Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 1: Penduduk

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 1: Penduduk as PDF for free.

More details

  • Words: 640
  • Pages: 3
Diari Konsep 942/2 Geografi Alam sekitar manusia Tema 1 – Penduduk Konsep/Huraian 1. Penduduk sebagai sumber Penduduk bertindak sebagai agen perubahan terhadap pembangunan sosioekonomi ruangan, perubahan terhdp landskap budaya dan perubahan terhdp landskap fizikal di sesebuah kawasan. 2. Pola taburan penduduk: (tema 1) stpm 2008 Sebaran penduduk disesuatu kawasan di muka bumi. Pola taburan ini berbeza antara kawasan. Terdapat tiga jenis pola taburan penduduk iaitu padat terdapat di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur. Taburan penduduk sederhana pula terdapat di kawasan pekan kecil seperti Kluang manakala taburan penduduk jarang terdapat di kawasan pedalaman, gurun dan kawasan berpaya. 3. Kadar Pertumbuhan Penduduk: (tema 1) stpm 2007 Satu angka (biasanya dalam peratus) yang menunjukan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat (tinggi), Perlahan (sederhana), statik ( sifar) atau berkurangan (bawah sifar) bagi satu-satu tempoh tertentu (tahunan/10 tahun). Kadar ini merujuk kepada satu-satu kawasan tertentu seperti negara, wilayah, dunia. Kadar Pertumbuhan Penduduk (KPP) = kadar kelahiran (KL) – kadar kematian (KM) + kadar migrasi bersih (KMB) 4. Konsep Lebihan Penduduk : (tema 1) Keadaan dimana jumlah penduduk melebihi kemampuan penawaran sumber yg ada dlm sesebuah negara. Terbahagi kpd 2 iaitu: lebihan penduduk mutlak yg bermakna sumber alam yg amat sedikit atau sudah habis digunakan dan lebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaan teknologi utk membangun/menjana sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung. 5. Penduduk kurangan Sesebuah negara mempunyai bilangan penduduk yg sedikit berbanding dgn jmlh sumber s/jadi yg ada. 6. Penduduk Optimun Keadaan yg seimbang antara jmlh atau saiz penduduk dgn sumber pengeluaran khususnya sumber alam berbanding dgn tempoh sebelum atau selepas mencapai penduduk optimun. 7. Piramid Penduduk Graf bar yg menggambarkan struktur penduduk mengikut umur dan jantina di sesebuah negara. Paksi menegak mewakili kumpulan umur, paksi mendatar menunjukan peratusan atau jmlh jantina lelaki dan perempuan 8. Piramid Progresif

Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: jmlh pendudk muda yg ramai, kdr kelahiran tinggi. Jangka hayat penduduk rendah, nisbah tanggungan tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial rendah 9. Piramid Regresif (peralihan) Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran rendah, nisbah tanggungan rendah, golongan produktif dr segi ekonomi tinggi, tahap pembangunan ekonomi lebih maju. 10. Piramid penduduk stabil Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran yg sgt rendah, tahap penduduk optimun, jangka hyt penduduk tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial sgt maju. 11. Piramid Penduduk terganggu Blh berlaku ke atas mana-mana piramid s/ada progresif, regresif atau stabil yg menyebabkan perubahan yg ketara ke atas struktur umur dan jantina penduduk. Gangguan terjadi akibat peperangan, wabak penyakit, atau kesan polisi kerajaan seperti dasar saiz keluarga kecil. 12. Model peralihan Demografi Satu bentuk graf garis yg menggambarkan transisi atau perubahan kependudukan yg dialami oleh sesebuah negara dari dulu hingga kini dan pada masa akan datang. 13. Mobiliti ruang Merangkumi semua jenis pergerakan penduduk di satu kawasan atau antara kawasan sama ada bersifat jangka pendek atau jangka panjang. 14. Mobiliti sosial Merujuk kpd perubahan status sosioekonomi para migran yg berhijrah dari kawasan mundur ke kawasan maju. 15. Migrasi Merujuk kpd penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yg lain yg melibatkan perubahan ruang dan masa. 16. Migrasi Dalaman : (tema 1) Perpindahan penduduk dalam negara, iaitu perpindahan yang tidak merentasi sempadan sesebuah negara. 17. Migrasi Antarabangsa : (tema 1) stpm 2007 Perpindahan atau pergerakan penduduk yang merentasi sempadan negara atau antarabangsa. Cth kemasukan pekerja asing dari Indonesia, Vietnam dan Bangladesh ke Malaysia 18. Imigrasi

Penghijrahan masuk penduduk ke sesebuah kawasan 19. Emigrasi Penghijrahan keluar penduduk dr sesebuah kawasan 20. Migrasi bersih Merujuk kpd perbezaan nilai yg wujud antara imigrasi dan emigrasi 21. Daya tampung persekitaran fizikal Kecukupan sumber alam spt tanah pertanian, bekalan tenaga, air dan udara utk menampung keperluan penduduk pd aras tertentu di sesebuah kawasan. 21. Daya tampung sumber alam Keupayaan sesuatu sumber alam menampung dan memenuhi keperluan penduduk pd tempoh tertentu.

Related Documents