasiswa 4) Meningkatkan potensi
Setelah perdamaian dapat dibentuk, Nur Misauri menjadi Gebenor ARMM dan ketua bagi SPCPD sebagai jaminan kepada bangsa Moro. Ini memberi harapan kepada penganut Agama Islam di Wilayah Filipina agar tidak dipandang sebelah mata oleh pihak pemerintah. Kesimpulan Nur Misuari telah berjaya dalam misi untuk menjadikan Agama Islam mulai dipandang mulia oleh pihak pemerintah Wilayah Filipina. Malah, telah mendapat perhatian dari pihak luar. Dalam Misi MNLF juga menjelaskan mereka telah menggambil langkah terakhir iaitu berlaku perang kerana itulah satu satunya jalan yang boleh dilakukan untuk menuntut hak mereka agar tidak terus tertindas dengan pihak pemerintah. Malah mereka juga sedar akan kerugian yang tertanggung oleh mereka melalui semangat juang ini. Mereka tidak menolak menggalami kerugian wang ringgit, kehilangan nyawa dan
kerosakan
harta
benda
dalam
perjuangan
ini.
Namun
telah
menampakkan usaha dan hak Penganut Agama Islam agar tidak tertindas di
hari muka. Dinamika gerakan MNLF menjadi pasca perdamaianan dengan tertunai tuntutan dari ARMM dan SZOPAD yang sudah memadai bagi melindungi hak orang orang Islam di Wilayah Filipina. Kekerasan bukanlah amalan utama dalam menegakkan keadilan Agama Islam sebaliknya adalah sebagai langkah terakhir, dalam ulasan Nur Misuari.