Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 2; Pembangunan Ekonomi Pertanian Tema 2 – Pembangunan Ekonomi : Pertanian Konsep/Huraian 1. Pertanian pindah Sejenis pertanian sara diri ringkas yg berkonsepkan pindah tapak mengikut perpindahan org-org asli. Dikenali dgn pelbagai nama Ladang di M’sia, Huma di Indon, Caingin di Filipina, Tamrai di Thai, Tuangnya di Myanmar dan Hay di Laos. 2. Pertanian Sara Diri Intensif Diusahakan giat setempat, utk keperluan keluarga, lebihan hasil akan dijual. Lebih maju dari pertanian pindah. 3. Pertanian Kebun Kecil Berkonsepkan kpd aktiviti pertanian bukan bijirin, bersifat separuh komersial dan campuran antara perkebunan secara jualan dgn yg digunakan utk keluarga. 4. Pertanian Perladangan Ekstensif Berkonsepkan komersial sepenuhnya, berskal besar, kos tinggi, pengurusan sistematik serta berorientasikan pasaran dan keuntungan. 5. Bioteknologi Pertanian: (tema 2) stpm 2008 Proses atau teknologi menggunakan sains hayat/biologi spt mikroorganisma, haiwan & tumbuhan utk mengatasi masalah pertanian & menghasilkan produk pertanian yg berkualiti. Kaedah ini dibahagikan kpd dua iaitu: Pengklonan yg merupakan proses menghasilkan benih tanaman atau haiwan ternakan drp tisu pokok atau haiwan yg sama kandungan genetiknya dgn induk bagi menghasilkan jumlah yg lebih byk. Kacukan hibrid ialah proses memindahkan genetik secara semula jadi drp dua organisma yg sama untuk menghasilkan anak benih yg baru. 6. Industri asas tani: (tema 2) stpm 2006 Salah satu subsektor perkilangan yg menghasilkan produk makanan & bukan makanan yg menggunakan bhn keluaran pertanian spt getah, k/sawit, herba, & padi sebagai bhn mentah. 7. Produk Pertanian Jenama M’sia Best Mula diperkenalkan pd 28 Jun 2003. Pd peringkat permulaan betik, mangga, tembikai, nenas dan belimbing dilabelkan seterusnya diperluaskan kpd produk lain spt hasil ternakan, sayuran dan perikanan. Jenama ini membuktikan produk pertanian M’sia berkualiti dan mempunyai keselamatan mengikut standard piawaian pertanian antarabangsa. 8. Pembangunan: (tema 2) stpm 2008 Proses perubahan taraf hidup penduduk melalui perubahan dlm sektor ekonomi, misalnya berubah drp ekonomi pertanian kpd ekonomi perindustrian, perubahan dlm peningkatan pendapatan misalnya, drp petani kpd peniaga, perubahan dlm aspek teknologi misalnya penggunaan teknologi maklumat dlm kehidupan & peningkatan dlm sektor pendidikan serta peningkatan dlm kualiti hidup penduduk di sesuatu kawasan. Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Manusia STPM