Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 2 : Pembangunan Ekonomi Tema 2 – Pembangunan Ekonomi Konsep/Huraian 1. Perikanan Pinggir Pantai Dijalankan di kws laut cetek iaitu di kws pentas benua tidak melebihi 32 km dr pantai dan 180 m kedalaman laut. Cth Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Tebrau. 2. Perikanan Laut Dalam Dijalankan di perairan antarabangsa spt Lautan Hindi, Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Jarak melebihi 32 km dr pantai dan kedalaman laut melebihi 180 m. 3. Perikanan Akuakultur Merupakan sub sektor perikanan yg amat penting sbg pelengkap kpd sektor perikanan laut di M’sia. Menyumbang kira-kira 20% drp jmlh tangkapan ikan di M’sia. Terbahagi dua: a) perikanan air tawar b) perikanan air payau/ air masin (marinkultur) 4. Echo sounder Satu peralatan perikanan yg digunakan untuk mengetahui kedalaman air , keadaan dasar laut, kedudukan ikan, dan tempat-tempat baru penangkapan ikan. 5. Penyahhutanan Penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai tujuan spt pembalakan, pembukaan kws ladang pertanian, pembinaan kws petempatan dan industri dan ditengelami air utk projek hidro elektrik. 6. Tenaga Biojisim Bahan buangan dan sisa organik spt sisa tumbuhan, sisa tanaman dan najis haiwan serta sisa domestik khususnya sampah sarap. 7. Industri Perkilangan: (tema 2) Industri pemprosesan & pembuatan berasaskan sumber & bukan berasaskan sumber yg tergolong dlm sektor sekunder. Perkilangan yg berasaskan sumber byk bergantung kpd sumber bhn mentah drp sektor primer spt pertanian & perlombongan. 8. Industri Kecil dan Sederhana: (tema 2) Adalah sekumpulan industri atau perusahaan pembuatan yg berskala kecil & sederhana. Skala industri boleh diukur dgn bilangan pekerja sesebuah kilang/firma, saiz modal yg dilaburkan & mungkin jmlh nilai perniagaan utk satu-satu tempoh tertentu. Di Malaysia misalnya, industri yg menggunakan kurang dari 50 pekerja, dianggap sbg industri kecil dan yg menggunakan kurang daripada 150 orang pekerja di anggap sbg industri sederhana. Walaupun IKS byk terlibat dlm memproses atau membuat makanan dam minuman dan dimiliki oleh individu atau syarikat kecil, tetapi pd masa ini sudah ada IKS yg ditubuhkan atau ditaja sbg vendor syarikat besar spt Proton. 9. Estet Perindustrian Kawasan pengelompokan atau aglomerasi industri yg besar di sesuatu tempat yg tlh dikhaskan oleh kerajaan dlm kws zon perdagangan bebas (FTZ). 10. Sektor Perkhidmatan Dikenali juga sbg sektor ekonomi tertiar atau sektor ekonomi peringkat ketiga. Sektor ekonomi ini membekalkan perkhidmatankpd pengguna. 11. Ekopelancongan
Aktiviti pelancongan yg berkembang berasaskan sumber s/jadi pelancongan pantai, pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air tejun/jeram, tasik, sungai, gua batu kapur. 12. Agropelancongan Aktiviti pelancongan berkaitan pertanian spt di Cameron Highland 13. Akuapelancongan Aktiviti pelancongan berkaitan akuakultur konsep homestay. 14. Pelancongan Kesihatan Kedatangan pelancong utk mendapatkan rawatan perubatan, rawatan pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan tradisional. 15. Pelancongan pendidikan Menggalakkan aktiviti sambil belajar khususnya di kalangan pelajar sekolah. 16. Pelancongan budaya dan warisan sejarah Pelancongan di kwsn tinggalan sejarah, tapak arkeologi, dan muzium 17. Pelancongan MICE Delegasi pelancong yg menghadiri seminar, persidangan, pameran dan simposium. 18. Pelancongan kapal mewah Aktiviti pelancongan di atas kapal mewah spy Star Cruise dan Star Leo 19. Pelancongan Sukan Dan rekreasi Aktiviti pelancongana berasaskan suka dan rekreasi spt Formula One di sepang, Power Boat di Tasik Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil. Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Manusia STPM