Tema 2: Sistem Geomorfologi Bab 4: Konsep
Huraian
1.
Proses Geomorfologi Semua proses fizikal, kimia dan biologi yang bertanggungjawab membentuk, memperkembang dan mengubah bentuk muka bumi sama ada secara makro atau mikro 2. Proses Endogenik Proses yang berasal dari dalam kerak bumi seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi aktiviti igneus dan metamorfosisme batuan 3. Proses Eksogenik: Proses yang beroperasi di permukaan bumi seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan dan gerakan jisim.. 4. Pemulihan Isostasi: Proses pengangkatan dan penurunan blok-blok bumi apabila berlaku penambahan berat beban dan pengurangan berat beban di permukaan bumi. 5. Proses Luluhawa: Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara insitu (setempat). 6. Proses hakisan: Proses penghausan yang di alami permukaan bumi akibat tindakan agen yang bergerak seperti air mengalir, angin, ombak dan glaseir. Hakisan Geologi- hakisan secara semulajadi di kawasan yang belum diganggu. Hakisan Tanih – hakisan berpunca daripada tindakan manusia apabila manusia menganggu keadaan semulajadi. 7.
Proses pengangkutan: Proses pemindahan bahan-bahan yang diluluhawa/dihakis bergerak seperti air mengalir, angin, ombak dan glaseir
oleh agen-agen yang
8.
Proses pemendapan: Proses longgokan bahan-bahan hakisan setelah daya pergerakan agen pengangkutan telah berkurangan/perlahan 9.
Proses gerakan jisim: Pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya tarikan graviti sama ada secara perlahan, cepat atau serta merta. Bab 5: Konsep
Huraian
1.
Geologi atau batuan: Komponen semulajadi mineral seperti mika. Kuartza, feldsfar, kalsium, karbonat yang terikat secara langsung menerusi pembekuan magma atau diikat oleh bahan perikat seperti koalin, kapur, oksida menerusi proses simentasi/penyimenan. 2. Batuan Igneus: Terbentuk hasil pembekuan magma didalam rekahan kerak bumi (igneus rejahan)
cth, granit atau di permukaan bumi (igneus terobosan) cth, Basalt. 3. Batuan Enapan: Batuan yang terbentuk hasil pemendapan bahan-bahan mendapan sungai, ais dan angin yang mengalami proses pemadatan dan simentasi. Cth, batu kapur, batu arang, batu garam, syal 4.
Batuan Metamorfosis: Batuan jelmaan yang mungkin berasal dari batuan igneus atau batuan enapan yang mengalami tekanan dan suhu yang tinggi. Cth, batu marmar
Bab 6: Konsep
Huraian
1. Hanyutan Benua: stpm 2006 Bermaksud benua tunggal pada satu masa dahulu yang dikenali sebagai Pangea telah berpecah kepada dua bahagian yang utama, iaitu Laurasia dan Gondwanaland. Kemudian kedua-dua benua ini hanyut lalu membentuk benua-benua yang ada sekarang. Kejadian ini berlaku berjuta-juta tahun yang lalu. 2.
Gempa Bumi: stpm 2005
Ditakrifkan sebagai pembebasan tenaga berlaku secara tiba-tiba dari pusat gempa yang lazimnya menghasilkan gelombang kejutan yang berpunca daripada sesaran di sepanjang garis gelinciran. 3. Gempa tektonik Disebabkan perlepasan tenaga secara tiba-tiba apabila plat tektonik bertembung , mencapah dan bergesel antara satu sama lain. 4. Gempa Vulkanik Terjadi semasa letusan gunung berapi yang sangat kuat 5. Tsunami Ombak besar yang terhasil akibat gempa bumi dasar laut, letusan gunung berapi di dasar laut serta hempasan meteor di laut.
Bab 7: Konsep
Huraian
1.
Lipatan Kerak Bumi Merupakan bentuk alunan yang terdapat pada batuan kerak bumi akibat daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa proses pertembungan antara plat-plat tektonik 2.
Gelinciran atau sesar Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan pada lapisan kerak bumi atau
blok batuan dari tempat asalnya sama ada secara mendatar atau menegak.
Bab 8: Konsep
Huraian
1. Proses Luluhawa Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara insitu (setempat). 2.
Luluhawa Kimia Semua proses pereputan atau penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertindakbalas dengan air, asid, ion dan larutan sehingga mineral itu bertukar dari peringkat primer kepada peringkat sekunder. 3. Luluhawa Fizikal Proses penyepaian atau pemecahan batuan akibat tindakbalas unsur-unsur iklim seperti suhu 4. Luluhawa Biologi Tindakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia sama ada secara fizikal atau kimia yang dapat memecah dan mengurai batuan 5. Pergerakan Jisim: stpm 2008 Bermaksud pergerakan bahan-bahan pepejal seperti batu, tanih dan cecair seperti lumpur dari atas cerun ke bawah cerun akibat tarikan graviti yang berlaku secara cepat atau perlahan. 6. Aliran lambat Pergerakan regolit dan tanah –tanih secara perlahan menuruni cerun. Tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dikesan melalui kecondongan tiang elektrik, pokok atau tiang pagar disesuatu tempat berbanding kedudukan asalnya. 7.
Aliran Cepat Pergerakan regolit, tanih atau lumpur pada kadar yang lebih cepat atas cerun yang lebih curam berbanding aliran lambat
dan di
8. Geluncuran Pergerakan tanah-tanih, regolit dan bongkah batuan secara besar-besaran di ceruncerun curam dan hampir tegak. Proses ini berlaku lebih cepat dan secara tiba-tiba berbanding dangan proses aliran cepat. 9.
Runtuhan Pergerakan regolit di cerun yang sangat curam dan tegak seperti di tebing tinggi, bahu-bahu bukit yang ditarah.